You are on page 1of 1

Nurul Hikmah Binti Amir,

Unit Kemahiran Dinamika,


Kolej Matrikulasi Johor,
84900 Tangkak,
Johor Darul Takzim
__________________________________________________________________________
Top Glove Foundation Lot 4969,
Batu 6 Jalan Teratai,
Off Jalan Meru,
41050 Selangor Darul Ehsan 22 Ogos 2017

Tuan,

SOKONGAN PERMOHONAN BIASISWA TOP GLOVE FOUNDATION


PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA PERUBATAN DAN PEMBEDAHAN
(Wafa Aqilah Binti Zahori No. KP: 982201-56-5664)

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Saudari Wafa Aqilah binti Zahori merupakan pelajar saya bagi sesi pengajian 2016/2017
di Kolej Matrikulasi Johor. Untuk pengetahuan pihak tuan, saudari Wafa Aqilah akan
menyambung pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dalam jurusan ljazah
Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan selama lima (5) tahun bagi sesi kemasukan
September 2017 dan ingin mendapatkan peluang menjadi pemegang biasiswa yang
ditawarkan oleh pihak tuan.

3. Secara peribadi saya amat berpuashati dengan tugas dan kerja-kerja yang dilaksanakan
oleh beliau. Beliau mempunyai tahap komunikasi dan keyakinan yang sangat baik sewaktu
menjalankan sebarang pembentangan secara individu dan kumpulan serta boleh
berkomunikasi secara asertif dengan rakan-rakan yang lain. Beliau juga seorang yang amat
berdisiplin dan mementingkan waktu dengan sentiasa hadir ke kelas lebih awal 20 minit
terutama kelas yang bermula pada jam 8.00 pagi. Beliau mempunyai tahap kesediaan dan
kerjasama yang tinggi serta sentiasa mematuhi arahan-arahan yang diberikan dalam
menjalankan sebarang tugasan. Beliau juga mempunyai hubungan yang baik dengan semua
rakan dan pensyarah dan sentiasa mengamalkan perhubungan dan komunikasi secara
menang-menang.

4. Sehubungan itu, sebagai pensyarah yang mengajar beliau di Kolej Matrikulasi Johor tanpa
ragu-ragu menyokong permohonan ini berdasarkan kriteria serta kelayakan akademik yang
dimiliki oleh beliau.

5. Justeru, adalah diharapkan agar permohonan beliau, mendapat pertimbangan sewajarnya


oleh pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Nurul Hikmah
(NURUL HIKMAH BINTI AMIR)

You might also like