You are on page 1of 1

MASALAH PENYAKIT DALAM KALANGAN WARGA EMAS DI TAMAN

SERI MANGGA, MELAKA

ABSTRAK

Kajian ini mengemukakan dua objektif, iaitu mengenal pasti jenis penyakit yang
dihidapi oleh warga emas Taman Seri Mangga, Melaka dan mengkaji langkah-
langkah yang digunakan untuk mengurangkan masalah penyakit dihidapi oleh warga
emas di lokasi kajian pengkaji. Lokasi kajian pengkaji adalah di Taman Seri Mangga,
Melaka. Metode kajian digunakan oleh pengkaji ialah soal selidik, temu bual dan
rujukan. Pemilihan responden adalah secara persampelan rawak dengan memilih
penduduk Taman Seri Mangga berumur 60 tahun ke atas. Responden pengkaji terdiri
daripada 30 orang warga emas yang menghidapi penyakit di Taman Seri Mangga.
Dapatan utama kajian ini ialah seramai 28 orang responden (83.33%) bersetuju
bahawa pengambilan ubat-ubatan merupakan langkah yang berkesan sekali dengan
skor min sebanyak 4.7. Kesimpulannya, masalah penyakit dalam kalangan warga
emas seharusnya diberi keutamaan. Semua pihak termasuklah warga emas sendiri
perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan baik badan agar hidup dengan mesra.

You might also like