You are on page 1of 6

Sebutan Baku Bahasa Melayu

Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut
usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh
dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan
rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu
dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara
dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada
sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail,
2008 bahawa:

”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu
dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan
wibawa yang kukuh ”.

Namun sebagai bahasa yang hidup  dan berkembang, bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu
baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini,
bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi.
Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa
Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi
kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya.

Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi
sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam
empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula
mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah
ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan
bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman
sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya
sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti
yang berikut:

i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan
dalam situasi formal atau situasi rasmi.
ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.
iii. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya
menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata
(perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.
iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan
penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah

Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu


Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang  dasar sebutan baku
Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau
sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam
bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan
sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”.

Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut :

Sebutan Huruf: Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah  dilafazkan
dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan.

Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga
berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan.

Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan
hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta  keperihalan
keadaan yang berkenaan.

Huruf dan fonem vokal ‘a’

Sebutan Baku

Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di
tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana
dilafazkan.

Contoh:

Huruf Vokal Fonem/ bunyi Ejaan Sebutan


a [a] saya [sa ya]
berapa [be ra pa]
apa [a pa]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.

Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada terletak pada suku
kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan  seperti mana dieja.
Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].
Contoh:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor Riau
Alih [a lih] [ a leh]
Mukim [mu kim] [mu kem]
Hasil [ha sil] [ha sil]

Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.


Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak pada suku
kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja.
Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o].
Contohnya:
Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau
Betul [be tul] [ be tol]
Lanun [la nun] [la non]
tutup [tu tup] [tu top)

Penyebutan Kata Terbitan

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah
dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK.

Kata terbitan dengan imbuhan awalan

Ejaan Sebutan baku Sebutan Johor-Riau


Pengajar [pe nga jar] [pe nga ja]
Pengedar [pe nge dar] [pe nge da]
Terasa [te ra sa] [te ra sé]
Berlari [ber la ri] [ber la ri]
terangkat [ter ang kat] [ter ang kat]

Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris

Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu
dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.

Ejaan Standard Sebutan baku Sebutan Johor-Riau

i)    Bahasa Indonesia
Sama bunyi
Anda [an da] [an da]
Merdeka [mer de ka] [mer de ka]

Berbeza bunyi
Bangsa [bang sa] [bang sé]

ii)  Bahasa Arab

Sama bunyi
Fatwa [fat wa] [fat wa]
Takwa [tak wa] [tak wa]
Beza bunyi
Makna [mak na] [mak né]

iii) Bahasa Inggeris


[fra sa] [fra sa]
Frasa [dra ma] [dra ma]
drama

 Intonasi dalam Bahasa Melayu

Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah
berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa,
ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi
bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan
angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang
paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa
Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk
ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis
dan bentuknya.
Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya:
i. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan,
kebosanan, kemarahan, kekejutan, keakraban, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.
ii. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran,
sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan
seumpamanya.
iii. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang
telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa
makna tersebut.
iv. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang
lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.
v. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah
dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan.
vi. Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang
sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat
atau sarjan tentera.
Sebutan bagi Nama Khas

Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya
nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya:

Ejaan Sebutan
Muhammad Hatta [mu.ham.mad hat.ta]
James Bond [jéms bÕnd]
Nelson Mandela [nẼl.sen man.dé.la]
Lim Keng Yaik [lim kéng yék]
Boutros Boutros-Ghali [but.ros but.ros gha.li]
Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau
kebiasaan antarabangsa. Contohnya:
Ejaan Sebutan
Selangor Darul Ehsan [se.la.ngor da.rul éh.san]
Bosnia-Herzegovina [bos.nia her.ze.go.vi.na]
Pyongyang [pyong.yang]
New Zealand [niu zi.lẼnd]
Sunway Lagoon [sun.wéi le.gun]

Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat
dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya:

Ejaan Sebutan
Bank Bumiputera [baângk bu.mi.pu.te.ra]
Radio Televisyen Malaysia [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia]
Universiti Teknologi Malaysia [u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia]
Agensi Pengiklanan Multimedia [a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau
[a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]

Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa
Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku
kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

Ejaan Sebutan
Felda [fél.da] atau (Federal Land Development Authority)
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
UNESCO [yu.nés.ko] atau (United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization)
UMNO [am.no] atau (United Malays National Organization)
(Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)
tadika [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak)
ADUN [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri)
Plus [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)

Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan
dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan
ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya:

Ejaan Sebutan
DBP [di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka)
TLDM [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia)
JKKK [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung)
RTM [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia)
PLO [pi.él.o] atau (Palestinian Liberation Organization)
(Pertubuhan Pembebasan Palestin)

You might also like