You are on page 1of 8

PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM i-THINK: SATU PENGENALAN

Oleh:

Muhamad Sidek Said, Phd


Mohamad Ab.Kadir
Mohamad Sabri Awang Hitam

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan dan penerimaan program i-Think di IPG
Kampus Sultan Mizan selepas hampir dua tahun diperkenalkan. Dalam tempoh berkenaan hampir 80
peratus pelajar telah mengikut kursus rasmi program berkenaan secara intensif. Di antara pelajar yang
terlibat ialah dari Program PISMP, j-QAF, Kemas, YIT, DPLI dan PGSR. Kursus i-Think ini telah
memberi impak baru kepada cara mengajar dan belajar yang terkini bersumberkan lapan peta
pemikiran. Program ini menggalakan pelajar berfikir, bertukar pandangan dan berkongsi dapatan
secara kumpulan kecil dan besar. Mereka digalakkan menggunakan sumber-sumber yang rapat untuk
rujukan seperti buku, akses internet dan pengalaman dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan,
secara tidak langsung pembelajaran mereka berfokus, terkini dan menyeronokkan. Dalam kajian ini
satu set soal selidik ringkas melalui „online survey‟ menggunakan Program Survey-Monkey. Program
ini digunakan untuk meninjau pandangan peserta kursus tentang keseluruhan Program i-Think ini.
Secara umumnya, daripada penilaian yang diberikan menunjukkan program ini sangat relevan dengan
pelajar-pelajar kini kerana peta pemikiran yang disediakan sangat membantu dan bertindak sebagai
kerangka dan akses kepada mereka untuk berfikir. Majoriti responden yang mengambil bahagian
(>90%) bersetuju menjadikan program ini sebagai alat berfikir, teknik pengajaran berkesan,
meningkat kemahiran berfikir dan meningkatkan HOTs dalam pdp pelajar dan guru.

Kata kunci: program i-think, kemahiran berfikir dan transformasi pendidikan.

PENDAHULUAN

Pengenalan

Kerajaan dalam semua Rancangan Malaysia, Pelan Pendidikan Negara, PIPP dan yang
terbaharu ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 masih kuat
mempertahankan bahawa Malaysia tidak akan mencapai tahap Negara maju jika persoalan asas
tentang pendidikan tidak diberi keutamaan. Maka dalam hampir semua peruntukan bajet negara sejak
10 tahun lalu adalah besar mengatasi keperluan social lain. Apa yang menarik menerusi PPPM ialah
penekanan kepada enam aspek indicator yang sesuai sebagai memantapkan sistem sedia ada. Sa;ah
satu unsure atau indicator tersebut ialah meningkatkan kemahiran berfikir. Apa maksudnya?. Sistem
pendidikan kembali percaya bahawa kemahiran berfikir perlu dikuasai dengan betul dan kemprehensif
jika kita ingin muncul menjadi Negara maju yang berkualiti tinggi seperti Finland, Korea, Jepun dan
sebagainya. Satu elemen yang penting dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan untuk tujuan di
atas ialah melalui penggunaan pengurusan grafik sebagai alat berfikir yang telah terbukti berkesan
dilaksanakan kepada sekolah-sekolh yang berprestasi rendah di Negara-negara maju seperti United
Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat. Didapati bahawa amalan pengajaran guru dalam
penggunaan pengurusan grafik seperti peta minda masih di tahap rendah di Malaysia dan ini tidak
menggalakkan murid untuk lebih kreatif dan kritis (Ab. Fatah Hasan;1994).

1
Sedangkan pengetahuan dan kemahiran mereka boleh dipupuk melalui sumber maklumat dan satu
sistem pendidikan yang boleh meletakkan mereka menjadi wataknya yang kreatif dan serba boleh
(Azizi, et.all, 2005). Namun suasana ini masih perlahan di Malaysia kerana sistem pendidikan kita
tidak mengarahkan kepada pemikiran aras tinggi dan pembinaan skema yang produktif, oleh itu
mereka perlu meneroka alam mereka dengan bantuan pengajaran yang berkesan pada setiap hari
(Dewey, 1993).

Di samping itu dalam melaksanakan pengajaran berkualiti, unsur-unsur kemahiran berfikir, kreatif
dan kritis hendaklah diaplikasikan mengikut tahap kognitif murid. Aspek pedagogikal ini
menyediakan peluang pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak ini kerana mereka mudah
merima pembaharuan dan inovasi. Oleh itu aspek penguasaan pedagogikal ini perlu dipandang serius
oleh setiap guru kerana ianya ibarat „tools‟ yang boleh menjadi pengantara keberkesanan P&P antara
guru dan murid. Sejauhmanakah kreatifnya seseorang kanak-kanak jika rutin pengajaran adalah sama
setiap masa?.

Sebagai satu alternatif kepada pengukuhan pedagogi seorang guru, teknik mengajar menggunakan
peta pemikiran ini diharapkan dapat merubah perspektif dan amalan lama kerana teknik ini
mempromosi satu suasana mengajar yang menyeronokkan murid-murid, ringkas, informatif dan
menjimatkan masa dan bahan. Mengikut Hyerle & Yeager (2007) peta pemikiran memudahkan murid
memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian. Ini disebabkan penekanannya
kepada aktiviti yang berpusatkan murid dan menggalakkan mereka bekerja secara kolaboratif selain
daripada hubungan guru murid menjadi lebih rapat kerana guru cenderung berperanan sebagai
fasilitator.

Pernyataan Masalah

Kajian ini meninjau pelaksanaan Program i-Think melalui kursus-kursus yang dijalankan kepada
pelajar IPGKSM (dari pelbagai kursus/unit) dalam tempoh hampir dua tahun (2012-2013). Ramai
dalam kalangan pelajar kumpulan ini telah mempraktikkan program ini bersama pensyarah dalam
bilik darjah, semasa menjalani praktikum dan kepada pelajar dari unit j-QAF, PGSR, KEMAS dan
sebagainya telah mempraktikkan dalam pengajaran mereka di sekolah walaupun tidak menyeluruh.
Hasil amalan daripada program ini, apakah ianya telah memberi kesan dan perubahan kepada amalan
P&P, atau hanya satu program yang berbentuk jangka pendek. Apakah program ini mempunyai masa
depan yang baik untuk diamalkan sebagai satu kaedah mengajar yang berkesan sehingga mampu
membina „Thinking school‟ atau „Thinking IPG‟?.

Tinjauan literature berkaitan isu kajian

Tulisan yang menyokong kajian ini masih tidak banyak walaupun di peringkat antarabangsa.
Program ini baru memasuki pasaran dunia. Malaysia adalah negara kedua selepas Ethiopia menerima
program ini namun kecenderungan penulisan di peringkat antarabangsa masih tidak jauh dengan
„thinking skill, critical thinking, creative thinking dan mind mapping’. Ini bermaksud kajian
keberkesanan program ini masih diteruskan terutama di United Kingdom sebagai negara pelopor. .
Katherine M. Hichies (2006) dalam kajian ijazah kedoktorannya, “An examination of student
performance after two years of thinking map implementation in three Tennessee school” telah
menunjukkan terdapat hubungan positif antara pelaksanaan program thinking maps dengan
peningkatan pembelajaran pelajar dalam aspek membaca dan berbahasa jika dibandingkan dengan
sekolah-sekolah yang tidak melaksanakan program ini. Kajian Sidek (2012) menunjukkan amalan
guru melalui peta pemikiran ini telah merubah tingkahlaku murid kepada lebih positif dan tekun.
Kajian ke atas 290 murid Sek Men Gaal Pasir Puteh ini menyokong kajian kedua beliau ke atas
Pelajar Semester 3 Pengajian Bahasa Melayu IPG Kampus Sultan Mizan yang mendakwa penggunaan

2
peta pemikiran ini telah meningkatkan daya ingatan yang luar biasa berbanding cara pembelajaran
yang lama. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat
membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta
membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru. Kajian Sidek (2013) di Tadika Yayasan
Islam Terengganu membuktikan pengajaran guru-guru tadika berasaskan peta pemikiran kepada
kanak-kanak berumur 5-6 tahun menghasilkan perubahan tingkahlaku positif yang
memberangsangkan walaupun dipraktikkan dalam waktu yang singkat.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini telah mengambil kira kesan kursus program i-think kepada semua pelajar yang
terlibat, sebagai satu teknik alternative kepada pelajar sama ada dalam bilik darjah mahupun di
sekolah. Objektif kajian ini ialah untuk;

1. meninjau pelaksanaan program i-Think dalam pengajaran dalam bilik darjah

2. memberi tindak balas kepada pelaksanaan program i-Think pada masa depan

PERSOALAN KAJIAN

1. Adakah pelaksanaan ini program i-Think memberi impak kepada P&P dalam bilik darjah?

2. Adakah program i-Think dianggap program berfikir yang baik pada masa depan?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitatif berbentuk tinjuan atas talian menggunakan program penilaian Survey
Monkey yang dibuka kepada semua pelajar mulai 19 Mei 2013 hingga 19 Jun 2013. Secara umumnya
10 peratus sahaja pelajar (lebih kurang 800 pelajar telah mengikuti kursus i-Think) telah menjawab
soalan ini. Oleh kerana survei atas talian bukan menjadi budaya kepada pelajar, maka peratus yang
memberi respons dianggap sebagai satu permulaan yang baik dan kaedah ini dianggap berkesan
dalam menguruskan boring dan membuat penilaian kerana program penilaian Survey Monkey
menyediakaannya secara percuma dan membuat analisis secara automatic.

DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini tujuh soalan ringkas perlu dijawab secara atas talian untuk memberi gambaran
tentang program i-Think secara umum;

3
1. Adakah anda mengetahui tentang Program i-Think?

80
60
40
20
0
Ya Tidak
(97.5%) (2.5%)

2) Adakah anda mengetahui tentang Program i-Think di institusi anda

80

60

40

20

0
Ya (97.5%)
Tidak (2.5%)

Soalan 3 – 5 menjawab objektif nombor 1

3. Adakah anda setuju program i-Think sebagai alat berfikir yang terkini

80

60

40

20

0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju
(6.17%) (2.47%) (91.36)

4
4. Program i-Think boleh dianggap sebagai boleh sebagai teknik pengajaran yang berkesan

80

60

40

20

0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju
(3%) (2.47%) (93.8%)

5. Benarkah Program i-Think dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dan guru-
guru

80
60
40
20
0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju
(3.60%) (1.23%) (95.06%)

Soalan 6-7 menjawab objektif 2

6..Bolehkah Program i-Think dijadikan alat berfikir aras tinggi pelajar-pelajar pada masa depan?

80

60

40

20

0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju (91.36)
(2.47%) (6.17%)

5
7. Wajarkah Program i-Think dijadikan teknik wajib kepada semua guru dalam bilik darjah

70
60
50
40
30
20
10
0
Tidak setuju Kurang setuju Setuju
(4.80%) (18.52%) (76.55%)

KEPUTUSAN ANALISIS DATA DAN INTERPRETAS

Setelah meneliti dapatan kajian ini didapati bahawa Program i-Think telah diterima secara umum oleh
pelajar walaupun program ini masih baru. Tinjuan pelaksanaan program ini adalah sangat
memberangsangkan jika dilihat kepada objektif 1 dan 2. Dalam objektif pertama, untuk soalan 3, para
pelajar bersetuju jika program i-Think dianggap sebagai alat berfikir yang terkini (91.38%). Sebelum
ini kita tidak menjumpai satu alat berfikir yang mantap dan menyeluruh, jika adapun seperti Peta
Minda sedikit masa dahulu telah dipraktiskan dalam Negara kita. Namun program ini masih tidak
menyerlah kepada pelajar yang lemah. Hasil penyelidikan di UK yang diketuai oleh Dr. Hierley
(200&) mendapati Peta Pemikiran (Thinking maps) boleh menyelesaikan pembelajaran murid dari
pelbagai tingkat umur dan situasi. Para responden dalam soalan 4, juga bersetuju menganggap bahawa
program i-Think tergolong dalam satu teknik pengajaran yang berkesan (93.8%) memandangkan
setiap peta pemikiran memiliki „thinking process‟ yang berbeza. Ini bermaksud setiap tajuk yang
dipelajari boleh disesuaikan dengan peta yang berkaitan dan ini mendorong minda untuk memberi
focus serta dibantu oleh proses berfikir, menjadikan peta-peta berkenaan mudah untuk diingat.
Kekuatan sokongan dari pelajar dengan tidak menyembunyikan fakta telah menyokong soalan 5,
bahawa mereka dengan yakin mengaku bahawa program i-Think berupaya meningkatkan kemahiran
berfikir dalam kalangan pelajar dan pensyarah dengan 95.06%. Daripada maklumbalas yang diterima
ramai pelajar mengakui berlaku peningkatan ingatan mereka terhadap subjek yang diajar
menggunakan peta pemikiran (Sidek,2012), ini bermakna program i-Think telah mengambil alih
fungsi pengajaran guru yang sebelum ini masih rendah menggunakan alat berfikir ketikan sesi
pengajaran.

Untuk objektif kedua, soalan 6 mengajukan satu soalan futuristic untuk melihat kekuatan program i-
Think pada masa depan yang berkait dengan pemikiran aras tinggi (HOTs) iaitu satu agenda besar
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Para responden bersetuju
ianya satu alat berfikir kearah pemikiran kreatif (91.36%) pada masa depan yang responsive kepada
unsur berfikir, berpasangan dan berkongsi (think-pair-share) yang menjadi tunjang kepada
pelaksanaan setiap peta pemikiran program i-Think. Para responden juga sangat yakin jika program i-
Think ini dijadikan satu teknik yang wajib-ajar oleh semua guru dan pensyarah (76.55%), dengan
peratusan yang sedikit berbeza dengan item-item lain ianya masih kuat menyatakan bahawa para
pelajar perlukan satu kaedah pengajaran yang meliputi unsure-unsur alat berfikir, pengisian, santai,

6
mudah difahami, tidak membosankan serta mempunyai cirri-ciri pelajar abad 21 bila proses
memperolehi maklumat baru diperolehi dengan mudah dan memberi manfaat berpanjangan.

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan kajian ini beberapa cadangan boleh dipertimbangkan;

(1) Kajian berkonsepkan kualitatif perlu dijalankan untuk melihat keberkesanan program ini
bermula dari pra sekolah sehingga pelajar IPTA
(2) Luaskan penggunaan program ini dalam pengajaran guru dari „instruct‟ kepada construct‟
(3) Menggalakan murid menggunakan sepenuhnya peta pemikiran ini ke dalam semua subjek
(4) Menggalakkan guru-guru mengubah cara mengajar kepada pendekatan yang terdapat dalam
program I-Think
(5) Menjadikan peta pemikiran suatu alternatif baru yang kompetatif
(6) Latihan asas dan pengukuhan hendaklah dipercepat dan perluaskan kepada semua sekolah
sama ada kerajaan atau swasta

RUMUSAN

Kajian ringkas ini mempunyai objektif jangka panjang yang memerlukan kita berfikir dan bertindak
serta keluar dari dunia selesa di bilik darjah. Perubahan mindset pengajar dalam merubah
„instructional design and leadership‟ sepatutnya telah berubah tanpa menunggu arahan daripada
sesiapa. Ini kerana cara berfikir pelajar telah berubah dalam tempoh 15-20 tahun lalu. Mereka bukan
lagi perlu kepada teknik mengajar ala „spoon feeding‟ malah mereka perlu lebih daripada itu. Apakah
teknik dan alat yang menjentik pemikiran mereka?. Maka kita kena berubah kearah satu dimensi baru
dalam dunia pendidikan kita supaya kita dapat mengekori walaupun tidak dapat duduk setanding
dengan Negara-negara maju. Pemikiran pelajar kita sama dengan Negara-negara lain; menghadapi
pembangunan teknologi yang pesat, arus globalisasi yang bersaing dan pertandingan inovasi dan reka
cipta yang menjadi-jadi, maka pelajar kita perlu berada dalam barisan pertama menghadapi perubahan
tadi dan kita perlukan alat berfikir yang praktikal untuk membolehkan mereka mula bergerak dan
bertindak. Tidak ada lagi alat berfikir yang memenuhi keperluan pelajar-pelajar ini melainkan
program i-Think. Ramai pelajar yang mempraktikkan program ini telah mengakui keberkesanannya
dalam menghadapi cabaran baru dalam proses pembelajaran mereka malah permintaan untuk
mengikuti kursus ini semakin baik dan meningkat.

BIBLIOGRAFI

Ab. Fatah Hasan (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM.

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). “Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan” Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Best J.B. (1999). “Cognitive Psychology (5Th Ed.)” United States of America : Brace.
Buzan, T (1989). Use your Head. London: BBC Books.
Connell ,W.F . (1981) . Asas Pendidikan . Kula Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Dewey, J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the
educative process. Boston: Houghton Mifflin Company.
Gross, R. (2001). “Psychology The Science Of Mind And Behaviour”. 4th Edition. London
:British Library Cathaloguing in Publication Data.

7
Hyerle, D. & Yeager, C. (2007). A Language for learning: Thinking maps incorporated. North
Carolina; Thinking Maps. Inc.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., and Masia, B.B., (1964). Taxonomy of Educational
Objectives: The classification of Educational Goals. Handbook II: Afective Domain. New
York: David McKay.

Lee Hou Yew & Gan We Ling. (2012). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru
2012, Bukit Gambang Resort, Oktober 2012.

Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012). Transformasi pengajaran dan pembelajaran
inovatif melalui „thinking maps‟. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan
pendidikan antarabangsa malaysia-indonesia (Malindo), IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Okt
2012

Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. (2012).Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui
program i-Think.Kertas kerja dibentangkan di IPGM International convention in teacher
learning & development, Pearl International Hotel, Kuala Lumpur, 19-21 Nov 2012

Muhamad Sidek Said (2013). Aplikasi menggunakan „thinking map‟ dalam program praktikum
KPLD Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas
kerja dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista
Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April 2013

Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively. Bloomington,
Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Weast, D. (1996). Alternative teaching strategies: The case for critical thinking. Teaching
Sociology, 24, 189-194.

You might also like