You are on page 1of 4

l.

HUBUNGAN ETNIK
( UQU 10202 )

KUMPULAN 8

TOPIK 8: PEMERKASAAN PENDIDIKAN KE ARAH KESEPADUAN SOSIAL

NAMA NOMBOR MATRIK


NUR HIDAYAH BINTI AHMAD SHAFII AD170231
NORSAHIRA BINTI MASLAZIM AD170089
AZFARRIDZWAN BIN MUSZAFFARSHAM AD170145
MELCHIADES JOEFFREY JR. CD170117
YEAP SWEE HONG AD170250
WU SHUNFANN AD170232
YAP WEE HANG AD170263
MUHAMMAD NAJMI BIN CHE ARIFFIN CD170206
LINESH A/L RAVICHANDRAN AD170261
SABRI BIN JAPRIN CD170058
MOHAMMAD SHAHRULNIZAM BIN IDY AD170209
MUHAMMAD NUR HAZIQ BIN CHAH PARI AD170035
Tema : Pemerkasaan Pendidikan ke arah Kesepaduan Sosial

Tajuk Kajian : Impak Sistem Pendidikan Rendah terhadap Kesepaduan Sosial di


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pendahuluan:
Dalam perbincangan kumpulan pertama, kita telah membincang dan
mengeluarkan satu tajuk yang menarik. Tajuk kajian yang kita semua bersetuju ialah
“Impak Sistem Pendidikan Rendah terhadap Kesepaduan Sosial di UTHM”. Sistem
pendidikan merupakan elemen penting bagi merealisasikan aspirasi negara untuk
mewujudkan dan meningkatkan perpaduan negara dalam kalangan generasi muda.
Tunjang utama bagi memupuk perpaduan adalah sekolah rendah. Hal ini demikian
kerana, melentur buluh biarlah daripada rebungnya, yang bermaksud hendak
mengajar atau mendidik anak-anak biarlah ketika usia mereka masih kecil kerana
apabila menginjak dewasa sukar untuk si anak menerima teguran atau didikan.
Kajian ini berfokus tentang mahasiswa di UTHM yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang berbeza dan mendapat pendidikan rendah berbeza. Sebagai contoh, ada
segelintir mahasiswa mendapat pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan juga Sekolah
Kebangsaan (SK). Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji hubungkait kesepaduan
antara mahasiswa UTHM dengan latar belakang pendidikan rendah yang berbeza.

Permasalahan Kajian:

Antara permasalahan yang timbul dalam kajian ini adalah :

1) Mahasiswa UTHM masih mengamalkan polirisasi kaum dalam kalangan


mereka.
2) Budaya ketika pendidikan awal kanak kanak iaitu bergaul dengan
kelompok masing masing menjadi ikutan di peringkat universiti pada masa
kini.
3) Segelintir mahasiswa masih bersikap mementingkan bahasa ibunda
apabila berkomunikasi dengan kaum yang berbeza.
Objektif Kajian :

Berikut merupakan beberapa objektif yang digariskan dan menjadi asas bagi kajian
ini bagi memudahkan perjalanan dan perlaksanaan agenda bagi menyempurnakan
kajian ini:

1) Mengenalpasti perubahan sistem Pendidikan sekolah rendah.


2) Mengkaji hubungkait sistem Pendidikan rendah dengan interaksi sosial
yang berlaku di UTHM.
3) Memupuk kesedaran mahasiswa tentang implikasi interaksi sosial yang
lemah.

Metodologi Kajian:

Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu
penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang
berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan
tertentu (Nana, 2005).

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan sepenuhnya kaedah kualitatif. Antara


kaedah yang digunakan adalah :

1) Resensi Kepustakaan
Resensi Kepustakaan memainkan peranan penting kerana ianya merupakan
kaedah utama dan dipercayai kesahihan dan ketepatan fakta. dalam menjalankan
suatu kajian. Kaedah ini merangkumi pencarian sumber rujukan buku buku ilmiah
,jurnal, dan artikel.

2) Soal Selidik
Bagi memperoleh dapatan kajian yang lebih mesra masyarakat, borang kaji
dibentuk berpandukan kepada tujuan dan matlamat kajian. Soalan kaji selidik akan
diberikan kepada 50 responden mengikut klasifikasi kategori yang ditetapkan seperti
umur dan sebagainya. Medium yang akan digunakan berbentuk virtual, Google
Form. Rujukan skala pula ialah Skala Likert.
3) Temu Bual
Kaedah ini akan dijalankan kepada kumpulan tumpuan yang kami tetapkan.
Golongan tumpuan itu ialah golongan pensyarah, presiden kelab fakuti dan
mahasiswa yang mempunyai perspektif dan latar belakang yang berbeza. Sesi soal
jawab akan dilaksanakan sepanjang temu bual berlangsung

Kesimpulan:

Kesimpulannya, selepas membuat kajian bertajuk Impak Sistem Pendidikan


Rendah terhadap Kesepaduan Sosial di UTHM, kami dapat mengenalpasti
permasalahan yang timbul dalam kajian ini dan dapat menggariskan beberapa
objektif yang menjadi asas terhadap kajian ini bagi memudahkan perjalanan dan
perlaksanaan agenda sebagai tujuan untuk menyempurnakan kajian ini. Antara
permasalahan yang timbul dalam kajian ini adalah pelajar UTHM masih
mengamalkan polirisasi di kalangan mereka. Sehubungan dengan itu, permasalahan
yang timbul ialah segelintir mahasiswa bersikap mementingkan bahasa ibunda
ketika berkomunikasi menjadi punca masalah komunikasi antara pelajar.
Permasalahan seterusnya ialah budaya ketika pendidikan awal kanak kanak iaitu
bergaul dengan kelompok masing-masing menjadi ikutan di peringkat universiti pada
masa kini. Justeru, objektif yang digariskan dalam kajian ini adalah mengenalpasti
perubahan sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah. Selain itu, objektif yang
diggariskan ialah mengkaji hubungkait sistem pendidikan rendah dengan interaksi
sosial yang berlaku di UTHM. Objektif seterusnya ialah memupuk kesedaran
mahasiswa tentang implikasi interaksi sosial yang lemah.

You might also like