You are on page 1of 11

Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011), perpaduan merujuk sebagai satu proses

yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota


masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang


diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk
mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.

Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan
Malaysia. Isu perpaduan adalah perkara utama dari sembilan cabaran utama untuk
mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi
“ Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi diperingkat wilayah dan antara
kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan”.

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan
sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di
kalangan pelajar. Untuk itu, sekolah turut dapat mewujudkan perpaduan bagi
membentukkan dan memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum. Hal ini demikian
agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada
pemimpin masa hadapan.

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang


menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan
remaja pelbagai kaum. Awalnya di sekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu
mengenai adat resam, budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Tambahan
pula, persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada
pengasingan atau peminggiran atas dasar kelainan itu. Pengalaman berkawan dengan
rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina perspektif unik dalam
diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima
serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.

1
Sebagai seorang pendidik, melalui pengalaman dan pemerhatian saya sendiri,
didapati terdapat beberapa usaha dan inisiatif yang dijalankan di sekolah yang dapat
mewujudkan kerjasama dalam perpaduan bagi membentukkan dan memperkukuhkan
hubungan pelbagai kaum dalam kalangan murid-murid. Antaranya termasuklah,
aktiviti kurikulum yang seragam, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, gotong-
royong, penggunaan kemudahan sekolah, sambutan perayaan, aktiviti kokurikulum,
aktiviti sukan, perkhemahan, program anak angkat, program integrasi, penubuhan
Kelab Rukun Negara, Program Penyayang, Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid
Untuk Perpaduan (RIMUP) dan seumpamanya.

Kurikulum seragam yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan


ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk
semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia. Misalnya,
mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran
dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan
pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama
dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling
menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang
hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung
mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang mudah terhadap
peranan pendidikan seperti sekolah dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana
pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh
negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah
perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya
melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Hanya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam
pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak
musuh.

Selain itu, perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui pelaksanaan


kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai
bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi
pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun
oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional,

2
demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti
yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua peringkat persekolahan.

Selain itu, peranan guru juga memainkan peranan penting dalam menyuntik
nilai-nilai perpaduan dalam kalangan murid-murid. Sebagai contoh, aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah sudah tentu melibatkan murid-murid
secara menyeluruh dan berkumpulan yang tidak mengira latar belakang murid
mahupun bangsa, agama murid tersebut. Guru sebagai fasilitator yang menggerakkan
sesuatu aktiviti di dalam mahupun di luar bilik darjah agar terjadinya pola interaksi
sosial dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa. Di sini jelas dapat kelihatan
terjalinnya kerjasama serta ruang untuk perkongsian ilmu merentasi kaum jelas
terbuka sepanjang proses sesuatu pembelajaran. Secara tidak langsung, ini
mewujudkan nilai-nilai perpaduan walaupun mereka terdiri daripada kaum yang
berbeza.

Selain itu, aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh pihak sekolah juga
membawa kepada perpaduan dan integrasi nasional kerana murid-murid dan guru-
guru bekerjasama membersihkan kawasan sekolah. Pada masa yang sama, mereka
dapat berinteraksi semasa mereka dan mengenali rakan yang tidak dikenali. Keadaan
ini secara tidak langsung mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional antara murid
dan guru. Seterusnya, di sekolah, murid-murid berpeluang menggunakan kemudahan-
kemudahan yang tersedia tanpa mengira kedudukan dan kaum murid yang berbeza.
Contohnya, kemmudahan pusat sumber diberikan kepada mereka tanpa mengambil
kira latar belakang kaum. Keadaaan ini terang menunjukkan bahawa perpaduan dan
integrasi nasional telah dipupuk dengan tidak mendiskriminasikan murid mengikut
bangsa dan agama untuk menggunakan pusat sumber.

Pada setiap musim sesuatu perayaan, pihak sekolah juga mengadakan


sambutan perayaan pelbagai kaum seperti Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan lain-lain. Melalui cara ini, setiap murid dapat mempelajari adat resam
serta kepercayaan kaum-kaum di Malaysia ini. Sekolah turut akan mengadakan
persembahan tarian tradisional yang daripada pelbagai kaum. Contohnya, tarian zapin,
tarian kipas, tarian singa dan tarian india. Di sini, murid-murid sendiri yang akan
memakai pakaian tarian tradisional kaum tertentu dan mempersembahkan tarian

3
tradisional melalui tunjuk ajar guru. Tambahan pula, pihak sekolah juga mengadakan
jamuan perayaan tersebut. Maka, murid dapat mencuba makanan tradisional sesuatu
kaum tersebut di samping memahami budaya kaum berbeza daripadanya. Sedar tidak
sedar, murid tersebut akan secara langsung memahami perbezaan kaum bukanlah dari
segi perbezaan bahasanya dan pakaiannya sahaja, sebaliknya perbezaan dari aspek
makanannya juga.

Selain aktiviti persembahan tarian tradisional, aktiviti sambutan perayaan


di sekolah juga menyumbang kepada terbentuknya perpaduan dalam diri murid-
murid. Hal ini demikian dapat dilihat melalui rasa hormat yang timbul dalam
kalangan murid yang berlainan agama. Salah faham dan perbezaan kaum akan dapat
dielakkan kerana mereka telah memahami budaya bangsa lain. Misalnya, sekolah saya
yang merupakan Sekolah Jenis Kebangsaan yang tidak ketinggalan mengadakan
sambutan Kuih Bulan di sekolah. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah
pertandingan merekacipta tanglung. Walaupun perayaan ini merupakan perayaan
kaum Cina, namun, murid yang berlainan agama turut memeriahkan lagi aktiviti ini
dengan menyertainya. Hal ini demikian memberi kesedaran kepada murid-murid
bahawa sesuatu perayaan bukanlah hanya boleh diraikan oleh kaumnya sahaja malah
bangsa dan agama lain juga boleh bersama-sama meraikannya tanpa halangan.
Keadaan ini telah menunjukkan wujudnya perpaduan dalam diri mereka
memandangkan sedikit sebanyak mereka telah mengetahui budaya yang berbeza di
Malaysia.

Selain itu, murid-murid dibahagikan kerja atau tugas membersihkan bilik


darjah semasa waktu rehat di sekolah. Melalui aktiviti ini, dengan jelas dapat kita
lihat kerjasama yang diamalkan dalam diri setiap murid. Mereka saling membantu
tanpa mengira kaum. Contohnya, seseorang murid telah menyiapkan tugasnya, secara
automatiknya dia akan menolong rakannya yang masih belum siap tugasnya. Bukan
itu sahaja, aktiviti Hari Kantin di sekolah juga memupuk sikap bekerjasama dalam
kalangan murid. Kita dapat lihat kegigihan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh
mereka untuk menjayakan aktiviti tersebut dengan lancar, justeru perpaduan secara
tidak lengsung telah tersemat di jiwa mereka.

Dalam merealisasikan matlamat untuk terus menjadikan sekolah sebagai

4
platform terbaik memupuk semangat perpaduan di kalangan murid-murid, sekolah
rendah memberi fokus kepada perkara asas kerana merekalah tempat pertama
persinggahan anak-anak yang baru mula mengenali dunia luar selain rumah masing-
masing. Inilah juga tempat pertama bagi murid-murid untuk beramah mesra,
mengenali dan berkawan dengan rakan daripada agama dan bangsa lain secara
bersama dalam satu-satu masa.

Hakikatnya cabaran untuk terus menyemai semangat perpaduan menjadi lebih


besar kepada guru sekolah menengah. Pada zaman kini, para guru berhadapan dengan
kumpulan anak muda yang semakin bijak, justeru pelbagai aktiviti yang menarik dan
kreatif diberikan kepada murid-murid agar dapat dipujuk secara lebih halus agar terus
memahami dan menghayati semangat perpaduan nasional.

Selain kurikulum, kokurikulum juga merupakan satu saluran pembelajaran


yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini
setara dengan  kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana
peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada perpaduan di
sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk
menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai
yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk
memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah
dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan
secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri


individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, badan beruniform dan
sebagainya sentiasa dipergiatkan lagi dalam kalangan murid pelbagai kaum. Aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di sekolah juga melibatkan aktiviti sukan.
Memandangkan sukan menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat
sekolah, maka sukan yang dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga
untuk perpaduan dalam kalangan murid-murid. Contohnya pelbagai jenis permainan
sukan yang dijalankan dalam aktiviti sukan di sekolah. Melalui sesuatu permainan
atau perlawanan, jelas sekali nilai-nilai yang dapat dipupuk dalam kalangan murid-

5
murid tidak lain tidak bukan adalah kerjasama dan bersatu padu walaupun mereka
terdiri dari pelbagai kaum.

Selain itu,hari sukan sekolah misalnya, matlamat utamanya adalah


mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan di antara pelajar-
pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua murid akan terlibat dalam sesuatu
pertandingan permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa
mengira apa-apa jua faktor tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke
arah perpaduan dalam kalangan murid-murid.

Selain itu, perkhemahan juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan
oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan
sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk
memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta
perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-
aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa
aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap
bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan
yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan
berbeza. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati
diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana
perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para
murid. Selain daripada mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat
merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman
dan damai sementara bergaul dengan rakan-rakan yang lain bangsa.

Di luar sistem akademik, murid pula terlibat dalam aktiviti pelbagai kaum
seperti program keluarga angkat. Program anak angkat selalunya berfokuskan
kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau
dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak
sekolah contohnya ke sesuatu tempat membolehkan seseorang murid dapat mengenali
ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah
persefahaman dan perpaduan di antara murid dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga
menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

6
Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad
Badawi pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah
diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum
ditingkatkan. Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan
membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara
kaum dapat dipereratkan. Antara kata-kata beliau ialah:

“ Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua kaum
dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan
semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar
untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan
alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian
menjadikan intergrasi  sukar untuk dilaksanakan”.

Selain program integrasi, sekolah juga mewujudkan program pertukaran


pelajar sekolah. Program pertukaran ini diadakan di antara sekolah yang membawa
perpaduan kerana murid-murid dapat mengenali dan memahami murid-murid dari
sekolah lain. Misalnya, murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan digalakkan supaya
bergaul dengan murid dari Sekolah Kebangsaan melalui suatu program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah untuk suatu jangka masa tertentu. Keadaan ini
membolehkan murid sekolah berpeluang berinteraksi dengan murid dari sekolah yang
berlainan. Pada masa yang sama, hubungan harmoni terjalin dan perpaduan wujud
antara mereka.

Walau bagaimanapun, pelancaran kempen, ceramah dan kem-kem motivasi


turut diadakan oleh pihak sekolah. Aktiviti seperti ini berfokuskan perpaduan dan
integrasi nasional. Murid-murid akan didedahkan kepada kepentingan kerjasama dan
perpaduan di negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Contohnya,
murid-murid Tahap 2 terutamanya digalakkan menyertai kem-kem motivasi yang
dianjurkan supaya dapat memahami dan mempelajari konsep perpaduan yang cuba
diterapkan oleh pihak sekolah. Di samping itu, murid-murid juga akan tahu
kepentingan bekerjasama tidak kira kaum dan sekali gus akan mengamalkannya.

7
Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan
modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan
menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal  demikian kerana ideologi
yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai
bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam
Majlis Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylor’s
Universiti berkata
“ Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk
pembangunan sahsiah golongan tersebut ”

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di


Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku
Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun
Negara ditubuhkan di sekolah.

Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di


Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran
negara agar terus berkekalan. Dengan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah,
pelbagai aktiviti dijalankan dalam kalangan murid berbeza kaum dan agama. Maka,
pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya murid-murid
terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang
lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

Bukan setakat itu sahaja, pihak sekolah sentiasa menerapkan prinsip-prinsip


Rukun Negara terhadap murid-murid. Misalnya, pada setiap perhimpunan mingguan
sekolah, terdapat seorang wakil murid yang mengetuai mambaca ikrar Rukun Negara.
Ini secara langsung membolehkan murid-murid terus menghafal Rukun Negara. Buku
latihan sekolah juga mempunyai Rukun Negara supaya murid-murid dapat
membacanya dengan senang. Dengan ini, mereka akan mengetahui prinsip-prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara. Ini juga akan menjadikan murid-murid saling
menghormati serta memahami kepentingan hidup secara muhibah. Keadaan ini secara
langsung telah menanam unsur perpaduan dalam diri murid tersebut melalui Rukun

8
Negara yang dihafal dan diamalkan oleh mereka.

Selain itu, dalam mewujudkan perpaduan dan memperkukuhkan hubungan


pelbagai kaum di sekolah, turut dilaksanakan satu program ‘Sekolah Penyayang’
dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang
Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa murid-murid melalui Persatuan
Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan murid yang cinta kepada
sekolah, membentuk peribadi murid yang suka menolong dan menghormati orang
lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan
mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa murid-murid. Contohnya, di sekolah
yang saya mengajar, setiap pagi guru bertugas di pintu sekolah akan menyambut
kedatangan dan menyapa murid-murid ke sekolah dengan mesra, tidak kira bangsa
atau agama murid tersebut. Ini memberi kesan dan contoh positif kepada murid-murid
justeru dijadikan contoh teladan dengan mengamalkan tabiat sapaan terhadap rakan-
rakan yang berbeza kaum.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program


Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986.
Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini
diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM
memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai
kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka.

RIMUP merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan


masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program ini
memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia
bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi
unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan
bersepadu.

Sekolah yang saya mengajar pernah mengadakan program RIMUP ini


bersama-sama peserta-peserta dari sekolah lain. Melalui program ini, peluang murid
yang terdiri daripada pelbagai kaum tersedia untuk bergaul mesra secara sedar dan
terancang. Dengan ini, secara tidak langsung murid dari berlainan kaum dan agama

9
dapat menjalankan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dengan baik dan lancar
hasil daripada pergaulan dan kerjasama antara mereka. Proses perpaduan sebegini
turut dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam diri
mereka. Dengan ini, akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama,
budaya dan adat resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati


hari ulangtahun kemerdekaan Negara. Begitu juga dengan sekolah saya, turut
mengadakan aktiviti yang mempunyai nilai-nilai patriotism dan perpaduan. Acara
yang dilaksanakan ialah pakaian tradisional berbilang bangsa dalam kalangan murid,
kibaran ”Jalur Gemilang” serta hiasan bilik darjah. Secara tidak langsung, murid
dapat memahami bahawa pelbagai kaum di negara kita dapat hidup dengan harmoni
dan bersatu padu. Aktiviti ini juga dapat membina keyakinan mereka berkaitan
pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka, bersifat patriotisme yang tinggi dan
cintakan kehidupan bersatupadu.

Dengan itu, bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat
perpaduan antara pelbagai kaum. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat Malaysia
yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah
dewasa. Generasi awal terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan
betapa pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat majmuk
ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem pendidikan negara kerana
melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat membentuk dan mencorakkan
masyarakat Malaysia pada masa hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu
“ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya
didedahkan bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan
timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka.

Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, sekolah merupakan unit yang
terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara kaum.
Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan
menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya di
universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja
berlainan kaum tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman.

10
Oleh itu, pelbagai cara harus digunakan bagi membentukkan dan
memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum di sekolah. Sekolah juga harus relevan
dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Seandainya terdapat perubahan yang
berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang
upayanya. Dapat disimpulkan bahawa, peranan sekolah dan seseorang guru dalam
mewujudkan perpaduan dalam kalangan para pelajar amatlah besar. Namun,
kerjasama dari pihak yang lain  juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.

(3011 p.p)

11

You might also like