You are on page 1of 16

BAHAGIAN A

[25 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tatabahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) “Saya rindukan anak yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat,” kata ibu kepada
Jessica.

[2
markah]

(ii) “Kami telah ke London untuk menyambung pengajian pada hujung bulan ini,” beritahu
ibu kepada rakannya.

[2
markah]

(iii) Wang sumbangan daripada pelbagai pihak akan digunakan untuk memperindahkan
kawasan sekitar sekolah.

[2
markah]

(iv) Adat resam sesuatu bangsa penting dalam mewujudkan masyarakat yang saling
hormat-menghormati antara satu sama lain.

[2
markah]

1
2. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Ibu telah menghadiahkan sebuah komputer riba kepada Ranjit pada hari jadi lahirnya
yang ke 17.

[1

markah]

(ii) Encik Aminuddin berasa sangat gembira kerana ditawarkan pekerjaan sebagai juru audit
di syarikat terkenal itu.

[1

markah]

(iii) Pengetua sekolah berpesan kepada murid-murid agar tidak berkelakuan anti-sosial,
malah digalakkan supaya melibatkan diri dalam semua aktiviti sekolah.

[1
markah]

3. Nyatakan ayat-ayat di bawah sama ada Frasa Nama+Frasa Nama (FN+FN),


Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FS)
.
(i) Hadiah itu daripada Abang Haikal.

[2 markah]

(ii) Ibunya guru Matematik di sekolah saya.

2
[2 markah]

(iii) Kami sekeluarga akan ke Port Dickson pada cuti sekolah nanti.

[2 markah]

(iv) Pemain-pemain bola sepak itu bersalaman setelah permainan tamat.

[2
markah]

(v) Pemandangan di kawasan Pantai Teluk Cempedak indah nian terutama ketika fajar
menyingsing.

[2
markah]

3
4. Lihat gambar bersiri di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan gambar bersiri tersebut,
tulis dua peribahasa yang sesuai.

(i)

(ii)

[4 markah]

4
BAHAGIAN B
[30 markah]
5. Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
6.
PEGUAM BELA : Setiap binatang peliharaan mesti ada tuannya. Tuan empunya
kambing itulah yang perlu dihukum.
PENDAKWA RAYA : Kalau tidak ada yang mahu mengaku?
PEGUAM BELA : Maka kambing itu harus menjadi hak milik pihak yang berwajib.
HAKIM : Sudah…sudah! Hujah-hujah kamu berdua sudah selesai. Harap
bertenang.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, setelah meneliti hujah-
hujah daripada kedua-dua belah pihak, mahkamah dengan ini
mengambil kesimpulan bahawa pendakwa telah gagal mengaitkan
kes ini dengan tertuduh dan sebaliknya, peguam bela telah dapat
menyakinkan mahkamah tanpa keraguan bahawa Bulat bin Leper
tidak melakukan kecuaian dan seterusnya dibebaskan daripada
tuduhan membunuh Mek Teh binti Jali secara tidak sengaja.
TERTUDUH mengucapkan terima kasih kepada PEGUAM
BELA dengan gaya penuh kesyukuran.
HAKIM : Dan atas kuasa yang ada pada saya, saya mengeluarkan perintah
supaya tuan kambing itu dicari samapai dapat. Kalau tidak ada
yang mengaku, maka kambing itu menjadi milik pihak yang
berwajib, dan perintah juga dikeluarkan supaya pintu tong sampah
itu dibaiki segera oleh pihak yang bertanggungjawab.
(Mengetuk meja dengan tukul dua kali)

(Dipetik daripada drama Mahkamah, oleh Awang Abdullah,


antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, halaman 89-100,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

5
(i) Berdasarkan petikan cerpen di atas, berikan dua perintah yang telah dikeluarkan oleh
hakim.

[3
markah]
(ii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam petikan drama tersebut.

[3 markah]

(iii) Masalah binatang ternakan berkeliaran di jalan raya bukannya fenomena baharu yang
berlaku di kawasan-kawasan kampung, malahan ada pengguna jalan raya yang telah
terlibat dengan kemalangan.
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah perkara-perkara yang perlu anda lakukan supaya
binatang ternakan anda tidak mengganggu orang lain?

[4 markah]

6
6. Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Nasihat (Penguhujung Thamarat al-Muhimmah)

Dengarkan tuan ayahanda berperi, Hendaklah anakanda mengaji selalu,


Kepada anakanda muda bestari, Dari yang lain lebihkan dulu,
Nasihat kebajikan ayahanda beri, Had syarak jangan dilalu,
Amalkan jangan malas dan ngeri. Tidaklah anakanda beroleh malu.

Ayuhai anakanda muda remaja, Segala perbuatan dengan berilmu,


Jika anakanda menjadi raja, Maka kebajikan boleh bertemu,
Hati yang betul hendak disahaja, Jika sebarang-barang diramu,
Serta rajin pada bekerja. Akhirnya anakanda jatuh tersemu.

Kerja kebajikan janganlah malas, Ilmu itu besar faedahnya,


Zahir dan batin janganlah culas, Membezakan hak dengan batilnya,
Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Mengetahui rakyat benar salahnya,
Seperti air di dalam gelas. Supaya dihukumkan dengan adilnya.

Menuntut ilmu janganlah segan, Jika ilmu tidak diendah,


Ilmu yang benar jangan yang bukan, Sebab anakanda capak permudah,
Iaitu ilmu yang kebajikan, Rakyat datang membawa gundah,
Di kitab ini sudah disebutkan. Anakanda tercengang tunduk tengadah

(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,


Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

7
(i) Berdasarkan syair di atas, nyatakan nasihat yang hendak disampaikan oleh penyair
dalam rangkap keempat syair di atas.

[3 markah]

(ii) Jelaskan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair tersebut.

[3 markah]

(iii) Seseorang pemimpin mestilah berilmu dan menjaga kebajikan rakyatnya.


Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk yang akan berlaku pada sesebuah
negara sekiranya pemimpinnya tidak berilmu dan menzalimi rakyat?

[4 markah]

8
7. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.

Watak memainkan peranan penting untuk menggerakkan sesebuah cerita. Banyak


terdapat nilai dan pengajaran yang dapat kita contohi daripada perwatakan watak tersebut.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan dua nilai dan satu
pengajaran yang dapat dicontohi daripada perwatakan bagi watak-watak yang telah
ditetapkan. Bagi setiap nilai dan pengajaran, anda perlu mengemukakan contoh peristiwa
yang sesuai.

Novel Darah Titik


di Semantan

Watak utama

Datuk Bahaman –Nilai Watak sampingan Watak sampingan


Zahid - Nilai Samad- pengajaran

[10 markah]

9
10
BAHAGIAN C
[15 markah]
8. Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan
tentang kelebihan sistem penghadaman yang baik pada tubuh. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita mengetahui bahawa aktiviti fizikal dan diet yang seimbang menjadi faktor utama
kepada kesihatan. Namun, sistem penghadaman juga memainkan peranan yang penting di
dalam tubuh badan manusia. Gangguan pada sistem penghadaman boleh mempengaruhi tahap
kesihatan seseorang. Sebaliknya, individu yang memiliki sistem penghadaman yang baik dapat
menikmati beberapa kelebihan yang tertentu.
Tahukah kita bahawa sistem penghadaman merupakan sebahagian besar daripada sistem
imun badan yang mengatasi sel-sel darah putih dalam badan? Bayangkan sistem penghadaman
seperti span yang menyerap nutrien daripada makanan yang kita makan. Apabila sistem
penghadaman berada dalam keadaan baik, tubuh kita dapat menyerap banyak nutrien daripada
makanan sekali gus menguatkan sistem imun dalam badan.
Kajian menunjukkan bahawa sistem penghadaman yang baik dikaitkan dengan wajah
yang sihat. Sistem penghadaman yang baik, membuatkan kulit kita bersih dan bebas tanpa cela.
Sistem penghadaman yang lemah pula boleh menyebabkan penyakit kulit dan kecacatan atau
noda pada kulit akibat keradangan apabila bakteria dalam sistem penghadaman bertindak balas
dengan sistem imun dalam badan.
Bebas daripada masalah nafas yang berbau merupakan salah satu kebaikan daripada
sistem penghadaman yang baik. Jika sistem penghadaman terganggu, nafas seseorang boleh
berbau. Walaupun seseorang itu telah memberus gigi dengan kerap, masalah ini tidak akan
hilang kerana puncanya bukan pada ubat atau berus gigi. Hal ini demikian kerana nafas individu
tersebut terganggu oleh bakteria yang membiak dalam sistem penghadaman.
Selain itu, sistem penghadaman yang baik membolehkan proses penyahtinjaan berlaku
dengan lebih mudah dan kerap. Hal ini membolehkan tubuh membebaskan sisa-sisa makanan
yang tidak diperlukan. Jika tubuh menyimpan sisa tinja terlalu lama, keracunan dan masalah
sistem penghadaman yang lain boleh terjadi.
Sistem penghadaman mengandungi banyak neuron, atau sel-sel otak dan sering dirujuk
sebagai otak kedua. Neuron di dalam sistem penghadaman kita menghasilkan kira-kira 90%
daripada serotonin tubuh yang dikaitkan dengan perasaan, memori, tidur dan tingkah laku
sosial. Oleh itu, jika sistem penghadaman kita berada dalam keadaan yang baik, memori kita
akan lebih kuat dan kita akan berasa lebih tenang.
Sistem penghadaman yang sihat memberikan banyak kelebihan kepada tubuh kita.
Mengekalkan tabiat yang sihat dalam kehidupan seharian boleh membantu tubuh kita sentiasa
cergas, bebas daripada penyakit dan dapat berfungsi pada tahap yang optimum.

11
12
BAHAGIAN D
13
[30 markah]

9. Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 180 patah perkataan.

(i) Majlis perpisahan bersempena dengan persaraan pengetua telah diadakan di sesebuah
sekolah. Sebagai wartawan sebuah akhbar tempatan, anda telah ditugaskan untuk
menulis berita tentang majlis tersebut.
Tuliskan berita tersebut selengkapnya.

(ii) Sekolah anda menganjurkan satu pertandingan syarahan bersempena dengan Bulan
Bahasa. Anda ingin menyertai pertandingan tersebut. Tajuk yang anda pilih ialah
“Kepentingan Amalan Membaca dalam Kalangan Murid”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.

(iii) Kedatangan pekerja asing ke negara kita telah menimbulkan pelbagai masalah kepada
rakyat tempat.
Berikan pendapat anda.

14
15
KERTAS SOALAN TAMAT

16

You might also like