You are on page 1of 3

======================================================================

Daripada : irfan_zaidi@kgoomail.com
Kepada: amira_lukman@kgoomail.com
Tarikh: 21/05/2018
Subjek: Pendapat Diberi
======================================================================

Amira,

Terima kasih kerana menghantarkan emel kepada saya. Saya di sini khabar baik.
Awak pula bagaimana. Saya harap awak di sana sihat sejahtera. Maaf kerana tidak
mengirim emel. Saya kini sedang sangat sibuk dengan persiapan ujian GCEO yang
akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Pemikiran ini yang ibu ayah awak memegangi adalah sebuah pegangan yang
kebanyakan generasi ibu bapa dahulu memegangi. Maklumlah, pada zaman
mereka, wanita dan lelaki tidak diberikan peluang dan pendidikan yang sama kerana
wanita dikatakan kurang berupaya dalam pendidikan dan sebagai wanita, mereka
harus duduk di rumah untuk menjaga kemahuan dan keinginan suami dan anak-
anak.Lelaki pula perlu bekerja dan mencari rezeki untuk keluarga. Tambahan, ada
pekerjaan yang hanya wanita boleh menceburi dan ada pekerjaan yang hanya
diceburi lelaki.

Oleh kerana ini, harapan yang diletakkan atas anak lelaki dan perempuan berlainan.
Pada pendapat saya, awak perlu meluahkan perasaan dan pendapat awak kepada
ibu dan bapa awak kerana, jika awak berdiam, ibu dan ayah awak tidak akan
menukar atau menjatuhkan harapan yang terletak di atas awak. Awak perlu
mengatakan apa yang awak inginkan dan memastikan yang awak berjaya. Jika
tidak, mereka akan pasti memikir yang pegangan mereka itu betul dan awak tidak
berupaya untuk mendapatkan sesuatu yang sepatutnya hanya untuk lelaki. Ini akan
membuat mereka memegang kepada pegangan bermisogoni mereka dengan lebih
kuat dari biasa.

Saya telah berpendapat sedemikian kerana saya juga telah berpengalaman


dengan masalah sebiji bagai apa yang awak sedang menghadapi. Ibu ayah saya
sangat bermisogoni. Mereka berasakan bahawa lelaki sepatutnya menjadi polis,
doktor, peguam dan sebagainya. Mereka terperanjat apabila saya meluahkan hajat
saya untuk menjadi pereka fesyen. Mereka merasakan bahawa pekerjaan tersebut
hanya untuk wanita, bukan kaum adam. Tetapi saya telah memberikan pelbagai
perkara untuk membuktikan yang bukan wanita sahaja boleh jadi pereka fesyen.
Saya telah buktikan kepada mereka yang saya boleh berjaya

Saya harap awak dapat menjawab dengan secepat mungkin. Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Irfan.
Karangan. Soalan 5: Cerita tentang rancangan untuk mengaibkan seseorang yang
berakhir dengan rasa menyesal dan insaf.

Aku terbangun dengan cahaya yang terpancar daripada sang suria di mukaku.
Sang bayu meniup-niup langsuirku di arah ku. Aku terdengar suara isteriku mengejut
aku untuk menyiapkan diri untuk memergi ke pejabat. Aku terus bergegas kepada
bilik air untuk bermandi dan bersiap untuk memula perjalanan aku ke pejabat.
Beginilah situasi aku. Siang-siang pagi aku harus pergi ke pejabat untuk mencari
rezeki untuk menampung segala keperluan keluarga aku. Aku, Isteriku, dan tiga- tiga
anakku. Aku sangat tertekan untuk mendapati cukup wang untuk semua keperluan
kami. Aku bekerja di sebuah syarikat Bank di singapura. Aku seorang Pekerja
pentadbiran di syarikat itu.

Situasi aku ini sangat menyerabutkan. Aku hanya seorang yang bekerja dalam
keluarga aku dan aku tidak mendapati cukup wang untuk menampung keluarga aku.
Aku begitu tertekan dengan ini. Aku tidak mampu mahu membayar yuran sekolah
anak anakku. Hanya ada satu cara yang jika aku dapat mencapaikan, kebanyakan
masalahku akan diakhirkan. Cara itu adalah untuk membuktikan kepada bosku yang
aku berupaya untuk menjadi pengurus jabatan aku. Jika aku dinaik ke pangkat
pengurus, gaji aku akan dinaikkan cukup untuk aku menjalankan kehidupan yang
sederhana. Bukan hidup begini. Seperti pengemis. Menunggu wang mengemis
untuk memberi makan kepada keluargaku.

Hanya satu halangan yang ada antara aku dan dinaikkan pangkat. Halangan itu
adalah Rifki. Rifki adalah seorang rakan sekerja aku yang juga merupai salah satu
daripada dua orang yang bosku ingin menaikkan ke pangkat pengurus. Dialah
pesaing utama aku. Aku sudah tidak tahu apa yang aku ingin melakukan untuk
mendapatkan pangkat itu. Aku sangat terdesak. Aku tidak tahu apa lagi yang aku
mahu buat. Selepas kerja pada malam itu. Aku ke tepi laut untuk menenangkan
pikiran aku. Aku terduduk di sebuah kerusi di tepi laut dengan air mata menitis turun
wajahku. Aku meluahkan segala kesedihan yang aku menghadapi dengan air mata
yang aku melepaskan ke pasir lautan.

Tiba tiba sebuah idea terhanyut di mindaku. Aku dan rifki kawan sudah lama. Dan
aku tahu banyak rahsia tentang rifki. Salah satu rahsia rifki adalah sesuatu yang
sangat buruk. Rifki sudah mempunyai sebuah pertalian haram atau ada hubungan
luar nikah dengan isteri bos syarikat itu. Dan aku. Aku lah yang tahu. Aku boleh
gunakan ini untuk mengaibkannnya dan mendapati pangkat yang diperlu aku. Aku
mula membuat dan memberitahu rancangan yang begitu jahat itu kepada isteriku.
Lusa, bo kami akan mempunyai sebuah majlis untuk hari lahirnya. Dan rifki dan
istrinya pasti di sana. Jika bos dapat tahu tentang hubungan mereka, bos aku akan
memecat rifki dan pasti aku akan dapat pangkat itu.

Hari itu telah akhirnya menjelma. Rancangan aku akan berjaya. Aku pun ke rumah
bosku. Di sana aku telah membuat rancangan untuk memaparkan mesej mereka
yang aku telah dapat dengan mengambil gambar apabila rifki meletakkan telefonnya
di meja .

Masa itu telah datang. Aku telah dapat menyambung telefon bimbit aku kepada
projektor di majlis itu. Aku mempamerkan segalanya. Muka semua para hadirin di
majli itu tukar menjadi terperanjat. Bosku terus rebah selepas melihat mesej mesej
itu. Alangkah terkejutnya aku selepas melihat mesej aku kepada isteriku tentang
rancanganku tertera di tembok itu. Ya tuhan. Apakah yang telah aku buat. Aku terus
pengsan. Aku dihantar ke hospital.

Aku tersadar dengan sepucuk surat di genggaman aku. Surat itu adalah surat
pemecatan aku. Aku menyesal ya tuhan. Sekarang bagaimanakah aku boleh
memberikan keluarga aku makan. Walaupun aku melakukan kejahatan ini kepada
rifki, dia tetap menolong aku. Aku insaf. Aku bersumpah aku tdak akan melakukan
apa-apa yang buruk lagi. Aku bersumpah atas nyawa aku. Jika aku tidak laksanakan
sumpahan aku ini, aku derhaka kepada tuhan.

You might also like