You are on page 1of 6

SKEMA JAWAPAN

BAHASA MELAYU TINGKATAN 2


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018

BAHAGIAN A
1. (i) rindukan – rindu akan
(ii) telah - akan
(iii) memperindahkan - memperindah
(iv) saling hormat-menghormati – saling menghormati/ hormat-menghormati

2. (i) ke 17 – ke-17
(ii) juru audit - juruaudit
(iii) anti-sosial - antisosial

3. (i) Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)


(ii) Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
(iii) Frasa Nama + Frasa Sendi (FN + FS)
(iv) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
(v) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)

4. (i) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya


(ii) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan/ Usaha tangga kejayaan

BAHAGIAN B
5. (i) Berdasarkan petikan drama di atas, perintah yang dikeluarkan oleh hakim adalah
mencari tuan kambing sehingga dijumpai. Selain itu, mengarahkan pintu tong
sampah dibaiki oleh pihak yang bertanggungjawab dengan segera.

(ii) Nilai yang terdapat dalam petikan drama tersebut ialah keadilan. Buktinya, hakim
1
menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh dengan adil dan saksama. Selain itu, nilai
yang terdapat dalam petikan drama tersebut ialah menghargai jasa. Buktinya,
tertuduh mengucapkan terima kasih kepada peguam bela yang membantunya
daripada disabit kesalahan.
*Jawapan yang relevan boleh diterima

(iii) Pada pendapat saya, perkara-perkara yang perlu saya lakukan supaya binatang
ternakan saya tidak mengganggu orang lain adalah dengan meletakkan binatang
ternakan dalam kandang. Selain itu, binatang ternakan juga tidak akan dilepaskan
di kawasan orang ramai.
*Mana-mana jawapan lain yang relevan diterima

6. (i) Berdasarkan syair di atas, nasihat yang hendak disampaikan oleh penyair dalam
rangkap keempat syair ialah kita jangan malu menuntut ilmu. Selain itu, kita
hendaklah menuntut ilmu yang bermanfaat dan memberikan kebaikan.

(ii) Gaya bahasa yang terdapat dalam syair tersebut ialah simile. Buktinya, seperti air
di dalam gelas. Selain itu, gaya bahasa ialah imej alam atau imejan. Buktinya, air.
(Jawapan lain yang relevan diterima)
(iii) Pada pendapat saya, kesan buruk yang akan berlaku pada sesebuah negara
sekiranya pemimpinnya tidak berilmu dan menzalimkan rakyat ialah rakyat akan
memberontak. Selain itu, negara tidak akan maju dan akan dijajah oleh kuasa
asing. (Jawapan lain yang relevan diterima)

7. Berdasarkan novel Darah Titik di Semantan yang telah saya kaji, nilai yang
dapat dicontohi daripada watak Datuk Bahaman yang telah ditetapkan dalam novel
tersebut ialah keberanian. Buktinya, Datuk Bahaman berani menentang penjajah
Inggeris yang menceroboh dan ingin menjajah Daerah Semantan.

Selain itu, nilai yang dapat dicontohi daripada watak Zahid yang telah
ditetapkan dalam novel tersebut ialah kebijaksanaan. Buktinya, Zahid dan
rakannya membina kubu di kawasan yang strategik iaitu kawasan sungai yang
genting untuk memudahkan tugas mengintip pergerakan Inggeris.
Di samping itu, pengajaran yang dapat dicontohi daripada watak Samad
yang ditetapkan dalam novel tersebut ialah kita mestilah bertindak secara

2
bijaksana untuk menyelesaikan masalah. Buktinya, Samad berpura-pura
menjadi budak bodoh supaya dia tidak dipaksa membocorkan maklumat kepada
Inggeris apabila Inggeris menahannya bersama-sama Pak Long Abas dan Pak Uda
Ismail. (Jawapan lain yang relevan diterima)

BAHAGIAN C
8.
Terdapat beberapa kelebihan mempunyai sistem penghadaman yang baik dalam tubuh
badan. Antara kelebihan sistem penghadaman yang baik adalah dapat menyerap banyak
nutrien daripada makanan dan menguatkan sistem imun dalam badan. Selain itu, sistem
penghadaman yang baik membuatkan kulit kita menjadi bersih dan bebas tanpa cela.
Seseorang juga bebas daripada masalah nafas yang berbau jika sistem penghadaman baik. Di
samping itu, sistem penghadaman baik membolehkan proses penyahtinjaan berlaku dengan
lebih mudah dan kerap, menguatkan memori dan akan berasa lebih tenang. Kesimpulannya,
kita haruslah menjaga kesihatan diri agar tidak dijangkiti penyakit.
( 87 patah perkataan)

BAHAGIAN D
9 (i) Kerangka Karangan

Pendahuluan
- Tajuk berita, nama tempat, tarikh
- Nama pengetua, nama sekolah
- Majlis perpisahan bersempena dengan persaraan pengetua telah diadakan
di dewan sekolah
- bersara setelah berkhidmat selama 30 tahun

Cadangan isi
(a) pengetua seorang yang baik hati, tegas dan bertanggungjawab
menjalankan tugas-memberi nasihat dan bimbingan kepada murid –
mengadakan program motivasi untuk murid yang akan menduduki

3
peperiksaan awam

(b) pengetua telah menyampaikan amanat terakhir dalam ucapannya –


menyeru murid-murid agar belajar dengan tekun- guru-guru menjalankan
tugas dengan gigih – semua warga sekolah haruslah bekerjasama untuk
memastikan aktiviti-aktiviti sekolah berjalan dengan lancer dan jayanya.

(c) Berasa bangga kerana telah menjadi pengetua selama lapan tahun –
banyak kejayaan telah dicapai – dapat mengatasi masalah disiplin dalam
kalangan murid – prestasi sekolah semakin meningkat tahun demi tahun

(d) Persembahan istimewa untuk pengetua yang bersara – tayangan filem


dokumentari ringkas tentang pengetua – persembahan lakonan daripada
murid-murid

Penutup
- pengetua diarak dengan kereta berhias – suasana menjadi sayu dan pilu- ada
yang
menitis air mata – melalui kehidupan yang tenang dan sentiasa diberkati
Tuhan – jasa
dan bakti pengetua sentiasa dikenang

(ii) Kerangka Karangan

Pendahuluan
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Negara kita
yang sedang pesat membangun memerlukan rakyat yang berpengetahuan
tinggi untuk maju setanding dengan negara maju di dunia ibarat duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi. Persoalannya, adakah rakyat Malaysia sedar akan
pelbagai faedah yang bakal diperoleh apabila mereka membaca? Sebenarnya
sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai manfaat apabila
seseorang mempraktikkan budaya membaca.
Cadangan isi
(a) memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang -dapat
mengetahui isu-isu semasa sama ada yang berlaku di dalam negara atau di
luar negara - semakin banyak yang baca dan pelajari,semakin tinggilah
ilmu yang akan kita perolehi. dan semakin banyak perkara yang boleh kita
fahami.- membazirkan masa yang emas ini dengan membuat perkara-
perkara yang tidak berfaedah seperti melepak
4
(b) tabiat membaca membantu murid lulus cemerlang dalam akademik. –
murid memahami sesuatu mata pelajaran dengan cepat dan
mudah. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sesuai
kepada murid yang rajin membaca kerana tabiat membaca juga dapat
meningkatkan mutu akademik murid.
(c) dapat menambah perbendaharaan kata dalam kalangan murid - ramai
murid lemah dalam kertas Bahasa Melayu kerana mereka kurang
menguasai kosa kata - murid juga kurang cekap berbahasa Inggeris kerana
kekurangan kosa kata bahasa tersebut - menghalang kejayaan pelaksanaan
program MBMMBI iaitu usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa
Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris ke arah menguasai pelbagai
ilmu pengetahuan pada peringkat globalisasi
(d) Tabiat membaca merupakan aktiviti masa senggang yang sangat
berfaedah. -seharusnya mengisi masa lapang dengan berfaedah seperti
mengamalkan hobi membaca buku - Negara kita memerlukan rakyat yang
berpengetahuan untuk membangunkan negara - masyarakat Jepun yang
membaca buku ketika  di dalam kereta api, di stesen bas, di taman-taman-
Sebaliknya, di negara kita, rakyat kita suka berbual-bual kosong di kedai
kopi, melepak di pusat-pusat beli belah.
Penutup
Tabiat membaca harus dipupuk ibarat sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit ke
arah meningkatkan purata pembacaan rakyat negara ini. Sesungguhnya semua
pihak harus berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk meningkat budaya
membaca dalam kalangan masyarakat kerana tamadun kebendaan tidak pernah
kekal tetapi tamadun ilmu boleh merentas zaman

9 (iii) Kerangka Karangan


Pendahuluan
- Negara kita kian dibanjiri oleh pendatang asing dari pelbagai negara – Indonesia,
Bangladesh, Vietnam, China – tujuan adalah mencari rezeki dalam pelbagai
bidang – menimbulkan pelbagai masalah sehingga menyusahkan rakyat tempatan

Cadangan isi
(a) masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan semakin bertambah –
majikan lebih gemar mengupah pekarja asing –sanggup menerima kadar upah
yang lebih rendah – mempunyai kesetiaan yang tinggi – tahan lasak untuk
melakukan pekerjaan yang sukar

(b) menyebabkan kegiatan jenayah semakin bertambah – terdapat pekerja asing


yang terlibat dalam kegiatan jenayah untuk mendapatkan wang dengan jalan
yang mudah – rompakan, pukau dan penculikan terhadap – penduduk tempatan
sentiasa berasa bimbang akan keselamatan-

5
(c) masalah gejala sosial kian bertambah – pusat karaoke dan pusat urutan – rakyat
tempatan termasuk yang sudah berumur lupa diri dengan mengunjungi pusat-
pusat hiburan berkenaan – anak gadis tempatan ditawarkan bekerja di pusat-
pusat tersebut

(d) pengaliran mata wang ke negara asing telah merugikan negara – sistem transaksi
canggih di bank-bank negara kita menyumbang kepada proses pertukaran wang
dapat dilakukan dengan cepat dan mudah –kerajaan juga memperuntukkan wang
yang banyak untuk menghantar pekerja asing tanpa permit balik ke negara asal

Penutup :
- kedatangan pekerja asing memang mendatangkan banyak masalah kepada rakyat
tempatan – pihak berkuasa mesti mempunyai mekanisme yang ketat dan tindakan
yang tegas – menyekat kemasukan pekerja asing – kepentingan rakyat tempatan
terjaga

You might also like