You are on page 1of 7
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA ‘SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR 7 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BEviiicake MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA MALAYSIA Aras 4, Blok E2, Kompleks E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Tel : 03-8684 9000 62604 PUTRAJAYA Foks : 03-8864 9315 MALAYSIA Laman Web : wxwmoe.gov.ny KPM.100-1/7/2 Jid. 3 (34) Tarikh: 10 Februari 2017 ‘Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 4 TAHUN 2017 REKOD KESIHATAN MURID SECARA DALAM TALIAN (e-RKM) Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] Seksyen 65; Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid, memperuntukkan setiap murid dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa yang tidak mematuhinya boleh didenda, jika sabit kesalahannya. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM) secara percuma kepada semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Buku ini adalah mustahak dan mengandung: maklumat penting kesihatan bagi mengawal pandu pertumbuhan dan kesihatan murid 3. Sesuai dengan perubahan masa dan teknologi, RKM telah disediakan secara dalam talian sebagai submodul dalam Modul Pengurusan Murid bagi memudahkan rekod dicatat dan disimpan serta memudahkan pihak yang berkepentingan membuat rujukan, 4.” “Pelaksanaan e-RKM di semua Sekolah Kerajaan dan bantuan kerajaan bagi Tahun 1 sesi persekolahan 2018 bermula pada 1 Mac 2017 dan boleh diakses melalui laman sesawang apdm.moe.gov.my, 5, Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Pelaksanaan e-RKM untuk tindakan YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. 6 Kerjasama YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan dimohon untuk =memaklumkan kandungan surat siaran ini kepada pegawal yang bertanggungjawab di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT WNTUK NEGARA” DATO’ HAJI AHMAZ TAJUDIN BIN JAB sk: 10. 1. YB Menteri Pendidikan YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbalan Menteri Pendidikan I! Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam_ Kementerian Pendidikan Malaysia GARIS PANDUAN PELAKSANAAN e-RKM. 4. PENDAHULUAN Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] Seksyen 65; Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid, memperuntukkan setiap murid dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa. Berdasarkan peruntukan ini, sesiapa yang tidak mematuhinya boleh didenda, jika sabit kesalahannya. Akta Pendidikan 1996 : Bab 12 - Penyediaan Kemudahan dan Perkhidmatan: 65. Pemeriksaan perubatan dan pergigian terhadap murid (1) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh seksyen 64, Menteri hendaklah, setakat yang munasabah dan praktik berbuat sedemikian, mengadakan pemeriksaan perubatan dan pergigian pada lat tempoh yang sesuai ke atas murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan. (2) Seseorang pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Menteri boleh menghendaki ibu bapa atau penjaga murid institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan menyebabkan murid itu menjalani pemeriksaan perubatan atau pergigian, mengikut persediaan yang dibuat oleh pihak berkuasa sekolah, atau oleh seseorang pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, dan seseorang yang tidak mematuhi kehendak itu tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit. 2 OBJEKTIF 2.1. @RKM adalah mustahak dan mengandungi maklumat penting kesihatan bagi mengawal pandu pertumbuhan dan kesinatan murid. 2.2 Memudahkan semua pihak yang berkepentingan mengakses maklumat — asas kesihatan murid. KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun Satu warganegara Malaysia mulai tahun 2018 secara berperingkat di insfitusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan. PELAKSANAAN Pelaksanaan e-RKM di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan bermula pada 1 Mac 2017 dan boleh diakses melalui laman sesawang apdm.moe.gov.my. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 5.1 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Unit Kesihatan) bertanggungjawab: 5.1.1 mengeluarkan Surat Siaran Pelaksanaan e-RKM kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN); 5.1.2. mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan ¢-RKM kepada JPN; 5.1.3 menyelaras taklimat dan latinan kepada JPN; 5.1.4 menyelaras takwim pelaksanaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); dan 5.1.5. mendapatkan data pelaksanaan dari KKM. 5.2 Jabatan Pendidikan Negeri 5.2.1. Unit Hal Ehwal Murid bertanggungjawab: i. memberi taklimat kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) / sekolah; ji, _mendapatkan data pelaksanaan dari jabatan kesihatan negeri (KN); dan iii. | memastikan status e-RKM dikemaskini. 5.3 54 5.2.2 Sektor Pengurusan Sekolah bertanggungjawab: i. melaksanakan hebahan kepada PPD / sekolah. 5.2.3. Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) bertanggungjawab: i. _memastikan sistem e-RKM disenggara dan berfungsi. Pejabat Pendidikan Daerah 5.3.1. Unit Hal Ehwal Murid bertanggungjawab: i, _memberi taklimat kepada sekolah; ji, mendapatkan data pelaksanaan dari pejabat kesihatan daerah (PKD); dan iii, memastikan status e-RKM dikemaskini. 5.3.2. Unit Pengurusan Sekolah bertanggungjawab: i. _ melaksanakan hebahan kepada sekolah 5.3.3. Unit Pengurusan Maklumat bertanggungjawab: memastikan sistem e-RKM disenggara dan berfungsi Sekolah bertanggungjawab: 5.4.1 mengedar surat makluman kepada ibu bapa supaya mengisi maklumat murid secara dalam talian; 5.4.2. memberi taklimat Rekod Kesihatan Murid semasa hari pendattaran murid Tahun 1; 5.4.3. mengumpul dan menyimpan Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga (Tahun 1 hingga Tingkatan 6 Atas); 5.4:4 mengesahkan: data-pengisian-e-RKM-sekolah-yang-telah-lengkap; dan 5.4.5. memastikan status e-RKM dikemaskini, PROSES PELAKSANAAN e-RKM. ‘ekod Kesihatan Murid) ‘+ Mengeluarkan Surat Siaran Pelaksanaan e-RKM ‘* Mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan e- BPSH RKM {Unit Kesthatan) ‘+ Menyelaras takwim pelaksanaan * Menyelaras taklimat dan latinan kepada JPN © Mendapatkan data peleksanaan dari KKM ‘| Membuat hebahan kepada PPD / sekolah ‘+ Memberi taklimat kepada PPD / sekolah * Mendapatkan data pelaksanaan dari JKN * Memastikan status e-RKM dikemaskini + Memastikan sistem e-RKM disenggara dan berfungsi JPN (Unit HEM, 5S dan ICT) pa * Membuat hebahan kepada sekolan (Unit HEM, + Memberi taklimat kepada sekolah Unit Pengurusan | ¢ + Mendapatkan data pelaksanaan dari PAD Sekolah dan ‘+ Memastikan status e-RKM dikemaskini Unit ICT) » Memastikan sistem e-RKM disenggara dan berfungsi ‘* Mengedar surat makluman kepada ibu bapa supaya mengisi maklumat murid secara dalam talian + Mengadakan taklimat Rekod Kesihatan Murid semasa hari pendaftaran murid Tahun 4 * Mengumpul dan menyimpan Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga (Tahun 4 hingga Tingkatan 6 Atas) + Mengesahkan pengisian data e-RKM sekolah yang telah lengkap ‘+ Memastikan status e-RKM dikemaskini

You might also like