You are on page 1of 2

DASAR 1MURID 1SUKAN....!

PENDAHULUAN:
Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan di sekolah sepanjang masa persekolahannya, selaras dengan Dasar
Sukan Negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan
masyarakat.
Dasar Sukan Negara bertitik tolak di sekolah melalui dua strategi, iaitu Sukan untuk
Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.
IDEA-IDEA UTAMA:
(Faedah-faedah Dasar 1M 1S)
Mampu membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam
kalangan murid - melahirkan murid yang bersahsiah mapan, jati diri yang utuh, dan
memiliki nilai-nilai murni.
Menjadikan aktiviti bersukan sebagai budaya dalam kalangan murid - mengamalkan
gaya hidup sihat, mengelakkan diri terjebak dalam kegiatan kurang sihat.
Menanamkan semangat perpaduan dalam kalangan murid - semangat kerjasama
dan bertoleransi penting dalam menjayakan aktiviti sukan - perpaduan yang
terbentuk dalam sesebuah pasukan menjaminkan kemenangan dan kecemerlangan
sukan yang diceburi.
Meningkatkan tahap kesihatan - murid yang terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan
akan memiliki tahap kesihatan yang tinggi - otak cerdas datangnya daripada badan
yang cergas. - mengurangkan risiko penyakit kronik.
Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek (JERI).
Insan yang mempunyai kesimbangan JERI akan mudah bersaing di pentas global
pada suatu hari nanti.
Meningkatkan peluang murid melanjutkan pelajaran ke peringkat IPTA dan IPTS.
Setiap institusi pengajian tinggi meletakkan syarat tertentu penglibatan murid dalam
bidang kokurikulum untuk kemasukan murid ke institusi mereka.
Melahirkan atlet-atlet berbakat yang seterusnya dapat mewakili negara dan
menaikkan nama negara di pentas antarabangsa.
Mengcungkil bakat-bakat baharu seterusnya digilap kebolehan semula jadi mereka -
peluang menceburkan diri dalam kerjaya sukan yang menjanjikan pendapatan yang
lumayan.
PENUTUP:
Dasar 1Murid 1Sukan banyak memberikan faedah kepada murid-murid. Semua pihak
wajar memberikan galakan dan sokongan kepada murid-murid untuk menyertai
aktiviti sukan. Pihak sekolah mestilah melaksanakan dasar ini dengan sempurna agar
matlamat murni yang ditetapkan dapat dicapai.

You might also like