You are on page 1of 2

Pada umumnya, media cetak dan media elektronik bukan sahaja berperanan

menyalur- kan mesej yang dipancarkan daripada satu pihak kepada pihak yang lain,
sebaliknya mempunyai keupayaan untuk membantu membina kebenaran dalam
sesebuah masyarakat. Di sinilah timbulnya isu wanita dan pemaparannya oleh media
massa sama ada di negara ini atau di negara lain. Di tengah-tengah kemajuan dalam
bidang ekonomi, sosial dan politik, masih wujud pemaparan negatif terhadap
golongan wanita.

Di televisyen masih terdapat wanita yang diberikan gambaran yang terhad dan
bersifat `stereotaip’, iaitu masih banyak kes wanita yang dipaparkan sebagai
golongan yang lemah, emosional, mengghairahkan, gemar menghias diri secara
berlebihan dan sebagainya. Selain itu, terdapat watak wanita sebagai orang yang
tidak mempunyai keupayaan dan kebolehan tinggi untuk membuat keputusan, dasar
dan menyusun strategi dalam pembangunan ekonomi, pertubuhan sukarela, industri
dan lain-lain. Imej seperti ini yang dipaparkan melalui filem fiksyen, drama televisyen
dan iklan mahupun dalam bentuk berita dan dokumentari tidak membantu membina
untuk dan memperkukuh imej dan kedudukan sosioekonomi wanita secara
keseluruhannya.

Dalam akhbar dan majalah tertentu pula, ada sebilangan wanita yang menerima
perhatian media cetak semata-mata kerana kejayaan suami mereka. Dengan kata
lain, penonjolan imej dan watak seseorang wanita itu bergantung kepada
kepintaran, kejayaan dan populariti kaum lelaki semata-mata dan tidak kepada
kecemerlangan yang ada pada din wanita itu sendiri.

Penonjolan wanita sebagai objek seks juga sering berlaku dalam akhbar dan majalah.
Contohnya, kes bohsia yang mendapat perhatian serius daripada pelbagai pihak
dalam negara in Dalam hal ini, yang banyak ditekankan setakat ini ialah gadis bohsia
itu sendiri dan cara hidup mereka. Akhbar dan majalah tertentu menceritakan
dengan ghairah sekali cara mereka bergiat. Sebaliknya media ini kurang melaporkan
tentang sebilangan lelaki yang melayani gadis tersebut.

Pertunjukan fesyen melalui siaran televisyen lazimnya memberi gambaran seolah-


olah penonjolan wanita dan ciri-ciri keghairahan fizikalnya diberi tumpuan. Dalam
hal ini, wanita, khususnya kecantikan dan tarikan fizikalnya, selalunya diperagakan
bersama-sama pakaian yang didagangkan. Pendek kata, kedua-duanya digolongkan
sebagai barang yang boleh dijual beli atau mempunyai nilai komersil.

Memandangkan masalah yang dihadapi oleh golongan wanita dalam media massa,
usaha dibuat untuk memberi ruangan khas kepada wanita. Melalui ruangan ini,
diharapkan wanita boleh memperjuangkan hak mereka. Dari segi lain, keadaan ini
boleh mendatangkan kesan yang negatif, iaitu usaha seperti ini hanya meminggirkan
golongan wanita daripada wacana umum dalam sesebuah masyarakat. Tambahan
pula, wanita boleh diketepikan daripada halaman hadapan akhbar itu, dengan
andaian bahawa seolah-olah pemikiran dan kegiatan wanita itu tidak begitu penting.
Memandangkan sebilangan majalah wanita hanya memberi tumpuan penonjolan
fesyen dan kejelitaan wanita, tidak menghairankan kenapa mengikut satu kajian
pembaca didapati, kira-kira 30 peratus daripada pembaca majalah ini ialah kaum
lelaki.

Sesungguhnya pemaparan imej wanita yang negatif dalam media massa sukar
dibendung. Suatu pemikiran semula terhadap hal ini patut dilakukan oleh pihak yang
berkenaan agar wanita tidak dijadikan bahan eksploitasi oleh media massa.

You might also like