You are on page 1of 2

PROPOSED TITLE :

AMALAN PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERKESAN MENARIK MINAT


MURID SK DEMANG TAHA DALAM PROSES PEGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

THE EFFECTIVE CLASSROOM MANAGEMENT PRACTICES ATTRACT THE


PUPILS OF SK DEMANG TAHA, IN TEACHING AND LEARNING PROCESS.

PROBLEM OF STATEMENT :
1) masih terdapat kekurangan dan kelemahan dalam aspek pengurusan bilik darjah di sekolah
masa kini.
2) semakin banyak isu berkaitan pelajar terutamanya pelbagai masalah salah laku dan disiplin.
3) suasana persekitaran pembelajaran hari ini dilihat tidak dapat menarik minat pelajar untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
4) Guru boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar serta keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah
5) Selain mengurus tingkah laku pelajar guru berhadapan dengan masalah penyediaan fizikal
bilik darjah yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar
6) Pengkaji juga ingin melihat sama ada amalan pengurusan bilik darjah yang dipraktikkan oleh
para guru masih sesuai dalam menangani pelajar masa kini,
7) Apakah guru perlu membuat perubahan dalam mengurus bilik darjah masa kini sebagai
usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar
8) Amalan pengurusan bilik darjah bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke
peringkat pelaksanaan dalam bilik darjah perlu diteliti.

OBJEKTIF KAJIAN :

Di sini dapat disenaraikan beberapa objektif kajian ini dijalankan secara khusus, iaitu:

1) Untuk mengenal tahap pengurusan bilik darjah di SK Demang Taha.


2) Untuk mengetahui sejauhmana amalan pengurusan bilik darjah diamalkan oleh guru mata
pelajaran di SK Demang Taha.
3) Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru SK Demang Taha dalam pengurusan
bilik darjah.
PERSOALAN KAJIAN :

Oleh itu, kajian ini mengkaji tajuk berkaitan pengurusan bilik darjah oleh guru yang berkaitan
permasalahan berikut:

1) Apakah tahap pengurusan bilik darjah di SK Demang Taha ?


2) Sejauhmanakah amalan pengurusan bilik darjah diamalkan oleh guru mata pelajaran di SK
Demang Taha?
3) Apakah masalah yang dihadapi oleh guru SK Demang Taha dalam pengurusan bilik darjah?
4) Adakah amalan pengurusan dan masalah pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru-
guru SK Demang Taha berbeza antara satu guru ke guru yang lain.

You might also like