You are on page 1of 14

PENGENALAN

Rasuah merupakan musuh negara, selain dadah dan penyakit kronik. Apakah yang

dimaksudkan dengan rasuah? Rasuah merupakan perbuatan memberi dan menerima sama ada

berupa wang tunai, hadiah mahupun kuasa yang sebenarnya mempunyai niat yang tersembunyi,

kata orang tua-tua dahulukala, ada udang di sebalik batu. Sejarah rasuah amat panjang dan

kewujudannya di Tanah Melayu ini sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa

pembahagiaan kuasa yang Tun Muktakhir terhadap kroni-kroninya. Persoalannya, bagaimanakah

jenayah rasuah dapat dikurangkan?

ASAL-USUL BERMULANYA RASUAH.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan

tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui

prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara

amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak

untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

 Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran,

rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti

merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan

“ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah

rasuah.
Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi

kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat.

Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan

terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat

Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga

urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda

Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah

SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah

dalam soal hukum- menghukum”.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi

mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah

diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan

rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud:

                “Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah  SWT  sebagaimana dinyatakan

dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

                “Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang

yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.


Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini.

Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang

bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.


KESAN-KESAN GEJALA RASUAH

Hasil kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akademik seperti Gunner Mydral, Colin

Leys, James Scott, David H.narey dan lain-lain menunjukkan bahawa rasuah mempunyai kesan-

kesan bukan sahaja negatif tetapi mempunyai kesan positif jika dinilai dari segi fungsi rasuah. 

Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada sistem nilai dan norma masyarakat berkenaan. 

Walau apapun tanggapan individu dalam menilai kesan-kesan rasuah, namun hakikatnya rasuah

melahirkan lebih banyak keburukan dan kebinasaan.  Umpamanya walaupun pemberi rasuah

boleh mempercepatkan proses kerja jika dinilai dari segi fungsi positif rasuah sebagai “catalyst”,

namun disebaliknya berlaku keburukan yang mana ia mengajar seseorang itu malas bekerja,

kurang inisiatif, tidak amanah serta ketidakadilan sosial berlaku.

Kesan pertama ialah kesan terhadap pelaku rasuah.  Kesan yang paling cepat dirasakan

adalah ke atas individu-individu yang terlibat dalam rasuah itu sendiri.  Mereka akan kehilangan

pekerjaan dan kepercayaan masyarakat terhadapnya.  Misalnya, terdapat satu kes di mana SPRM

telah menangkap seorang penjawat awam yang telah melakukan rasuah.  Dia telah didapati

bersalah dan menerima hukuman penjara. Lanjutan peristiwa itu, isteri dan empat orang anaknya

masih kecil datang ke pejabat SPRM bagi menyara hidup keluarganya.  Pesalah serta

keluarganya juga mengalami gangguan emosi dan psikologi.  Kajian yang telah dijalankan oleh

SPRM ke atas orang-orang yang pernah ditangkap dan dihukum kerana rasuah mendapati

bahawa pesalah-pesalah rasuah telah mengalami tekanan jiwa, malu, terhina, menjadi sensitif,

kebebasan tergugat serta pergaulan sosial yang terhad. Satu lagi kesan yang dirasai ialah apabila

mengalami kerugian wang yang banyak kerana terpaksa membayar khidmat peguambela

sehingga ada yang terpaksa bergadai harta benda.


Rasuah juga telah menyebabkan  tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang

dan saksama, iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan, maka ia akan mewujudkan

golongan masyarakat yang terpaksa menanggung kesan buruknya.  Tumpuan pembangunan dan

pelaburan berpusu ke sektor tertentu sahaja.  Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor

ini mempunyai permintaan dan keuntungan yang tinggi tetapi kerana rasuah.  Maka berlakulah

pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk

melakukan rasuah, maka ia tidak diperkembangkan.

Selain itu, rasuah juga akan menjauhkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan

kaya. Lazimnya golongan yang kaya mempunyai sumber kewangan yang banyak untuk

mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan, lalu membolehkan

mereka memperoleh lebih banyak peluang yang ditawarkan oleh kerajaan, walaupun kadangkala

mereka tidak berhak mendapatkannya.  Rasuah kepada mereka merupakan satu jambatan untuk

mengaut lebih banyak keistimewaan dan menambahkan kekayaan.  Keadaan ini akan

menimbulkan ketidakadilan sosial yang akhirnya akan menjejaskan integrasi nasional.

Rasuah juga turut menyebabkan pengaliran wang keluar negara. Mengumpul dan

menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak selamat oleh penerima-penerima

rasuah, kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa dan merampasnya.  Oleh yang demikian,

wang rasuah (yang merupakan wang negara) di simpan di bank-bank luar negara.  Ini bermakna

negara akan kehilangan pertukaran wang asing dan modal.  Hal ini yang telah berlaku di

Amerika Selatan pada tahun 1954-1959 di mana tiga diktaktor Amerika selatan iaitu Peron,

Parez Jimenez dan Batista) telah memindahkan US 1.5 billion dollar wang negara mereka ke

negara lain.
Selain daripada itu juga, gejala rasuah yang berleluasa turut mengancam keselamatan

negara dan rakyat.  Kontraktor-kontraktor yang memberi rasuah kepada pegawai-pegawai

kerajaan akan menyebabkan mereka menghasilkan kerja atau perkhidmatan yang kurang

bermutu dan tidak menepati spesifikasi demi mencapai target keuntungan yang diharapkan. 

Bayangkanlah, apa yang akan terjadi kepada rakyat jelata yang menyeberangi sebuah jambatan

yang dibina tidak mengikut spesifikasi atau menghuni rumah-rumah yang dibuat tidak mengikut

mutu yang ditetapkan.  Juga, tidak mustahil sekiranya dadah dan senjata api dapat menembusi

kubu pertahanan keselamatan sekiranya berlaku suapan di pintu masuk negara.

Di antara akibat-akibat rasuah yang telah dicatat oleh mereka yang menaruh perhatian

terhadap masalah itu, yang paling jelas adalah pelbagai bentuk keadilan  telah mempengaruhi

peribadi-peribadi yang terbilang banyaknya, di saat-saat yang sangat menyedihkan.  Sebuah

contoh adalah banyaknya kematian sebagai akibat kepayahan kerana bantuan untuk mereka

dicuri oleh orang-orang yang melakukan rasuah.  Andreski mencatat banyak contoh

ketidakadilan yang ditimbulkan oleh rasuah di Afrika Barat.  Di rumah-rumah sakit para pesakit

harus membayar jururawat untuk mengambilkan mangkuk najis.  Para doktor pun harus disuap. 

Para pesakit yang tidak mampu berbayar akan disuntik dengan air yang diberi dengan zat

pewarna kerana ubat-ubatan telah dicuri di farmasi.  Seluruh masyarakat tersebut telah dirasuki

rasuah sehingga akan tampak sangat mengerikan bagi orang yang hidup dalam masyarakat

terbabit.

Pengaruh kolektif dan komulatif dari rasuah akan melemahkan semangat birokrasi dan

mereka yang menjadi korban.  Pengaruh pertama yang melemahkan itu ialah pelayanan palsu. 

Kerja yang dilakukan oleh orang yang menyeleweng adalah tidak tulus.  Dia tidak menaruh

minat pada kerja itu dan  dengan demikian seorang kepala polis yang terlibat didalam
penyeludupan ubat bius dan rasuah yang bermaharajalela tidak akan memperhatikan

pekerjaannya di dalam pasukan polis, tidak akan mencurahkan kemampuannya yang terbaik

untuk pekerjaan itu, tidak akan mencurahkan waktu sepenuhnya untuk memikirkan pekerjaanya. 

Kegiatan yang tampak hanya dirancang sekadar untuk mengabsahkan kehadirannya pada

kedudukannya yang ditempatinya itu.  Dia tidak mempunyai minat yang sesungguhnya di dalam

pekerjaannya.  Maka kerjanya hanyalah sesuatu yang semu sebagai ganti sesuatu yang murni

yang tidak dia lakukan.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GEJALA

RASUAH

Strategi perdana ialah kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang seperti melalui

Akta Pencegahan Rasuah 1997. Ada pendapat yang mengatakan, undang-undang dibuat untuk

dipatuhi, bukan untuk dilanggar. Salah satu tujuan undang-undang diwujudkan adalah untuk

mendisiplinkan masyarakat. Sebagai tamsilannya, bagi Akta 575 pula, tiga jenis penalti

dikenakan iaitu pemenjaraan, denda atau melucutkan harta. Seksyen 16 memperuntukkan

pemenjaraan selama tempoh minimum 14 hari dan tempoh maksimum 20 tahun dan denda tidak

kurang daripada lima kali ganda nilai suapan yang ditawarkan atau diterima, jika dapat

dinilaikan, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi. Sewajarnya,

nilai denda perlulah dilipatgandakan supaya pelaku berasa lebih gerun.

Selain itu, kempen Perangi Rasuah perlu disebarluaskan melalui media massa. Pengunaan

media massa secara holistik, yakni daripada siaran di surat khabar sehinggalah internet, perlulah

dibuat. Hal ini demikian kerana pada masa kini, penyebaran sebarang informasi lebih mudah dan

cepat dicapai oleh masyarakat melalui satu klik sahaja. Seharusnya kita perlu membugarkan

bangga di dada kerana kerajaan memerangi gejala tumbuk rusuk ini secara habis-habisan. Bukan

itu sahaja, ceramah dan seminar juga merupakan dua cara perlulah diadakan dari semasa ke

semasa. Kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya. Memegang kata-kata ini, pendidikan di

sekolah juga perlulah diberikan keutamaan kerana merekalah yang akan mewarisi tampuk

kepimpinan negara pada masa akan datang.


Malahan, tempoh penyiasatan dan pembicaraan kes rasuah mestilah disegerakan.

Realitinya, kes rasuah antara kes yang mengambil masa perbicaraan yang begitu lama. Hal ini

disebabkan oleh pengumpulan maklumat dan bukti perlu dilakukan dengan berhati-hati.

Akibatnya, banyak kes yang digugurkan begitu sahaja seterusnya memberi keyakinan kepada

pelaku bahawa kerajaan tidak begitu komited dalam memerangi gejala yang tidak sihat ini.

Untuk tujuan itu, pegawai penyiasat perlulah bertindak dengan lebih teliti dalam menghidu

suspek yang boleh membantu proses penyiasatan berjalan dengan lebih lancar dan cepat

diselesaikan. Bahkan, pelapor yang memberikan maklumat yang tepat dan benar, sewajarnya

diberikan imbuhan serta pengiktirafan bagi menghargai sumbangan mereka dalam usaha

membantu membanteras jenayah kolar putih ini.

Di samping itu, kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut

ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira

kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang

mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa

tidak percaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan

mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka

tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan

mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa

pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk

melakukan jenayah ini.


Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di

sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha

menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu

supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya

mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini.

Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial

yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan

Tambahan lagi, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama

di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha

menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu

supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya

mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini.

Lebih-lebih lagi, kita sebagai seorang yang beragama perlu memantapkan iman dan

mengukuhkan jati diri kita untuk mengelakkan diri daripada gejala rasuah ini. Keimanan dan

keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah.

Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga, atau jentera

kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan

rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.
Bukan itu sahaja, langkah seperti membangunkan pangkalan data pesalah `name-and-

shame’(namakan dan malukan).Pendekatan ‘name and shame’ dalam bentuk pangkalan data

awam, yang menyenaraikan para pesalah rasuah, akan dilaksanakan sebagai langkah pencegahan

tambahan dalam membanteras pengambilan rasuah. Pada masa ini, tidak terdapat jalan yang

mudah untuk membuat semakan terhadap pesalah rasuah. Mereka yang disabitkan kesalahan

hanya dapat disemak menerusi jurnal undang-undang, Jabatan Penjara atau Pendaftar Penjenayah

dan Orang yang Tidak Diingini. Pangkalan data tersebut bertujuan membetulkan situasi ini dan

menjadikan senarai semakan tersebut boleh diakses oleh orang ramai menerusi laman web

SPRM. Hanya rekod sabitan kesalahan baru dari 1 Januari 2010 dan seterusnya dapat diperoleh

di pangkalan data ini. Sementara maklumat mengenai pesalah akan didedahkan kepada orang

ramai selama tiga tahun, semua maklumat yang diperoleh akan disimpan di pangkalan data ini

tanpa batasan waktu untuk rujukan dalaman. Selain itu, pangkalan data awam juga akan

berfungsi bagi mempermudah keputusan pengambilan kerja, terutamanya bagi jawatan yang

sensitif yang melibatkan kuasa dan amanah.


PUNCA-PUNCA MENYUMBANG RASUAH

Punca berlakunya rasuah juga ialah daripada bertumbuhnya jumlah pegawai negeri

dengan cepat, dengan akibat gaji mereka menjadi sangat kurang atau sedikit.  Keadaan ini

seterusnya menuntut mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan menampung keperluan

hidup.  Keadaan semakin bertambah runcing apabila pengarah melakukan rasuah semasa perang,

bertambahnya jumlah pegawai awam dengan cepat, bertambah luasnya kekuasaan dan

kesempatan birokrasi, ditambah pula dengan lemahnya pengawasan pemerintah, dan pengaruh-

pengaruh parti politik yang menyediakan peluang yang sangat besar untuk berlakunya rasuah. 

Rasuah juga berlaku disebabkan dari faktor kelemahan kepimpinan dan pentadbiran. 

Kelemahan yang lemah hingga menyebabkan kurang atau tiada penyeliaan serta pengawasan

pihak atasan boleh menyebabkan rasuah berlaku.  Hasil pemerhatian dan kajian Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah (SPR) ke atas kes-kes yang telah disiasat tetapi tidak dapat dibawa ke

mahkamah, menunjukkan bahawa antara faktor-faktor berlakunya rasuah dalam perkhidmatan

awam berpunca dari kurangnya pengawasan oleh pegawai atasan. Di samping itu terdapat juga

kelemahan-kelemahan dalam sistem atau prosedur kerja yang membuka peluang serta memberi

laluan kepada pegawai-pegawai melakukan rasuah dan penyelewengan.


Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor sosial dan kebudayaan.  Setiap kaum di

negara Malaysia mempunyai budaya hidup dan tradisi masing-masing berhubung dengan

pemberian wang atau hadiah.  Kaum cina suka memberi angpau, manakal tradisi orang-orang

Melayu pula suka memberi buah tangan dan bersedekah, walaubagaimanapun pemberian-

pemberian ini di buat di masa-masa tertentu di luar masa atau keadaan yang sepatutnya ia

diberikan.  Ianya bertujuan untuk mengaburi mata orang ramai agar tidak disebut rasuah. Dalam

proses menerima dan memberi wang atau hadiah ini diwujudkan suasana termakan budi yang

mengakibatkan “social obligation” dan keadaan ini mempercepatkan merebaknya amalan rasuah

Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor politik.  Dalam konteks ini, perbuatan

pilih kasih iaitu nepotisme serta salahguna kuasa dan jawatan berlaku demi kepentingan dan

faedah untuk diri sendiri. Kelemahan pengawasan semakin memudahkan gejala salahguna kuasa

ini berlaku. Pemerintah pula seakan-akan membiarkan sahaja apa yang berlaku kerana gejala

rasuah tersebut mengukuhkan kedudukannya.  Perbuatan pilih kasih ini juga bersangkkutan

dengan pemilihan pekerja-pekerja, iaitu ahli keluarga dan kaum diutamakan berbanding yang

lebih layak atau yang sepatutnya diberi kerja kerana tiada pertalian terutamanya dalam sektor

awam. Keadaan ini dapat dilihat sendiri dalam sesuatu jabatan itu yang dipenuhi dengan asal

usul yang sama.

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, rasuah adalah satu gejala yang harus di banteras dengan segera. 

Program yang diatur oleh pemerintah untuk menghapuskan atau melenyapkan gejala rasuah

bergantung kepada keadaan dan kemahuan kelompok pemimpin itu sendiri.Kesedaran yang kuat

harus wujud dari setiap sudut organisasi dan di setiap peringkat pemerintahan agar gejala rasuah

ini dapat di bendung. Bukan itu sahaja, masyarakat dari setiap sudut negara haruslah prihatin

terhadap masalah ini agar ianya tidak terus berlaku dan berlaku sehingga mereka yang terpaksa

menanggung kesannya.

Rakyat boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha kami membanteras rasuah

dengan menyampaikan mesej kepada para pemimpin mereka bahawa amalan rasuah tidak boleh

diteruskan, dengan mengenakan tekanan dan berperanan sebagai pemerhati terhadap

pembaharuan. Laungan yang kuat oleh rakyat (dan media) yang meluahkan kekecewaan dan

kemarahan mereka terhadap cara rasuah diuruskan pada masa ini akan mencetuskan suatu

perbezaan. Pada masa ini, sentimen ini hanya disuarakan oleh sekumpulan kecil penulis blog dan

NGO, sesuatu yang tidak memadai untuk menyokong arus perubahan.

Rakyat haruslah mara ke hadapan dan melaporkan semua kes atau aktiviti rasuah yang

diketahui dan memberikan maklumat dengan segara untuk membantu dalam penyiasatan

terhadap mereka yang didakwa atas rasuah. Hal ini demikian, pihak berkuasa tidak dapat

melakukan sebarang pendakwaan tanpa bukti dan saksi yang mencukupi, dan kekurangan semua

perkara ini menyebabkan banyak kes yang dilaporkan berakhir dengan pembebasan. Usaha

membanteras rasuah memerlukan sokongan dan kerjasama seluruh rakyat.

You might also like