You are on page 1of 1

Aapakah yang anda faham dengan pengurusan bencana peringkat negeri? bincangkan.

Pengurusan bencana peringkat negeri berlaku apabila berlaku bencana alam yang melibatkan dua
atau lebih daerah dalam sesebuah negeri. Pengurusan ini akan dketuai oleh YB Setiausaha
Kerajaan Negeri sebagai pengerusi jawatankuasa manakala ketua polis negeri berperanan sebagai
komander operasi bencana dan dibantu oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri selaku
timbalan komander operasi bencana. Pengurusan bencana tahap 2 bermaksud Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengguna dan menggerakkan sumber-sumber di bawah
kawalanya bagi membantu pengurusan kejadian bencana di peringkat daerah atau mengambil
alih tugas mengurus kejadian bencana tersebut dari pengurusan bencana di peringkat daerah
secara keseluruhan. Pengerusi JPBN bertanggungjawab untuk menggerakkan jentera
pengurusan bencana di peringkat negeri bagi memastikan segala tindakan dilaksanakan secara
teratur, cekap dan terselaras.

You might also like