You are on page 1of 18

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL

TUGASAN BERKUMPULAN

BANK SOALAN TAJUK 5

KUMPULAN 5

NAMA NO MATRIK
MOHAMAD ZAHID BIN RAEZI CB170073
MOHAMAD IQKRAM BIN RAFI CB170008
MOHAMAD FADHLI BIN AZMI CB170043

NAMA PENSYARAH: Ts. MOHD SAFIEE BIN IDRIS


Soalan Aneka Pilihan:

Merupakan kaedah atau prosedur terkawal yang digunakan untuk mendapatkan bekalan.
Melalui proses pembelian secara pesanan, sebut harga atau tender.

1. Berdasarkan penyataan di atas, proses apakah yang dimaksudkan?


A. Penerimaan
B. Pengeluaran
C. Kawalan
D. Pemantauan

2. Apakah keadah dalam prinsip pengstoran alatan?

i. Pinjaman Tempoh Panjang


ii. Cagaran
iii. Pinjaman Tempoh Pendek
iv. Pajakan Bersyarat

A. i dan iii
B. ii dan iv
C. i, iii dan iv
D. ii, iii, dan iv

3. Bahagian manakah yang bertanggungjawab melaksanakan kerja kerja merekod segala


butiran kedalam buku kawalan stok terhadap barangan yang diterima?

A. Bahagian Sumber Manusia


B. Bahagian Lejar
C. Bahagian Stor
D. Bahagian Keselamatan
4. Bahagian Kawalan Stok merupakan bahagian yang __________

A. Merancang dan menentukan hala tuju stor mengikut keperluan makmal.


B. Bertanggungjawab melaksanakan kerja kerja merekodsegala butiran kedalam buku
kawalan stok terhadap barangan yang diterima.
C. Menyemak dan menetukan kuantiti dan kualiti barangan mengikut spesifikasi pesanan.
D. Mengekalkan kualiti dan sistem pengurusan yang baik

5. Pilih penyataan yang BENAR.

i. Pinjaman tempoh panjang dilaksanakan jika terdapat kekerapan tinggi.


ii. Pinjaman tempoh pendek hanya untuk pinjaman alatan khusus.
iii. Prinsip penstoran terdapat 3 kaedah
iv. Pegawai stor perlu menyemak dan menentukan kuantiti dan kualiti barangan
mengikut spesifikasi pesanan.

A. i,ii, dan iii


B. i,iii dan iv
C. i,ii dan iv
D. ii,iii, dan iv

 Ruang khas penyimpanan bahan khas seperti bilik sejuk dan hampagas
 Memerlukan kawalan yang tinggi
 Direka mengikut spesifikasi dan piawaian yang ketat agar sampel sentiasa terjaga.

6. Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan di atas, apakah jenis stor tersebut?


A. Stor Kandang
B. Stor Kolam
C. Stor Bahan Kimia
D. Stor Khas
7. Jenis letakan apakah yang digunakan bagi digunakan bagi menempatkan stok bahan
yang digunakan pada kekerapan yang tinggi?

A. Letakan stok segera


B. Letakan stok tetap
C. Letakan stok rambang
D. Letakan stok khas

8. Apakah maksud penstoran alatan ?

A. Keadah penyimpanan yang terkawal di ruang khas seperti mesin diletakkan


pada tempat khas manakala alatan mudah alih diletakkan di ruang stor.

B. Keadah pengeluaran yang terkawal bagi alatan khas serta merekodkan dalam
buku atau kad stok.

C. Keadah penerimaan alatan kekal seperti mesin dan alatan tidak kekal seperti
alatan mudah alih.

D. Keadah pengurusan stok di dalam stor secara sistematik dan efisien.

9. Pilih aliran operasi stor yang TEPAT.

A. Terima > Keluar > Simpan

B. Terima > Simpan > Keluar

C. Simpan > Keluar > Terima

D. Keluar > Simpan > Terima


10. Pilih penyataan yang BENAR

i. Barang berharga dan menarik perlu disimpan tempat lapang dan berpagar.

ii. Barang barang berat perlu disimpan di tempat paling bawah untuk keselamatan.

Iii. Ubat ubatan perlu disimpan di bilik berhawa dingin.

iv. Tempat penyimpanan bagi simen dan kayu adalah di laluan kering dan
mempunyai laluan angin.

A. i,ii, dan iii


B. i, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. ii, iii, dan iv

11. Pilih padanan yang TEPAT

A. Bahagian Stok Kawalan Melaksanakan proses perolehan, menentukan


kuantiti dan kualiti barangan yang dipesan
B. Bahagian Lejer Mencatat urusan penggantian barangan yang
dikembalikan semula kepada pembekal (atas sebab-
sebab tertentu) ke dalam baucer penerimaan.
C. Bahagian Rekod Setiap barangan perlu disegregasikan, dilabelkan,
disimpan secara teratur dan ada carta lokasi bagi
setiap barangan.
D. Bahagian Pengeluaran Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja
Barangan merekod segala butiran ke dalam buku kawalan stok
terhadap barangan yang diterima.
12. Setiap jenis barang mempunyai tempat penyimpanan yang khusus. Pilih tempat
penyimpanan yang betul.

i. Cat dan tayar – Bilik Bersyiling

ii. Lensa kamera – Bilik berhawa dingin

iii. Simen dan kayu – Tempat kering yang mempunyai laluan angin

iv. Barang berharga – tempat yang berkunci

A. i,ii, dan iii


B. i,ii dan iv
C. i,iii dan iv
D. ii, iii, dan iv

13. Apakah prinsip asas pengstoran yang baik?

A. Mengabaikan penggunaan sistem inventori yang sistematik.

B. Bahan khas disimpan di tempat biasa

C. Proses pengeluaran tidak perlu dicatat oleh pegawai stor.

D. Mengambil kira keperluan kerja pemunggahan masuk dan keluar.

14. Pilih prinsip asas pengstoran yang baik

i. Penggunaan ruang yang ergonomik dan optimum

ii. Bahan disusun mengikut saiz, jenis dan sifat kegunaan.

iii. Keperluan kerja pemunggahan keluar dan masuk diambil kira

iv. Penggunaan sistem inventori yang sistematik

A. ii, iii dan iv


B. i dan iv
C. ii dan iii
D. Semua di atas.
15. Apakah langkah semasa penerimaan stok daripada pembekal?

A. Penyimpanan bahan atau barang makmal perlu dilakukan dengan teliti dengan
mengikut amalan yang telah ditetapkan oleh makmal.

B. Maklumkan secara bertulis kepada pegawai atasan dengan kadar yang segera jika
bekalan tidak menepati spesifikasi pesanan.

C. Sistem pergerakkan bahan atau barangan dalam stor makmal sewajarnya dilakukan
secara masuk dahulu .

D. Melaksanakan proses perolehan, menentukan kuantiti dan kualiti barangan yang


dipesan.
1. Sila padankan pernyataan berikut.

Semua barang hendaklah direkodkan ke


PENGELUARAN dalam buku / kad kawalan stok

Merupakan kaedah atau prosedur terkawal


yang digunakan untuk mendapatkan bekalan
atau stok makmal

Melalui proses pembelian secara pesanan,


KAWALAN sebut harga atau tender
atau stok makmal

Kad pusingan Stok perlu dikira/audit setiap


tahun dan buat nilaian terhadap kecekapan
kerja penstoran. Pastikan objektifnya tercapai
atau stok makmal

Pemeriksaan dan verifikasi stok

(5 markah)

2. Sila nyatakan pernyataan tersebut betul atau salah.

BIL. PENYATAAN BETUL SALAH


1 Prinsip penstoran alatan terdapat dua kaedah iaitu
pinjaman tempoh panjang dan pinjaman tempoh pendek.
2 Barang yang tahan kepada cuaca panas dan hujan
haruslah disimpan di bilik kering.
3 Pinjaman tempoh panjang hanya untuk pinjaman alatan
khusus.
4 Pegawai stor perlu melaksanakan proses perolehan,
menentukan kuantiti dan kualiti barangan yang dipesan.
5 Prinsip asas penstoran yang baik adalah pembahagian dan
penggunaan ruang yang optimum dan ergonomic.
(5 markah)
3. Isi tempat kosong bagi jawapan yang sesuai.
a) Penstoran adalah proses memastikan stok atau bahan dalam keadaan teratur dan
selamat.
b) Pengeluaran merupakan kaedah atau prosedur terkawal yang digunakan untuk
mendapatkan bekalan atau stok makmal.
c) Bahagian lejar bertanggungjawab melaksanakan kerja kerja merekod segala butiran
kedalam buku kawalan stok terhadap barangan yang diterima.
d) Pegawai stor perlu menyemak semua nota nota atau bil serahan , nota bungkusan
dan invois bagi setiap barangan yang masuk ke stor.
e) Jika kotak dibuka dan sebahagian sahaja digunakan, maka label harus diubah
mengikut yang sepatutnya. Penyataan ini merupakan prinsip penyimpanan
peralatan.
(5 markah)
4. Padankan gambar berikut mengikut penyataan yang diberikan.

Penyimpanan barang dengan


mengekalkan bungkusan asal.

Keutamaan keselamatan
didalam penyimpanan.

Lokasi penyimpanan bahan


dan barangan yang teratur.

(3 markah)
5. Sila nyatakan betul atau salah bagi kenyataan berikut.

BIL. PENYATAAN BETUL SALAH


1 Prinsip asas penstoran yang baik adalah terletak di luar
bangunan.
2 Stor bahan kimia harus ditempatkan di ruangan khas dan
terpisah dari makmal.
3 Pinjaman tempoh pendek hanya untuk pinjaman alatan
khusus.
4 Pegawai stor perlu menyemak dan menentukan kuantiti
dan kualiti barangan mengikut spesifikasi pesanan..
5 Prinsip asas penstoran yang baik adalah pembahagian dan
penggunaan ruang yang optimum dan ergonomic.
(5 markah)
6. Sila padankan definisi berikut.

Kad pusingan Stok perlu dikira/audit setiap


STOR tahun dan buat nilaian terhadap kecekapan
kerja penstoran. Pastikan objektifnya tercapai
atau stok makmal

Merupakan satu kaedah atau prosedur untuk


PEROLEHAN
mendapatkan bekalan atau stok makmal

Merupakan ruang atau tempat bagi penerimaan,


penjagaan, pengawalan, penyimpanan pengendalian
KAWALAN dan keluar masuk barangan yang digunakan didalam
makmal.
(3 markah)

7. Tandakan pada petak yang betul mengenai prinsip asas penstoran yang baik.

Menggunakan sistem Mengambil kira Ruang khas


inventori yang keperluan kerja penyimpanan bahan
sistematik. pemunggahan masuk khas.
dan keluar.

(3 markah)
8. Padankan gambar berikut mengikut penyataan yang diberikan.

Stor bahan kimia

Stor khas

Stor halaman

(3 markah)

9. Isi tempat kosong bagi jawapan yang sesuai.


a) Perolehan merupakan satu kaedah atau prosedur untuk mendapatkan bekalan atau
stok makmal.
b) Penerimaan bermaksud menerima bekalan bahan atau barang dari pembekal.
c) Penyimpanan barang atau bahan makmal perlu dilakukan dengan teliti dengan
mengikut amalan yang telah ditetapkan oleh makmal.
(3 markah)

10. Padankan fungsi berikut.


Bertanggungjawab melaksanakan kerja
BAHAGIAN
kerja merekodsegala butiran kedalam
KAWALAN STOK
buku kawalan stok terhadap barangan
yang diterima.

BAHAGIAN Menyemak dan menetukan kuantiti


LEJAR dan kualiti barangan mengikut
spesifikasi pesanan.

BAHAGIAN Merancang dan menentukan hala tuju


REKOD stor mengikut keperluan makmal.
11. Sila nyatakan pernyataan tersebut betul atau salah.
BIL. PENYATAAN BETUL SALAH
1 Tempat penyimpanan bagi simen dan kayu adalah di
laluan kering dan mempunyai laluan angina.
2 Barang barang berat perlu disimpan di tempat paling
bawah untuk keselamatan.
3 Barang berharga dan menarik perlu disimpan tempat
lapang dan berpagar.
4 Ubat ubatan perlu disimpan di bilik berhawa dingin.
5 Barang tidak tahan lembap perlu disimpan di bilik kering.

(5 markah)

12. Sila nyatakan pernyataan tersebut betul atau salah.


BIL. PENYATAAN BETUL SALAH
1 Pinjaman tempoh panjang dilaksanakan jika terdapat
kekerapan tinggi.
2 Pinjaman tempoh pendek hanya untuk pinjaman alatan
khusus.
3 Prinsip penstoran terdapat 3 kaedah.
4 Pegawai stor perlu menyemak dan menentukan kuantiti
dan kualiti barangan mengikut spesifikasi pesanan..
5 Prinsip asas penstoran yang baik adalah pembahagian dan
penggunaan ruang yang optimum dan ergonomic.
(5 markah)

13. Sila isi tempat kosong.


a) Kaedah penyimpanan yag terkawal di ruang khas merupakan maksud bagi penstoran
alatan.
b) Konsep peralatan industri merujuk kepada mesin mesin, alat pengangkutan, alat yang
membantu perkhidmatan serta kedudukan ruang ruang.
c) Barang berharga dan menarik perlu disimpan dalam almari atau tempat berkunci.
(3 markah)
14. Sila isi pernyataan tersebut
BIL. JENIS BARANG TEMPAT PENYIMPANAN
1 Ubat ubatan Bilik hawa dingin
2 Cat dan tayar Ruang bersiling
3 Simen dan kayu Laluan yang kering dan
mempunyai laluan angin
(3 markah)

15. Sila lengkapkan penyataan tersebut.


a) Stok merupakan bahan, barangan atau atau peralatan makmal yang perlu disimpan,
dijangka kuantitinya, dikenal pasti frekuensi penggunaannya dan masa dikeluarkan
bagi tujuan produk makmal.
b) Letakan stok tetap diguna bagi bahan atau barangan makmal yang jarang digunakan
atau ikut keperluan tertentu. Letakan bagi bahan atau barangan diaplikasikan kepada
bahan atau barangan yang kuantiti kecil.
c) Letakan stok rambang digunakan bagi menempatkan stok bahan yang digunakan
pada kekerapan yang tinggi.
Soalan sujektif

Struktur

1. Apakah yang dimaksudkan dengan stor?

Merupakan RUANG/TEMPAT bagi penerimaan, penjagaan, pengawalan, penyimpanan, pengendalian


dan keluar masuk bahan/barangan yang digunakan di dalam makmal atau bengkel.

(3 markah)

2. Bincangkan definisi perolehan secara mendalam.

 Merupakan satu kaedah atau prosedur untuk mendapatkan bekalan atau stok makmal.
 Proses pembelian secara pesanan, sebut harga, atau tender
 Memastikan makmal atau industri dapat berfungsi melalui perancangan teliti
 Melibatkan pesanan kuantiti atau anggaran setepat yang boleh supaya stok akan sentiasa
mencukupi

(4 markah)

3. Senaraikan lima langkah keselamatan bagi pengurusan stor simpanan. C1

 Rekod daftar aset sentiasa dikemas kini


 Keseluruhan bangunan perlu dibina dengan struktur yang kuat dan dipagar
 Stor dilengkapi dengan alat pemadam api
 Susun secara yang teratur dan sesuai bagi tujuan pengesanan dan kawalan
 Pastikan sekeliling kawasan stor dipasang lampu bagi kawalan di waktu malam

(5 markah)

4. Nyatakan empat prinsip asas penstoran yang baik.

 Pembahagian dan penggunaan ruang yang optimum dan ergonomik.


 Menggunakan sistem inventori yang sistematik.
 Mengambil kira keperluan kerja pemunggahan masuk dan keluar.
 Boleh disimpan secara sistematik dan teratur.
 Ianya juga disusun berdasarkan jenis, saiz, ciri kegunaan dan sifat.

(4 markah)

5. sebutkan lapan panduan pentadbiran stor yang perlu diketahui

 Perolehan
 Perekodan
 Penerimaan
 Penyimpanan
 Pengeluaran
 Kawalan
 Pemeriksaan dan verikasi stok
 Keselamatan

(8 markah)
Essei

1. Terangkan langkah-langkah semasa penerimaan barang dari pembekal.

 Pastikan semua dokumen perolehan diserah dan disemak secara teliti.


 Pastikan kuantiti bekalan disemak dan dihitung mengikut perincian pesanan.
 Maklumkan secara bertulis kepada pegawai atasan dengan kadar yang segera jika bekalan tidak
menepati spesifikasi pesanan.
 Rekodkan dalam baucer penerimaan bagi setiap bekalan yang dikembalikan kepada pembekal.
 Membuat akuan terima setelah kuantitinya, spesifikasinya dan keadaan bekalan dipastikan
seperti yang tercatat dalam pesanan.

(10 markah)

2. Jelaskan prinsip penyimpanan peralatan.

 Butiran peralatan mesti diletakkan kembali dalam kotak asalnya.


 Kotak harus diletak tarikh menerimanya.
 Kedudukan karton seharusnya tidak diletakkan terus diatas lantai bagi mengelakkan banjir dan
mudah rosak.
 Karton seharusnya tidak disusun bertingkat terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakkan karton
yang dibawahnya kerana menerima tekanan tinggi.
 Jika kotak dibuka dan sebahagian sahaja digunakan, maka label harus diubah mengikut yang
sepatutnya.
 Peralatan kaca yang tidak disimpan dalam kotak boleh disimpan di atas rak logam dan
dipisahkan dengan pemisah tegak untuk mengasingkan peralatan tersebut mengikut kumpulan
munasabah.
 Berangan plastik pakai buang amnya mempunyai hayat simpanan yang lebih panjang
terutamanya politena dan poliprolena.
 Untuk bahan-bahan unit kecil, unit laci adalah bersesuaian kerana mudah dibahagikan ruang.
 Sebagai satu peraturan umum, barang berat haruslah disimpan dibahagian paling bawah dan
yang ringan disusun paling tinggi.

(20 markah)
3. Berikan enam jenis stor beserta penerangannya.

STOR PUSAT-Dipanggil sebagai stor pusat

 Rekabentuk bangunan/bangunan bersaiz besar


 Ruangan stor akan dibahagi pada ruangan kecil

STOR HALAMAN

 Terletak di luar bangunan


 Mempunyai bumbung atau tidak berbumbung
 Contoh stor berbumbung: stor kayu, besi, simen.
 Contoh stor tidak berbumbung: pasir, batu bata, batu

STOR BAHAN KIMIA

 Penstoran atau penyimpanan bahan berdasarkan minyak, petrol, gas dan bahan kimia
 Perlu diletak ditempat khas (cabinet, drum, balang, peti,dll)
 Harus ditempatkan di ruangan khas, dan terpisah dari makmal

STOR KOLAM

 Kolam/kolah menempatkan sampel ternakan air.


 Ternakan air seperti ikan dan udang.

STOR KANDANG

 Dikelilingi pagar
 Berpagar bagi menempatkan ternakan.
 Ternakan seperti lembu, kambing, itik, ayam dll.

STOR KHAS

 Ruang khas penyimpanan bahan khas seperti bilik sejuk dan hampagas.
 Bahan memerlukan kawalan tahap tinggi.
 Dicipta dengan spesifikasi piawaian khusus agar sampel tidak mudah rosak/tercemar.

(25 markah)
4. Terangkan fungsi bahagian stor seperti kawalan stok, lejer, rekod, penyimpanan barangan dan
pengeluaran barangan.

Kawalan stok

 Penyimpanan barangan perlu dilakukan dengan baik dan teratur.


 Barangan selamat dari serangan cuaca atau makhluk perosak.
 Setiap barangan perlu disegregasikan, dilabelkan, disimpan secara teratur dan ada carta lokasi
bagi setiap barangan.
 Stor mempunyai sistem peredaran udara dan haba yang baik.

Lejer

 Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja merekod segala butiran ke dalam buku kawalan


stok terhadap barangan yang diterima.
 Urusan kawalan stor perlu sentiasa dipantau dari semasa ke semasa dan disimpan di tempat
yang selamat.

Rekod

Pegawai stor perlu:

 Menyemak semua nota-nota atau bil serahan, nota bungkusan dan invois bagi setiap barangan
yang masuk ke stor.
 Menyemak dan menentukan kuantiti dan kualiti barangan mengikut spesifikasi pesanan.
 Membuat akuan terima barang.
 Mencatat urusan penggantian barangan yang dikembalikan semula kepada pembekal (atas
sebab-sebab tertentu) ke dalam baucer penerimaan.
 Segala penerimaan barangan perlu dicatat ke dalam kad kawalan stok.

Penyimpanan barangan

 Penyimpanan barangan perlu dilakukan dengan baik dan teratur.


 Barangan selamat dari serangan cuaca dan makhluk perosak.
 Setiap barangan perlu disegregasikan, dilabel, disimpan secara teratur dan ada carta lokasi bagi
setiap barangan.
 Stor mempunyai sistem peredaran udara dan haba yang baik.

Pengeluaran barang

 Setiap pengeluaran barangan perlu mendapat arahan bertulis dari ketua jabatan
 Pegawai stor mengeluarkan barangan berdasarkan borang permintaan
 Setiap pengeluaran dan pemulangan barang perlu dicatat ke dalam kad kawalan stok.

(20 markah)
Pentadbiran penstoran yang berkesan perlu patuh
kepada beberapa amalan seperti yang di nyatakan

5. Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah cara yang sepatutnya dilakukan bagi menjamin
stor ditadbir dengan berkesan. C4

 Membuat perancangan yang teliti dalam menentukan jenis, kuantiti dan kauliti bahan sebelum
membuat pesanan bahan makmal.
 Semua bahan yang diterima dari pembekal perlu disahkan dan diperakukan selaras dengan
syarat dan mengikut standard perolehan.
 Bahan yang dibekalkan perlu diperiksa secara teliti. Diuji dan kenalpasti kualitinya. Bahan yang
tidak menepati piawaian akan dipulangkan kepada pembekal dan pembekal perlu
menggantikannya dengan yang baru.
 Setiap bahan yang diterima perlu direkodkan. Kerja perekodan ini perlu meliputi semua aspek
bahan yang masuk dan keluar dari stor secara terperinci.
 Lakukan proses pelupusan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Asingkan bahan yang perlu
dilupuskan dan elakkan kecuaian kerana ia akan merugikan industri.
 Amalkan pentadbiran stor secara berhemah dengan tekankan aspek keselamatan iaitu ‘safety’
dan ‘security’.

(20 markah)

You might also like