You are on page 1of 1

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media


sosial:

1. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan bahawa


8,000 orang penduduk dari lebih 20 taman perumahan di sekitar kawasan
Sendayan diarahkan menjalani saringan COVID-19 dan menjelaskan
hanya mereka yang diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seremban
sahaja perlu menjalani saringan COVID-19.

2. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan kesahihan aktiviti


pengumpulan maklumat peribadi orang ramai yang dijalankan oleh GC
Berhad dan menjelaskan bahawa koperasi tersebut tidak berdaftar
dengan SKM.

Pasukan Respons Pantas


KKMM
16 April 2020│9.00 Pagi

You might also like