You are on page 1of 36

HSM503

KULIAH:
MINGGU KE-6
TAJUK:
PERUBAHAN EKONOMI DAN SOSIAL, 1840-AN- 1870-AN

OLEH
DR. SITI NOOR HAFIZAH MOHAMED SHARIF
PERUBAHAN AWAL DALAM PERSEKITARAN
EKONOMI & SOSIAL KURUN KE-19
• Pada kurun ke-19, muncul elemen baharu yang memaksa sistem tradisonal
masyarakat Melayu mengadaptasikan diri mereka kepada persekitaran ekonomi
dan sosial yang semakin berubah.
•Apakah faktor tersebut?
•Faktor baharu yang dimaksudkan adalah faktor ekonomi iaitu- kegiatan
perlombongan dan perladangan yang semakin penting bermula pada pertengahan
kurun ke-19.
•Kedua-dua kegiatan ini mempunyai hubung kait dengan sistem komersial yang
semakin berubah.
FASA-FASA PERUBAHAN
• Perubahan ekonomi yang berlaku di Semenanjung Tanah Melayu pada kurun ke19
muncul dalam fasa yang berbeza dan bolehlah dibahagikan kepada 3 fasa utama
•Peringkat pertama- dekad awal kurun ke-19- Immigran Cina berhijrah masuk ke
Negeri-Negeri Melayu (NNM) untuk bekerja di lombong-lombong yang dimiliki dan
dibiayai oleh Pembesar-pembesar Melayu-
•Pembesar Melayu ini mendapat modal pendahuluan daripada saudagar-saudagar
NNS
SAMBUNGAN

• Peringkat kedua- menjelang pertengahan kurun ke-19- ekoran penemuan lombong-


lombong timah yang baharu – bermulanya kemasukan imigran Cina dalam jumlah
yang besar,
•Peningkatan jumlah populasi imigran yang terlibat dalam kegiatan perlombongan -
sebabkan peningkatan dalam jumlah perdagangan di antara NNS dan kawaan
pedalaman NNM.
•Saudagar NNS mendapat faedah yang paling besar akibat perkembangan baharu
ini- pecahkan monopoli pembesar-pembesar Melayu.
•Membuka peluang kepada Saudagar-saudagar NNS meningkatkan penglibatan
mereka secara langsung dalam perdagangan timah.

SAMBUNGAN

Apakah faktor yang mempengaruhi minat yang semakin mendalam di kawasan


pedalaman NNM ini?
Faktor utamanya- pembangunan industri di Eropah- tingkatkan permintaan
antarabangsa terhadap hasil pengeluaran Semenanjung khususnya TIMAH.
Di peringkat tempatan, persaingan komersial aktiviti perdagangan entreport iaitu
pergantungan sepenuhnya kepada Singapura sehingga pertengahan kurun ke-19.
Kesannya- saudagar NNS di Pulau Pinang dan Melaka terpaksa mencari
pelaburan baru yang memberi keuntungan.
Selain daripada perlombongan, kegiatan perladangan (khususnya rempah ratus)
juga turut mendapat perhatian saudagar2 NNS- hanya kawasan pedalaman NNM
yang kaya dengan tanah yang belum diusahakan mampu sediakan ruang dan
peluang.
SAMBUNGAN

•Perkembangan baharu itu- diikuti dengan percubaan untuk menguasai konsesi-


konsesi (pajakan tanah dsb) – agar potensi ekonomi di kawasan pedalaman di NNM
dapat dieksploitasi dengan lebih giat dan jayanya.
•Perkembangan2 ini membawa kepada fasa ketiga pada suku ketiga (1875) kurun
ke-19.
•Pada fasa ketiga ini- perubahan telah dilakukan untuk menubuhkan firma-firma
awam untuk eksploitasi sumber-sumber di pedalaman Semenanjung.
•Ringkasnya, pada akhir tahun 1860-an dan awal 1870-an, ekonomi di NNM Pantai
Barat Semenanjung telah beralih kepada keperluan memenuhi perkembangan
teknologi dan industri di Eropah
KEGIATAN PERLOMBONGAN
LARUT, PERAK
•Menurut Khoo, perkara yang paling mewarnai sejarah perlombongan biih timah di
Semenanjung Tanah Melayu adalah penemuan lombong bijih timah di Larut pada
pertengahan kurun ke-19.
•Lombong ini ditemui oleh Long Jaafar bin Long Abdul Latif –merupakan keturunan
Nyak Besating yang berasal dari Acheh-
•Berasal dari keluarga bangsawan Perak –Pembesar Enambelas.
•Bapa saudaranya adalah Alang Allaidin- merupakan Dato’ Panglima Bukit Gantang
Seri Amar Diraja.
SAMBUNGAN

•Panglima Bukit Gantang Seri Amar Di-Raja merupakan salah seorang daripada Orang
Besar Lapan.
•Dari aspek politik, Panglima Bukit Gantang Seri Amar Di-Raja merupakan individu yang
bertanggungjawab dan berkuasa dalam mengawal jalan perhubungan antara Larut
dengan bahagian-bahagian lain di Perak- bertanggungjawab juga mempertahankan
bahagian utara Perak.
•Dari aspek ekonomi pula, Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja ini merupakan
pembesar kanan yang bertanggungjawab dalam sebarang urusan pengutipan cukai bagi
pihak Sultan- balasannya, beliau berhak terima sebahagian daripada hasil cukai yang
diperoleh daripada daerah ini
SAMBUNGAN

•Pada peringkat awalnya, Panglima Bukit Gantang Seri Amar Di-Raja ini telah
melantik Long Jaafar bagi pihaknya hanya untuk mengutip cukai sebanyak satu
persepuluh bagi pihaknya ke atas hasil padi dan juga cukai-cukai lain di kawasan
berpaya di kawasan Larut.
•Namun, Kedudukan Long Jaafar ini semakin menonjol dan penting apabila beliau
menemui longgokan bijih timah yang banyak di daerah Larut iaitu di Kelian Pauh,
Taiping dan Kelian Baharu, Kamunting
•Longgokan bijih timah ini membolehkan Long Jaafar memperoleh wang yang banyak
melalui pengutipan cukai dari ke atas lombong-lombong yang baru dibuka itu-
sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan dan pengaruhnya di Larut.
PENGLIBATAN PELOMBONG-PELOMBONG CINA
•Pelombong2 awal yang Larut adalah Chen Sang Hakka- lokasi lombong-lombong
awal mereka terletak di Klian Pauh termasuklah Asam Kumbang.
•Kemudian, lombng-pelombong Cina yang dikenali Fui Chew Hakka pula berhijrah ke
Larut pada tahun 1850-an- lombong baharu ditemui di Klian Baharu- majoriti
pelombong Fui Chew ini dilahirkan di China –
•Pelombong2 Fui Chew ini dibiayai oleh Saudagar Pulau Pinang- salah seorang yang
terkenal adalah Oh Wee Kee.
•Pelombong2 ini bergantung kepda Sungai Larut (merentasi kawasan lombong timah)
untuk memperoleh bekalan mereka dan untuk eksport timah ke Pulau Pinang.
SAMBUNGAN

•Melalui perkembangan kegiatan perlombongan- kegiatan perdagangan Pulau


Pinang dan Perak telah mencapai angka yang sangat signifikan.
•Misalnya, di antara tahun 1861-62 daripada jumlah keseluruhan import Perak ke
Pulau Pinang yang bernilai $416,249, $291,989/ 70.1% disumbangkan oleh timah.
•Manakala jumlah keseluruhan eksport Pulau Pinang ke Perak pula berjumlah
$363,729.
•Dari Mei 1862- Februari 1863 (dalam tempoh 10 bulan sahaja)- import Perak ke
Pulau Pinang berjumlah $342,479 dengan jumlah eksport timah- $258,997/ 75.6%.
•Eksport Pulau Pinang ke Perak juga meningkat kepada $423,151.
SAMBUNGAN
LUKUT
• Perlombongan di Lukut juga bermula dalam tempoh masa yang sama dengan Larut
dan berada di bawah kawalan Raja Jumaat bin Raja Jaafar yang berasal dari Riau.
•Kawalan Raja Jumaat-adalah ekoran kegagalan yang memalukan Sultan Muhammad
dalam percubaannya untuk menjadikan timah sebagai sumber utama kepada
kerajaannya
• Sebabkan baginda berhutang dalam jumlah yang besar ($169,000) kepada
saudagar Cina
•Kesudian Raja Jumaat untuk melangsaikan hutang tersebut menyebabkan Sultan
Muhammad terhutang budi kepada Raja Jumaat- anak Sultan Muhammad telah
dikahwinkan dengan Raja Jumaat.
•Sebagai balas jasa Raja Jumaat juga, Baginda telah kurniakan secara rasmi daerah
Lukut kepada Raja Jumaat
SAMBUNGAN

•Sebagai pembesar di daerah Lukut, Raja Jumaat telah tunjukkan kemampuannya


sebagai pentadbir- berjaya mewujudkan kestabilan politik dan keselamatan harta
dan nyawa- meningkatkan pelaburan saudagar Selat dari Melaka untuk giatkan lagi
aktiviti perlombongan timah.
•Kesannya- Lukut berkembang maju.
•Pengusaha2 Cina turut tertarik berhijah ke daerah tersebut- dua baris rumah kedai
moden dibina.
•Dengan pendapatan bulanan sebanyak $10,000, Raja Jumaat mampu untuk bina
jalan moden dan gajikan polis yang lengkap dengan pakaian seragam.
•Bagi urusan perniagaan, Raja Jumaat mempunyai hubungan rapat dengan Chee Yam
Chuan- saudagar negeri Selat dari Melaka – bertanggungjawab membantunya
dalam membuka Lukut.
SAMBUNGAN

•Perkembangan Lukut ini membantu menguatkan pengaruh Raja Jumaat dan beliau
berjaya memerintah Lukut tanpa campur tangan Sultan Muhammad.
•Raja Jumaat juga tidak berkongsi sebarang hasil dengan Sultan Muhammad- Lukut
ditadbir secara berasingan daripada Selangor.
•Selain daripada Lukut, Klang, Ampang dan Kuala Lumpur juga merupakan kawasan
perlombongan yang penting.
•Perkembangan ini- bawa kepada kemasukan beramai-ramai imigran Cina ke NNM
terlibat.
PERUBAHAN EKONOMI DAN SOSIAL PERIBUMI
AKIBAT KEGIATAN PERLOMBONGAN
LUKUT
•Pembangunan komersial ini- memberi kesan kepada kawalan ekonomi oleh elit politik
Melayu
•Sehingga tahun 1850-an- golongan pemerintah Melayu mempunyai kawalan sepenuhnya
ke atas eksport timah- tidak dbenarkan dijual secara langsung kepada pedagang/
saudagar luar
•Pengeluar timah dikehendaki jual timah kepada golongan elit Melayu pada kadar $30
setiap bahara-
•Begitu juga, walaupun terdapat kerjasasama antara pembesar Melayu dengan kapitalis
Cina, pembesar Melayu masih menguasai kegiatan perlombongan melalui ufti dan
pajakan.
SAMBUNGAN

•Namun, dengan perkembangan baharu iaitu penglibatan aktif dan langsung


saudagar NNS dengan pelombong2 serta turut memberi bantuan modal kepada
Sultan dan Pembesar- cara lama ini telah diubah kepada bentuk baharu
•Saudagar2 selat semakin bepengaruh dalam perusahaan perlombongan timah.
•Misalnya,- Raja Jumaat telah dipanggil untuk untuk mengadakan satu perjanjian
baharu.
•Raja Jumaat, telah membuat perjumpaan dengan semua Orang-Orang Besar dan
juga Saudagar Cina yang berminat dengan perdagangan timah Kanching, Ampang
dan Lukut.
•Hasil perjumpaan itu- timah dibenarkan untuk dieksport secara terus oleh pemilik
pelombong dan sebagai gantinya cukai dikenakan sebanyak 20% terhadap semua
eksport timah
SAMBUNGAN

•Walaupun terdapat perubahan dari aspek monopoli golongan elit Melayu, Khoo
Kay Kim beranggapan golongan elit Melayu masih menguasai aktiviti perlombongan
dan pentadbiran di lombong-lombong di bawah daerah kekuasaan mereka.
•Raja Jumaat misalnya, dengan peningkatan berterusan imigran Cina hasil usaha libat
sama beliau dan Saudagar dari Melaka- arahkan supaya kegiatan perjudian
dilakukan di sebuah rumah/ pusat perjudian sahaja – untuk elakkan sebarang
masalah.
•Pada tahun 1858 dan 1859- buat pertama kalinya cukai dikenakan ke atas eksport
timah.
SAMBUNGAN

SUNGAI UJONG
•Di Sungai Ujong juga, sistem monopoli tradisional Melayu semakin dipecahkan dan
bermula lebih awal dari Selangor- pada tahun 1830-an.
•Sebelum itu, golongan pembesar/ elit Melayu bertindak sebagai orang tengah
antara saudagar2 Melaka dengan pelombong2. GPM dengan menerima tunai,
ganja dan beras dari saudagar2 Melaka.
•Kemudian, barangan ini diberikan secara pendahuluan kepada pelombong2 pada
harga yang tinggi-
•Sebabkan- pelombong2 perlu bayar bunga pinjaman pendahuluan yang diperoleh,
harga yang tinggi bagi barangan yang diperoleh daripada GPM
•Timah yang diperoleh pelombong2 juga perlu dijual pada harga yang telah
ditetapkan kepada pembesar Melayu. Kemudian- GPM jual timah ini kepada
saudagar2 Melaka.
SAMBUNGAN
•Namun, menjelang 1840- saudagar2 Melaka boleh berurusan terus dengan pelombong2.
•Misalnya, pinjaman diberikan terus kepada pelombong2 tanpa melalui GPM sebagai orang
tengah.
•Maka, GPM telah hilang fungsinya sebagai orang tengah – sebabkan GPM cari
cara/langkah baharu untuk kekal relevan dengan perubahan baharu.
•Misalnya melalui pengenaan cukai/ duti ke atas barangan yang melalui Sungai Linggi.
•Tidak dapat dikenal pasti sejauh mana keadaan baharu ini mempengaruhi pembangunan
perdagangan di Sungai Ujong- namun perdagangan Sungai Ujong –Linggi dan Melaka
meningkat berterusan.
•Sehingga tahun 1855, banyak saudagar di Melaka, sama ada Eropah/ Cina telibat dalam
perdagangan timah.
•Dikatakan, lebih 2,100 pikul bijih besi bernilai lebih $50,000 telah berjaya diperoleh
daripada pelombong2 hasil daripada pendahuluan dan barangan yang diberikan oleh
saudagar2 Melaka.
KEGIATAN PERLADANGAN
•Sejak awal abad-ke19, sadagar Eropah dan Cina terlibat dengan pelbagai eksperimen
tanaman perladangan-
•Bagi saudagar Eropah, harapan mereka adalah untuk menampung pasaran Eropah-
melibatkan diri dengan tanaman seperti kopi, kapas, teh, tembakau dan rempah ratus.
•Namun tak ada satu daripadanya dapat menghasilkan keuntungan seperti diharapkan-
•Berbeza dengan saudagar Eropah, saudagar Cina berjaya mencapai kejayaan yang
memberangsangkan dalam perladangan
•Misalnya, Seberang Perai saudagar Cina menerajui perladangan tebu yang kemudian
turut menarik minat saudagar Eropah.
SAMBUNGAN

•Pencapaian saudagar Cina dalam perladangan adalah melalui tanaman ubi kayu
(di Melaka), lada dan gambir (Johor).
•Ubi kayu mendatangkan keuntungan kepada saudagar Cina kerana tanaman ini
mengeluarkan hasil dalam jangka masa yang pendek.
•Akibat daripada perkembangan kegiatan perladangan ini, tanah yang boleh
digunakan dan sesuai untuk kegiatan perladangan di NNS semakin berkurangan-
sebabkan minat yang berlaih ke negeri-negeri Melayu yang berdekatan dengan
NNS.
SAMBUNGAN

JOHOR
•Di Johor- saudagar2 Cina di Singapura mula beralih ke Johor untuk terlibat dengan
kegiatan perladangan apabila tanah-tanah di Singapura tidak lagi subur.
•Galakan daripada Temenggung Ibrahim (TI) membenarkan perladangan gambir dan
lada menyebabkan imigran Cina mula berhijrah masuk sejak pertengahan kurun ke-
19.
•TI, melalui kawalannya terhadap tanah dan kerjasama dengan saudagar Cina dari
Singapura berjaya memperoleh manfaat dan keuntungan melalui kerjasama tersebut.
•TI amalkan sistem Kangcu- bagi setiap sungai yang terdapat kegiatan perladangan,
seorang Cina dilantik sebagai ketua/ kapitan (digelar sebagai Kangcu) dan
diberikan surat kuasa/ surat sungai- surat lantikan ini menyamai surat lantikan yang
diberikan kepada penghulu Melayu.
•Surat sungai ini beri kuasa kepada penerimanya untuk buka ladang, menyelia aktiviti
penanaman dan bertindak sebagai pengutip hasil.
SAMBUNGAN

•Kemudian, anakanda TI iaitu Sultan Abu Bakar (SAB) (1862-95) meneliti semula
sistem Kangcu ini.
•Berlaku perubahan dalam surat sungai yang diisukan oleh SAB menjadi lebih mirip
dengan sistem kontrak Eropah- diisukan kepada saudagar2 (sama ada individu atau
sekumpulan individu) yang menetap di Singapura.
•Kangcu kini menjadi pengurus kepada pemilik surat sungai-maksudnya Kangcu kini
bukan pemilik surat, tetapi hanya pengurus.
•Di bawah sistem ini juga komuniti Cina di Johor adalah bertanggungjawab kepada
Kapitan Cina- namun kuasa sebenar masih berada di tangan Sultan (yang pada
bila2 masa boleh gugurkan lantikan)
SAMBUNGAN

•SAB sedar akan pentingnya sokongan dan hubungan baik dengan komuniti Cina –
berusaha untuk menjaga hubungan baik tersebut.
•Misalnya, Johor mempunyai sekurang-kurangnya seorang pentadbir Melayu yang mahir
bertutur dialek Cina (mampu cakap dan tulis Teochew) pada tahun 1860-an- di saat tidak
ada seorang pegawai British yang mampu bertutur dan memahami mana-mana dialek
Cina.
•Begitu juga, daripada Ahli Majlis Penasihat SAB yang berjumlah 24 orang, dua orang
daripadanya berbangsa Cina.
•Ahli-ahli majlis Melayu yang berpengaruh juga merupakan ahli kepada beberapa Kongsi
Cina
SAMBUNGAN

•Kesan daripada polisi ekonomi dan sosial kerajaan Johor- berlaku perkembangan pesat
dalam kegiatan perladangan di Johor dan peningkatan besar-besaran imigran Cina
•Misalnya, semasa tempoh awal pentadbiran TI di Johor- Johor diliputi oleh hutan
belantara dan petempatan juga terhad di sepanjang sungai.
•Namun tahun 1860-an, terdapat seluas 1,200 ekar ladang gambir dan lada di Johor
dengan populasi imigran Cina adalah seramai 15,000.
•Jumlah imigran Cina ini meningkat kepada 100,000 orang sepuluh tahun kemudian.
•Namun pergeseran sangat jarang berlaku dalam komuniti Cina dan kerajaan Johor dan
sesama komuniti Cina/ kongsi- kerana hanya satu kongsi gelap Cina sahaja dibenarkan
beroperasi di Johor iaitu Ghee Hin.
•Berbanding negeri lain- Johor merupakan satu-satunya negeri Melayu yang mampu
mengawal masyarakat tersebut
SAMBUNGAN

KERIAN
•Kesuburan dan kesesuaian tanah bagi aktiviti pertanian di wilayah Utara Perak
menarik minat pihak syarikat British terhadap kawasan ini.
•Terdapat cadagan daripada pentdbir British untuk kembangkan pertanian
komersial- misalnya, Thomas Braddell meramalkan bahawa pertanian komersial
(tebu) dengan mudahnya mampu dikembangkan ke wilayah Perak pada bila-bila
masa tanpa sebarang halangan daripada pembesar tempatan di negeri tersebut.
•W. T. Lewis (pegawai kerajaan British) juga turut berminat untuk dengan kegiatan
pertanian komesial.
•Namun berbanding Braddel yang lebih berminat dengan tanaman tebu-Lewis pula
berminat untuk komersialkan tanaman sara diri iaitu padi.
SAMBUNGAN

•Lewis berusaha memujuk Sultan Jaafar yang merupakan Sultan Perak pada masa
tersebut- benarkan beliau majukan kawasan pertanian di sebuah kawasan di Kerian.
•Hasrat Lewis berkenaan hampir tercapai apabila Sultan Jaafar telah bersetuju untuk
menyerahkan konsesi pajakan tanah di Kerian kepada beliau pada tahun 1861- Lewis
hanya dikehendaki bayar sewa sebanyak $5,000 setahun kepada Sultan Jaafar.
•Konsesi kepada Lewis bagaimanapun dibatalkan Sultan Jaafar kemudiannya- terpaksa
tunduk kepada saranan Orang-Orang Besar Perak bagi menyelamatkan kedudukan
politiknya.
•Hal ini membuktikan bahawa perkembangan pesat penanaman komersial di NNS pada
separuh pertama dan suku ketiga kurun ke-19 turut meningkatkan minat pihak kapitalis
yang berada di NNS terhadap NNM yang berjiran dengannya-
PENINGKATAN MINAT NNS TERHADAP KAWASAN
PEDALAMAN
•Perkembangan dan kejayaan Singapura sebagai pusat perdagangan
antarabangsa- punca utama kepada tingkatkan untuk eksploitasi kawasan
pedalaman dengan lebih intensif.
•Tahun di antara1855 dan 1865 merupakan tahun yang mencatatkan jumlah
ketidakstabilan yang sangat ketara dalm perdagangan.
•Misalnya, pada tahun 1857-58, jumlah perdagangan bernilai $55,446,113 iaitu
yang tertinggi sekali direkodkan sejak tahun 1819.
•Namun, kemelesetan berlaku pada tahun 1858- berlakunya kejatuhan beberapa
firma milik saudagar Cina dan situasi komersial terus merosot sehingga tahun 1861
SAMBUNGAN

•Faktor utama berlakunya kemerosotan/ kemelesetan perdagangan ini disebabkan


kemelesetan perdagangan Eropah, pemberontakan India 1857, Perang Anglo-India
1858-1860 dan juga Perang Saudara yang berlaku di Amerika.
•Pada tahun 1862-63, nilai keseluruhan perdagangan meningkat semula namun
merosot tahun berikutnya- dua firma Eropah gagal dalam operasinya dengan jumlah
liabiliti melebihi $1 juta.
•Tahun 1865, beberapa lagi firma komersial (bank) gagal tanpa disangka-
mempengaruhi keyakinan saudagar Cina dan India terhadap bank-bank tersebut.
SAMBUNGAN

•Selain daripada ketidaktentuan aktiviti perdagangan, persaingan juga turut


merisaukan British
•Misalnya tahun 1855, firma milik British berasa terjejas dengan peningkatan firma
Jerman –kesannya, pentadbir British di NNS berusaha unutuk berikan penekanan
lebih kepada kedudukan NNS sebagai pelabuhan entreport- tingkatkan hasil.
•Dapat dilihat daripada kenyataan Gabenor NNS yang tekankan tentang
kepentingan membangunakan sumber-sumber dengan negeri jiran (NNM) bagi
lebarkan kepentingan komersial.
•Beliau berikan contoh, nilai perdagangan bagi eksport dengan kawasan pedalaman
NNM Rs. 4,961,717 dan nilai import untuk tempoh yang sama bernilai Rs.
4,245,294 dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir £1 juta- anggap
perdagangan dengan kawasan pedalaman NNM mempunyai potensi yang boleh
dikembangkan dalam jumlah yang jauh lebih besar.
SAMBUNGAN

•Dengan kesedaran bahawa sehingga akhir tahun 1860-an, kawasan pesisir


sekalipun tidak pernah diselidiki potensinya dengan lebih mendalam- tidak ada
sebarang maklumat lengkap berkenaan kekayaan sumber semula jadi NNM.
•Tambahan pula, perdagangan antara Singapura dan kawasan pedalaman NNM
adalah kecil sahaja nilainya berbanding nilai perdagagan Singapura dan negara-
negara lain.
•Tidak dinafikan, ada data-data yang dikumpul oleh pegawai2 British- misalnya
pada tahun 1856, seorang penulis menyatakan bahawa Semenanjung TM
merupakan antara kawasan yang mempunyai sumber bijih timah terbanyak di dunia.
•Pahang pula dipercayai mempunyai deposit emas, bijih besi dan arang batu.
•Bagi tujuan pertanian dan perladangan pula, NNM di percayai mempunyai tanah
yang sangat subur dan sesuai untuk tanaman sperti tebu, beras dan pelbagai
tanaman lain – misalnya, penanaman tebu sedang berkembang di Province
Wellesley.
SAMBUNGAN

•Maka, tidak hairanlah apabila NNS mempunyai lebihan modal yang tidak
menguntungkan jika dilaburkan dalam kegiatan perdagangan akibat kemerosotan
dalam jumlah nilai perdagangan, saudagar2 NNS cari landasan baharu (NNM)
untuk labur modal.
•Potensi dan kekayaan sumber NNM sahaja tidak mencukupi untuk tarik minat
pelaburan modal di NNM.
• Revolusi perindustrian yang belaku dunia barat turut memberikan kesan besar dan
mempengaruhi peralihan minat tersebut- Misalnya, tahun 1860-an, belaku perluasan
dalam pasaran industri timah di Britain
•Faktor-faktor luaran dan dalaman inilah yang rangsang minat saudagar2 dan
pelabur-pelabur ke atas NNM.
SAMBUNGAN

•Perkembangan saintifik (industri pembuatan/pemprosesan) turut mempengaruhi


peralihan minat NNS ke NNM.
•Misalnya penemuan pelbagai kegunaan bagi gambir telah tingkatkan permintaan
terhadap tanaman tersebut
•Berikan peluang pekerjaan kepada ribuan imigran Cina dan untungkan negeri Johor
yang terima hasil menguntungkan daripada kegiatan perladangan gambir dan lada
yang diusahakan oleh peladang Cina.
•Perkembangan ini turut tarik minat firma besar Eropah di Singapura untuk terlibat
dalam perancangan yang lebih intensif di STM.
•Misalnya, firma Ker, Rawson& Co. tunjukkan minat untuk adakan kerjasama
perniagaan dengan TI dengan perantaraan William Napier (ejen senior
perundangan di Singapura)
SAMBUNGAN
•Dikatakan bahawa W.W. Ker adalah individu pertama yang cadangkan kepada TI untuk
buka tanah di Johor bagi tujuan pertanian- akibat tekanan penduduk di Singapura dan
penutupan dalam jumlah yang besar ladang-ladang di Singapura.
•Kesannya, sejak tahun 1830-an, petani Cina terpaksa cari tanah baharu untuk aktiviti
pertanian.
•W.W. Ker turut menyediakan pinjaman pendahuluan kepada TI dan dikatakan turut
memegang hak ekslusif dalam transaksi perniagaan keluarga TI yang bertambah-
•Dikatakan juga, sehingga tahun 1873, keluarga TI mesih berhutang kepada firma tersebut
$65,000.
•Contoh-contoh ini tonjolkan bahawa, tempoh 1840-an -1870-an telah sediakan asas
kepada kepada peningkatan minat saudagar2 dan pelabur2 NNS di NNM ekoran
perkembangan-perkembangan yang berlaku.
•Hal ini akhirnya membawa kepada percubaan serius untuk melancarkan projek komersial
berskala besar untuk mengeksploitasi ekonomi STM- banyak modal NNS disalurkan kepada
pelbagai pihak di kawasan pedalaman (NNM) sebagai modal pendahuluan.
KESIMPULAN
•Akibat perkembangan-perkembangan baharu ni, spekulator2/pelabur2 berusaha untuk
pastikan modal yang dilaburkan dijamin keselamatannya – melalui penyertaan yang
lebih konkrit daripada pentadbiran British di NNS bagi mengatasi pengaruh GPM.
•Minat terhadap ekonomi akhirnya mendorong kepada campur tangan secara langsung
British di NNM melalui Perjanjian Pangkor 1874
•Maka boleh dikatakan, ketidakstabilan situasi politik hanyalah alasan bagi pihak British
campur tangan di NNM bagi memastikan keselamatan pelaburan dan kejayaan
eksploitasi ekonomi di NNM hasil daripada perkembangan-perkembangan ekonomi
yang berlaku di Barat.
PERSOALAN
1. Nilaikan secara kritis, sejauh manakah perubahan-perubahan ekonomi yang
berlaku untuk tempoh 1840-an hingga tahun 1870-an memberi kesan kepada
perkembangan sosioekonomi di NNM. (tajuk soalan esei bagi yang berminat dengan
kuliah saya untu tajuk ini)

Bahan rujukan utama:


Khoo, Kay Kim. 1972. The Western Malay States, 1850-1873: The Effects of
Commercial Development on Malay Politics. Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Andaya, B. W., dan L. Y. Andaya. 1982. A History of Malaysia. Edisi ke-2, London
and Basingstoke: The Macmillan Press Ltd.

You might also like