You are on page 1of 10

bab sepuluh - dasar-dasar kerajaan

pengenalan

hasrat kerajaan mendukung cita-cita hendak mewujudkan sebuah negara malaysia yang bersatu-
padu, kukuh dan makmur.

pembentukan dasar-dasar kerajaan berasaskan aspek sosial, ekonomi dan pembangunan.

definisi

definisi konsep dasar secara umum:

dasar lebih merupakan ‘asas’ atau ‘tapak’, panduan besar, falsafah (yang ada matlamat
dihujungnya) dan peraturan mengenai cara mencapai matlamat dasar tersebut.

definisi konsep dasar secara khusus:

dasar awam didefinisikan sebagai arah umum yang ingin dituju oleh kerajaan sehubungan
dengan masalah tertentu. dengan kata lain, dasar awam merupakan pernyataan matlamat-
matlamat dan penaakulan yang asas bagi program-program kerajaan yang bertujuan mengatasi
sesuatu masalah negara (institut tadbiran awam negara,1988).

dasar boleh dianggap sebagai pernyataan rasmi yang diterima dan dikeluarkan oleh badan-badan
berkuasa seperti kerajaan, perundangan dan lembaga.

dasar termaktub dalam pekeliling perkhidmatan,peraturan jabatan dan sebagainya.

kepentingan dasar

dasar sosial dilaksanakan dengan harapan bahawa keadilan sosial (sosial justice) boleh dicapai
dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan seperti kehendak kebendaan untuk keselesaan
hidup, kehendak emosi dan sokongan emosi dan kehendak pengiktirafan sosial.

dasar pembangunan kerajaan diwujudkan bagi semua rakyat tanpa mengira kaum dapat
menikmati kehidupan yang sempurna, sekaligus mencapai integrasi nasional.

dasar pembangunan ekonomi lebih menjurus kepada perancangan bagi pembangunan negara dari
sudut ekonomi.

setiap dasar (sosial, ekonomi dan pembangunan) menyokong secara tidak langsung demi
kepentingan, kesejahteraan dan kebajikan sosial masyarakat.
dasar pembangunan sosial

dasar sosial merupakan dasar yang memberi keutamaan kepada nilai-nilai sosial yang
berlandaskan keadilan, keharmonian dan kemanusiaan.

menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara, perhubungan kaum dalam masyarakat majmuk
dan perhubungan kemasyarakatan.

contoh beberapa dasar sosial yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah :

1. dasar pendidikan kebangsaan


2. dasar kebudayaan kebangsaan
3. dasar kebajikan masyarakat negara
4. rukun negara
5. dasar belia negara

dasar pembangunan ekonomi

dasar pembangunan ekonomi merupakan dasar yang memberi keutamaan kepada usaha-usaha
mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.

menekankan kepada perancangan negara dalam aspek-aspek dan pembangunan-pembangunan


tertentu seperti pembangunan pertanian, ekonomi dan sebagainya.

menitikberatkan isu-isu perancangan pembangunan negara secara teratur dan bukannya secara
mendadak.

contoh beberapa dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan ialah :


1. rangka rancangan jangka panjang pertama (rrjp 1)
2. rangka rancangan jangka panjang kedua (rrjp 2)
3. dasar ekonomi baru
4. dasar pembangunan nasional
5. pelan induk perindustrian

dasar pembangunan kerajaan

dasar pembangunan merupakan dasar untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat dan
mengurangkan lagi jurang perbezaan antara kaum, wilayah dan negeri agar integrasi nasional
dapat dicapai menitikberatkan isu-isu seperti perkembangan sahsiah diri untuk kepentingan
organisasi, masyarakat dan negara.

contoh beberapa dasar pembangunan negara yang telah dilaksanakan oleh kerajaan ialah :
1. wawasan 2020
2. penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran negara
3. dasar pandang ke timur
4. dasar persyarikatan malaysia
5. dasar pertanian negara
6. dasar penswastaan
7. dasar perindustrian negara
8. dasar kependudukan
9. dasar produktiviti
10. bersih, cekap, amanah.

dalam bab ini tumpuan akan diberikan kepada beberapa dasar sahaja yang akan dihuraikan di
bawah. hal ini tidak bermaksud bahawa dasar-dasar yang lain tidak penting.

dasar-dasar yang telah dilaksanakan

dasar pendidikan kebangsaan

kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat malaysia tentang mustahaknya diadakan satu sistem
pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem
pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara.

atas kesedaran inilah lahir satu dasar pendidikan (pelajaran) kebangsaan melalui penyata razak
1956 dan dimaktubkan dalam ordinan pelajaran, 1957.

dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan laporan
rahman talib. laporan rahman talib ini kemudian dimaktubkan dalam akta pelajaran 1961.

kemudian sebuah jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji
semula dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat
untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.

dalam laporan razak (1956) boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem
pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu
ialah:

a.) hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua
kaum.
b.) untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama
c.) untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air
dengan mewujudkan sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.

untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini. selepas
daripada penyata razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh abdul
rahman talib yang dikenali sebagai laporan rahman talib (1960) yang seterusnya menjadi akta
pelajaran 1961.
di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari laporan razak yang dikenali dengan
laporan rahman talib ialah:
a. pendidikan sejagat percuma untuk sekolah rendah kerajaan dan bantuan
kerajaan.
b. sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
c. sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
d. murid naik darjah secara otomatik
e. pelajaran agama islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
f. pendidikan akhlak dititikberatkan.

selepas itu sistem pendidikan anika jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi sekolah menengah
rendah menggantikan sistem pelajaran lanjutan yang dihapuskan. mata pelajaran aneka jurusan di
sekolah menengah pada waktu itu ialah seni perusahaan, sains rumah tangga, sains pertanian dan
perdagangan.

walaupun hasrat dan tujuan akta pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di
malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola
tempat tinggal yang berlainan. misalnya orang melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir
pantai, kaum cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum india di kawasan ladang-ladang
getah. dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

selepas dari laporan rahman talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti laporan hussein onn
(1971) dan laporan mahathir 1976. kedua-dua laporan ini adalah untuk mengkaji semula dasar
pendidikan negara yang sebelumnya berdasarkan laporan razak dan laporan rahman talib.

dasar pendidikan kebangsaan digubal dengan tujuan untuk memperbaiki perlaksanaan dasar
pendidikan untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisplin serta memenuhi
keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara.

strategi pelaksanaan

beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat dasar pendidikan yang telah ditetapkan
seperti berikut:

(a) menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa


pengantar yang utama;
(b) mengadakan kurikulum yang sama bagi semua
jenis sekolah;
(c) mewujudkan sistem peperiksaan yang sama;
(d) melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
(e) meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
(f) mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
(g) mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan
peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang
kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman;
(h) menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum baru sekolah rendah (kbsr)
yang berasaskan 3m iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang
menjurus kepada kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm) pada tahun
1989. tujuan utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang
seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai
moral serta nilai etika yang kukuh;
(i) memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik melalui penyusunan semula
kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978;
(j) mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat
universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan;
(k) mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
(l) menjadikan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran yang
wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi
pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti bahasa cina dan bahasa tamil; dan
(m) menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-
pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri islam dan lain-lain.

d.) di dalam akta pendidikan 1996 dengan jelas memberitahukepada kita bahawa
dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan falsafah
pendidikan negara.

ini dijelaskan seperti berikut:

"pendidikan di malaysia adalah suatu usaha berterusan ke


arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. usaha ini
adalah untuk menzahirkan warganegara malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara." (akta pendidikan 1996)

secara tidak rasmi telah bermula selepas pilihanraya 1955 dijalankan.

jawatankuasa pendidikan telah ditubuhkan pada 1956 diketuai oleh allahyarham tun abdul razak.
tugas-tugas utama jawatankuasa ialah :

i) membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam


ii) menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
iii) memastikan bahasa dan kebudayaan lain dipelihara
undang-undang pelajaran 1957 digubal berdasarkan penyata razak atau penyata jawatankuasa
pelajaran 1956, dan ia diluluskan oleh dewan negara pada tahun 1957.

penyata laporan utama :


laporan razak 1956
laporan rahman talib 1960
dasar pendidikan kebangsaan 1961
laporan jawatankuasa kabinet 1974
laporan jawatankuasa kabnet 1986

hasilnya di dalam dasar rasmi kerajaaan ini beberapa matlamat utama telah dikenal pasti iaitu :

 menyediakan kurikulum (sukatan pelajaran) yang sama kandungannya


 mewajibkan bahasa malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah
dan institusi pengajian tinggi
 menggunakan buku-buku teks yang berlatarkan malaysia
 memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal
 menyediakan pendidikan rendah mengikut kurikulum baru sekolah rendah (kbsr) yang
berasaskan 3m (membaca, menulis dan mengira)
 menyediakan pendidikan menengah mengikut kurikulum bersepadu sekolah menengah
(kbsm) yang menekankan persepaduan antara unsur-unsur intelektual, rohani, emosi dan
jasmani.

sistem pendidikan aneka jurusan

tujuan utama dasar pendidikan ialah untuk menyediakan system pelajaran yang teratur supaya
dapat melahirkan warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab, dan berkebolehan bagi
mencapai tahap hidup yang lebih baik serta memenuhi kehendak negara yang sedang
membangun.

 dasar boleh dipinda dan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan masyarakat dan
negara.

dasar kebudayaan kebangsaan

dilancarkan pada 1971 bagi memenuhi hasrat dan aspirasi negara membangun yang mempunyai
penduduk berbilang kaum seperti malaysia.

dasar ini menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti
negara di kalangan dunia antarabangsa.

dasar kebudayaan kebangsaan berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip seperti yang berikut:
i. kebudayaan rakyat asal rantau
ii. penerimaan unsur-unsur kebudayaan lain
iii.islam menjadi unsur utama dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

objektif

dasar kebudayaan kebangsaan bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan rakyat
melalui satu payung kebudayaan kebangsaan yang memupuk, memperkayakan dan memelihara
keperibadian kebangsaan, mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan membentuk
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

strategi

i. pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan


ii. meningkat dan mengukuhkan kepimpinan negara
iii. mewujudkan komunikasi yang berkesan
iv. memenuhi keperluan sosiobudaya
v. meninggikan taraf dan mutu kesenian.

rukun negara

menjelaskan selepas kedatangan penjajah inggeris, negara ini menjadi sebuah negara yang
berbilang kaum/etnik akibat pengenalan dasar imigrasi liberal, dasar ‘pecah dan perintah’ dan
dasar pemisahan pemerintahan inggeris yang mengasingkan ketiga-tiga kumpulan etnik dari segi
tempat tinggal dan pekerjaan sekaligus melebarkan jurang pemisahan ketiga-tiga kaum ini.
berlakunya satu rusuhan kaum yang serius iaitu tragedi 13 mei 1969 mengejutkan rakyat dan
negara.
darurat diisytiharkan di seluruh negara. sistem kerajaan berparlimen digantung dan majlis
gerakan negara (mageran) ditubuhkan.
rukun negara secara rasmi diisytiharkan oleh yang dipertuan agung pada 31 ogos 1970, iaitu
sempena ulangtahun ke 13 kemerdekaan malaysia.

rukun negara dilahirkan dengan matlamat :

a) kehidupan yang lebih demokrasi


b) mewujudkan masyarakat yang adil
c) mengagihkan dan menikmati kekayaan negara dengan sama rata
d) pendekatan kepada kebudayaan-kebudayaan tradisi dilakukan secara liberal
e) pembinaan masyarakat yang progresif dengan menitik beratkan sains dan teknologi

prinsip-prinsip rukun negara :

 kepercayaan kepada tuhan


 kesetiaan kepada raja dan negara
 keluhuran perlembagaan
 kedaulatan undang-undang
 kesopanan dan kesusilaan

dasar ekonomi baru

1.) dasar ekonomi baru (deb) dilaksanakan bagi tempoh 1971-1990 yang merupakan satu
rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam konteks masyarakat
pelbagai kaum.

2.) jurang ekonomi di antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera yang tinggi telah
menyebabkan ia membawa kepada peristiwa 13 mei, 1969.

3.) kerajaan dalam deb telah memperkenalkan strategi serampang 2 mata iaitu:

i.) mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan


dan memperbanyakan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa
mengira kaum.
ii.) menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak
seimbang agar dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

4.) kedua-dua matlamat tersebut dicapai melalui dasar,program dan projek yang digubal
untuk :

i.) menambah peluang pekerjaan kepada kadar yang cukup untuk mengurangkan
tahap pengganguran semasa dan akhirnya mencapai guna tenaga penuh.
ii.) meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka yang terlibat dalam aktiviti
yang memberi pulangan yang rendah i luar bandar dan di bandar dengan
meningkatkan peluang menambah kemahiran, tanah, modal dan sumber-
sumber lain yang akhirnya mengurangkan guna tenaga yang rendah.
iii.) memperluaskan peluang-peluang bagi mereka yang terlibat dalam aktiviti
yang kurang produktif agar beralih kepada aktiviti-aktiviti yang lebih
produktif seperti pertanian, perikanan, perhutanan, perlombongan pembinaan,
pengangkutan, perkilangan, perdagangan dan industri.
iv.) mengurangkan taburan pendapatan yang tidak seimbang antara kelas
pendapatan dan kaum.
v.) memodenkan kehidupan luar bandar dan memperbaiki keadaan hidup
golongan miskin di kawasan bandar melalui pemberian perkhidmatan sosial
yang banyak seperti rumah awam, elektrik, bekalan air paip, pengangkutan,
kesihatan dan perubatan, rekreasi dan kemudahan sosial.
vi.) menggalakan perwujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian
bumiputera (mppb) supaya tempoh satu generasi mereka akan memiliki dan
menguruskan sekurang-kurangnya tiga puluh peratus aktiviti perdagangan dan
perindustrian negara dalam semua kategori dan saiz operasi.
vii.) menentukan bahawa gunatenaga dalam semua sektor ekonomi dan peringkat
pekerjaan mencerminkan komposisi kaum.
viii.) memperbanyakan kemudahan-kemudahan pendidikan dan latihan,
kemudahan-kemudahan sosial yang lain dan infrastruktur fizikal negara untuk
menyokong pencapaian objektif-objektif.

5.) dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan, pelbagai program telah diatur oleh pihak
kerajaan, antaranya meningkatkan daya

dasar pembangunan nasional

dasar ekonomi baru berakhir pada tahun 1990. ia digantikan dengan dasar pembangunan nasional
(dpn). dpn dilaksanakan dalam tempoh rangka rancangan jangka panjang 2 (rrjp2) (1991-
2000). rrjp2 juga merupakan langkah permulaan bagi wawasan 2020.

dalam dpn, tumpuan diberikan kepada strategi membasmi kemiskinan di kalangan golongan
termiskin. dalam dpn, penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan.

beberapa strategi telah digalurkan. antaranya ialah mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan
program membasmi kemiskinan.

tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi program pembasmian rakyat
termiskin (pprt).

tumpuan juga diberikan kepada mengurangkan masalah kemiskinan relatif.

daripada segi menyusun semula masyarakat pula, dpn mempunyai strategi pengagihan melalui
pertumbuhan.

wawasan 2020

wawasan 2020 terkandung di dalam ucapan dasar perdana menteri, dato' seri dr. mahathir
mohamed, di majlis pelancaran penubuhan majlis perdagangan malaysia pada 28 februari 1991.

menurut perdana menteri, matlamat menjadikan malaysia negara maju dan industri tidak akan
tercapai sehingga rakyat dan negara mengatasi sembilan cabaran asasi yang strategis.

wawasan 2020 bolehlah dianggap sebagai memberi kerangka atau formula untuk mencapai
sasaran sosioekonomi yang tertentu dalam masa tiga puluh tahun.

cabaran-cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak untuk mencapai tahap negara yang maju
dan progresif :

cabaran 1 : membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu


cabaran 2 : melahirkan sebuah masyarakat malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai
keyakinan diri

cabaran 3 : membangunkan masyarakat demokratis yang matang

cabaran 4 : membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai
keagamaannya.

cabaran 5 : mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran

cabaran 6 : membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif

cabaran 7 : mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang

cabaran 8 : menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.

cabaran 9 : mewujudkan masyarakat yang makmur.

sebagai satu prasyarat kepada pembentukan masyarakat yang makmur.

kesimpulan

perlaksanaan dasar adalah untuk memastikan semua rakyat tanpa mengira kaum dapat menikmati
kehidupan yang sempurna. pengalaman sejarah telah membuktikan bahawa ketidakseimbangan
ekonomi dan jarak sosial antara kaum telah menimbulkan pelbagai masalah dalam usaha
memupuk perpaduan.

justeru itu tanpa mengira apa jenis dasar sekalipun, matlamat perlaksanaannya adalah bagi
menjamin pengukuhan kehidupan rakyat demi kemajuan negara pada masa hadapan.

You might also like