You are on page 1of 12

bab lapan - struktur pentadbiran kerajaan di malaysia

pengenalan

sistem pentadbiran di malaysia didirikan berasaskan sistem demokrasi berparlimen


dan raja berperlembagaan. sistem ini adalah bertunjangkan kepada doktrin
pengasingan kuasa.

struktur pentadbiran kerajaan

struktur pentadbiran kerajaan malaysia terdiri daripada tiga bahagian


1) kerajaan persekutuan
2) kerajaan negeri
3) kerajaan tempatan

struktur pentadbiran kerajaan persekutuan

jentera pentadbiran kerajaan terbentuk atas daya usaha dua kumpulan penting

1) kakitangan kerajaan/awam
2) organisasi-organisasi kerajaan

kakitangan kerajaan terbahagi kepada dua bentuk :

1) kakitangan awam atau kerajaan yang dilantik berdasarkan kehendak politik


2) kakitangan awam atau kerajaan yang dilantik berdasarkan keupayaan dan
kelulusan.(merit)

organisasi kerajaan juga terbahagi kepada dua bentuk :

1) organisasi yang dibentuk bagi membantu kelicinan pentadbiran kerajaan


malaysia

kabinet

 dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan majoriti di dalam dewan


rakyat
 diketuai oleh perdana menteri dan anggota jemaah kabinet atau menteri
dilantik oleh ydpa atas nasihat perdana menteri
 jemaah menteri dilantik daripada kalangan ahli-ahli dewan rakyat dan dewan
negara
 anggota kabinet bertanggungjawab secara kolektif ke atas setiap keputusan
dasar yang dibuat

jabatan perdana menteri

 diketuai oleh perdana menteri sendiri.


 dibawah tadbirannya terdapat berbagai unit/ jabatan tertentu yang berperanan
untuk melicinkan jentera pentadbiran seperti :
BAHAGIAN PERANCANGAN EKONOMI –
UNIT PERANCANGAN EKONOMI NEGARA (EPU)
SERU – SOCIO-ECONOMY RESEARCH UNIT
MAMPU – MANPOWER ADMINISTRATION & MODERNISATION PLANNING
UNIT
JAKIM – JABATAN KEMAJUAN ISLAM

kementerian

 diketuai oleh seorang menteri yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan


bidang kuasa yang disebut portfolio
 bertanggungjawab di dalam menggubal dasar, merancang program dan
melaksanakannya
 struktur organisasi terdiri daripada ibupejabat kementerian, jabatan dan
perbadanan dibawah kawalannya
 pegawai tadbir utama di kementerian ialah ketua setiausaha dan dibantu oleh
beberapa orang pegawai kanan ( terutamanya dari pegawai tadbir dan diplomatik
(ptd) )
 menteri yang memegang portfolio dibantu oleh timbalan menteri dan juga
setiausaha parlimen.

jabatan

 agensi pentadbiran kerajaan dibawah sesebuah kementerian


 terdapat banyak jenis jabatan dibawah kementerian seperti:
kementerian hal ehwal dalam negeri
- jabatan imigresen
- jabatan polis (polis diraja malaysia (pdrm) )
- jabatan penjara
 kebanyakan jabatan mempunyai ibupejabat diperingkat kementerian dan
cawangan-cawangan diperingkat negeri
 peranan jabatan adalah untuk melaksanakan perkara-perkara dan dasar-dasar
seperti yang ditetapkan oleh kerajaan melalui kementerian masing-masing
 sebuah jabatan mempunyai seorang ketua yang diberi gelaran yang berbeza-beza
seperti :
jabatan akauntan negara - akauntan negara
pdrm - ketua polis negara
 cawangan-cawangan jabatan mempunyai ketua masing-masing yang diberi nama
sebagai pengarah negeri ( bagi peringkat negeri) dan pegawai daerah (bagi
peringkat daerah)
 tanggungjawab setiap cawangan adalah untuk melaksanakan tugas-tugas dan
kegiatan pejabat yang berkaitan dengan dasar-dasar yang telah dibuat
kementerian.

perbadanan awam

 terdiri daripada dua jenis iaitu :



- badan-badan berkanun yang ditubuhkan di bawah akta parlimen dan
enakmen dewan undangan negeri.
sebagai contoh :

lembaga kemajuan tanah persekutuan (felda)


lembaga kemajuan terengganu tengah (ketengah)


 badan-badan yang tidak berkanun yang ditubuhkan di bawah akta syarikat,
1965

- taraf badan ini sama seperti sebuah syarikat sektor swasta dan bergerak
secara bebas di dalam kegiatan ekonomi

- apa yang berbeza dengan sektor swasta ialah ekuitinya dimiliki samada
sebahagian atau semuanya oleh kerajaan seperti :
# bbmb, ktmb dan misc petronas fima

2) organisasi yang dibentuk atas kehendak peruntukan perlembagaan


persekutuan malaysia

suruhanjaya

 perlembagaan persekutuan malaysia telah memperuntukan penubuhan tiga (3)


suruhanjaya iaitu :

a) suruhanjaya pilihanraya
b) suruhanjaya perkhidmatan
c) suruhanjaya khas untuk tujuan tertentu (seperti suruhanjaya siasatan
kemalangan keretapi di gemas)

 suruhanjaya adalah badan yang bebas sifatnya daripada urusan politik dan
dianggap sebagai berkecuali

 ditubuhkan untuk mentadbir hal-ehwal kepentingan awam dengan adil dan


saksama. sebagai contoh :

suruhanjaya pilihanraya ditubuhkan untuk mengendalikan pilihanraya umum


dengan adil tanpa menyebelahi mana-mana pihak.
suruhanjaya perkhidmatan ditubuhkan untuk memberi layanan yang adil kepada
semua anggota perkhidmatan dari segi perlantikan, kenaikan pangkat dan
tindakan tatatertib.

 terdapat lima suruhajaya perkhidmatan persekutuan yang mengawal taraf dan


syarat perkhidmatan yang berlainan iaitu :
a) suruhanjaya perkhidmatan awam(spa)
b) suruhanjaya perkhidmatan pasukan polis
c) suruhanjaya perkhidmatan pendidikan
d) suruhanjaya perkhidmatan kehakiman dan perundangan
e) majlis angkatan tentera
majlis-majlis

 terdapat dua (2) jenis majlis yang ditubuhkan di dalam sistem kerajaan
persekutuan

a) majlis yang ditubuhkan dibawah peruntukan perlembagaan malaysia iaitu :


# majlis tanah negara
# majlis kewangan negara
# majlis kebangsaan bagi kerajaan tempatan

b) majlis yang ditubuhkan untuk membantu melicinkan perjalanan jentera


pentadbiran kerajaan
seperti :
# majlis tindakan negara
- untuk menyelaraskan perlaksanaan semua program & projek pembangunan
# majlis ekonomi negara
- bertanggungjawab mengenai semua aspek ekonomi negara
( AD-HOC : MAPEN – DEB & DPN
MTEN – UNTUK ATASI KEGAWATAN EKONOMI )
# majlis keselamatan negara
- bertanggungjawab dalam menyelaraskan kegiatan-kegiatan yang berkaitan
dengan keselamatan negara

kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri

satu ciri utama persekutuan ialah pembahagian kuasa yang jelas dan bertulis dengan
kerajaan negeri.

pembahagian kuasa terkandung di dalam peruntukan-peruntukan perlembagaan


persekutuan iaitu pada jadual kesembilan yang mengagihkan kuasa kepada tiga
senarai:

(I) senarai persekutuan :-


menyenaraikan bidang kuasa kerajaan persekutuan di mana kerajaan
persekutuan sahaja mempunyai kuasa ke atasnya.
ia mengandungi 27 bidang kuasa diantaranya hubungan luar, pertahanan dan
kewangan.
(II) senarai negeri :-
menyenaraikan bidang kuasa yang diperuntukkan kepada negeri di mana
kerajaan negeri sahaja mempunyai kuasa ke atasnya.
ia mengandungi 12 bidang kuasa diantaranya kanun tanah, perhutanan dan
pertanian juga pengurusan air.

(III) senarai bersama :-


menyenaraikan bidang kuasa bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri. di dalam bidang perkara di bawah senarai ini, kedua-dua kerajaan
mempunyai kuasa ke atasnya.
ia mengandungi 18 bidang kuasa diantaranya kebajikan masyarakat, biasiswa,
perancangan bandar dan perlindungan binatang liar.

struktur pentadbiran kerajaan negeri

 kuasa eksekutif kerajaan negeri terletak pada sultan


atau raja ataupun yang dipertua negeri
 ketua pelaksana kuasa eksekutif ialah menteri besar
atau ketua menteri
 organisasi tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif
ialah majlis mesyuarat kerajaan atau kabinet atau
majlis tertinggi
 organisasi-organisasi yang menjadi jentera
pentadbiran kerajaan di malaysia terdiri dari

a) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa atau budi bicara


kerajaan dan pihak pentadbiran

majlis mesyuarat kerajaan

 dibentuk oleh parti yang mempunyai kedudukan majoriti di dalam dewan


undangan negeri
 diketuai oleh menteri besar ataupun ketua menteri dan anggota majlis
mesyuarat kerajaan atau kabinet ataupun majlis tertinggi dilantik oleh sultan
atau ydp negeri atas nasihat menteri besar atau ketua menteri
 ahli majlis mesyuarat kerajaan dilantik daripada kalangan ahli-ahli dewan
undangan negeri
 semua anggota bertanggungjawab secara kolektif ke atas setiap keputusan dasar
yang dibuat

jabatan negeri

 bertanggungjawab di dalam merangka dan menggubal dasar, merancang program


dan melaksanakannya
 bertanggungjawab secara langsung kepada kerajaan negeri
 diantara jabatan-jabatan penting dalam pentadbiran negeri :
a) pejabat setiausaha kerajaan negeri
# nadi pentadbiran
# diketuai setiausaha kerajaan negeri
# pusat merancang dan menyelaras dasar-dasar
b) pejabat kewangan negeri
# merancang dan melaksanakan dasar kewangan
dan belanjawan
c) pejabat penasihat undang-undang negeri
d) unit perancang ekonomi negeri

jabatan negeri dan persekutuan

 jabatan yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan persekutuan


 contoh : jabatan kebajikan masyarakat, jabatan parit dan saliran

jabatan persekutuan di negeri-negeri

 cawangan jabatan persekutuan diwujudkan diperingkat negeri


bertujuanmemudahkan dan melancarkan lagi proses pentadbiran.
pejabat setiausaha persekutuan dan pejabat kewangan persekutuan

 di sabah dan sarawak


 ditubuhkan atas tujuan penyelarasan dan kelicinan pentadbiran kerajaan
persekutuan dan negeri

perbadanan awam

 terdiri daripada dua jenis iaitu :


- badan-badan berkanun yang ditubuhkan di bawah enakmen dewan
undangan negeri. sebagai contoh:

perbadanan kemajuan negeri selangor (pkns)

 badan-badan yang tidak berkanun yang ditubuhkan di bawah akta syarikat,


1965
- taraf badan ini sama seperti sebuah syarikat sektor swasta dan bergerak
secara bebas di dalam kegiatan ekonomi
- apa yang berbeza dengan sektor swasta ialah ekuitinya dimiliki samada
sebahagian atau semuanya oleh kerajaan seperti :

# amanah saham johor (asj), labuan wood


product sdn bhd.

b) organisasi-organisasi yang ditubuhkan di bawah kuasa perlembagaan negeri


atau undang-undang tubuh negeri

suruhanjaya

 perlembagaan negeri atau unadang-undang tubuh negeri telah memperuntukan


penubuhan suruhanjaya tetap dan khas.
 diantara suruhanjaya tetap yang ditubuhkan di negeri-negeri ialah:

suruhanjaya perkhidmatan awam negeri (spn)

 suruhanjaya adalah badan yang bebas sifatnya daripada urusan politik dan
dianggap sebagai berkecuali
 ditubuhkan untuk mentadbir hal-ehwal kepentingan awam dengan adil dan
saksama.

suruhanjaya perkhidmatan awam negeri ditubuhkan untuk memberi layanan yang


adil kepada semua anggota perkhidmatan dari segi perlantikan, kenaikan pangkat
dan tindakan tatatertib .

pentadbiran negeri di semenanjung malaysia

asas pentadbiran negeri terbahagi kepada tiga peringkat:

a) daerah/jajahan
b) mukim
c) kampung

 pentadbiran daerah diketuai pegawai daerah dan pejabat daerah dan pejabat
tanah daerah
 dibantu oleh penghulu atau penggawa di mukim dan ketua kampung di kampung
 ketua kampung dibantu oleh jawatan kuasa kampung (jkk) atau jawatan kuasa
syura rakyat (jsr)

pentadbiran negeri sabah

dua peringkat pentadbiran :

a) daerah
b) kampung

 pentadbiran daerah diketuai pegawai daerah di pejabat daerah


 dibantu oleh penolong pegwai daerah da seoran ketua daerah yang
bertanggungjawab dalam hal-ehwal suku kaum di daerah berkenaan

 suku kaum diketuai ketua anak negeri atau ketua bumiputera yang membantu
ketua daerah
pentadbiran negeri sarawak

dibahagikan kepada empat peringkat :

a) bahagian
b) daerah
c) daerah kecil
d) kampung

 terdapat sembilan bahagian yang diketuai residen.


 setiap bahagian terbahagi kepada empat daerah
 setiap daerah diketuai pegawai daerah
 setiap suku kaum diketuai ketua masyarakat atau pemanca yang membantu
pegawai daerah
 setiap daerah dipecahkan kepada daerah-daerah kecil dan ditadbir oleh pegawai
perkhidmatan tadbir sarawak
 kampung diketuai penghulu

struktur pentadbiran kerajaan tempatan

satu pembahagian politik sebuah negara/negeri yang dilembagakan oleh undang-


undang dan mempunyai kawalan yang luas dalam hal-hal tempatan, termasuk kuasa
untuk mengenakan cukai/tenaga buruh untuk tujuan tertentu. badan yang berkuasa
ini berbentuk pilihan atau perlantikan tempatan.

di malaysia kerajaan tempatan merujuk kepada :

a) kerajaan yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal tempatan yang diwakilkan


kuasa kepadanya oleh sebuah kerajaan tertinggi iaitu kerajaan pusat.
b) bertaraf lebih rendah daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan
tertakluk di bawah kawalan kerajaan yang tertinggi daripadanya.
c) mempunyai autonomi yang terhad setakat mana yang diberikan oleh kerajaan
pusat dan biasanya kuasa ini meliputi bidang kewangan dan pentadbiran.
d) mempunyai kuasa untuk mendakwa, didakwa, membuat kontrak dan mempunyai
harta.
e) mempunyai keupayaan untuk memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada
penduduk sesebuah kawasan.
dari segi fungsi, kerajaan tempatan hanya memberi perkhidmatan perbandaran yang
diwajibkan. kewajipan dan jenis tugas yang dikendalikan oleh kerajaan tempatan
biasanya berkaitan dengan penjagaan kebersihan umum dan pembekalan
perkhidmatan yang diperlukan penduduk setempat misalnya :

* pungutan sampah
* kemudahan sistem pembetungan
* pembersihan longkang dan saluran
* penjagaan kesihatan awam

jenis-jenis kerajaan tempatan

terdapat tiga (3) jenis kerajaan tempatan di malaysia,


a) dewan bandaraya / majlis bandaraya kawasan majlis perbandaran yang
dinaikkan taraf kepada bandaraya mempunyai penduduk melebihi 100,000
orang seperti kuala lumpur, shah alam, ipoh dan johor baharu dan hasil
pendapatan tahunan melebihi rm 20 juta.
b) majlis perbandaran ialah kawasan yang terdapat dikawasan bandar yang
mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang seperti dewan bandaraya kuala
lumpur (dbkl) di kuala lumpur, dewan bandaraya ipoh (dbi) di ipoh, perak ataupun
majlis perbandaran klang (mpk) di klang, selangor dan hasil pendapatan
tahunannya melebihi rm 5 juta.
c) majlis daerah pula wujud di kawasan luar bandar yang mempunyai penduduk yang
kurang dari 100,000 orang seperti majlis daerah kubang pasu di kedah ataupun
majlis daerah tapah di perak dan hasil pendapatan tahunannya kurang rm 5
juta.

susunan organisasi

1- dewan bandaraya / majlis perbandaran diketuai oleh seorang datuk bandar atau
yang di pertua.
2- datuk bandar /ydp serta ahli-ahli majlis dilantik bagi tempoh tiga tahun.
3- bilangan ahli majlis ialah diantara 8 – 24 orang.
4- majlis daerah pula diketuai oleh seorang yang di pertua dan bilangan ahli
majlisnya adalah diantara 8 – 12 orang.
5- jawatan ydp di majlis daerah biasanya dipegang oleh pegawai daerah.
6- pegawai pentadbir utama ialah seorang setiausaha yang bertanggungjawab
memberi nasihat dan melaksanakan dasar kerajaan tempatan.
bidang kuasa

kerajaan tempatan tertakluk di bawah arahan dan kawalan kerajaan negeri.

sebagai satu peringkat kerajaan berasingan, kerajaan tempatan mempunyai kuasa :


 membuat undang-undang kecil
 mengutip cukai, kadar dan sewa
 mempunyai autonomi kewangan – boleh mengadakan kumpulan wang di bawah
kawalannya sendiri

kerajaan tempatan bertanggungjawab menjalankan tugas berikut :

 menjaga kebersihan di bawah kuasanya seperti memberi perkhidmatan


mengangkat sampah, mencuci longkang, memotong rumput, menjaga dan menanam
pokok bunga.
 menyediakan kemudahan rekreasi seperti kolam renang, taman, taman permainan
kanak-kanak dan tapak hiburan.
 mengurus pasar-pasar dan gerai-gerai.

You might also like