You are on page 1of 20

GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

1. PENDAHULUAN

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kementerian yang diwujudkan di bawah


kerajaan Malaysia, dan diketuai oleh pemegang jawatan Menteri Kesihatan Malaysia. Menteri
Kesihatan Malaysia sekarang adalah Datuk Seri Dr. S.Subramaniam. Objektif kementerian
adalah untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf
kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
Obejektif ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan,
pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi
penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. 

Selain bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan rakyat Malaysia, Kementerian


Kesihatan juga turut memainkan peranan dalam pemulihan isu-isu sosial serta pembangunan
masyarakat. Kementerian Kesihatan Malaysia juga berkembang dengan bertambahnya fasiliti-
fasiliti kesihatan pada setiap tahun dan telah menjadi rujukan dari negara-negara jiran dalam
pelbagai teknologi serta kaedah perubatan seperti bidang perubatan Kardiologi dan Geriatrik.
Kini, fokus Kementerian Kesihatan menjadi lebih luas terutamanya dalam menyediakan
kemudahan kesihatan yang saksama, mudah diperolehi dan berkualiti. Perkembangan ini
selaras dengan perubahan corak kesihatan persekitaran, pembangunan teknologi kesihatan
globalisasi dan liberalisasi mengikut corak perubahan penyakit, kesihatan persekitaran dan
perkembangan teknologi di peringkat dunia. Sebagai sesuatu agensi kerajaan Malaysia,
Kementerian Kesihatan turut mempunyai visi dan misi yang disasarkan untuk dicapai. Antara
visi dan misi adalah:-

VISI - Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik.

MISI - Untuk menerajui dan berusaha bersama-sama: 

No Matrik:
Nama : | 1
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

i. Untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:

 mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan

 menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga

 mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka

ii. Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:

 mengutamakan pelanggan

 saksama

 tidak membebankan

 cekap

 wajar mengikut teknologi

 boleh disesuaikan mengikut persekitaran

 inovatif

iii. Dengan menekankan:

 sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan

 sifat menghormati maruah insane

 penglibatan masyarakat

2. PERUNTUKAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendapat peruntukan mengurus daripada


Perbendaharaan Malaysia dalam Belajawan Persekutuan setiap tahun. Dalam kajian ini,
peruntukan dan perbelanjaan mengurus Kementerian Kesihatan Malaysia selama 10 tahun
iaitu tahun 2010 sehingga 2019 telah dianalisiskan. Berikut adalah jadual peruntukan dan
perbelanjaan mengurus berdasarkan setiap tahun:-

No Matrik:
Nama : | 2
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

TAHUN PERUNTUKKAN PERBELANJAAN KEPUTUSAN


2010 RM 5,139,265,770 RM 5,151,645,477.34 100.24%
2011 RM 5,765,836,400 RM 6,294,698,533 109.17%
2012 RM 7,025,928,200 RM 7,009,066,116 99.76%
2013 RM 7,302,264,700 RM 7,502,893,930 102.74%
2014 RM 8,205,930,00 RM 8,693,050,000 105.94%
2015 RM 9,571,800,000 RM 9,777,800,000 102.15%
2016 RM 10,870,000,000 RM 11,500,000,000 105.80%
2017 RM 11,863,169,910 RM 12,173,088,387 102.61%
2018 RM 11,764,733,400 RM 12,696,630,142 107.92%
2019 RM 14,302,100,000 RM 14,898,670,107 104.17%

Untuk menganalisis sama ada defisit dan lebihan, ia dapat dikenalpasti sekiranya
jumlah perbelanjaan dan peruntukan kerajaan adalah sama, ia menunjukkan bahawa
perbelanjaan adalah berimbang. Pada kebiasaannya, fenomena ini agak jarang berlaku.
Sekiranya perbelanjaan mengalami defisit, dimana peruntukan kerajaan tidak dapat
membiayai semua perbelanjaan yang dibuat oleh agensi kerajaan. Defisit pada kebiasaanya
dibiayai melalui sumber pinjaman. Keadaan yang agak jarang berlaku adalah perbelanjaan
lebihan dimana peruntukan melebihi perbelanjaan. Polisi seperti ini boleh diamalkan oleh
kerajaan jika ekonomi mengalami pertumbuhan yang pesat.

Bagi tahun 2010, jumlah perbelanjaan secara keseluruhan adalah sebanyak


RM5,151,645,477 atau 100.24% daripada peruntukan keseluruhan yang telah diluluskan oleh
Perbendaharaan. Berdasarkan peruntukan asal tahun 2010, ia menunjukkan ketidakcekapan
dari segi kawalan perbelanjaan mengurus Kementerian Kesihatan Malaysia dimana peratus
yang dicatatkan adalah meningkat berbanding tahun sebelumnya. Ia telah menunjukkan
Kementerian Kesihatan Malaysia mengalami defisit pada tahun ini. Manakala perbelanjaan
mengurus bagi tahun 2011 adalah berjumlah RM6,294,698,533 dan angka ini meningkat pada
kadar 22.26% daripada perbelanjaan tahun 2010. Ini menunjukkan perbelanjaan bagi tahun

No Matrik:
Nama : | 3
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

2011 atau 109.17% juga menunjukkan defisit dimana peruntukan mengurus adalah sebanyak
RM5,765,836,400.

Perbelanjaan mengurus Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2012 adalah


sebanyak RM7,009,066,116 atau 99.76% daripada peruntukan. Angka ini menunjukkan
peningkatan sebanyak 10.19% berbanding dengan perbelanjaan pada tahun 2011. Oleh itu,
perbelanjaan pada tahun ini telah menunjukkan kecekapan pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia dalam mengawal perbelanjaan. Seterusnya pada tahun 2013, peruntukan oleh
kerajaan adalah sebanyak RM 7,302,264,700 maka jumlah perbelanjaan adalah sebanyak
RM7,502,893,930 atau 102.74% daripada jumlah peruntukan sebenar yang diterima. Dengan
ini, ia telah menunjukkan Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengalami defisit pada tahun
ini selepas tahun 2010 dan 2011.

Jumlah perbelanjaan bajet bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM8,693,050,000 iaitu
105.94% daripada RM8,205,930,000 jumlah peruntukan yang diterima. Oleh demikian,
Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengalami defisit pada tahun ini. Lebihan perbelanjaan
ini adalah disebabkan bayaran emolument yang tidak diperuntukkan dalam bajet seperti
bayaran bonus 2014, perluasan bantuan sara hidup (COLA), kenaikan kadar elaun, pelarasan
gaji dan elaun berikutan pindaan skim perkhidmatan dan kenaikan pangkat dan pewujudan
jawatan baru. Peruntukan bajet mengurus kementerian ini telah meningkat sebanyak 59.7%
dalam tempoh lima tahun yang lepas, iaitu tahun 2010 hingga 2014 daripada
RM5,139,270,000 pada tahun 2010 kepada RM8,205,930,000 pada tahun 2014 iaitu dengan
purata peningkatan sebanyak 11.93% setahun. Oleh itu, kementerian masih mengalami defisit.

Manakala perbelanjaan mengurus telah meningkat sebanyak 68.7% daripada


RM5,151,650,000 kepada RM8,693,050,000 bagi tempoh yang sama, iaitu dengan purata
peningkatan sebanyak 13.74% setahun. Pada kebiasaannya, jumlah perbelanjaan yang
melebihi peruntukan adalah disebabkan oleh bayaran emolumen yang tidak tersedia dan tidak
diperuntukan secukupnya dalam anggaran bajet.

Jumlah peruntukan bajet mengurus untuk tahun 2015 ialah sebanyak


RM9,571,800,000 iaitu peningkatan sebanyak RM1,365,900,000 atau 16.6% berbanding

No Matrik:
Nama : | 4
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

dengan peruntukan sebanyak RM8,205,900,000 yang diberi pada tahun 2014. Untuk
sepanjang tahun 2015, kementerian telah membelanjakan sebanyak RM9,771,800,000 iaitu
lebihan perbelanjaan sebanyak 2.15% daripada peruntukan yang telah diberikan. Defisit dan
lebihan perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh pembayaran emolument seperti pembayaran
kenaikan gaji anggota perkhidmatan awam yang berkuatkuasa 1 Julai 2015, pembayaran
kenaikan kadar kos sara hidup (COLA), kenaikan di dalam pembayaran kadar elaun,
penyelarasan gaji dan elaun kerana kenaikan pangkat serta pengisian jawatan-jawatan kosong.

Pada tahun 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia telah diperuntukkan bajet


mengurus sebanyak RM10,870,000,000 dimana meningkat RM1,300,000,000 berbanding
dengan RM9,570,000,000 yang diperuntukkan pada tahun 2015. Walau bagaimanapun,
perbelanjaan pada tahun 2016 didapati melebihi daripada peruntukan, iaitu
RM11,500,000,000 atau 5.8% lebih tinggi daripada jumlah peruntukan yang diberikan. Defisit
dan lebihan perbelanjaan ini disebabkan pembayaran emolument yang tidak diperuntukkan
bagi tahun 2016. Ini termasuk bayaran 1 bulan bonus kepada penjawat awam dan insentif
kepada pembantu perubatan serta pengambilan tambahan anggota perubatan daripada pelbagai
kategori sebanyak 10,684 orang untuk memenuhi kekosongan jawatan.

Bagi tahun 2017, sebanyak RM 11,863,169,910 telah diperuntukkan untuk bajet


mengurus dimana terdapat peningkatan sebanyak 1.09% daripada tahun 2016. Walaupun
demikian, jumlah perbelanjaan pada tahun 2017 adalah RM 12,173,088,387 iaitu 2.61% lebih
banyak daripada jumlah yang diperuntukkan. Defisit ini juga disebabkan oleh perbelanjaan
yang lebih akibar pembayaran bayaran khas kewangan, kenaikan pangkat pegawai perubatan
dari Gred UD41 ke Gred UD44, pembelian ubat dan khidmat serta pengisian jawatan kosong.

Seterusnya, pada tahun 2018 peruntukan mengurus sebanyak RM 11,764,733,400


telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dimana ia merupakan peningkatan
sebanyak 1% lebih tinggi daripada jumlah peruntukan yang diberikan pada tahun 2017.
Sepanjang tahun 2018, kementerian telah membelanjakan sebanyak RM 12,696,630,142 iaitu
lebihan perbelanjaan sebanyak 7.92% daripada jumlah peruntukan yang telah diberikan.

No Matrik:
Nama : | 5
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Defisit dan lebihan perbelanjaan ini adalah disebabkan oleh pembayaran emolument seperti
pembayaran kenaikan gaji anggota, pembayaran kenaikan kadar kos sara hidup (COLA),
kenaikan di dalam pembayaran kadar elaun, penyelarasan gaji dan elaun kerana kenaikan
pangkat serta pengisian jawatan-jawatan kosong.

Jumlah peruntukan bajet mengurus untuk tahun 2019 ialah sebanyak RM


14,302,100,000 iaitu peningkatan sebanyak 1.22% berbanding dengan peruntukan sebanyak
RM8,205,900,000 yang diberi pada tahun 2014. Seperti yang tahun-tahun lepas, jumlah
perbelanjaan yang melebihi peruntukan adalah disebabkan oleh bayaran emolumen yang tidak
tersedia dan tidak diperuntukan secukupnya dalam anggaran bajet. Pada keseluruhannya,
selain tahun 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia mengalami defisit setiap tahun daripada
tahun 2010 hingga 2019. Carta berikut menunjukkan perbelanjaan dan peruntukan selama 10
tahun.

No Matrik:
Nama : | 6
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Punca-punca yang menyebabkan defisit dan lebihan perbelanjaan ini adalah


disebabkan oleh pembayaran emolument seperti pembayaran kenaikan gaji anggota,
pembayaran kenaikan kadar kos sara hidup (COLA), kenaikan di dalam pembayaran kadar
elaun, penyelarasan gaji dan elaun kerana kenaikan pangkat serta pengisian jawatan-jawatan
kosong yang tidak diperuntukkan dalam bajet.

Semenjak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, kerajaan
Malaysia telah menjadi peserta yang aktif dalam ekonomi negara ini bagi merealisasikan
matlamat-matlamat yang telah diputuskan. Perubahan ini adalah merupakan strategi kerajaan
Malaysia daripada pembangunan bercirikan neoklasik kepada campur tangan yang tinggi di
dalam kebanyakan aktiviti ekonomi Negara selepas berlakunya berlakunya tragedi hitam
rusuhan kaum 13 Mei 1969. Sebelum DEB diamalkan perjalanan ekonomi Negara ditentukan
secara bebas melalui interaksi aktor-aktor di dalam pasaran yang tanpa pengawasan oleh
kerajaan. Kerajaan lebih menumpukan usaha dalam pengurangan pergantungan kepada
pengeksportan getah dan bijih timah. Kebanyakan perbelanjaan awam yang digunakan lebih
menjurus kepada penyediaan infrastruktur yang hanya diperlukan oleh permintaan pasaran.
DEB adalah bertujuan mengurangkan ketidaksamaan agihan pendapatan dan kekayaan di
antara kaum dan juga untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya tidak wujud lagi
pengenalan kaum berasaskan aktiviti ekonomi.

Dalam beberapa kajian yang telah dibuat mendapati di kebanyakan negara yang maju,
saiz sektor awam meningkat dengan lebih ketara semenjak 1980an namun ia tidak mencapai
tahap prestasi yang dikehendaki oleh masyakarat. Secara amnya, saiz sektor awam boleh
diukur tahap peningkatannya melalui peranan yang dimainkan oleh kerajaan atau sektor awam
di dalam sesebuah negara. Menurut teori ekonomi, pertumbuhan ekonomi adalah kesan
daripada perbelanjaan kerajaan yang terbahagi kepada dua cara yang berbeza iaitu campur
tangan kerajaan dan perbelanjaan kerajaan dapat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara
positif atau memberikan kesan yang negatif kepada pertumbuhan.

No Matrik:
Nama : | 7
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

3. PERTUMBUHAN SAIZ SEKTOR AWAM

Di kebanyakan negara di dunia menghadapi persekitaran fiskal yang semakin rumit dengan
masalah-masalah ekonomi, sosial dan strategik yang membebankan di semua peringkat dalam
kerajaan. Perkara yang lebih merumitkan keadaan lagi adalah disebabkan perhatian daripada
media dan kesedaran orang ramai mengenai cara-cara kerajaan mendapatkan pendapatan iaitu
bagaimana ia membelanjakan wang dan kepada siapa ia meminjamkan atau memberikan
wang bagi mencapai matlamat kepentingan awam. Jika kos membiayai sektor awam
ditunjukkan kepada masyarakat, kebiasaannya mereka akan merasakan bahawa saiz sektor
awam tersebut adalah besar. Bagi negara Amerika Syarikat, permintaan mengurangkan saiz
sektor awam dilihat begitu ketara sehingga telah diumumkan oleh Presiden Clinton bahawa
era saiz kerajaan yang besar telah berakhir.

Jika dalam sesebuah negara masyarakatnya menginginkan agar saiz sektor awam
dikecilkan maka apa yang perlu diketahui adalah bagaimana mereka membuat kesimpulan
terhadap saiz sektor awam di negara mereka terlalu besar. Sama ada ia merupakan campur
tangan kerajaan yang banyak sehingga menjejaskan produktiviti atau disebabkan keperluan
membayar cukai yang tinggi bagi membiayai perbelanjaan kerajaan yang semakin meningkat.
Kesimpulannya ia adalah disebabkan semakin besar saiz sektor awam dan semakin tinggi
campur tangan kerajaan dalam ekonomi negara maka kesannya semakin besarlah tanggungan
rakyat melalui pembayaran cukai dan semakin besar jugalah kos taraf hidup rakyat.

Dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, sektor awam dan sektor swasta
merupakan dua sektor yang memainkan peranan terpenting. Maka, penggunaan sumber oleh
kedua-dua sektor tersebut perlu dikongsikan bersama. Namun begitu, apabila semakin banyak
cukai dikutip oleh kerajaan, maka semakin banyak sumber-sumber produktif akan beralih
untuk kegunaan kerajaan dan pada masa yang sama, akan menyebabkan sektor swasta
mengalami pengurangan sumber yang boleh digunakan untuk memenuhi kehendak dan

No Matrik:
Nama : | 8
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

permintaan dalam pasaran. Walau bagaimanapun, situasi tersebut tidak bermakna penggunaan
sumber-sumber oleh sektor awam tidak membawa faedah kepada masyarakat.

Dari segi campur tangan kerajaan dalam ekonomi pula, terdapat dua pandangan yang
berbeza iaitu pandangan liberal dan pandangan yang lebih bersifat nasionalis. Pandangan
liberal adalah pandangan yang mahu supaya kerajaan menghadkan campur tangan melalui
pengurangan perbelanjaan kerajaan dan juga pengurangan cukai untuk membolehkan lebih
banyak sumber dikendalikan oleh sektor swasta. Golongan ini menentang campur tangan aktif
kerajaan kerana beranggapan bahawa kerajaan tidak mempunyai kecenderungan yang tinggi
untuk mencapai keuntungan dan meningkatkan pulangan terhadap penggunaan wang awam
serta berkemungkinan tidak dapat membuat keputusan yang cekap bagi memperuntukkan
sumber-sumber dalam negara. Selain itu, ia boleh menjadi salah satu faktor yang menjejaskan
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara apabila saiz sektor awam menjadi semakin besar.
Pandangan nasionalis pula menganggap bahawa penglibatan kerajaan dalam ekonomi amat
diperlukan dan wajar untuk membetulkan beberapa masalah dalam bidang ekonomi. Sebagai
contoh, dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pengagihan pendapatan dan
kekayaan, kekuatan kerajaan amat diperlukan dan turut membantu dalam menggiatkan
aktiviti-aktiviti ekonomi serta bertindak mengurangkan masalah-masalah ketidakstabilan
ekonomi seperti inflasi yang dialami di Malaysia pada tahun 1998 dan kemelesetan.

Dalam penentuan saiz sesebuah sektor awam, beberapa ukuran yang biasanya
digunakan oleh ahli-ahli ekonomi dalam sektor awam diketengahkan dalam perbincangan ini.
Dengan adanya pengukuran ini, dapatlah kita membuat kesimpulan yang lebih objektif
mengenai kedudukan saiz sektor awam di Malaysia. Antaranya adalah jumlah perbelanjaan
awam, kutipan cukai dan jumlah guna tenaga sektor awam. Namun, terdapat dua ukuran yang
paling popular digunakan adalah nisbah perbelanjaan awam dan cukai berbanding Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK). Tujuannya adalah untuk menentukan peratusan sumber-
sumber produktif yang digunakan oleh sektor awam berbanding dengan saiz keseluruhan
ekonomi sesebuah negara yang dikaji. Selain itu, ia juga digunakan sebagai perbandingan
dengan negara lain melalui data mengenai jumlah perbelanjaan kerajaan berbanding KDNK.

No Matrik:
Nama : | 9
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Dengan penggunaan ukuran-ukuran tersebut ia memberikan dua kelebihan iaitu mudak


diperolehi bagi kebanyakan negara dan ia bebas daripada unsur bias yang timbul dari segi
harga relative pembelian oleh kerajaan yang wujud di antara negara-negara yang berbeza.
Namun begitu, saiz perwakilan dan bilangan penduduk yang diwakili oleh seseorang wakil
rakyat juga boleh dijadikan penentu kepada saiz sektor awam.

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah diasaskan semula daripada tahun 2000
kepada tahun 2013. Tahun asas 2013 menyediakan pengukuran harga dan struktur baru
ekonomi yang terkini hasil daripada Banci Ekonomi 2013. KDNK pada harga malar bagi siri
2013 hingga 2019 dibentangkan pada harga 2013. Di samping itu, pengasasan semula
memberi ruang bagi penyelarasan nilai KDNK pada harga semasa dengan mengambil kira
sumber data baru serta sebagai asas bagi penambahbaikan dalam metodologi dan konsep.
Anggaran penyusunan ini telah mengguna pakai saranan daripada Sistem Akaun Negara 2016
(2016 SNA) dengan mengambil kira kaedah baru pengiraan Perkhidmatan Pengantaraan
Kewangan Yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM), Capitalisation of Weapons Systems
dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D). Saranan lain akan diambil kira secara
berperingkat.

4. HIPOTESIS MENGENAI PERTUMBUHAN SAIZ SEKTOR AWAM

Perbincangan berkaitan isu saiz sektor awam sering kali dikaitkan dengan pandangan ahli
ekonomi Jerman pada kurun ke sembilan belas iaitu Adolf Wagner yang dijadikan sebagai
rujukan dalam bidang ekonomi. Pandangan beliau dalam menjangkakan setiap aktiviti
kerajaan akan semakin bertambah sekiranya rakyat mulai sedar mengenai isu taraf hidup dan
meningkatkan permintaan bagi barangan yang disediakan oleh kerajaan. Dengan itu, saiz
perbelanjaan kerajaan akan meningkat lebih cepat berbanding dengan KDNK berpunca
daripada pertumbuhan ekonomi dan desakan yang datang dari rakyat yang menggesa kerajaan
supaya lebih berusaha dalam meningkatkan kebajikan sosial. Data yang terperinci diperolehi
dapat membuktikan peningkatan permintaan bagi perkhidmatan yang disediakan dalam sektor

No Matrik:
Nama : | 10
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

awam berlaku apabila pendapatan masyarakat mencapai tingkat pendapatan sederhana dan
tinggi.

Peacok dan Wiseman (1961) telah membuat kajian mengenai pertumbuhan


perbelanjaan sektor awam di United Kingdom dan mendapati corak pertumbuhan
perbelanjaan awam di negara itu bersifat menaik secara bertingkat-tingkat berpunca daripada
siri gangguan sosial yang berlaku seperti peperangan dan malapetaka. Dengan demikian,
situasi itu membuatkan rakyat mempunyai toleransi yang tinggi untuk membayar cukai yang
semakin meningkat. Mereka telah membuat kesimpulan bahawa kerajaan akan meningkatkan
aktiviti-aktiviti sektor awam, kutipan hasil cukai dan perbelanjaan kerajaan dalam
menghadapi permasalahan yang timbul kesan daripada ancaman dan gangguan sosial yang
sudah semestinya akan menyebabkan saiz sektor awam meningkat. Manakala William
Baumol (1967) pula dalam kajiannya mendapati proses pertumbuhan ekonomi yang tidak
seimbang di antara sektor awam dan swasta merupakan satu lagi justifikasi pertumbuhan saiz
sektor awam.

Aktiviti-aktiviti ekonomi dibahagikan kepada dua jenis iaitu aktiviti-aktiviti yang dapat
menggunakan teknologi bagi kecekapan dan produktiviti dan aktiviti-aktiviti yang tidak dapat
menggunakan teknologi secara progresif yang menyebabkan kos penyediaan perkhidmatan
akan meningkat. Apa yang kita ketahui, perkhidmatan kerajaan adalah bersifat intensif buruh
dan buruh bukan sahaja merupakan input, tetapi ia juga merupakan produk akhir yang
mengakibatkan kos pengeluaran dalam sektor awam tinggi berbanding dengan sektor swasta.
Dalam erti kata lain, pertumbuhan kos dalam sektor awam berlaku kesan daripada tindakan
responsif kerajaan dalam meningkatkan upah di sektor awam agar dapat bersaing dengan
sektor swasta dalam pasaran buruh.

Sesetengah pengkaji menghubungkan proses perbandaran dengan peningkatan


perbelanjaan kerajaan berbanding KDNK. Perbandaran menyebabkan permintaan barangan
awam seperti pencegahan jenayah, pembentungan, kebersihan awam dan beberapa
kemudahan meningkat. Perbandaran dan pertumbuhan ekonomi juga mempunyai kesan

No Matrik:
Nama : | 11
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

sampingan seperti kesesakan dan juga pencemaran yang akan dicampur tangan oleh kerajaan.
Selain itu, pertambahan penduduk dan komposisi penduduk juga menyebabkan permintaan
barangan dan perkhidmatan yang disediakan sektor awam bertambah dari segi kuantiti dan
magnitudnya. Selain daripada faktor yang telah disebutkan, pertumbuhan saiz sektor awam
turut mengalami kecenderungan meningkat kerana banyak kerajaan telah meninggalkan
doktrin pemerintahan laissez-faire. Teori tanpa campur tangan kerajaan tidak lagi mendapat
sambutan. Oleh demikian, kesimpulan daripada pelbagai faktor yang dikeluarkan
menerangkan peningkatan saiz terhadap sektor awam bukan sekadar dari satu faktor sahaja.

5. KEDUDUKAN PERBELANJAAN SEKTOR AWAM DI MALAYSIA

Sektor awam di Malaysia terdiri daripada kerajaan persekutuan, kerajaan-kerajaan negeri,


kerajaan-kerajaan tempatan, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun. Rajah 1
menunjukkan trend kedudukan perbelanjaan awam berbanding KDNK (tanpa mengambil kira
perbadanan awam bukan kewangan). Bagi tempoh 2015 hingga 2019, purata perbelanjaan
sektor awam ialah 43.2 peratus daripada jumlah KDNK. Peratus tertinggi dicatatkan pada
tahun 2019 iaitu sebanyak 55.3 peratus. Manakala peratus terendah pula adalah pada tahun
2016 sebanyak 26.4 peratus kerana faktor kegawatan ekonomi pada ketika itu. Bagi tahun
2015, 2017 dan 2018 masing-masing adalah sebanyak 39.7 peratus, 43.2 peratus dan 51.3
peratus.

Rajah 1
Peratus Perbelanjaan Sektor Awam Malaysia Berbanding KDNK
Dari Tahun 2015 hingga 2019.

Peratus

60

50

40

No Matrik:
Nama : | 12
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

30

20

10

Tahun

2015 2016 2017 2018 2019

Sumber : Laporan Akaun Negara Tahunan KDNK 2015-2019

Di Malaysia, Kerajaan Persekutuan dibenarkan menggunakan jumlah terbesar daripada


perbelanjaan sektor awam melalui Sistem Federalism yang diamalkan. Hal ini dapat
diperhatikan melalui Jadual 1 yang menunjukkan perbelanjaan setiap peringkat kerajaan
berbanding KDNK. Perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan merupakan
perbelanjaan yang penting dan strategik seperti perbelanjaan untuk kesihatan, pertahanan,
pendidikan dan seumpamanya. Kerajaan-kerajaan Negeri pula hanya dibenarkan membuat
perbelanjaan yang kurang penting seperti yang terdapat di dalam Senarai Negeri. Antaranya
melibatkan hal ehwal pertanian dan perhutanan, tanah, hukum syarak dan hal ehwal kerajaan
tempatan.

Jadual 1
Peratus Perbelanjaan Pelbagai Unit Kerajaan Berbanding KDNK

Tahun Persekutuan Negeri Tempatan Badan Berkanun

2015 35.1% 6.6% 1.1% 4.9%

No Matrik:
Nama : | 13
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

2016 30.9 6.0 1.2 4.2

2017 23.2 3.5 1.3 2.5

2018 25.7 3.4 1.1 2.8

2019 27.3 2.9 1.2 2.7

Sumber : Laporan Akaun Negara Tahunan KDNK 2015-2019

Terdapat dua jenis jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia iaitu


perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan. Dalam pemerhatian dalam tempoh
DEB, jumlah perbelanjaan mengurus secara keseluruhannya adalah lebih tinggi daripada
jumlah perbelanjaan tersebut berbanding jumlah keseluruhan perbelanjaan Kerajaan
Persekutuan mengalami sedikit turun naik dan trend ini agak stabil. Peningkatan yang
signifikan turut berlaku bagi perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan. Ini kerana
kerajaan telah mengamalkan dasar fiskal mengembang bagi mengawal kesan kemerosotan
ekonomi dunia daripada terlalu menjejaskan ekonomi negara. Maksudnya, kerajaan telah
meningkatkan perbelanjaan secara langsung untuk meningkatkan permintaan agregat yang
lemah dan pelaburan swasta yang terjejas.

Jadual 2
Peratus Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Mengikut Sektor

Tahun Keselamatan Ekonomi Sosial Pentadbiran Am Lain-lain

No Matrik:
Nama : | 14
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

2015 17.39 28.66 22.92 7.12 23.91

2016 14.35 22.43 26.21 8.01 29.01

2017 13.63 25.18 27.76 7.33 26.10

2018 17.56 18.39 30.92 12.69 20.43

2019 11.54 19.05 30.91 16.52 21.98

Sumber : Laporan Akaun Negara Tahunan KDNK 2013-2019

Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan juga dibahagikan mengikut sektor iaitu sektor


keselamatan, sosial, ekonomi, pentadbiran am dan lain-lain. Jadual 2 menunjukkan bahawa
peratus perbelanjaan kerajaan paling tinggi disumbangkan terhadap sektor sosial. Sektor ini
meliputi aspek pendidikan, kesihatan, perumahan dan lain-lain. Dengan itu, boleh
disimpulkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan Malaysia banyak ditumpukan untuk
menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyatnya. Dasar-dasar selepas tahun 2000an juga
lebih menjurus ke arah masyarakat penyayang dan berwawasan. Ia telah dimanifestasikan
melalui pembinaan banyak sekolah, institusi pengajian tinggi dan kemudahan kesihatan.

Seterusnya, peratus perbelanjaan Kerajaan Persekutuan juga turut dibahagikan


mengikut objek perbelanjaan seperti emolumen, perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan,
bayaran khidmat hutang, dan pemberian kepada kerajaan-kerajaan negeri. Emolumen
merupakan objek perbelanjaan terpenting berbanding kategori perbelanjaan lain walaupun
peratusan perbelanjaan ini daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
semakin berkurangan. Dapat dikatakan bahawa penyediaan perkhidmatan oleh sektor awam
melibatkan kos upah yang tinggi berbanding dengan kos-kos lain. Dengan itu, teori
pertumbuhan tidak seimbang yang dikemukakan oleh Baumol mengenai peningkatan kos

No Matrik:
Nama : | 15
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

sektor awam antara lain disebabkan kos yang tinggi untuk pembayaran upah dalam sektor
awam dapat diaplikasikan dalam konteks Malaysia. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana
produk sektor awam biasanya bersifat perkhidmatan berbanding barangan.

Arah tuju polisi fiskal Malaysia yang akan digunakan pada masa hadapan boleh
ditentukan melalui perbandingan saiz sektor awam Malaysia dengan beberapa negara maju
dan ASEAN sebagai panduan. Bagi mengurangkan jurang akibat perbezaan harga dan
kedudukan ekonomi antara negara, perbelanjaan penggunaan berbanding KDNK digunakan
data didapati daripada National Accounts Statistics : Main Aggregates and Detailed Tables,
1994 dan Key Indicators of Developing Asian and Pacific Countries. Dua negara jiran yang
dipilih ialah Singapura dan Thailand. Singapura adalah jiran Malaysia yang paling maju dari
segi ekonomi. Ia mengamalkan sistem ekonomi baru (oikonomi) yang menggalakkan
penglibatan struktur sosial bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat. Salah satu negara yang
mengamalkan sistem ekonomi yang hamper sama seperti Malaysia adalah Negara Thailand.
Jadual 3 menunjukkan peratus perbelanjaan penggunaan daripada KDNK paling besar di
negara-negara maju seperti Sweden, United Kingdom, Jerman dan Amerika Syarikat,
berbanding negara-negara ASEAN termasuk Malaysia.

Jadual 3
Peratus Perbelanjaan Penggunaan Daripada KDNK Antara Beberapa Negera Terpilih

Tahun 2015 2016 2017 2018 2019

Sweden 28.9 26.7 27.4 27.3 27.9

United Kingdom 22.2 20.6 20.6 21.7 22.2

Jerman 20.2 20.0 18.3 17.6 18.0

No Matrik:
Nama : | 16
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Amerika Syarikat 18.3 18.5 17.8 18.1 17.7

Malaysia 15.7 15.4 14.0 14.2 13.0

Thailand 12.9 11.3 9.4 9.2 9.9

Singapura 10.9 12.5 10.0 9.9 9.4

Sumber : Laporan Akaun Negara Tahunan KDNK 2013-2019

6. KEDUDUKAN HASIL SEKTOR AWAM DI MALAYSIA.

Selain kedudukan perbelanjaan, hasil sektor awam juga dapat mengukur saiz sektor
awam yang meliputi hasil-hasil daripada kesemua peringkat kerajaan dan badan-badan
berkanun. Trend hasil sektor awam di Malaysia berbanding KDNK dapat diperhatikan melalui
Rajah 3. Bagi tempoh 2015 hingga 2019, hasil tertinggi sektor awam berbanding KDNK ialah
sebanyak 41 peratus pada tahun 2019 dan terendah sebanyak 23 peratus pada tahun 2016.
Hasil awam dapat dipecahkan kepada hasil cukai dan hasil bukan cukai. Hasil cukai pula
terbahagi kepada pelbagai cukai langsung dan tidak langsung. Jadual 4 menunjukkan bahawa
hasil sektor awam di Malaysia kebanyakannya diperolehi di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Dalam menentukan kepentingan sesuatu jenis cukai, terdapat dua pendekatan iaitu
pertamanya, ia dinilai melalui sumbangannya kepada jumlah keseluruhan hasil cukai dan
kedua, ia diukur dari segi sumbangan jenis cukai itu terhadap KDNK. Menurut Zyadi Md.
Tahir dan Ragayah Mat Zin (1990), semakin membangun sesebuah negara, semakin
berkurang pergantungan kepada cukai luaran seperti cukai import dan eksport. Sebaliknya,
cukai berdasarkan kegiatan dalam negeri akan semakin diberi keutamaan. Pada awal tahun
2000an, hasil cukai langsung ialah sebanyak 35 peratus dan cukai tidak langsung pula
sebanyak 65 peratus daripada jumlah hasil cukai kerajaan. Namun, pada tahun 2019, didapati

No Matrik:
Nama : | 17
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

cukai tidak langsung hanya menyumbangkan sebanyak 38.5 peratus daripada hasil cukai
Kerajaan Persekutuan sedangkan cukai langsung menyumbang sebanyak 61.5 peratus. Ini
membuktikan bahawa Malaysia semakin mengurangkan kebergantungan kepada cukai-cukai
luaran yang menimbulkan kontroversi seperti cukai import dan eksport.

Rajah 3
Peratus Hasil Sektor Awam Berbanding KDNK Dari Tahun 2015 hingga 2019.

Peratus

60

50

40

30

20

10

Tahun

2015 2016 2017 2018 2019

No Matrik:
Nama : | 18
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

Sumber : Laporan Akaun Negara Tahunan KDNK 2015-2019

8. KESIMPULAN

Dalam beberapa kajian yang dibuat di negara Barat menunjukkan bahawa terdapat
keperluan untuk mengecilkan saiz sektor awam dan pertumbuhan saiznya telah berlaku terlalu
cepat, khasnya bagi kerajaan di peringkat pusat. Daripada perbincangan ini, dilihat
perbelanjaan penggunaan sektor awam di Malaysia telah meningkat dengan ketara dan lebih
besar berbanding dengan negara-negara jiran. Walau bagaimanapun ia masih lagi kecil jika
dibandingkan dengan negara-negara maju seperti Sweden, Jerman, United Kingdom dan
Amerika Syarikat. Walaupun DEB melibatkan program-program pengagihan semula dan
strategi-strategi campur tangan dalam ekonomi yang lebih aktif berbanding dasar sebelumnya,
saiz sektor awam di Malaysia masih kecil berbanding negara-negara maju kerana Malaysia
masih tidak mampu untuk mengadakan program-program perbelanjaan yang terlalu bersifat
kebajikan dan ia juga tidak merasakan keperluan untuk mengadakan perbelanjaan pertahanan
yang tinggi seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Di Malaysia, trend perbelanjaan dan hasil sektor awam berbanding KDNK


menunjukkan keadaan turun naik sepanjang tempoh 2015 hingga 2019. Walaupun pada
kebiasaannya perbelanjaan sektor awam melebihi hasil, kedudukan hasil menggambarkan
trend yang hampir sama dengan perbelanjaan penggunaan. Bermakna kerajaan berusaha
dalam memastikan kedudukan kewangan negara yang agak sihat dengan kebolehan
membiayai perbelanjaan semasa negara. Walaupun sebahagian besar perbelanjaan
penggunaan kerajaan melibatkan kos guna tenaga, kerajaan Malaysia telah mengamalkan
dasar pengambilan tenaga kerja awam yang begitu berhati-hati supaya tidak berlaku
peningkatan kos sektor awam yang terlalu tinggi dalam jangka masa panjang. Tidak dapat
dipertikaikan lagi bahawa semakin banyak objektif yang hendak dicapai oleh sesebuah negara,
semakin tinggi kemungkinan untuk bertambahnya saiz sektor awam. Di Malaysia, perubahan

No Matrik:
Nama : | 19
GMGF2023 Pentadbiran Kewangan PLK-UUM

dasar yang ketara daripada dasar ekonomi laissez-faire kepada campur tangan yang ekstensif
melalui DEB telah meningkatkan tanggungjawab, fungsi dan skop kerajaan. Selagi Malaysia
menjadi negara sedang membangun dan tertakluk kepada persekitaran ekonomi global yang
sentiasa berubah-berubah, adalah sukar untuk penggubal dasar di Malaysia meninggalkan
doktrin Keynes yang mengehendaki campur tangan kerajaan bagi meningkatkan kesejahteraan
sosial dan ekonomi masyarakat.

RUJUKAN

Abdul Rahman Idris & Eldridge, D.(1997). Seeking a conceptual explaination of growth of
public sector employment beyond current reform parameters. International Journal of
Public Sector Management, 10(6).

Ismail Salleh, & H. Osman Rani. (1991). The Growth of the Public Sector in Malaysia. Kuala
Lumpur : Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia.

Kementerian Kerajaan (2019), Laporan Ekonomi. Kuala Lumpur : Kementerian Kewangan


Malaysia.

Senjur, M. (1996). Public expenditure rate and economic growth. International Journal of
Social economics, 23 (10/11).

Laporan Akaun Negara Malaysia.

No Matrik:
Nama : | 20

You might also like