You are on page 1of 6

NAMA AHLI KUMPULAN PEEKABOO :

NAMA ID PELAJAR
HO PEI NI 19063783
NG SHI MIN 19074681
GOH KAI XIN 19080159
WOON SHU QI 19056076
CHEE WOON CHING 19023373

TAJUK : TOKOH TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

PENDAHULUAN 

Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang


panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun
menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang
berdaulat kian menebal.Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui
pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada
rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa .
Akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah
negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam
mengatasi cabaran semasa.Hasilnya , terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali
pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian


Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan
Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak
kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu
yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri
Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang
dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif
dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan.
TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970. Tunku
dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Alor Setar, ibu negeri Kedah. Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, “Bapa Kemerdekaan” Malaysia, mengiktiraf pentingnya memupuk kerjasama di
kalangan pelbagai kaum sebagai cara utama untuk mengatasi cabaran politik. Anak ketujuh
Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, dan Che 'Menjalara, Tunku telah
bertanding dan menang pemilihan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) pada tahun 1951.

Sebagai Presiden UMNO, beliau menubuhkan sebuah gabungan politik dengan kaum
Cina dan India, mengakibatkan kelahiran gabungan yang kini dikenali sebagai Barisan
Nasional (Barisan Nasional). Tunku telah mengetuai perundingan untuk kemerdekaan, dan
pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaannya dari
kerajaan British, tanpa sebarang pertumpahan darah. Tunku juga telah mencadangkan
penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (yang
kemudiannya keluar pada tahun 1965), Sabah, dan Sarawak, yang ditubuhkan pada 16
September 1963. Sebagai ketua kerajaan, Tunku memberi pengiktirafan kepada agama Islam
sebagai agama rasmi. Beliau berperanan penting dalam penubuhan Pertubuhan Persidangan
Islam (OIC) pada tahun 1969, di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang
pertama. Pencapaian terbesar Tunku Abdul Rahman mungkin adalah pada pemupukan
semangat kegenegaraan dan kebanggaan rakyat Malaysia.
Tun Sir Henry H.S.Lee

Lee Hau Shik (1901-1988) atau lebih dikenali sebagai H.S. Lee merupakan salah
seorang pengasas Malayan Chinese Association (MCA) dan terlibat secara langsung dalam
pembentukan Parti Perikatan, iaitu Barisan Nasional hari ini. Beliau juga merupakan Menteri
kewangan yang pertama bagi Tanah Melayu yang baru merdeka. Lahir di Hong Kong dan
lulusan University of Cambridge, Lee tiba di Tanah Melayu pada usia 24 tahun untuk
meneroka perniagaan keluarganya dalam perlombongan bijih timah. Beliau kemudian muncul
sebagai seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan satusatunya orang Cina
yang mewakili Tanah Melayu dalam rundingan kemerdekaan dengan British.

Pada tahun 1956, Lee dan Tan Tong Hye dipilih untuk mewakili MCA sebagai
sebahagian daripada perwakilan Perikatan yang pergi ke London untuk menekan Britain
untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Lee adalah satu-satunya
penandatangan Cina kepada perjanjian kemerdekaan yang disimpulkan di London pada tahun
itu. Dengan kemerdekaan pada tahun 1957, Tunku, sekarang perdana menteri, telah melantik
Lee sebagai menteri kewangan pertama Malaya. Tugas utamanya termasuk mewujudkan
dasar kewangan negara dan penciptaan Bank Negara Malaya. Lee meletak jawatan dari
jawatan itu dua tahun kemudian kerana sakit.

Selepas bersara daripada politik pada tahun 1959, Lee mengambil alih jawatan
Pengerusi Kewangan untuk Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang Malaya sehingga 1961. Pada
tahun 1966, beliau menubuhkan Bank Pembangunan dan Perdagangan (Bank D&C), yang
menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Beliau akan mengetuai bank itu sehingga
kematiannya pada tahun 1988.
Tun V.T. Sambanthan

Tokoh yang berasal dari Sungai Siput,Perak ini dilahirkan pada 16 Jun 1919.
Kepintarannya mula terselah setelah melanjutkan pelajaran peringkat menenggah di
Sekolah Clifford, Kuala Kangsar seterusnya mendapat Ijazah Sarjana Muda dari University
Annamalai, India dalam bidang ekonomi. Minatnya dalam bidang Pollitik dipengaruhi oleh
dua tokoh besar India idola beliau iaitu Mahatma Ghandi dan Jawaharlal Nehru.

Beliau bergiat aktif dan mendapat sambutan yang meluas memegang pelbagai
jawatan dalam MIC sebaik sahaja pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian. Jasa dan
sumbangan terpenting beliau dalam bidang politik negara dapat dilihat pada kejayaan beliau
membawa masuk MIC menyertai Parti Perikatan kerana beliau meletakkan kepercayaan
penuh bahawa Perikatan merupakan platform yang paling sesuai untuk memperbaiki nasib
bangsanya di negara ini.

Beliau juga antara anggota rombongan ke London merundingkan kemerdekaan


Tanah Melayu dan terlibat menendatangani perjanjian kemerdekaan. Selepas 1 penggal
sebagai Menteri Buruh, beliau bertukar portfolio sebagai Menteri Tenaga, Telekom dan
Pos(1959) sehinggalah jawatan terakhir sebelum bersara iaitu Menteri Perpaduan Negara. Di
peringkat antarabangsa, beliau telah berjasa menyatupadukan masyarakat India dan
masyarakat peribumi Fiji dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Jesteru, atas jasa beliau
yang begitu luas, tidak hairanlah beliau dimasyurkan sebagai salah seorang negarawan
tersohor di negara kita.

Pemilihan Tun VT Sambanthan sebagai salah seorang tokoh terkemuka negara


adalah setimpal dengan sumbangan besar beliau terhadap kemajuan negara ini khususnya
kepada penduduk berbangsa India. Beliau meletakkan jawatan sebagai Presiden MIC serta
Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1973 setelah mengadu sesak nafas dan mengalami
komplikasi jantung. Bagi mengabadikan jasanya yang besar terhadap negara, sebatang jalan
dan sebuah bangunan telah dinamakan Jalan VT Sambanthan di Brickfields dan Wisma
Sambanthan di Brickfields kedua-duanya di Kuala Lumpur. Bagi mengabadikan jasanya
yang besar terhadap negara, sebatang jalan dan sebuah bangunan telah dinamakan Jalan VT
Sambanthan di Brickfields dan Wisma Sambanthan di Brickfields kedua-duanya di Kuala
Lumpur. 
Penuntup

Tokoh kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan


kemerdekaan untuk Tanah Melayu.Terdapat ramai tokoh yang dapat dijadikan contoh atau
idola kepada generasi kini dan yang akan datang.Segala pengorbanan , rintangan , dan penat
lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan panduan.Kemerdekaan
yang dicapai pada 31 Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah untuk dicapai.Matlamat
kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui satu proses yang sangat panjang.

Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menjadi sebuah negara
yang maju pada menjelang tahun 2020.Antara faktor utama kejayaan ini ialah melalui situasi
keamanan dan kesejahteraan negara seniaa terjamin.Dalam nada yang sama , kita seharusnya
memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara ini yang dijajah dan memerlukan
kekuatan bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak akan lagi berlaku.

Kesimpulannya, diharapkan agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi
undang-undang , menjaga maruah negara dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak
berjuang bagi mencapai kemerdekaan.

You might also like