You are on page 1of 45

MPU 3012

BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

Asal usul Bahasa melayu


Tahap perkembangan
Bahasa Melayu
Fungsi Bahasa Melayu
Asal usul bahasa melayu
mpu 3012 bAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

9 Teori
Rujukan umum
9 Teori asal usul
• Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian
R.H terhadap kapak tua (beliung batu).

Galdern • Geldern berkesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh


orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini.

• J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan


yang digunakan seharian terutama nama tumbuh-tumbuhan,
J.H.C haiwan, dan nama perahu.

Kern • Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu, Kern


berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu
induk yang ada di Asia

W. • W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa


Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang
Marsden terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun.
9 Teori asal usul
(cont.)
• A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa
A.H Keane Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di
Kampuchea.

• Berdasarkan perbandingan bahasa, Slametmuljana


Slametmulj
berkesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya
ana termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia

• Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang


Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah
Asmah Haji
sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang
Omar melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan
Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.
9 Teori asal usul
E.
(cont.)
Aymoneir • E. Aymonier dan A. Cabaton mendapati bahawa bahasa Campa
, A. serumpun dengan bahasa Polinesia.
Cabaton • Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa
merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.
dan
Hamy
W. • W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu
Humbold (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit
yang berasal dari India.
t

• J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan


pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia.
J.R. • Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal
Foster daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu
Polinesia Purba.
Pendapat umum
tentang asal usul
Bahasa Melayu
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui
asal usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu.

Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur tetapi beberapa
sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von
Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar
tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
Pendapat umum
tentang asal usul
Bahasa Melayu (cont.)
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok
Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China
yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan
manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500


tahun Sebelum Masehi

Kira-kira tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua
yang dikenali sebagai Melayu-Deutro.
Pendapat umum
tentang asal usul
Bahasa Melayu (cont.)
Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir
pantai dan tanah lembah Asia Tenggara.

Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang Melayu-


Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan,
Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah
ke kawasan hutan dan pedalaman.

Golongan Melayu-Deutro ini dikatakan nenek moyang


masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
Pendapat umum
tentang asal usul
Bahasa Melayu (cont.)
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun
bahasa Austronesia

Manakala, bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada


keluarga bahasa Austris.

Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, terdapat rumpun


bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.
Pendapat umum
tentang asal usul
Bahasa Melayu (cont.)
Bahasa Melayu tergolong ke dalam keluarga Nusantara dan di
bawah rumpun Bahasa Austronesia.

Keluarga Nusantara ini mempunyai kira-kira 200 - 300 bahasa yang


menjadi subkeluarga.

Bahasa Melayu pula berada dalam subkeluarga Sumatera.

Terdapat banyak bahasa lain di bawah subkeluarga Sumatera.


1. Aceh

2. Gayo
3. Batak
4. Minangkabau
5. Melayu (Riau, Melayu, Jakarta, Kubu,
Jawa )
6. Nias

7. Lampung
8. Orang Laut
9. Simalur
10. Nias
11. Rejang
12. Enggano
13. Mentawai

14. Loncong
Pendapat umum
tentang asal usul
Bahasa Melayu (cont.)
Menurut catatan sarjana yang bernama M. Sylvain Levl,
bahasa Melayu telah dikenal pasti oleh orang Cina sebagai
bahasa Kun Lun dan oleh orang India sebagai bahasa
Dwipantara sejak abad pertama Masihi lagi.

Pada abad ke-4, bahasa Melayu sudah digunakan sebagai


bahasa catatan sejarah sebagaimana yang tertera pada
batu bersurat atau prasasti di Campa, iaitu sebuah kerajaan
Melayu di Indocina.

Antara bahasa yang banyak di dalam keluarga


Sumatera/Indonesia, bahasa Melayulah yang paling pesat
berkembang berbanding dengan bahasa-bahasa lain.
Sifat kesederhanaan
bahasa Melayu itu
sendiri dan mudah
menerima pengaruh
luar.

Faktor
Mempunyai sistem perkemba
yang lebih mudah Sifat bahasa
ngan
berbanding
pesat Melayu yang
dengan bahasa mudah lentur.
Jawa Bahasa
Melayu

Tidak terikat
kepada
perbezaan susun
lapis masyarakat
Tahap perkembangan bahasa melayu
mpu 3012 bAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

3 Tahap
Tahap perkembangan
Bahasa Melayu

Bahasa
Melayu
Bahasa Moden
Melayu
Klasik
Bahasa
Melayu
Kuno
1. Bahasa Melayu
Kuno
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga
bahasa Nusantara di bawah golongan bahasa
Sumatera.

Bahasa Melayu kuno digunakan pada abad ke-7


hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya.

Pada waktu itu, BM kuno telah menjadi lingua


franca dan bahasa pentadbiran kerana sifat
bahasa Melayu yang bersifat sederhana dan
mudah menerima pengaruh luar.
1. Bahasa Melayu
Kuno (cont.)
Oleh sebab agama Hindu menjadi pegangan
orang Melayu ketika itu, bahasa Melayu banyak
dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang
menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan
ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa
Melayu.

Bahasa Sanskrit dianggap sebagai bahasa


sarjana dan digunakan oleh bangsawan.
Bahasa Melayu juga mudah dilentur mengikut
keadaan dan keperluan.
1. Bahasa Melayu
Kuno (cont.)

683 M - Batu bersurat 684 M - Batu bersurat di


di Kedukan Bukit, Talang Ruwo, dekat
Palembang Palembang

686 M - Batu bersurat 686 M - Batu bersurat di


di Kota Kampur, Pulau Karang Brahi, Meringin,
Bangka daerah Hulu Jambi
1. Bahasa Melayu
Kuno (cont.)
Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat
tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya,
sebuah kerajaan yang mempunyai empayar
meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah
Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka.

Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa


Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi
dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya,
sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa
Melayu ke tanah jajahan takluknya .

Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih


1. Bahasa Melayu
Kuno (cont.)
Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali
dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645
Masehi.

Tulisan ini menyebut mengenai orang “Mo-Lo-


Yue” yang mengirimkan utusan ke Negeri
China untuk mempersembahkan hasil-hasil
bumi keada Raja China.

Letaknya kerajaan “Mo-Lo-Yue” ini tidak dapat


dipastikan tetapi ada yang mencatatkan di
Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi,
1. Bahasa Melayu
Kuno (cont.)
Terdapat unsur-unsur pinjaman daripada bahasa Sanskrit.

b. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)

c. Tidak wujud bunyi e pepet (Contoh dengan - dangan)

d. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-


marlapas)

e. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat -
niparwuat)

f. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
(Contoh: sukhatshitta)

g. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya


2. Peralihan Bahasa
Melayu Kuno Ke
Bahasa Melayu Klasik
Pengaruh agama Islam yang semakin mantap
di Asia Tenggara pada abad ke-13 turut
memberi kesan kepada perkembangan
bahasa Melayu.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah


banyak mengubah sistem bahasa Melayu
terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat
dan sistem tulisan.

Terdapat 3 bersurat yang merupakan bukti


catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu
Terdapat tiga batu
bersurat yang penting:
Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
Ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa
baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat
abad ke-7.

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

Masih memakai abjad India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan
kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

Ditulis dalam tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan
dalam bahasa Melayu pada abad itu.
3. Bahasa Melayu Klasik
Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya
zaman peralihan di Kepulauan Melayu dengan
berkembangnya agama Islam ke rantau ini.

Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di


sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu.

Pengaruh India sedikit demi sedikit mula


digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab.

Kegemilangannya bahasa Melayu klasik boleh


dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu
zaman kerajaan Melaka, zaman kerajaan Acheh
3. Bahasa Melayu Klasik
(cont.)
Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah
pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.

Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima


Islam dan berjaya membina empayar yang
luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan
perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini.

Bahasa Melayu telah digunakan dalam


pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta
menjadi “lingua franca” para pedagang.
Bahasa Melayu juga telah menjadi alat
penyebaran agama Islam ke seluruh
3. Bahasa Melayu Klasik
(cont.)
Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan
baru iaitu tulisan Jawi.

Perbendaharaan kata juga telah bertambah


dengan wujudnya keperluan untuk
mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh
peradaban Islam.

Keagungan Kesultanan Melaka jelas


tergambar di dalam “Sejarah Melayu” oleh
Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa
Melayu yang sangat tinggi nilainya.
Contoh Usaha :

Pigafetta
• Seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam
pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus
Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun
1521.
• Kamus ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang
dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan
lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata
Melayu-Eropah yang tertua.
• Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada
tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa
ntara daftar kata :
Sajuta Sejuta

Tundjuk Tunjuk

Paranpoan Perempuan
Sumber :
Calinchin Kelingking
THE FIRST
ITALIAN-MALAY
Kauir kail VOCABULARY
BY ANTONIO
PIGAFETTA
Lamlut Rambut Alessandro
Bausani
Cenin Kening East and West,
Vol. 11, No. 4
(December
Balachan Belakang 1960), pp.
229-248
Contoh Usaha :

Jan Hugen Van


Linschotten
• Seorang tokoh berbangsa Belanda pernah tinggal di
Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat
sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis.

• Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa


Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati
antara bahasa-bahasa negeri timur.
Contoh Usaha :

Francios Valentijn
• seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang
banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telah
menggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut
:
“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di
daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh
Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur,
sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja
oleh setiap orang.”
Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa
Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini
adalah pada surat-menyurat antara pentadbir
dan raja-raja di Kepulauan Melayu. Antaranya
ialah :
Surat Sultan
Surat Sultan
Acheh kepada Surat Sultan
Alauddin Shah
Kapitan Acheh kepada
dari Acheh
Inggeris, raja Inggeris,
kepada Harry
James King James
Middleton
Lancester (1612)
(1602)
(1601)

Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan


Bodelein, London
3. Bahasa Melayu Klasik
(cont.)
Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh
sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan
daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada
bidang morfologi, sintaksis dan fonologi.

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan


memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka
berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan
Acheh telah menggantikan Melaka sebagai pust
keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh
antaranya ialah :
 Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
 Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
 Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
 Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)
Ciri-ciri Melayu Klasik
Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak menggunakan struktur ayat
pasif.

Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram, mangkat dsb.

Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; ratna mutu manikam, edan kasmaran
(mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah,


hatta, adapun.

Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat

Banyak menggunakan artikel ``pun' dan `lah'


4. Bahasa Melayu
Moden
Bahasa Melayu moden dikatakan bermula
pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan
zaman bahasa Melayu moden kerana
sifatnya yang dikatakan agak menyimpang
dengan bentuk bahasa Melayu klasik.

Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu


mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran,
kesusasteraan, dan bahasa pengantar di
pusat pendidikan Islam.
4. Bahasa Melayu
Moden

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,


Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang menyebut bahawa, 

"Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa


Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukan
dengan undang-undang Parlimen”. 
4. Bahasa Melayu
Moden

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967


menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah
bahasa rasmi negara (bahasa yang
digunakan dalam semua urusan rasmi
kerajaan persekutuan, negeri, tempatan dan
badan berkanun).

Laporan Razak 1956 mencadangkan agar


bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan negara
dan menjadi alat utama perpaduan antara
kaum.
Fungsi bahasa melayu
mpu 3012 bAHASA MELAYU KOMUNIKATIF
• Bahasa Kebangsaan

• Bahasa Rasmi

• Bahasa Perpaduan

• Bahasa Pengantar

• Bahasa Ilmu

• Bahasa Antarabangsa
Bahasa Kebangsaan
Menurut Faridah dan Tuan Jah (2013), bahasa kebangsaan ialah
bahasa yang diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara
yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi
negara tersebut.

Bahasa kebangsaan juga berfungsi menyatupadukan seluruh rakyat


Malaysia yang berbilang kaum serta membentuk satu bangsa
Malaysia mempunyai identiti keperibadian yang dibanggakan dan
kesetiaan yang tinggi.

Pada peringkat awal lagi (bermula dari sekolah rendah) bahasa


kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di
sekolah-sekolah dan menggunakan istilah ‘Bahasa Malaysia’.
Bahasa Rasmi
 Bahasa rasmi merupakan bahasa yang diberikan status sedemikian
secara sah oleh sesebuah negara, negeri atau wilayah.
 Di Malaysia, bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk
tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi
beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:

i. Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan


tugas-tugas rasmi negara.
ii. Media dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara
jabatan.
iii. Penulisan dokumen dan rekod kerajaan.
iv. Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan
negara.
v. Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Bahasa Perpaduan
Pada masa Sriwijaya
berkuasa, kemudian
diikuti pula oleh
Kesultanan Melayu
Melaka dan Kesultanan
Johor-Riau, bahasa
Melayu telah menjadi alat
perpaduan yang
menyatupadukan suku-
suku bangsa di
Nusantara.

Penerimaan bahasa Bahasa Melayu


Melayu sebagai bahasa merupakan bahasa yang
rasmi dan bahasa paling mudah untuk
kebangsaan oleh semua difahami oleh semua
kaum. lapisan masyarakat.
Bahasa Pengantar
 Penyata Razak (1956) telah mencatatkan dasar penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar.

 Mulai tahun 1958, bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai


bahasa pengantar di sekolah Melayu hingga ke peringkat darjah 6
telah digunakan sebagai bahasa pengantar di kelas menengah Melayu
hingga sekarang.

 Dan pada tahun 1970, Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Abdul Rahman
Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan yang
menggunakan aliran Inggeris untuk menggunakan Bahasa Melayu.

 Bahasa Melayu menjadi bahasa utama peperiksaan dan mata


pelajaran Bahasa Malaysia menjadi syarat wajib untuk pelajar lulus
dalam peperiksaan.
Bahasa Ilmu
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
bermaksud fungsi bahasa bahasa Melayu
sebagai pengantar ilmu pengetahuan atau
sebagai alat menyampaikan ilmu
pengetahuan moden.

Bahasa Melayu harus boleh berfungsi


sebagai bahasa akademik yang lengkap
dengan laras-lars bahasa untuk
memperkatakan pelbagai hal baharu dalam
aneka bidang ilmu moden.

Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu perlu


mempunyai ciri keintelektualan bahasa dan
kesempurnaan bahasa.
Bahasa Antarabangsa
Bahasa Melayu memang sudah
bersifat (bertaraf) antarabangsa.
Bahasa Melayu memang telah
mencapai taraf antarabangsa sejak
lebih 1300 tahun lalu.

Pada zaman kegemilangan Melaka,


Bahasa Melayu telah dianggap
sebagai lingua franca dimana semua
pedagang yang datang di Selat
Melaka bertutur dalam Bahasa
Melayu.

Bahasa Melayu mempunyai


kedudukannya sendiri dalam
perkembangan bahasa utama dunia
sehingga memang ada keperluan
pengajarannya kepada penutur asing
meskipun tidak seluas keperluan
pengajaran Bahasa Inggeris.
Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah
penerangan jelas
Berdua mengucapkan terima
kasih.

You might also like