You are on page 1of 1

LR

Pendatang di Filipina: Satu pemerhatian dari sudut keselamatan

Satu kajian menggunakan sumber primer dan sekunder yang dilakukan Ramli Dollah, Wan
Shawaluddin Wan Hassan, Diana Peters dan Marja Azlina Omar (2003). Pemerhatian dan
temubual telah dibuat di lapangan yang meliputi Sandakan, Lahad Datu, Semporna, Kunak,
Tawau dan Kota Kinabalu. Kawasan-kawasan ini dipilih memandangkan terdapat ramai
pendatang Filipina di Bandar-bandar ini. Mereka ini biasanya tertumpu di kampung-kampung
air, kawasan-kawasan setinggan di bandar-bandar yang disebutkan ini. Analisis ini
membincangkan impak keselamatan ekoran kehadiran pendatang Filipina di Sabah. Terlebih
dahulu penjelasan konsep pendatang dan keselamatan. Seterusnya, sorotan literature dan
perbincangan tentang pendatang di Sabah dan kenapa terbabit dengan jenayah. Impak
keselamatan akan dibincangkan diikuti dengan dasar-dasar kerajaan serta menyenaraikan
faktor-faktor mengapa kerajaan sukar menangani mereka. Pendatang dan isu keselamatan
bukanlah merupakan isu yang baharu. Peristiwa-peristiwa serangan lanun di Lahad Datu pada
tahun-tahun 1980-an dan di Semporna pada tahun 1990-an merupakan petunjuk jelas bahawa
sememangnya kumpulan ini merupakan satu ancaman besar kepada Negara ini. Peristiwa
Sipadan dan Pandanan pada tahun 2000 memburukkan lagi keadaan apabila ianya
memberikan kesan yang amat ketara kepada kerajaan tentang bahayanya kumpulan ini
kepada negeri dan masyarakat setempat.

Permasalahan pendatang asing tanpa izin di Malaysia dari aspek social dan
perundangan

Satu kajian menggunakan menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu data
primer dan data sekunder yang dilakukan oleh Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis dan
Saadon Awang (2014). . Data primer adalah merujuk kepada data yang dikumpulkan sendiri
oleh penyelidik menerusi soalan ujian, set soal selidik dan borang temubual. Manakala
pengumpulan data sekunder pula adalah lebih mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan
data tersebut telah dikumpul daripada kajian-kajian berkaitan yang dilakukan sebelum ini
oleh penyelidik lain sama ada dalam bentuk artikel, artikel jurnal, tesis, buku, majalah, kertas
seminar. Makalah ini menyingkap masalah yang timbul hasil daripada trend migrasi yang
berlaku di Malaysia. Peningkatan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) menimbulkan
pelbagai masalah dalam negara dari aspek sosial dan perundangan yang harus diberikan
perhatian serius oleh pihak berkuasa. Pihak kerajaan terutamanya telah melakukan
pengawalan strategik untuk menangani isu PATI di Malaysia agar mereka dapat diuruskan
dengan cara yang lebih efisien. Antaranya termasuklah mengurangkan kebergantungan
terhadap pekerja asing, meningkatkan kerjasama dengan negara sumber dan juga pihak yang
relevan dengan masalah ini.

You might also like