You are on page 1of 2

Yakinkan Prospek Dengan Produk Anda

Salah satu kesilapan terbesar perniagaan yang sering lakukan ialah mereka hanya fikir
untuk memenuhi tabung mereka. Mereka tiada rasa hormat terhadap pelanggan
mereka, padahal pelangganlah sebenarnya yang menukarkan perniagaan kepada
perusahaan bisnes yang berjaya. Ada juga cerita lain. Terdapat sesetengah orang yang
ada hati di tempat yang betul. Mereka sedar bahawa mereka mesti menyediakan kualiti
yang baik kepada pelanggan mereka. Mereka memang melakukannya. Tetapi kemudian
mereka tidak dapat buat orang yang mereka ‘target’ faham bahawa mereka
menyediakan kualiti yang hebat. Mereka kekurangan kata-kata peransang. Mereka
kekurangan kuasa untuk mencapai sasaran.

Ciri penting untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah seni meyakinkan orang.

Anda mesti yakinkan orang bahawa:-


 Produk anda wajar dengan minat mereka. Anda ada sesuatu untuk diberikan
kepada mereka yang orang lain tiada.
 Produk anda lebih baik daripada produk-produk lain di pasaran.
 Produk anda sarat dengan faedah-faedah yang boleh buat memudahkan
kehidupan mereka.
 Produk anda tidak semahal produk lain, atau sekurang-kurangnya, berbaloi
dengan jumlah wang yang dilaburkan.

Apabila anda membawa perkara-perkara ini menyeberangi populasi sasaran anda, anda
pasti berjaya membangunkan perniagaan anda. Ebook ini membawakan anda ke
pelbagai cara yang anda boleh guna untuk meyakinkan orang supaya mereka
berurusniaga dengan anda.

Tetapi kita akan menyatakan dengan jelas cara terbaik itu sendiri di sini. Cara terbaik,
mestilah, membuatkan orang faham mengapa mereka harus berfikir untuk membeli
produk anda. Orang harus tahu apakah benda istimewa yang produk anda boleh
tawarkan kepada mereka. Mereka harus faham mengapa mereka inginkan produk anda.

Cipta keperluan. Bisnes akan ikut.

Lihat di sekeliling. Syarikat-syarikat besar juga menggunakan strategi ini. Mereka


bersuara tentang satu ciri unik yang produk mereka ada, satu cara yang mana mereka
boleh penuhi keperluan tertentu. Walaupun 99% kandungan produk menyerupai
produk yang lebih murah di pasaran, orang lebih terpikat pada produk yang diiklankan
dengan lebih baik, asalkan ia barkait rapat dengan bagaimana ia mampu memenuhi
keperluan penting yang khusus.

You might also like