You are on page 1of 1

Menggunakan rajah, terangkan contoh bagaimana proses urusniaga B2C, B2B dan C2C

berlaku dalam e-dagang. Anda boleh menghurai dalam bentuk esei pendek. Selamat
menjawab.🌹

E-dagang merupakan penggunaan Internet dan juga laman web untuk menjalankan
transaksi perniagaan dan tidak lagi terikat kepada masa dan tempat. Dengan kata lain, e-
dagang menjalankan aktiviti pembelian produk-produk, perkhidmatan dan lain-lain transaksi
dengan menggunakan Internet sebagai medium transaksi. E-dagang merupakan
sebahagian daripada E-Bisnes. Seterusnya, pengguna boleh berurus niaga dengan peniaga
menggunakan Internet atau rangkaian awam yang lain. Urusniaga secara ini dapat
mengurangkan kos, dan selain itu kawasan perniagaan menjadi lebih luas.

Proses urusniaga B2C merupakan Business to Consumer. Ianya merupakan hubungan


antara bisnes dengan pelanggan. Sebagai contohnya Amazon.com menawarkan pelbagai
jenis buku melalui laman webnya. Pelanggan hanya mencari buku yang diperlukan, dan
memasukkan nombor kad kredit. Buku-buku yang dipesan akan terus dihantar ke
rumah.Seterusnya, proses urusniaga BCB pula merupakan Business to Business. Business
to Business telah pun digunakan beberapa tahun yang lalu dan juga dikenali sebagai EDI
(Electronic Data Interchange). EDI dilaksanakan melalui hubungan secara terus antara 2
bisnes. Kedua-dua bisnes ini menghantar maklumat secara elektronik di antara satu sama
lain. Buat masa ini, B2B menyumbangkan kira-kira 94% terhadap transaksi yang melibatkan
e-dagang. eSteel.com merupakan laman web yang diaplikasikan dengan menggunakan
kaedah ini. Akhir sekali, Consumer to Consumer (C2C) pula contoh laman yang melibatkan
hubungan pelanggan dengan pelanggan adalah laman lelongan (auction sites), contohnya
eBay.com Pelanggan menyenaraikan item-item untuk dijual ke laman lelongan. Pelanggan-
pelanggan lain akan masuk ke laman tersebut untuk membuat penawaran.

You might also like