You are on page 1of 2

GMGA3033 Operasi Dasar Awam

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS – 40%

ARAHAN: Anda perlu menjawab SEMUA soalan-soalan tugasan di bawah.

Wabak Coronavirus atau COVID-19 yang dikatakan bermula dari pasar basah Wuhan di China
merebak dengan pantas di seluruh dunia dan dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga saat ini, jangkitannya menjangkau lebih
180 buah negara termasuk Malaysia dengan mencatatkan jumlah kes lebih sejuta dengan
kematian mengatasi 80,000. Di Malaysia pelbagai usaha melalui dasar awam telah dilakukan
oleh kerajaan untuk menghadapi wabak ini. Oleh itu, berpandukan isu COVIC19 di Malaysia,
jawab soalan-soalan di bawah.

1. Bagi menghadapi masalah Covic19 di negara Malaysia, kerajaan telah menngunakan


beberapa Bentuk penyelesaian dasar. Merujuk Modul pada muka surat 46, kenalpasti
bentuk-bentuk penyelesaian dasar yang telah kerajaan lakukan untuk menghadapi
Covic19. Anda perlu nyatakan bentuk tersebut dengan bukti-bukti yang jelas.
(20 markah)

2. Bagaimanakah sistem penyampaian yang efisien telah diwujudkan oleh kerajaan


dalam menghadapi masalah Covi19. (Mohon rujuk muka surat 75). Perincikan
jawapan anda dengan bukti-bukti yang jelas.
(10 markah)

3. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan satu teknik perlaksanaan dasar.


Berdasarkan pengalaman anda yang sebenar, berikan refleksi mengenai PKP ini.
(10 markah)

PANDUAN MENJAWAB TUGASAN.

a. Jumlah muka surat bagi setiap jawapan adalah tidak kurang daripada TIGA (3)
muka surat dan tidak melebihi LIMA (5) mukasurat dengan tulisan Times New
Roman; 12 font; double spacing. Ini bermakna, muka surat keseluruhan tugasan
anda ialah minima SEMBILAN (9) mukasurat dan maksima LIMA BELAS (15)
muka surat.
b. Untuk soalan ke tiga, disertakan contoh refleksi seperti yang dilampirkan dalam
fail lampiran.
c. Anda perlu menggunakan Template yang disediakan untuk menjawab soalan
tugasan yang diberi.
d. Tugasan perlulah save dalam bentuk pdf – dan namakan fail tugasan dengan no
matrik.pdf (78888.pdf).

1
GMGA3033 Operasi Dasar Awam

e. Setiap jawapan perlulah di hantar semula dalam online learning portal anda di
bahagian serahan tugasan.
f. Sekiranya anda ada masalah dengan online learning anda, mohon hantar melalui–
email penyelaras (nsai@uum.edu.my) dan cc pensyarah pusat pembelajaran
masing-masing.
g. Tugasan perlulah dihantar selewat-lewatnya atau pada 4 JUN 2020 sebelum jam
12.00 tengah malam tarikh tersebut.

You might also like