You are on page 1of 19

PENAAKULAN MORAL MELALUI PENDEKATAN DOMAIN DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

Chander Vengadasalam (PhD)*


Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
Email: chandervengadasalam@yahoo.com

Ramesh Rao Ramanaidu (PhD)


Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Malaysia
Email: ramesh@ipgkik.edu.my

Shasitharan Raman Kutty (PhD)


Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Malaysia
Email: rshash@hotmail.com

Abstrak
Kajian ini menyelidik penggunaan Pendekatan Domain dalam mengembangkan
aspek penaakulan moral dalam kalangan murid tingkatan empat di sebuah sekolah
menengah luar bandar. Seramai 42 orang murid lelaki dan perempuan menjadi peserta
kajian. Kajian ini dijalankan dalam pendekatan kualitatif dengan menggunakan reka
bentuk penyelidikan tindakan. Penyelidik menggunakan model penyelidikan tindakan
yang diperkenalkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Data dikumpul dengan
menggunakan teknik temu bual kumpulan berfokus, pemerhatian, catatan jurnal dan
rakaman video. Analisa data dibentuk secara bertema. Dapatan kajian menunjukkan
Pendekatan Domain telah digunakan sebagai kaedah pengajaran Pendidikan Moral.
Para pelajar telah didedahkan dengan domain moral serta domain konvensi sosial.
Modul pengajaran telah digunakan dalam tiga gelung penyelidikan tindakan untuk
menjawab soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan Pendekatan Domain
mampu mengembangkan aspek penaakulan moral murid tingkatan empat serta mampu
mengembangkan pemikiran moral. Ternyata dapatan kajian mempunyai implikasi yang
penting kepada pedagogi pengajaran Pendidikan Moral.

Kata kunci : domain moral, domain konvensi sosial, penaakulan moral


Pengenalan
Pendidikan Moral menjadi kepentingan dalam kalangan masyarakat global
ekoran daripada tercetusnya pelbagai masalah seperti perkauman, penyalahgunaan
dadah, keganasan rumah tangga, perompakan dan jenayah seks (Lovat dan Clement,
2008; Brooks, J., Bock, T., Narvaez, D. 2013). Masalah sosial yang melibatkan murid
sekolah seperti pembuangan bayi, merogol, pembunuhan, gengsterisme, membuli serta
pecah rumah kian meningkat secara mendadak (Tih, 2012; Chinnery, A. 2015)
Fenomena ini menyebabkan pihak berwajib pendidikan dan ibu bapa telah meminta
pihak sekolah untuk mengkaji semula keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Moral (A. Kathiresan, 2012; Elizabeth, 2012; Ibrahim, 2012;
Copp, D. 2016). Maka dengan itu Ariff (2012) menyatakan bahawa kelemahan dan
kekurangan dalam pengajaran Pendidikan Moral mengakibatkan kekurangan dalam
pengamalan nilai-nilai kemanusiaan.

Pendekatan cara menyampaikan ilmu atau maklumat menjadi salah satu


kemahiran pendekatan, yang boleh menolong dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan terbaik di dalam kelas. Pendekatan merupakan isu
utama yang menentukan tahap pencapaian pengajaran guru dan pembelajaran murid
(Chin, 2007; Gertsen, R., Schaap, H., Bakker, C. 2017). Guru yang gagal menggunakan
pedagogi serta pendekatan pengajaran yang terbaik akan membuatkan pelajar gagal
untuk memahami serta gagal menghayati nilai-nilai yang diajar oleh pendidik.
Penghayatan nilai yang cetek mengenai nilai yang diajar mengakibatkan pelajar tidak
berpeluang untuk mengamalkan nilai-nilai moral yang dipelajari dalam kehidupan
sebenar mereka, dan seterusnya akan menggagalkan harapan untuk melahirkan insan
bermoral (Gendron, C. 2016).

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk


mencapai hasrat yang dimaksudkan di atas. Memperkenalkan mata pelajaran
Pendidikan Moral adalah salah satu usaha dan diikuti oleh penerapan nilai-nilai murni
merentasi kurikulum merupakan satu langkah yang baik bagi melahirkan insan yang
sempurna (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013). Nilai-nilai pendidikan yang
diterapkan dalam sesuatu mata pelajaran akan berjaya dilaksanakan dengan sempurna
sekiranya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik (Cullingford, 1995;
Ilhavenil, N. 2013).

Perkara yang paling penting yang menjadi isu dalam dunia pendidikan adalah
pendekatan-pendekatan yang digunakan oleh guru untuk mengajar sesuatu mata
pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran dengan lebih jelas (Anderson, 1989;
Joseph, P.B., Mikel, E. 2014). Bagi menjadikan pendekatan pengajaran yang lebih
efektif dan berkesan guru perlu memainkan peranan yang sangat penting. Kajian
lampau membuktikan perlunya pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran
untuk membolehkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna
(Clermont, et al., 1994; Cochran, et al., 1993; Grossman, 1990; Mark, 1990; McDiarmid,
et al., 1989; Shulman, 1987; Doyle, 2013; Keddie, A. 2016). Kajian ini pula memberi
tumpuan kepada pendekatan domain dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral di tingkatan 4.

Pendekatan domain
Berlandaskan kepada teori domain, Nucci (2001;2016) menjelaskan bahawa
pendekatan domain merangkumi perkembangan amalan yang bersesuaian dengan
domain (domain appropriate practice). Perkembangan amalan yang bersesuaian
dengan domain ini adalah dalam domain moral dan domain konvensi sosial yang
berbeza mengikut umur. Pendekatan Domain mendedahkan tentang perbezaan
interaksi sosial, iaitu isu peribadi berbeza dengan isu interpersonal. Kanak-kanak
menganggap bahawa sekolah sebagai penghalang kepada mereka untuk berkelakuan
seperti yang dilakukannya di rumah. Matlamat pendekatan ini adalah untuk
merangsang perkembangan konsep moral dan konvensi sosial pelajar dalam konteks
masyarakat (Nucci, L. P., & Powers, D.W. 2014).

Perbincangan atau discourse merupakan kaedah utama digunakan dalam


Pendekatan Domain. Ini adalah kerana melalui perbincangan, pandangan
seseorang itu dapat dikemukakan kepada orang lain. Dengan memberi alasan,
murid dapat mengetahui bahawa seseorang tidak mempunyai pandangan yang
sama dengan orang lain ataupun pandangan orang lain tidak semestinya betul.
Perbincangan boleh dilakukan secara lisan atau penulisan yang interaktif. Apa
yang penting ialah melalui perbincangan, pemikiran seorang murid tentang
sesuatu isu sosial akan berubah supaya impak terhadap perkembangan moral dan
konvensi sosialnya boleh berlaku (Nucci, 2001; Nucci, L., Turiel, E. 2009).

Pendekatan Domain dalam pendidikan moral memberi peluang kepada murid


untuk lebih memahami dunia sosial dengan menyiasat secara kritikal isu sosial dari
domain moral dan domain konvensi sosial. Kedua-dua domain ini dianggap berlainan
dan oleh itu murid harus mengembangkan kedua-dua domain ini supaya dapat
melibatkan diri sebagai warga negara yang konstruktif dan insan yang bermoral.
Pendekatan Domain menumpu perhatian kepada penilaian tingkah laku kendiri dengan
mengaitkan tingkah laku dalam domain moral dan domain konvensi sosial (Nucci, 2001;
Nucci, 2016; Nucci, L., Murata, A., Midgette, A., Gee, R., & Powers, D. 2018).

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan domain dalam mata pelajaran
Pendidikan Moral di tingkatan empat. Secara khususnya objektif kajian ini adalah
untuk,

i. Menghuraikan penaakulan murid dalam domain moral.


ii. Menjelaskan penaakulan murid dalam domain konvensi sosial
Soalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa soalan kajian telah dibentuk:

i. Apakah penaakulan murid dalam domain moral?


ii. Apakah penaakulan murid dalam domain konvensi sosial?

Kerangka Konsep Kajian

Teori Domain dijadikan rujukan apabila membincangkan tentang pendekatan


pengajaran Pendidikan Moral yang menjadi topik kajian. Teori Domain merupakan
antara teori yang kerap digunakan oleh para penyelidik (Laupa & Turiel, 1986; Nucci,
2001; Smetana, 2001; Turiel, 2006;). Teori Domain sering digunakan untuk melihat
tahap pemahaman atau pemikiran serta cara seseorang berfikir terhadap sesuatu
kejadian atau peristiwa (Gabennesh, 1990b;Gravestone, 1987; Nucci, 2001; Turiel,
2006)

Teori ini menjadi begitu terkenal kerana menurut Turiel (2000, 2006) dan Nucci
(2001, 2006), pelbagai program, penyelidikan dalam bidang pendidikan menjadi tajuk
perbincangan serta mendalami pemahaman tentang perkara-perkara yang berkaitan
dengan bidang moral. Bagaimanapun, kajian ini tidak memberi tumpuan kepada
Pendidikan Moral secara keseluruhannya tetapi lebih berfokus kepada pendekatan
pengajaran Pendidikan Moral.

Turiel (1998) dan Nucci (2001) dalam kajiannya menyatakan bahawa


pendekatan domain Pendidikan Moral dibahagi kepada dua komponen iaitu domain
moral dan domain peraturan sosial. Melalui pengajaran Pendidikan Moral dengan
menggunakan teori domain, akan memberi peluang untuk mengembangkan domain
moral dan domain peraturan sosial. Isi kandungan yang diajar melalui teori domain
akan meningkatkan pengetahuan moral serta mendorong dalam penaakulan sosial
seseorang.

Nucci (2001) mengubah suai dan mengembangkan kajian yang telah dilakukan
oleh Turiel (1975) dan ianya dikenali sebagai pendekatan domain. Beliau percaya
bahawa pendekatan yang digunakan untuk melihat pemahaman dan pemikiran serta
penaakulan murid dalam sesuatu situasi. Semetana (2006) menyatakan bahawa
terdapat variasi dalam pemahaman domain moral dan peraturan sosial yang dihasilkan
melalui teori domain, dengan mempertimbangkan cara seseorang membentuk
kefahaman tentang nilai, peraturan sosial dan norma-norma serta menyepadukan
kesemuannya melalui pilihan moral. Tujuan pendekatan ini adalah untuk menggalakkan
seseorang untuk berkembang kepada peringkat yang lebih tinggi dalam pemikiran
(penaakulan) moral dan sosial (Suppiah, N. 2017).

Teori domain ini berbeza dengan teori-teori lain, di mana teori ini dibahagi
kepada dua domain iaitu domain tindakan moral dan domain tindakan sosial. Mengikut
Nucci (2001) murid memberikan pendapat yang berbeza diantara satu sama lain.
Pendapat dan idea murid yang berbeza itu adalah dari segi domain tindakan moral dan
domain tindakan sosial. Kajian yang dijalankan ini mengambilkira tentang
perkembangan pemikiran moral dengan menggunakan pendekatan domain.

Kerangka Konsep Kajian

Pendekatan Domain

Perancangan

Pelan Tindakan

Pengumpulan Data

Refleksi

Perkembangan
Pemikiran Moral

Domain Moral Domain Tindakan


Sosial
Rajah 1 : Kerangka Konsep Kajian Berasaskan Teori Domain

Metodologi

Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk penyelidikan tindakan dengan


menggunakan pendekatan kualitatif. Penyelidikan tindakan memperbaiki atau
meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan para guru
menjadi lebih sedar tentang amalan pengajaran sendiri dan bersedia untuk
mengubahnya (McNiff, 2005; Debby, Z., Shelly, I. 2012). Penyelidikan tindakan
mementingkan konsep penyelidikan yang bercirikan pembelajaran dalam pelaksanaan
(Fatimah, 2001; James, E.A., Slater, T., & Bucknam, A. 2012). Kajian ini dijalankan
dalam dunia sebenar pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan data yang
dikumpulkan bergantung pada apa yang dikemukakan oleh peserta kajian secara
langsung, serta refleksi tentang amalan pengajaran itu oleh penyelidik sendiri. Oleh itu,
pendekatan kajian secara kualitatif dianggap wajar digunakan kerana tujuan kajian ini
ialah untuk meneroka dan memahami Pendekatan Domain yang menjadi fenomena
dalam pedagogi pengajaran moral (Nucci, 2001, 2008).
.

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri untuk


menegakkan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan, meningkatkan
kefahaman guru tentang amalan-amalan pendidikan dan situasi sosial (Kemmis &
McTaggart, 1988). Reka bentuk penyelidikan tindakan ialah satu prosedur sistematik
yang digunakan oleh guru dalam konteks sekolah dan murid, khususnya di bilik darjah,
untuk meneroka pengetahuan, mengkaji dan memperbaiki amalan pengajarannya serta
kaitannya dengan keberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid-murid yang
diajarnya (Chow & Jaizah, 2011; Creswell, 2012). Oleh itu, reka bentuk penyelidikan
tindakan merupakan reka bentuk yang paling sesuai. Hal ini kerana, keberkesanan
Pendekatan Domain boleh diuji dalam beberapa fasa gelungan, sehingga ianya terbukti
berkesan dan sesuai digunakan untuk mencapai matlamat pembelajaran murid.

Pendekatan Domain, telah diperkenalkan oleh penyelidik sebagai kaedah


pengajaran alternatif untuk mengubah dan menambah baik pengajarannya disebabkan
penyelidik adalah seorang guru yang sedang berusaha untuk memperbaiki amalan dan
memperkenalkan pembaharuan dalam pengajaran Pendidikan Moral. Dalam hubungan
ini, penyelidik telah menguji, membuat penemuan dan interpretasi tentang potensi
Pendekatan Domain dalam mengembangkan dimensi penaakulan, perasaan dan
tingkah laku moral yang menjadi matlamat akhir program Pendidikan Moral di Malaysia.
Oleh itu, reka bentuk penyelidikan tindakan membolehkan penyelidik untuk
memerhatikan secara sistematik penggunaan Pendekatan Domain, mereflek, menilai,
membuat pembaharuan dan menyediakan pengajaran untuk mempertingkatkan
pembelajaran murid (Fatimah, 2001; Othman, L. 2011). Penyelidik menggunakan model
kajian tindakan yang diperluaskan oleh Kemmis & McTaggart (1988, 2000, 2005). Reka
bentuk ini menjadi pilihan penyelidik kerana kesesuaiannya dalam menguji kewibawaan
Pendekatan Domain sebagai kaedah pengajaran di bilik darjah seperti yang dibuktikan
oleh Turiel (1984), Nucci (2001) dan Smetana (2006). Hal ini juga sejajar dengan
pendapat Whitehead dan McNiff (2006) bahawa penyelidikan tindakan ialah satu
metodologi hidup yang mampu memperbaiki amalan pengajaran di dalam bilik darjah.

Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

Langkah 1 : Perancangan

Langkah 2 : Pelan Tindakan

Langkah 3 : Pengumpulan Data

Langkah 4 : Refleksi – Analisa Data

Langkah 5 : Perancangan Semula

Langkah 6 : Pelan Tindakan (seperti Langkah 2)

Langkah 7 : Pengumpulan Data (seperti Langkah 3)

Langkah 8 : Refleksi – Analisis Data (seperti Langkah 4)


Rajah 2 : Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

Dapatan Kajian

Penaakulan murid dalam domain moral

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian secara kritikal berdasarkan


proses model kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988), iaitu perancangan, pelan
tindakan, pengumpulan data, refleksi, perancangan semula dan perbincangan tentang
domain tindakan moral dengan memberi fokus pada tiga tema yang diperolehi iaitu
yang pertama keadilan kedua altruisme dan yang ketiga ialah autonomi.

Keadilan

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan ianya
berkaitan prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan
keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna
tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. Ia juga bermaksud
saksama, seimbang, samarata dan samarasa. Maksud ini dapat dijelaskan dengan
lebih terperinci melalui dapatan kajian seperti berikut.

Peserta kajian telah memberi pandangan bahawa nilai saksama, seimbang


adalah perkara yang mustahak dalam sesuatu situasi moral. Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mengenai keadilan aspek saksama serta aspek seimbang menjadi
penekanan dalam tumpuan sebelum menumpukan pada aspek lain dan ini merupakan
komponen perlakuan moral. Secara terperinci peserta kajian memberi pandangan
mengenai pentingnya aspek saksama dan seimbang dalam sesuatu situasi seperti
dalam transkrip temu bual kajian seperti yang berikut:

“Walaupun Raju merupakan seorang pengawas, perbuatan


datang lambat ke sekolah tetap salah dan dia patut berdiri di
hadapan tapak perhimpunan seperti mana murid-murid lain
melakukannya. Guru disiplin tidak sepatutnya memaafkan
Raju. Sekiranya dia berbuat demikian, murid-murid lain juga
harus dimaafkan. Peraturan tetap peraturan, semua mesti
dilayan sama”. (Yalu)

Daripada pengumpulan transkrip temubual di atas menunjukkan bahawa peserta


kajian memberi keutamaan pada aspek saksama dan member pandangan bahawa
segala urusan atau keadaan nilai saksama harus diberi keutamaan. Sekiranya tidak
maka keadilan tidak akan berlaku dalam kesemua perkara yang dilakukan nanti. Pada
masa yang sama ada peserta kajain member pendapat dengan mengatakan seperti
berikut:

“ Jika pihak sekolah memberikan kelonggaran kepada


pengawas-pengawas yang melakukan kesalahan disiplin,
maka ini akan menjadi ikutan murid lain. Ia akan mendorong
murid-murid melakukan kesalahan dan melanggar peraturan
sekolah dengan seweneng-wenangnya. Murid-murid juga
tidak akan menghormati pengawas-pengawas di sekolah
kerana merekapun melanggar peraturan sekolah.” (Mugilan)

Daripada hasil temubual di atas didapati bahawa peserta kajian ingin melihat
keadilan kepada semua. Layanan samarata harus diberikan kepada semua murid tidak
kira samaada mereka itu pengawas ataupun murid biasa. Peserta kajian ini juga
berasa bahawa pengawas sekolah sepatutnya membantu guru sekolah dalam
menangani masalah disiplin sekolah dan bukannya bertidak sebaliknya. Berkaitan
dengan menunaikan perjanjian peserta kajian memberi pandangan seperti dalam
transkrip temubual yang berikut:

“Sebagai bapa, dia harus pegang pada kata-katanya, tidak


boleh menipu anak-anaknya. Kasihan mereka kena tipu.
Kalau tidak boleh.. jangan janji. Kasihan budak-budak itu
kerana mereka memang tunggu cuti sekolah untuk Pergi
berkelah, lagipun mereka sudah beritahu kawan-kawan di
sekolah”. (Chin).

Pandangan peserta kajian di atas menunjukkan bahawa menunaikan perjanjian


atau mengotakan kata adalah suatu pegangan yang harus diamalkan oleh setiap
insane bagi mengelakkan seseorang tidak terasa kecewa atau tertipu. Pandangan ini
telah disokong oleh seorang peserta kajian lain dalam kumpulan yang sama dengan
menyatakan pandangan seperti berikut:
“ Orang akan menghormati kita sekiranya kita selalu
menunaikan janji-janji yang kita buat. Tetapi orang akan
marah dan tidak akan hormat kita sekiranya kita kerap tidak
menunaika janji-janji yang kita buat. Seorang bapa harus
menjadi contoh kepada anak-anaknya, kalau tidak perkara
yang sama akan berlaku pada dia pada suatu masa nanti”.
(Darshen

Pandangan peserta kajian di atas, dengan jelasnya menerangkan bahawa


peserta kajian ini mempunyai pegangan yang kuat pada kata-kata atau janji dan
memberikan penghormatan kepada orang tua, dan dia mengharapka orang tua harus
menjadi teladan kepada anak-anak muda. Ini akan membantu dalam melahirkan insan
yang bermoral.
Hasil daripada dokumen bertulis didapati bahawa beberapa peserta kajian
berpendapat bahawa seseorang tidak seharusnya berat sebelah dalam melaksanakan
tugasnya. Perkara ini dibuktikan melalui data yang diperolehi daripada penelitian
dokumen seperti berikut:

“ Cikgu Lim harus mengambil tindakan yang sama pada


Ravi walaupun Ravi merupaka anak kawan Cikgu Lim dan
tinggal di Taman yang sama. Chin akan rasa tidak adil
dalam keadaan ini kerana dia telah dihantar ke bilik guru
disiplin walaupun mereka melakukan kesalahan yang sama”.
(Kavina).

Altruisme

Hasil daripada dokumen bertulis didapati bahawa peserta kajian mempunyai


perasaan belas kasihan melihat orang dalam kesusahan. Tuhan cipta manusia untuk
hidup dengan aman dan damain. Oleh kerana kerakusan manusia maka segala
malapetataka menimpa terhadap diri manusia. Perkara ini telah disedari oleh peserta
kajian ini. Walaubagaimanapun peserta kajian harus memberikan penerangan tentang
tindakan moral dan prinsip moral yang harus digabungkan untuk memberikan fakta-
fakta atau penjelasan.

Tindakan moral yang diambil oleh peserta kajian adalah selaras dengan prinsip
moral iaitu berperikemanusiaan. Tindakan moral yang dilakukan tidak akan dicapai
sekiranya tiada unsur-unsur kebajikan, berperikemanusiaan, belas kasihan serta
simpati dan empati. Pada masa yang sama beberapa peserta kajian memberikan
pandangan yang sama tentang prinsip altruisme iaitu rasa berperikemanusiaan akan
hilangkan rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak. “ Saya rela kelaparan
untuk membantu mereka yang berada dalam kebuluran” (Thurga). Pendapat yang
diutarakan oleh peserta kajian ini menaikkan bulu roma penyelidik kerana dalam dunia
moden yang mementingkan kebendaan terdapat juga insan yang dapat menghayati
kedaifan orang lain.

Hasil daripada catatan lapangan pemerhatian menunjukkan bahawa ramai


peserta kajian membuat pertimbangan melibatkan orang lain. Pertimbangan sebegini
dilakukan berdasarkan pada kebajikan orang lain. Kepentingan diri tidak diambil kira
memandangkan keperluan orang lain lebih penting dan diutamakan. Dalam membuat
pertimbangan yang melibatkan orang lain, peserta kajian berbincang dalam kumpulan
untuk membuat sesuatu keputusan. Setelah membuat keputusan orang yang terlibat
dalam pertimbangan ini akan terasa dirinya terbela. Apa sahaja yang dilakukan oleh
individu akan melibatkan orang lain dan dalam sesuatu pertimbangan adalah lebih
berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan,
simpati, mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Peserta-peserta kajian ini
memikirkan kepentingan dan kebajikan orang.
Autonomi

Bagi melihat prinsip autonomi, daripada dapatan temubual menunjukkan bahawa


peserta kajian peka terhadap isu kewajaran yang merupakan cabang daripada prinsip
autonomi. Prinsip autonomi ini menerangkan tentang konsep pertimbangan bebas.
Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh akibat paksaan dari luar sebenarnya
tidak boleh dikategorikan sebagai moral.
“Rasuah merupakan musuh utama negara dan harus
dibendung dengan segera. Terdapat segelintir pegawai yang
sanggup terbabit dalam rasuah semasa menjalankan tugas
mereka.”

Cikgu : Adakah salah jika memberi rasuah kepada


pegawai polis daripada
mengelakkan dapat saman?
Mei : Ya, salah.
Cikgu : Mengapa salah, kalau tidak kita akan dapat
saman?
Swetha: Cikgu, polis mesti mahu jaga.
Cikgu : Jaga apa?
Swetha: Jaga kita semua supaya tak buat jahat.
Cikgu : Kalau polis tak jaga awak buat jahatlah?
Kavin : Bukan begitu cikgu. Undang-undang kata tak
boleh bagi rasuah. Tadikan kita baca rasuah
merupakan musuh utama negara.

Berdasarkan kepada transkrip temubual di atas, ia menunjukkan bahawa murid-


murid dapat memberikan pandangan tentang kewajaran. Murid-murid juga dapat
memberikan alasan-alasan yang munasabah dengan adanya bantuan daripada petikan
kecil dalam fasa 1. Perkara ini dapat dibuktikan dengan transkrip pemerhatian berikut:

“ Polis wajar menangkap mereka yang memberikan rasuah.


Rasuah adalah musuh negara yang pertama. Jika semua
orang boleh bagi rasuah kepada polis apa gunanya dia
dapat gaji. Polis mesti berkerja untuk menjaga negara bukan
menjadi kawan kepada orang yang membuat salah. Polis
wajar melakukan tugas mereka mengikut arahan ketua
meraka. Negara akan menjadi aman dengan bantuan polis
yang berfungsi sebagai bersih, cekap dan amanah”.
(Joseph).

Hasil dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa murid-murid dapat


memberikan alasan-alasan yang logik berkaitan dengan amanah. Pertimbangan moral
ini sangat penting bagi menghuraikan pemikiran murid-murid. Isu-isu dan situasi-situasi
boleh membantu murid-murid untuk lebih memahami perkara ini. Walaubagaimanapun
perlakuan dan pertimbanga seseorang adalah hasil tekanan kuasa atasan. Contohnya
dalam isu rasuah seorang pegawai polis mengenakan peraturan kepada orang awam
atas arahan pihak atasan. Tindakan atas paksaan atau suruhan tidak akan membawa
kesan yang positif bagi jangka masa yang lama. Kesedaran perlu ada pada setiap
individu dan segala pertimbangan perlu dilaksanakan dengan rela dan bebas. Perkara
dapat dilihat melalui pengumpulan dapatan kajian melalui transkrip pemerhatian
dibawah.
Jaya : Yallini patut memberitahu kepada pengurus
kompleks tentang Mala yang mencuri baju
kerana Mala tidak patut mencuri.
Kumar: Mengapa dia hendak menyusahkan kawannya,
lagipun pengurus itu mengugut Yallini.
Perbuatan itupun tidak baik juga kerana Yallini
tidak buat kesalahan. Kalau nak tanya,
tanyalah baik-baik.
Jaya : Ok kita jangan cakap pasal pengurus itu,
beritahu samaada perbuatan Mala itu betul
atau tidak.
Kumar: Memang salah tetapi perasaan Yallini juga
harus diambil kira.
Jaya : Tetapi masalahnya Mala bukan Yallini.
Kalau kedai itu kita punya bagaimana tindakan
kita. Kita mesti fikir.
Kumar: Oklah kalau begitu saya setuju dengan awak.

Melalui catatan transkrip diatas didapati bahawa Jaya menyatakan patut


manakala Kumar menyatakan tidak patut untuk memberitahu kepada pengurus
kompleks. Walaupun pendapat Jaya dan Kumar berbeza, pujian harus diberikan
kepada kedua-dua peserta kajian tersebut kerana mereka bebas membuat
pertimbangan tetapi apa yang lebih penting ialah tekanan yang diberikan terhadap
Yallini dalam situasi isu Yallini itu menjadi unsur yang sangat penting dalam
pertimbangan ini. Walaubagaimanapun setelah perbincangan berlaku dalam kumpulan
serta unsur kewajaran diambil kira maka Kumar bersetuju dengan Jaya. Ini
menunjukkan bahawa perbincangan kumpulan dalam mendapatkan jawapan yang
tepat sangat-sangat diperlukan. (Muthu).
Bagi Shanti tindakan moral atau perlakuan moral yang menjadi perkara pokok
dalam segala perbuatan manusia. Tanpa tindakan moral manusia tidak menjadi
sempurna. Belajar bukan hanya untuk teori sahaja malahan harus diamalkan dalam
kehidupan. Kewajaran ditekankan oleh Shanti dengan memberi pandangan dalam
dokumen bertulis seperti dibawah:

“Zaki tidak sepatutnya bertindak sedemikian rupa, dia


sepatutnya menghormati majlis yang sebenarnya diadakan
demi meraikan kejayaan Zaki yang kembali ke tanah air
selepas menamatkan pengajian di luar negara. Dia wajar
menghormati dan membalas jasa yang diberikan oleh ahli
keluarga yang sanggup memberikan wang semasa dia
berada di luar negara. Menghormati orang tua adalah suatu
yang harus diamalkan oleh masyarakat kita”.
(Shanti).

Menurut Shanti kewajaran merupakan perkara utama di bawah prinsip altruisme.


Sesuatu perkara diberi pertimbangan atas dasar kewajaran. Sekiranya dilakukan
sedemikian rupa maka kebaikan bersama akan diperolehi pada akhir sesuatu tindakan.
“saya wajar menerima kenaikan pangkat semasa bekerja nanti sama seperti lelaki
walaupun saya merupakan seorang perempuan” (Devi). Pendirian Shanti ini
menunjukkan bahawa kewajaran sesuatu tindakan sepatutnya berlaku tanpa mengira
perbezaan jantina. Pada masa yang sama semua berhak untuk mendapatkan
keistimewaan sekiranya mempunyai kelayakan dan kemampuan yang boleh membawa
kepada kebaikan bersama. Muni seorang murid yang belajar di kelas tingkatan empat,
menulis jawapan kepada soalan seperti berikut:

“Pengawas bertugas selalu menghentak pintu tandas


sekolah kerana tidak puas hati dengan perbuatan murid-
murid mengotorkan tandas. Perbuatan pengawas itu adalah
betul, kerana pengawas menjalankan tugas yang diberikan
kepadanya dan mematuhi peratuaran sekolah”.
(Muni)

Berdasarkan kepada dokumen bertulis di atas menunjukkan bahawa Muni sudah


faham tentang soalan yang diutarakan dalam ujian post, manakala peserta kajian dapat
melakukan pertimbangan moral dahulu sebelum memberikan fakta atau alasannya.
Aspek pertimbangan moral telah diketahui oleh Muni dan pada masa yang sama
pemikiran Muni membawa kepada penaakulan moral dalam situasi ini. Muni juga
menyatakan bahawa tindakan pengawas itu adalah disebabkan oleh arahan atau
tugasan yang diberikan oleh guru disiplin mereka. Maka dengan itu boleh dikatakan
bahawa perlakuan dan pertimbangan seseorang adalah hasil daripada tekanan kuasa
atasan. Seseorang itu perlu dihormati dan tidak sepatutnya memberikan tekanan
kerana dia adalah agen autonomi dari segi prinsip moral.

Penaakulan murid dalam domain konvensi sosial


Peraturan sosial.
Berdasarkan pada dokumen bertulis di bawah, ia menunjukkan bahawa “M 12”
menyatakan tentang apa yang dikatakan sebagai peraturan sosial iaitu suatu peraturan
yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat atau diamalkan secara tradisi oleh
masyarakat itu. Penjelasan ini boleh dilihat daripada dapatan yang diperoleh daripada
bukti dokumen di bawah:
Seorang makan makanan ringan semasa guru menjalankan aktiviti
pengajaran di dalam kelas. Perbuatan murid itu adalah betul, kerana
dia mungkin lapar. Kalau tidak makan mungkin dia pengsan kerana dia
tidak mengambil sarapan pagi. Jika perkara ini berlaku, dia tidak dapat
mengikuti pengajaran cikgu.

Peraturan sosial adalah pemahaman yang tidak formal yang mengawal tingkah
laku anggota masyarakat. Peraturan sosial dianggap sebagai perwakilan kolektif
tingkah laku kumpulan yang dapat diterima serta persepsi individu mengenai kelakuan
kumpulan tertentu. Komponen tingkah laku peraturan sosial, mempunyai dua dimensi:
berapa banyak tindakan yang dilakukan, dan berapa ramai yang bersetuju dengan
tingkah laku yang dilakukan itu.

Isu sosial
Isu sosial adalah masalah yang mempengaruhi banyak individu dalam
masyarakat. Isu sosial dibezakan daripada isu-isu ekonomi. Walau bagaimanapun,
beberapa isu (seperti imigresen) mempunyai aspek sosial dan ekonomi. Terdapat juga
isu-isu yang tidak termasuk dalam kategori, seperti peperangan. Terdapat perbezaan
tentang isu-isu sosial yang terdapat dalam kalangan masyarakat. Individu yang berbeza
dan masyarakat yang berbeza mempunyai persepsi yang berbeza.

Interaksi sosial
Interaksi sosial adalah proses yang kita bertindak dan bertindak balas kepada
orang-orang di sekeliling kita. Ringkasnya, interaksi sosial termasuk perbuatan orang
yang melakukan satu sama lain dan tanggapan yang mereka berikan sebagai balasan.
Mempunyai perbualan yang cepat dengan rakan seolah-olah agak remeh. Interaksi
sosial termasuk sejumlah besar tingkah laku seperti pertukaran, persaingan,
kerjasama, konflik dan paksaan.

Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang berminat untuk belajar


pendidikan moral menggunakan pendekatan domain sangat signifikan dalam domain
moral dan domain konvensi sosial (Nucci, 2001; 2006). Penggunaan pendekatan
domain dalam pengajaran moral di bilik darjah bukanlah sangat mudah. Mungkin ada
beberapa cabaran untuk mengatasi masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Cabaran paling sukar adalah untuk memastikan peserta kajian jelas tentang
perbezaan di antara kedua-dua domain moral dan konvensi sosial. Peserta kajian
mencampur aduk domain apabila membincangkan isu-isu yang diberikan kepada
mereka. Walau bagaimanapun, akhirnya pelajar-pelajar dapat memahami perbezaan di
antara kedua-dua domain dan meningkatkan pengetahuan moral mereka. Pendekatan
domain dalam pendidikan moral memberikan guru-guru cara atau pilihan untuk
mengaitkan kandungan moral dengan lebih kreatif. Pendekatan ini boleh meramal
kefahaman, pemikiran dan penaakulan tahap pelajar-pelajar dalam beberapa situasi
(Nucci, 2001; Turiel, 1975).

Nucci (2001) mengesahkan bahawa tahap pemikiran pelajar dalam domain moral
akan meningkat dengan menggunakan pendekatan domain. Dalam kajian ini, Yalu
berpendapat bahawa nilai saksama dan keadilan adalah penting dalam situasi moral.
Ini menunjukkan bahawa tahap pemikiran pelajar bertambah baik dari sebelumnya.

Pendekatan domain memberi kuasa kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri


dalam perbincangan mengenai isu-isu moral. Mereka boleh memberi idea-idea dan
pendapat tentang keadilan, altruisme dan autonomi. Seperti yang dibincangkan lebih
awal Kavina berpendapat individu tidak sepatutnya mengambil tindakan berat sebelah
dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Memberikan pendapat melalui penggunan
pendekatan domain juga boleh digunakan untuk menyelesaikan situasi sebenar atau
masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan harian. Pada masa yang sama
pelajar-pelajar dapat berfikir dan berkongsi idea mengenai pembahagian dan
memberikan sebab-sebab logik yang berkaitan dengan amanah.
 
  Dalam dunia globalisasi, adalah penting untuk menggunakan pelbagai
pendekatan dalam pengajaran pendidikan moral. Pendekatan domain dalam pendidikan
moral memberi peluang kepada para pelajar untuk memahami dunia sosial dengan
mengkaji isu-isu sosial yang kritikal dalam domain moral dan domain konvensi sosial.
Pendekatan Domain secara tak langsung mampu mengembangkan ketiga-tiga aspek
dalam dimensi moral pelajar walaupun fokus pendekatan ini lebih kepada pemikiran
atau penaakulan moral (kognitif) sahaja. Kajian ini juga memberikan gambaran yang
lebih jelas dalam perkembangan bidang pedagogi pengajaran pendidikan Moral untuk
murid sekolah menengah. Pendedahan Pendekatan Domain diharap menjadi agenda
utama dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di negara kita.
Tugas guru adalah untuk melahirkan insan sempurna yang mengusai dan boleh
menaakul untuk mempengaruhi emosi dan tingkah laku murid.

 
RUJUKAN

Anderson, C.W. (1989). The role of education in the academic disciplines in teacher
preparation. Dalam A.E Woolfolk, Research perspectives on the graduate
preparation of teacher. Ednglewood Califts, NJ: Prentice Hall.

Ariff S. R. K. (2012, June 11). The true meaning of education. New Straits Times, p.19

Brooks, J., Bock, T., Narvaez, D. (2013). Moral Motivation, Moral Judgement and
Antisocial Behavior. Journal of Research in Character Education.

Chinnery, A. (2015). On Moral Luck and Non Ideal Moral Education. Educational
Theory.

Cho, H. B. (2017). Navigating the meanings of Social Justice, Teaching for Social
Justice and Multicultural Education. International Journal of Multicultural
Education.

Chow, F. M. & Jaizah Mahamud. (2013). Kajian Tindakan: Konsep & amalan dalam
Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Clermont, C. P., Borko, H., & Krajcik,J. (1994). A Comparative Study of the pedagogical
content knowledge of experienced and novice chemical demonstrators.
Journal of Research in Science Teaching, 31(4), hlm 419-441.

Cochran, K. F., De Ruiter, J.A., King, R.A. (1993). Pedagogical content knowing: An
integrative model for teacher preparation. Journal of Teacher Education, 44(4),
hlm 263-272

Copp, D. (2016). Moral Education versus Indoctrination. Theory and Research in


Education.

Creswell, J.W. (2012). Educational Research Planning, conducting, and Evaluating


Quantitative and Qualitative Research (4th ed.). New Jersey: Pearson Education,
Inc
Debby, Z., Shelly, I. (2012). Action Research and the Educational Doctorate New
Promises and Visions.

Doyle, E., O’Flaherly, J. (2013). The Impact of Education Level and Type on Moral
Reasoning. Irish Educational Studies.

Elizabeth, J. J. (2012, June 5). High in education, low in virtue. New StraitsTimes, p. 19.

Fatimah, H. (2001). Penyelidikan Tindakan di Sebuah Sekolah. Dalam Marohaini Yusoff


(Ed). Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja Lapangan kajian (pp. 361-401).
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Gendron, C. (2016). Moral Attention: A Comparative Philosophical Study. Journal of


Moral Education.

Gertsen, R., Schaap, H., Bakker, C. (2017). Moral Authoship of Novice Teacher in
Primary Education. Teacher and Teaching Theory and Practice.

Grossman,P.L. (1990). The making of a teacher : Teacher knowledge and teacher


education. New York : Teachers College Press.

Ibrahim, B. (2012, June 8). The renaissance of national ideologies-Pancasila and Rukun
Negara: Nurturing just and civilised humanity. New Straits Times, p. 16.

Ilhavenil, N. (2013). Teacher as a caring agent in developing empathy among moral


education students. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.

James, E.A., Slater, T., & Bucknam, A. (2012). Action research for Business, Nonprofit,
and Public Administration A Tool for Complex Times. London: Sage.

Joseph, P. B., Mikel, E. (2014). Transformative Moral Education: Chalenging on


Ecology of Violence. Journal of Peace Education.

Kathiresan. A. (2012, June 14). Why I am not a criminal: Nature or nurture. New Straits
Times, p. 19.

Keddie, A. (2016). Maintaining the Integrity of Public Education: A Comparative


Analysis of School Autonomy in the United State and Australia. Comparative
Education Review.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The Action research planner. Geelong, Vivtoria,
Australia: Deakin University Press.

Lovat, T., & Clement, N. (2008). Quality teaching and values education: coalescing for
effective learning. Journal of Moral Education, 37(1), 1-16.
Mark, R. (1990). Pedagogical content knowledge: From mathematical case to modified
conception. Journal of Teacher Education, 41(3), hlm.11.

Maxwell, B., Beaulac, G. (2013). The Concept of the Moral Domain in Moral
Foundations Theory and Cognitive Developmental Theory: Horses for Courses.
Journal of Moral Education.

McDiarmid, G.W., Ball,D.L., & Bandura,C.A.(1989). Why saying one chapter ahead
doesn’t really work: subject-specific pedagogy. Dalam M.Reynolds, knowledge
base for the beginning teacher. Oxford,United Kingdom:Pergamon.

McNiff, J., & Whitehead, J. (2005). Action research for teachers : A practical guide. New
York: David Fulton Publishers.

Narvaez, D.(2004). Community voices and character education. Minnesota Department


of Children, Families & Learning. Universiy of Minnesota.

Nucci, L., Creane, M. W., & Powers, D. W. (2015). Integrating Moral and Social
Development Within Middle School Social Studies: A Social Cognitive Domain
Approach. Journal of Moral Education.

Nucci, L. (2001). Education in the moral domain. Cambridge: Cambridge University


Press.

Nucci, L., Murata, A., Midgette, A., Gee, R., & Powers, D. (2018). Using Lesson Sudy in
Teacher Professional Development for Domain Based Moral Education.

Nucci, L. P., & Powers, D.W. (2014). Social cognitive domain theory and moral
education. In L. P. Nucci & D. Narvaez (Eds.). Handbook of mora and character
education (2nd ed.)

Nucci, L. (2016). Recovering the Role of Reasoning in Moral Education to Address


Inequity and Social Justice. Journal of Moral Education.

Othman, L. (2011). Kajian tindakan dalam pendidikan: Teori dan amalan. Tanjung
Malim, Perak, Malaysia: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Santoro, D. A. (2017). Cassandra in the classroom: Teaching and Moral Madness.


Studies in Philosophy and Education.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching a Foundation of the new reform.


Harvard Educational Review, 57(1), hlm 1-21.

Suppiah Nachiappan. (2017). Problems in teaching and learning of Moral Education in


Secondary School and Solutions through Hermenentics method.
Taylor, R. M. (2015). The Ethics of Teaching for Social Justice: A Framework for
Exploring the Intellectual and Moral Virtues of Social Justice. Democracy and
Education.

Turiel, E. (1983). The development of social knowledge: Morality and convention.


Cambridge, England: Cambridge University Press.

Turiel, E., & Smetana, J. (1984). Social knowledge and action: The coordination of
domains. In W.M. Kurtines & J.L. Gewirtz (Eds.), Morality, moral behavior, and
moral development: Basic ideas in theory and research , New York: Wiley.

You might also like