You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN MACHANG BUBOK II

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU KALI – 1 ( TAHUN 2020)


TARIKH : 8 JANUARI 2020
HARI : RABU
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK BAHASA
KEHADIRAN : 1. PN. ROHANA BT CHE MAN (PENGERUSI)
2. PN. SOLEHAH BT YUSOFF
3. PN. NORAINI BT YAACOB
4. PN. SITI FATIMAH BT AHMAD
5. EN.YUSNIZAN B YUSOF
6. PN. ZARINA BT BEERAN
7. PN. ROSMAWATI BT YUNUS
8. PN. UMMI MADIHAH BT AHMAD
9. EN. AHMAD FAZROL B MOHAMAD
10. EN ABU HASSAN B SAMDIN
11. PN. NOOR FALIANA BT MOHAMED
12. EN. MOHD AL-IZZUDIN B AL – PIKRI
. 13. EN. SAHIDI B YAHAYA

AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua AJK bagi
mesyuarat kali pertama bagi tahun 2020. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru baru En
Sahidi B Yahaya dalam mesyuarat Panitia BM bagi tahun 2020.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

2.1 Pencadang : Pn Siti Fatimah bt Ahmad

Penyokong : Pn Ummi Madihah Bt Ahmad

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Buku aktiviti PJPK belum sampai ke sekolah lagi. PKJR dijalankan pada minggu 2 dan minggu
ke 4 di dalam waktu BM. Guru akan menggunakan buku aktiviti PKJR yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.2 Semua guru BM telah menghantar laporan PBS pada SU PBS .

3.3 Pendidikan Sivik juga telah dimasukkan ke dalam mata pelajaran BM.

3.4 PLC akan dijalankan pada minggu 1 setiap bulan.


4.0 DAPATAN MESYUARAT

4.1 Pn Mazlina berharap pada tahun 2020 mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa
Melayu Penulisan dan Sains akan mencapai target 100 % kelulusan.

4.2 Semua guru merujuk takwim sekolah untuk pencerapan guru. Beliau juga meminta semua
guru menyemak latihan murid setiap minggu. Jangan biarkan latihan yang diberi tanpa
disemak . Patuhi tarikh yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran bagi penyemakan oleh
pentadbir.

4.3 Ketua panitia berbincang untuk penetapan penulisan RPT dan

RPH. Tetapkan guru yang membuat RPT. Penulisan RPH mestilah mengikut format yang
ditetapkan bagi setiap mata pelajaran.

4.4 Panitia menyediakan Perancangan Strategik untuk 3 tahun, Tahun 2020 hingga Tahun 2022.
Plan Taktikal Tahun 2020, Plan Operasi Tahun 2020. Beliau juga meminta ketua panitia
menyebar luaskan maklumat dalam panitia.

4.5 Semua ketua panitia berbincang dalam panitia masing-masing keperluan tahun 2020. Nota
minta perlu diserah kepada Guru Besar.

Nota minta 1 ( pada pertengahan bulan Januari)


Nota minta 2 (pada pertengahan bulan April)

4.6 Ketua panitia diminta mengemaskini fail-fail panitia. Pn Mazlina meminta ketua panitia
memasukkan minit mesyuarat, Perancangan Strategik Tahun 2020 hingga 2022 dimasukkan ke
dalam fail .

4.7 Ketua panitia diminta membuat perancangan tentang teknik menjawab UPSR secara dalaman
dan luaran.

4.8 Guru Adiwira – Hero teachers . Guru yang mempunyai contoh teladan yang baik yang dapat
menjadi ikutan oleh yang lain. Wujudkan Teachers Tube.

5.0 SENARAI NAMA GURU DAN KELAS MENGAJAR 2020.

(Rujuk lampiran yang disediakan )

6.0 RPT dan RPH

6.1 RPT perlu disediakan bagi setiap tahun. Penyediaan RPT adalah dibuat sebanyak 43 minggu.
RPT perlu di email kepada ketua panitia untuk simpanan fail dan dimasukkan dalam telegram BM
sebagai rujukan guru lain apabila perlu.

6.2 Guru-guru boleh dapatkan RPT Bahasa Melayu mengikut tahun daripada guru-guru berikut:

Tahun 1 – Pn Ummi Madihah Bt Ahmad

Tahun 2 - Pn Siti Fatimah Bt Ahmad

Tahun 3 – En Ahmad Fazrol B Mohammad


Tahun 4 – Pn Zarina Bt Beeran

Tahun 5 - Pn Rohana Bt Che Man

Tahun 6 – Pn Rohana Bt Che Man

6.3 RPH perlu disediakan mengikut standard yang ditetapkan .Standard kandungan dan
standard pembelajaran ditulis dalam bentuk nombor unit sahaja.Objektif perlu ditulis dalam
bentuk ayat. Aktiviti dan bahan bantu mengajar perlu di tulis dengan jelas .Bagi pengisian
kurikulum pula, guru boleh mendapatkannya di dalam buku teks. Impak dan refleksi ditulis
selepas Pdpc.

6.4 Buku latihan bagi tahap 2 sebanyak 4 buah manakala tahap 1 sebanyak 3 buah.

7.0 PELAN STRATEGIK, TAKTIKAL DAN OPERASI

7.1 Pelan strategik telah dibuat untuk 3 tahun iaitu 2020 hingga 2022. Manakala pelan taktikal
dan pelan operasi pula dibuat untuk 1 tahun sahaja. Semua program yang dirancang dimasukkan
ke dalam pelan taktikal dan operasi . Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan sepanjang
tahun :

1. Kelas bimbingan tahun 6

2. Program HIP

3. Kem Serlah Bacaan

4. Program Impian Bersama

5. Bengkel menjawab dalaman dan luaran tahun 6

6. Bengkel berfokus tahun 5 dan 6

7. Bulan Bahasa

8.0 TOV/ HEADCOUNT 2020


8.1 Guru tahun 5 dan 6 diminta berbincang sesama guru untuk menentukan headcount bagi murid
tahun 5 dan 6
8.2 Headcount tahun 4 penulisan masih belum dibuat kerana markah akan diambil berdasarkan
peperiksaan PAT.

9.0 LINUS /PEMULIHAN


9.1 Berikut adalah bilangan murid pemulihan:
Tahun 2 UPM – 15 orang
Tahun 3 UUM - 8 orang
Tahun 4 UUM – 6 orang
9.2 Beberapa program LINUS pada tahun 2019 akan diteruskan pada tahun 2020 . Program
kelestarian LINUS juga akan dijalankan seperti program impian bersama , pemulihan di dalam
kelas dan Kem Serlah Bacaan.
10.0 PBS
10.1 Bagi tahun 2020 cikgu Fatimah Din memberitahu terdapat format baru bagi borang perekodan.
Semua guru boleh dapatkan borang PBS dari telegram sekolah.
10.2 Guru-guru diminta menyediakan template perekodan kelas yang di ajar bermula Februari.

11.0 PSS
11.1 Mulai tahun 2020 Program NILAM melibat semua guru BM . Tugas guru Bahasa Melayu adalah
menggalakkan murid-murid membaca buku.

12.0 KEWANGAN
12.1 Ketua panitia akan menyediakan nota minta sekiranya ada AJK ingin menggunakan duit panitia
untuk pembelian bahan Pdpc. Sila beritahu KP.
12.2 Panitia akan membeli ABM pemulihan dan buku pemulihan tahun 3 , kertas A4 dan marker pen
untuk kegunaan guru-guru BM.

13.0 HAL-HAL LAIN


13.1 Kem Serlah Bacaan akan dijalankan pada bulan Februari
13.2 Panitia BM ditugaskan untuk menceriakan dinding di bawah tangga. Guru-guru BM akan
menyediakan bahan. Ketua Panitia mencadangkan agar AJK memberikan kerjasama bagi
menceriakan kawasan tersebut.
13.3 Berikut senarai tugasan guru pembimbing bagi pertandingan Ko Akademik :

Bercerita Tahap 1 - Pn Ummi Madihah b Ahmad


Bercerita Tahap 2 - En. Abu Hassan B Samdin
Pidato - En. Mohd Al-Izzudin B Al – Pikri
Bicara Berirama - Pn. Noor Faliana Bt Mohamed
Pn Rosmawati Bt Yunus

14.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh

……………………………… ………………………………..

( NORAINI BT YAACOB) ( PN. ROHANA BT CHE MAN)

SETIAUSAHA PANITIA BAHASA MELAYU KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

SK MACHANG BUBOK II SK MACHANG BUBOK II

You might also like