You are on page 1of 17

BAB 3

LIMPAHAN KEMAKMURAN
MERENTASI ETNIK
Hasil Pembelajaran:
•Menerangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi
dengan hubungan etnik di Malaysia.
•Menghuraikan dasar-dasar pembangunan ekonomi yang
berkaitan dengan persoalan pertumbuhan ekonomi dan
agihan di Malaysia.
•Menganalisis interaksi antara globalisasi dengan dasar
berkaitan pertumbuhan dan agihan di Malaysia
RANGKA
• Isu sosioekonomi awal kemerdekaan
• Ekonomi menjadi isu etnik
• Dasar Ekonomi Baru
• Kejayaan ekonomi Malaysia
• Isu dan cabaran
3.1 Pengenalan
• Pertumbuhan dan pembangunan ekonomi amat
berkait rapat dengan kestabilan sosiopolitik
dalam sesebuah negara.
• Kekayaan negara perlu diagihkan dengan adil dan
saksama agar semua etnik dapat menikmati
faedah pembangunan.
• Contoh dasar ekonomi negara: Dasar Ekonomi
Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional
(1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-
2020).
3.2 Isu Sosioekonomi pada
Awal Kemerdekaan
• Penerusan dasar ekonomi bebas penjajah telah
mewujudkan isu ekonomi di kalangan masyarakat
pelbagai etnik.
• Isu kemiskinan: Tahun1970, etnik Melayu (65.9%)
dan India (40.2%) berbanding Cina (27.5%).
• Isu hak milik kekayaan: pada 1970,Cina (27.2%) ,
Melayu (2.4%) dan India (1.1%).
• Isu guna tenaga dan pekerjaan:pada 1970, hampir
2/3 guna tenaga dalam sektor pertama (pertanian
dan perikanan) terdiri dari etnik Melayu.
Jadual 3.1: Pemilikan Modal Saham oleh
Syarikat Berhad di Semenanjung
Malaysia (1960-1990).
(Lihat Halaman 67)
Jadual 3.2: Malaysia-Peratus guna Tenaga
Mengikut Sektor dan Kumpulan Etnik
(1970-1985)
(Lihat Halaman 68)
3.3 Ekonomi menjadi Isu Etnik
• Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut
boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau
etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerjaan
termasuk:
-isu perbezaan pendapatan isi rumah
-isu jurang berbezaan golongan kaya dan miskin.
-isu jurang pendapatan golongan bandar dan luar
bandar.
• Kajian dan data menunjukkan tahap kemiskinan
dikalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun
1957-1970.
3.4 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
• DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak
pada tahun 1970 hingga 1990.
• Ia merupakan sebuah usaha kerajaan bagi
memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedi
13 Mei 1969 dan strategi ke arah pembentukan
perpaduan nasional.
• DEB merangkumi dua objektif iaitu:
a. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
b. Penyusunan semula masyarakat tanpa
mengikut fungsi ekonomi.
• DEB mempunyai agenda “serampang dua mata”
kerana ia menyatupadukan pelbagai etnik dan
merupakan titik permulaan baharu kepada etnik
Melayu untuk bergiat di dalam bidang
perdagangan, perindustrian dan perniagaan.

• DEB berpegang kepada prinsip bahawa


ketidakseimbangan ekonomi perlu diperbaiki
untuk mengelakkan ketegangan dan konflik antara
etnik dan seterusnya mengukuhkan perpaduan di
kalangan masyarakat Malaysia.
• Sasaran dan objektif DEB
-Kadar kemiskinan:
Kemiskinan 1970 (dalam %) Sasaran pada
1990
(dalam %)
Keseluruhan 49.3 16.7

Luar bandar 58.7 23

Bandar 21.3 9.1

(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja)


- Pemilikan ekuiti korporat:

Pemilikan 1970 Sasaran pada 1990


(dalam %) (dalam %)

Bumiputera 2.4 30

Bukan Bumiputera 34.3 40

Pemodal asing 63.3 30

(Sumber: Malaysia (1991) -Semenajung Malaysia sahaja)


• Bagi mencapai objektif di atas, beberapa institusi dan
agensi baru telah diwujudkan seperti:
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA)
- Institut Pembangunan dan Penyelidikan
Pertanian Malaysia (MARDI)
- Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

• DEB diteruskan di dalam kerangkan Dasar


Pembangunan Negara (1991-2000) dan Dasar
Wawasan Nasional (2001-2010).
3.5 Kejayaan Ekonomi Malaysia

• Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi


Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban
ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993).
• Selain itu, kejayaan ini dapat dikategorikan
kepada tiga perspektif iaitu:
a. pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi
yang pesat
b. pembangunan manusia dan pengurangan
kadar kemiskinan
c. kualiti hidup yang meningkat
a. Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi
yang pesat
• Sejak merdeka, ekonomi Malaysia mencatatkan
kadar pertumbuhan KDNK yang membanggakan.
• Sejak 1960-an hingga 2007, kadar pertumbuhan
sebanyak lima hingga 8.5%.
• Malaysia juga berjaya mengharungi era
kemelesetan ekonomi pada tahun 1980-an dan
hujung 1990-an.
• Pertumbuhan pesat ini juga telah membolehkan
pendapatan per kapita meningkat dari RM721
pada 1960 kepada RM6099 pada 1990.
b. Pembangunan manusia dan pengurangan
kadar kemiskinan
• Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat dalam
tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan iaitu daripada
52.4% pada 1970 kepada 17.1% pada 1990,
seterusnya kepada 5.7% pada 2004.
• Bilangan isi rumah miskin dikurangkan dari 1juta
isi rumah pada 1970 kepada 311,300 isi rumah
pada 2004.
• Kemiskinan tegar dikurangkan dari 3.9% pada
1990 kepada 1.2% pada 2004.
c. Kualiti hidup yang meningkat
• Pertumbuhan dan peningkatan pendapatan yang
tinggi semenjak empat dekad yang lalu telah
meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
• Hal ini dilihat dari aspek kesihatan, pendidikan,
pemilikan barang keperluan asas, penyediaan
infrastruktur awam dan sebagainya.
• Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) iaitu ukuran
kebajikan dan kesejahteraan kehidupan
memperlihatkan trend yang meningkat dari pada
ke tahun.
3.6 Isu dan Cabaran
• Disebalik kejayaan ekonomi Malaysia yang telah
diperbincangkan, terdapat juga beberapa isu
dan cabaran yang harus ditangani.
• Isu dan cabaran tersebut merangkumi:

a. ketaksamarataan pendapatan yang semakin


melebar
b. isu pertumbuhan atau agihan
3.7 Kesimpulan
• Kerajaan berperanan penting di dalam mencari titik
keseimbangan antara agenda pertumbuhan dengan
agenda agihan yang adil.
• DEB adalah dasar negara yang dibentuk untuk
mewujudkan perpaduan nasional.
• Sepanjang tempoh empat dekad yang lalu, ekonomi
Malaysia mencatatkan prestasi yang sangat
membanggakan.
• Namun, kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan
bijak agar jurang antara kaya dan miskin serta
ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.

You might also like