You are on page 1of 1

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Dalam menongkah era globalisasi yang kian meningkat dari semasa ke semasa, tanah air kita
hamper mencapai kecemerlangan selaras dengan Negara maju yang lain ibarat peribahasa
melayu, duduk sama rendah berdiri sama tinggi. Oleh yang demikian, seringkali kita
tersentak oleh pelbagai masalah etnik yang sering menjadi buah mulut di kedai kopi mahupun
di dewan parlimen. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama
perlu menitikberatkan soal keharmonian dan kestabilan Negara yang amat bergantung kepada
perpaduan seluruh warga masyarakat. Perpaduan harus terus dipuliha dan disemai agar
masyarakat tidak bergelora yang menyemarakkan api perkauman. Isu perkauman dan lain-
lain isu yang sensitif seperti memperlekehkan kaum lain perlu dielakkan. Selain itu ia juga
boleh menyebabkan berlakau huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan
konflik dan perselisihan kaum dan konflik agama, mewujudkan prejudis, prasangka antara
kaum, menghilangkan semangat toleransi serta menimbulkan suasana tegang antara kaum.
Kesemua elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian antara kaum.
Perpaduan kaum adalah perkara yang perlu dilihat dan diambil perhatian bagi menentukan
kestabilan politik, sosial dan ekonomi.
Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi
sesebuah Negara selain menunjukkan darjah dan sumber ketegangan social dalam sesebuah
masyarakat. Hubungan etnik yang harmonis menjadi kunci bagi keseimbangan antara
kekuatan ekonomi dan kestabilan politik.

You might also like