You are on page 1of 8

Pengertian dan konsep budaya

Menurut Nik Safiah Karim (1964), perkataan “budaya” berasal daripada cantuman perkataan
Sanskrit dan Melayu, iaitu “budhi” dan “daya”. Perkataan “budhi” bermaksud kecergasan
fikiran dan akal manakala perkataan “daya” bermaksud kekuatan kuasa, tenaga serta
pengaruh. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya bermakna tenaga
fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa. Dalam konteks pendidikan, budaya
diterapkan melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Murid-
murid akan dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dihendaki oleh masyarakat.
Misalnya, . Ringkasnya, budaya merujuk kepada cara hidup sesebuah masyarakat atau
bangsa termasuklah agama, bahasa, kepercayaan dan pemikiran (Syed Ismail, 2012).

Kamus Dewan Edisi Keempat () pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal
budi dan berkelakuan.

Nik Safiah Karim. (1964). Kajian Kebudayaan Melayu. Kota Bharu: Pustaka Dian.

Syed Ismail Syed Mustapa. (2012). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Pengertian Sosiobudaya

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sosiobudaya adalah hubungan


masyarakat dengan budaya seperti cara hidup dan kepercayaan. Malaysia merupakan
sebuah negara yang berbilang kaum di mana setiap kaum mempunyai budaya seperti cara
hidup, kepercayaan, adat resam, peraturan yang berbeza. Menurut Noriati A. Rashid et al.
(2011), kepelbagaian sosiobudaya boleh ditinjau dari segi bangsa, bahasa, adat resam dan
jantina.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka


(Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah
Abd. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Teori Sistem Ekologi Bronfenbenner

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1994) menjelaskan bahawa perkembangan kanak-kanak


adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut.
Terdapat 5 sistem yang saling berkait antara satu sama lain yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak, iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan
kronosistem. Sistem-sistem ini menekankan keupayaan kanak untuk menyesuaikan diri
kepada persekitaran serta memanfaatkan kemahiran-kemahiran yang lahir berasaskan
kepada persekitaran setempat. Kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang
lingkup mikro dan boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran (Mariani Md. Nor, 2006).

Mikrosistem

Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai


interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Mikrosistem meliputi
keluarga, guru, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung
dengan kanak-kanak.

Mesosistem

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem. Hubungan antara keluarga


dengan rakan, guru dan jiran menjadi fokus utama dalam melihat pengaruh terhadap
hubungan kanak-kanak dengan persekitaran tersebut (). Contohnya, seorang murid yang
sering dipinggirkan oleh ahli keluarganya mungkin akan menghadapi masalah untuk
menjalinkan hubungan yang positif dengan guru dan murid-murid lain.

Bronfenbrenner, U. (1994). Ecological Models of Human Development. International


Encyclopedia of Education, Vol. 3, 2nd. Ed., 37-43.

Mariani Md Nor. (2006). Realiti Trend dan Isu dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Masalah Pendidikan, 81–90.
Peranan guru dalam perkembangan sosiobudaya di bilik darjah

Menurut Syed Ismail (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan
mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis di
peringkat nasional dan global. Bagi negara kita yang terdiri daripada masyarakat berbilang
kaum maka penerapan nilai seperti toleransi dan hormat-menghormati penting untuk
menjaga keharmonian serta kesejahteraan hidup bermasyarakat. Oleh itu, guru harus
menyemai elemen mesra budaya ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan positif.

Guru harus memperkenalkan murid dengan kepelbagaian warisan budaya di


Malaysia. Menurut Jacobsen et al (2012), persekitaran bilik darjah yang terdiri daripada
murid berbilang kaum dapat menghasilkan kesefahaman antara kaum. Misalnya, murid
menjalankan aktiviti lakonan sambutan hari perayaan di Malaysia dengan memakai pakaian
tradisional dan membawa makanan tradisional kaum sendiri. Aktiviti lakonan membolehkan
murid memerhati dan mengenali kepelbagaian budaya setiap kaum bagi menggalakkan
perkongsian budaya pakaian serta makanan tradisonal setiap kaum sehingga memupuk
perpaduan di dalam kelas. Penyataan ini disokong oleh Firdaus Mahmud (2017) bahawa
sambutan pelbagai perayaan yang unik di Malaysia dapat mengeratkan hubungan
silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis. Pengaplikasian
pendekatan kontekstual turut membantu murid mengaitkan isi pelajaran dengan
pengalaman sambutan perayaan yang telah dilalui supaya murid dapat terlibat secara aktif
dalam proses pembelajaran sehingga mewujudkan suasana bilik darjah yang seronok.
Dengan itu, matlamat pedagogi relevan budaya akan tercapai.

Selain itu, guru perlu menggalakkan interaksi antara murid berbilang kaum di dalam
kelas. Menurut Noriati et al (2011), penglibatan murid daripada pelbagai kaum dalam aktiviti
PdP akan memberikan lebih ruang kepada murid untuk berinteraksi dan berkomunikasi
antara satu sama lain. Contohnya, aktiviti pakaian tradisional dapat memupuk nilai
menghargai keunikan budaya kaum sendiri melalui perkongsian budaya pakaian tradisional
dengan kaum lain bagi menimbulkan penerimaan dan pertembungan budaya antara kaum.
Apabila murid menyedari kepentingan warisan budaya nenek moyang maka murid akan
berusaha memelihara dan mengamalkan budaya yang diwarisi sejak turun-temurun ke
dalam kehidupan harian. Bukan itu sahaja, sesi komen dapat memupuk nilai menerima dan
menghormati pandagan rakan serta murid dapat belajar untuk menunggu giliran bagi
mengemukakan pandangan. Pengaplikasian strategi berpusatkan murid melalui kaedah
pembentangan dan perbincangan dapat menimbulkan perasaan hormat terhadap budaya
setiap kaum bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan atau perkauman antara murid di
sekolah. Perpaduan kaum dapat dikukuhkan dengan adanya hubungan yang mesra antara
rakyat Malaysia (Hamidi Ismail, 2016).

Seterusnya, pelaksanaan aktiviti pembelajaran koperatif dapat memupuk kerjasama


antara murid untuk menguasai isi pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Guru perlu
bijak menyusun tempat duduk murid supaya terdapat kesamarataan taburan antara murid
daripada pelbagai kaum. Murid bekerjasama secara berkumpulan dan berinteraksi dengan
murid pelbagai latar budaya dapat mewujudkan sikap saling bergantungan positif antara
satu sama lain (Syed Ismail Syed Mustapa, 2012). Misalnya, guru boleh mengadakan aktiviti
melukis mural, menulis slogan kata yang berunsur perpaduan untuk menggalakkan murid
berbincang dan membuat persediaan secara berkumpulan sehingga menjadikan
pembelajaran lebih aktif kerana setiap ahli bebas untuk menyuarakan pendapat masing-
masing mengenai tugasan yang diberikan. Misalnya, murid berkaum Melayu berkongsi
bagaimana bentuk dan rasanya ketupat kepada ahli kumpulan supaya murid boleh
mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut. Pelaksanaan
pendekatan koperatif lebih cenderung menarik minat murid di samping menjadikan proses
PdP lebih bermakna (Rafiza, 2013). Kebijaksanaan guru menyusun atur tempat duduk
dengan mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum turut menggalakkan
murid bekerjasama antara satu sama lain.

Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara murid-murid


pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Kelancaran PdP
banyak disumbangkan oleh kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan
tumpuan murid-murid lain dan guru. Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid
dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum. Dengan itu, mereka dapat melakukan
pelbagai aktiviti bersama-sama di sepanjang sesi persekolahan. Konflik yang timbul sesama
murid dalam bilik darjah terutamanya yang melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi
mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih besar. Sebagai contoh pergaduhan antara
murid yang melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej
negara. Oleh itu, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di dalam setiap
mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap kali proses pengajaran
dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan peribadi murid-murid dalam
menghadapi masa akan datang.
Guru yang prihatin terhadap kepentingan kepelbagaian budaya akan sentiasa
berwibawa dalam pemilihan bahan sumber pembelajaran. Menurut Noriati (2011), pemilihan
bentuk sumber pembelajaran yang dapat diterima, tidak bias dan prejudis perlu diutamakan.
Guru perlu bijak mengaitkan isi pelajaran dengan kepelbagaian kaum dan budaya murid di
dalam kelas. Contohnya, guru mengajar tajuk “Pakaian Tradisional Malaysia” dengan
menjemput murid memakai dan memperkenalkan pakaian tradisional kaum masing-masing.
Aktiviti PdP yang berkaitan dengan pengalaman harian murid akan meningkatkan minat dan
motivasi murid untuk belajar (Lai Lee Chung et al, 2017). Ekoran itu, guru juga akan
sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat mengenai sesuatu kaum. Pemilihan sumber
yang merangkumi penggunan bahasa dan istilah yang tidak sensitif juga perlu diberi
perhatian. Ringkasnya, guru yang menyedari kepentingan kepelbagaian budaya akan
sentiasa mengelakkan unsur-unsur negatif dan sensitif untuk menghormati murid-muridnya.

Firdaus Mahmud. (2017). Perayaan di Malaysia [Abstrak]. Universiti Sains Malaysia,


Perayaan (1), 1-33.

Hamidi Ismail. (2016). Kesederhanaan Ke Arah Perpaduan Kaum Di Malaysia.


Journal of Techno-Social, 8 (1): 70-84.

Jacobsen, R., Frankenberg, E. & Lenhoff, S.W. (2012). Diverse Schools in a


Democratic Society: New Ways of Understanding How School Demograhics
Affect Civic and Political Learning. American Educational Research Journal
49 (5): 812-843.

Lai Lee Chung. (2017). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat
Dalam Penulisan Karangan Dari Aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan
Kreatif Serta Pembelajaran Kolaboratif. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1-12.

Noriati Abd. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah
Abd. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Rafiza Abdul Razak. 2013. Strategi pembelajaran aktif secara kolaboratif atas tallian
dalam analisis novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia
Pasifik, 1 (3): 34-46.

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2012). Budaya dan
Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia SDN. BHD.
Kepentingan memahami konsep budaya kepada guru

Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya.

Guru dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid.

Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat di Malaysia.

Nilai-nilai menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri murid.

Memupuk semangat perpaduan serta untuk profesionalisme guru sendiri.

Suhid, A. 2007. Pengajaran adab dan akhlak Islam dalam membangunkan modal insan.
http:pkukweb.ukm.my/jmalim/images/vol.08.2007/artikelke19-asmawati169-178.pdf.

Guru perlu merancang aktiviti PdP yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan
agama murid.

Murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dijalankan agar mereka
dapat menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran. Aktiviti yang melibatkan interaksi
di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan
yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan
individu.

Selain itu, topik-topik yang dibincangkan mesti bebas daripada menyentuh sebarang isu-isu
sensitif. Guru perlu peka dengan nilai dan kepercayaan murid. Setiap kepercayaan dan nilai
perlu diterima seadanya. Tumpuan juga perlu diberikan kepada murid yang lemah. Pelbagai
kaedah dan strategi pengajaran boleh diaplikasikan oleh guru agar masalah perbezaan
kecerdasan ini dapat diatasi beransur-ansur

Selain itu guru perlu bersikap adil terhadap semua murid supaya . Guru tidak harus
menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap
kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama
murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
Seterusnya guru Bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang rasmi iaitu Bahasa
Melayu dan bebas daripada sebarang dialek. Hal ini kerana bahasa yang standard
membolehkan semua murid memahami apa yang dituturkan oleh guru. Secara tidak
langsung, mereka dapat berinteraksi dengan guru dan mengambil bahagian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri Guru Mesra Budaya

Guru sebagai agen moral dan suri teladan kepada murid-muridnya perlu mempamerkan
perwatakan yang mulia kepada muridnya (Suhid, 2007).

Guru harus mempamerkan peribadi yang sopan dari segi pakaian, tutur kata dan interaksi
dengan orang lain.

Guru juga harus bersikap jujur daan ikhlas dalam melaksanakan tugas pengajaran.

Guru harus berfikiran terbuka dan rasional dalam menyelesaikan masalah.

Guru harus mendidik murid menghargai budaya kaum sendiri dan menghomati budaya
kaum lain.

You might also like