You are on page 1of 38

BAB 7

Isu Berkaitan
dengan Pentaksiran
Sekolah Rendah
di Malaysia
Hasil Pembelajaran

Memahami trend semasa dalam pentaksiran di Malaysia.


Membincangkan sistem pendidikan berorientasikan
peperiksaan.
Menjelaskan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam pentaksiran.
Menghuraikan pentaksiran berasaskan sekolah,
pentaksiran autentik, pentaksiran secara atas talian dan
instrumen pentaksiran antarabangsa.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 3
Trend Semasa dalam
Pentaksiran di Malaysia

 Usaha untuk mengurangkan penekanan terhadap


pentaksiran sumatif sebaliknya melebihkan pentaksiran
formatif.
 Penekanan kepada elemen kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT), pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
dan pentaksiran autentik.
 Pengenalan dan perluasan pentaksiran secara atas
talian (online)
 Peningkatan pengetahuan dan kemahiran murid supaya
dapat bersaing di persada dunia.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 4
Sistem Pendidikan
Berorientasikan Peperiksaan

Sistem pendidikan di Malaysia, terlalu berorientasikan


peperiksaan.
Kecemerlangan disamakan dengan bilangan gred ‘A’
yang diperoleh dalam peperiksaan awam. Semakin banyak
gred ‘A’ diperoleh oleh murid, maka murid itu dianggap
bijak.
Semua perkara di sekolah yang melibatkan hal ehwal
pentadbiran, pengajaran dan sebagainya bertumpu kepada
peperiksaan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 5
Sistem Pendidikan Berorientasikan
Peperiksaan (sambung…)

 Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan tidak


sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
bermatlamat untuk melahirkan individu yang
menyeluruh dan bersepadu.
 Peperiksaan awam sumatif tidak sepatutnya
memberikan apa-apa impak negatif terhadap murid.
Namun, peperiksaan awam yang dilaksanakan
sekarang tidak menguji kesemua kemahiran yang
dihasratkan dalam sistem pendidikan negara.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 6
Elemen Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam Pentaksiran

 Kebanyakan soalan peperiksaan dapat dijawab melalui


ingat kembali semata-mata. Murid hanya perlu menghafal
kandungan mata pelajaran seterusnya menulis semula
apa-apa fakta yang diingati semasa menjawab soalan
peperiksaan.
 Majikan mempersoalkan mutu seseorang hasil daripada
sistem pendidikan negara kerana para graduan tempatan
kini kekurangan dari aspek insaniah seperti kemahiran
berfikir aras tinggi.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 7
Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) dalam Pentaksiran
(sambung…)

 KPM telah mengambil beberapa langkah yang bertujuan


mentransformasi sistem pendidikan negara:
 Menghantar pegawai-pegawai KPM yang terpilih ke luar
negara untuk menjalani latihan kemahiran berfikir
 Penubuhan sekolah bestari pada tahun 1990-an
 Perombakan peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran
berasaskan sekolah untuk meningkatkan peratusan
soalan mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi secara
berperingkat
 Mengurangkan bilangan soalan aneka pilihan dan
menambah soalan terbuka
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 8
Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010


telah membuat keputusan untuk melaksanakan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai sebahagian daripada
Program Transformasi Pendidikan.
Antara tujuan pelaksanaan PBS:
 Selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran
 Lebih berupaya untuk mengukur potensi dan
pencapaian murid
 Dapat memperbaiki prestasi akademik murid kerana
ia merupakan pentaksiran untuk pembelajaran
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 9
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(sambung…)

Namun begitu, pelaksanaan PBS telah menimbulkan


beberapa masalah:
 PBS menjadi tambahan kepada tugasan guru—guru
terpaksa merancang untuk pentaksiran seiring dengan
perancangan mereka untuk pengajaran.
 Guru perlu memantau kemajuan setiap murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun.
 Guru terpaksa memasukkan markah PBS murid ke
dalam sistem komputer atas talian (SPPBS). Sistem ini
pula terlalu lambat dan sukar dicapai.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 10
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(sambung…)

 Guru kurang pengetahuan dan kemahiran dalam


pentaksiran murid.
 Ibu bapa berasa tidak senang hati dengan PBS
kerana mereka tidak memahaminya dan tidak
mengetahui pencapaian sebenar anak mereka
 Ibu bapa agak curiga akan kebolehpercayaan gred
yang diberikan oleh guru serta pengalaman dan
kemahiran guru untuk mentaksir murid secara
formatif

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 11
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(sambung…)

 Atas keprihatinan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terhadap


kesukaran guru melaksanakan sistem PBS ini, penambahbaikan telah
dilakukan pada tahun 2014 melalui surat pekeliling Lembaga
Peperiksaan:
 Guru boleh mentaksir perkembangan pembelajaran murid dan
merekod tahap penguasaan mengikut kesesuaian masa dan
kaedah mereka sendiri.
 Guru tidak lagi dibebankan dengan tugas pengumpulan data
dan evidens hasil kerja murid.
 Guru tidak perlu mengisi data penguasaan murid menerusi
SPPBS secara online.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 12
Pentaksiran Autentik

Satu hujah utama yang diutarakan bagi menggunakan


pentaksiran autentik ialah kelebihan pentaksiran
autentik dalam menguji kebolehan dan keupayaan
murid berbanding dengan pentaksiran tradisional.
Hujah utama yang lain mengatakan bahawa kemahiran
yang diuji dalam pentaksiran tradisional sering kali tiada
kaitan dengan kehidupan murid selepas zaman
persekolahan (Resnick, 1987).
Hal ini menjadikan pentaksiran tradisional kurang
bermakna dan kurang sah.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 13
Pentaksiran Autentik (sambung…)

 Kelebihan pentaksiran autentik:


 Mengizinkan penglibatan tugasan yang bermakna seperti
projek, uji kaji, persembahan lisan, laporan dan
sebagainya
 Memerlukan murid menggunakan kemahiran berfikir aras
tinggi
 Dapat disediakan untuk murid secara individu
 Memberikan peluang kepada murid dalam metakognisi
dan pentaksiran kendiri
 Menggalakkan amalan terbaik pendidikan
 Menggalakkan penghasilan pengetahuan baharu
berbanding dengan menyatakan semula pengetahuan

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 14
Pentaksiran Autentik (sambung…)

 Kelemahan pentaksiran autentik:


 Lemah dari segi pemarkahan hasil tugasan—pemberian
markah terlalu subjektif
 Pentaksiran autentik lemah dari segi label ”autentik”
Apakah yang dimaksudkan dengan autentik?
 Jenis pentaksiran yang telah dikategorikan sebagai
autentik kadangkala tidak semestinya autentik
 Guru menghadapi masalah dalam menjajarkan antara
kriteria prestasi, skala pemarkahan dan rekod pentaksiran

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 15
Isu Pentaksiran Atas Talian

 Kelebihan pentaksiran atas talian:


 Sangat sesuai untuk penilaian formatif; ia mengizinkan murid
mendapat keputusan sesuatu ujian atau latihan dengan cepat
 Guru dapat menjimatkan masa dalam aspek penerangan dan
pemeriksaan skrip ujian
 Murid mendapat fleksibiliti dari segi tempat dan masa untuk
mengambil ujian
 Ujian boleh ditadbirkan dengan lebih kerap dan ini sangat
sesuai untuk assessment as learning dan assessment for
learning
 Mesra persekitaran kerana mod pentaksiran ini tidak
menggunakan sumber yang banyak
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 16
Isu Pentaksiran Atas Talian
(sambung…)

 Kelemahan pentaksiran atas talian:


 Memerlukan kemudahan akses kepada komputer dan
rangkaian (networking) yang cekap, maka ia kurang sesuai
di kawasan pedalaman yang bekalan elektriknya tidak
menentu, kawasan tanpa bekalan elektrik atau tempat yang
sukar untuk mengakses Internet
 Penipuan
 Memerlukan guru dan murid cekap dengan penggunaan
komputer dan perisian
 Hanya akan berjaya apabila kedua-dua guru dan murid
komited terhadapnya
 Kekurangan dari segi nilai sentuhan manusia
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 17
Instrumen Pentaksiran Antarabangsa

 Mengikut KPM, gambaran tentang prestasi murid di Malaysia tidak


boleh bergantung pada peperiksaan awam di dalam negara sahaja.
Pentaksiran juga perlu berdasarkan instrumen pentaksiran
antarabangsa.
 Hal ini adalah kerana:
 Kita perlu memastikan sistem pendidikan negara bergerak
seiring dengan pembangunan pendidikan antarabangsa.
 Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan tiada
kesejajaran antara peperiksaan awam dengan pentaksiran
antarabangsa dari segi cara penentuan standard.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 18
Instrumen Pentaksiran Antarabangsa
(sambung…)

 Dua instrumen pentaksiran antarabangsa yang utama:


 Trends in International Mathematics and Science
Study (TIMSS)
 Programme for International Student Assessment
(PISA)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 19
Pentaksiran TIMSS

 Pentaksiran TIMSS dilaksanakan oleh International Association for


the Evaluation of Educational Achievement (IEA).
 Ia dilakukan secara berkala untuk membandingkan pencapaian
murid serata dunia dalam mata pelajaran Matematik dan Sains.
 Bertujuan menghasilkan maklumat tentang input, proses dan
keberhasilan pendidikan Matematik dan Sains bagi menambah baik
dasar dan proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata
pelajaran tersebut.
 Ia bermula pada tahun 1995 dan dikendalikan setiap empat tahun.
 Bermula daripada kitaran ketiga (2003), hanya murid Tahun 4 (Gred
4) dan Tingkatan dua (Gred 8) yang dipilih untuk ditaksir.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 20
Pentaksiran TIMSS (sambung…)

 Dalam pentaksiran kitaran keenam (2015), data dikumpul daripada


ibu bapa dan TIMSS Advanced telah dikendalikan.
 TIMSS Advanced mentaksir murid tahun akhir sekolah menengah
(Tingkatan 5 di Malaysia) bagi pencapaian Matematik Lanjutan dan
Fizik.
 Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia yang
berbentuk aneka pilihan dan terbuka.
 Bagi pentadbiran di Malaysia, soalan disediakan dalam dwibahasa,
iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.
 Selain ujian, pentaksiran TIMSS juga melibatkan soal selidik bagi
murid, ibu bapa, guru dan sekolah.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 21
Pentaksiran TIMSS (sambung…)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 22
Pentaksiran TIMSS (sambung…)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 23
Pentaksiran TIMSS (sambung…)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 24
Pentaksiran TIMSS (sambung…)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 25
Pentaksiran TIMSS (sambung…)

 Kedudukan Malaysia dalam pentaksiran TIMSS telah


menurun, iaitu daripada kedudukan ke-16 pada tahun
1999 kepada kedudukan ke-26 pada tahun 2011.
 Bagi Sains pula, kedudukan Malaysia telah jatuh daripada
tempat ke-22 pada tahun 1999 kepada tempat ke-32
pada tahun 2011.
 Purata markah Matematik dan Sains bagi Malaysia pada
tahun 2011 ialah 440 dan 426.
 Mengikut kriteria TIMSS, markah yang kurang daripada
500 mata dianggap sebagai kurang memuaskan.
SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 26
Pentaksiran TIMSS (sambung…)

Pencapaian 10
negara terbaik
dalam TIMSS 2011

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 27
Pentaksiran PISA

 Pentaksiran PISA dijalankan oleh Organisation for Economic


Cooperation and Development (OECD).
 Pentaksiran ini dijalankan untuk menentukan pencapaian murid
berumur 15 tahun di seluruh dunia dalam literasi Matematik, Sains
dan Bacaan. Keupayaan murid untuk menyelesaikan masalah
secara kolaboratif juga dinilai.
 Tujuan pentaksiran PISA adalah untuk menentukan pencapaian
murid berumur 15 tahun yang berada di penghujung persekolahan
telah memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
serta dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu
untuk menjadi warganegara dan ahli masyarakat yang berkesan
(OECD, t.t.).

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 28
Pentaksiran PISA (sambung…)

 Pentaksiran ini bermula pada tahun 2000 dan dikendalikan pada


setiap tiga tahun.
 Dalam setiap kitaran, salah satu daripada domain utama, iaitu
Sains, Matematik atau Bacaan akan diberikan keutamaan.
 Terdapat tiga keberhasilan yang diperoleh daripada pentaksiran
PISA, iaitu:
 Profil asas bagi pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh
murid.
 Petunjuk-petunjuk yang menunjukkan cara pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh itu dapat dikaitkan kepada
pemboleh ubah demografik, sosial, ekonomi dan pendidikan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 29
Pentaksiran PISA (sambung…)

 Petunjuk-petunjuk bagi trend yang menunjukkan perubahan


dalam tahap keberhasilan dan taburan serta dalam hubungan
pemboleh ubah dan keberhasilan pada tahap murid, sekolah
dan sistem.
 Soalan disediakan oleh panel pakar dari seluruh dunia dan
berbentuk aneka pilihan dan terbuka yang disusun mengikut
kumpulan.
 Setiap kumpulan soalan adalah berdasarkan satu rangsangan
atau petikan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
 Pada tahun 2012, seramai 510,000 murid daripada 65 buah
negara telah ditaksirkan. Kemudian, bilangan negara telah
bertambah kepada 72 pada tahun 2015.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 30
Pentaksiran PISA (sambung…)

Contoh 1
Adnin menjalankan perniagaan kereta Proton terpakai. Terdapat
empat model kereta Proton terpakai, iaitu Saga, Waja, Persona
dan Perdana. Pada bulan Jun, Adnin mula menjual kereta Saga
dan Waja. Pada bulan Julai pula Adnin dapat menjual kereta
Pesona dan Perdana. Graf yang berikut menunjukkan hasil jualan
kereta-kereta tersebut di kedai Adnin.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 31
Pentaksiran PISA (sambung…)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 32
Pentaksiran PISA (sambung…)

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 33
Pentaksiran PISA (sambung…)

 Kedudukan Malaysia dalam pentaksiran PISA pada tahun 2012


adalah di tempat ke-52 daripada 65 buah negara.
 Malaysia memperoleh 421 mata bagi Matematik, 420 mata bagi
Sains dan 398 mata bagi Bacaan.
 Pencapaian bagi ketiga-tiga bidang ini adalah di bawah purata
global.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 34
Pentaksiran PISA (sambung…)

Pencapaian
10 buah
negara
terbaik
dalam PISA
2012

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 35
Rumusan

 Sistem pendidikan di Malaysia dikatakan terlalu berorientasikan


peperiksaan sehinggakan pencapaian dalam peperiksaan merupakan
matlamat mutakhir bagi sesuatu pembelajaran dan tujuan guru
mengajar hanyalah untuk peperiksaan semata-mata.
 Soalan dalam peperiksaan awam di Malaysia didapati kurang
bermutu dari segi keupayaan untuk mencungkil kemahiran berfi kir
aras tinggi
 Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah diperkenalkan kerana
pentaksiran tradisional didapati kurang berupaya untuk menguji
pencapaian dan potensi murid dengan tepat. Namun, terdapat
beberapa masalah berkaitan dengan pelaksanaan PBS.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 36
Rumusan (sambung…)

 Sebab utama pentaksiran autentik menjadi trend semasa dalam


bidang pentaksiran adalah kerana pentaksiran tersebut dapat
menguji kebolehan dan keupayaan murid dengan lebih tepat
dan skop pentaksiran autentik adalah lebih luas serta biasanya
dikaitkan dengan kehidupan murid selepas zaman
persekolahan. Namun, pentaksiran autentik juga mempunyai
kelemahan.
 Pentaksiran secara atas talian sesuai dengan trend pentaksiran
semasa, iaitu pentaksiran sebagai pembelajaran dan
pentaksiran untuk pembelajaran.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 37
Rumusan (sambung…)

 Pentaksiran TIMSS bertujuan menghasilkan maklumat tentang


input, proses dan keberhasilan pendidikan Matematik dan Sains
bagi menambah baik dasar dan proses pengajaran dan
pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut.
 Pentaksiran PISA pula bertujuan menentukan pencapaian murid
berumur 15 tahun yang berada di penghujung persekolahan telah
memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta
dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran itu untuk
menjadi warganegara dan ahli masyarakat yang berkesan.

SPG Pentaksiran dalam Pendidikan All Rights Reserved


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2016 1– 38

You might also like