You are on page 1of 24

BIZAPP

MANUAL UNTUK AGEN


(PAKEJ BASIC)

JAN 2017
LANGKAH-LANGKAH

1) Muat Turun Dan Pemasangan

a. Muat turun BIZAPP dan install dari GooglePlay atau


AppleStore.

ANDROID IOS
2) Pendaftaran

a. Lancarkan aplikasi BIZAPP dan klik “DAFTAR”.


b. Isikan semua maklumat yang diperlukan.
c. Jika anda diperkenalkan oleh seseorang kenalan tentang
BIZAPP ini, dapatkan ID beliau dan masukkan di bahagian
“PENAJA”. Jika tiada, biarkan kosong.
d. Setelah lengkap, klik butang “DAFTAR”.
e. Periksa email, muat turun fail PDF yang akan menerangkan
kepada anda dengan lebih lanjut lagi tentang BIZAPP.
3) Dashboard

a. Ini ialah skrin utama anda.


b. Anda boleh lihat :
i. JUMLAH JUALAN TAHUNAN
ii. JUMLAH JUALAN BULAN SEMASA
iii. JUMLAH JUALAN BULAN LEPAS
iv. JUMLAH JUALAN HARI INI
v. JUMLAH JUALAN SEMALAM

c. Anda juga boleh lihat (klik anak panah kiri atau kanan):
i. JUMLAH UNTUNG KASAR TAHUNAN
ii. JUMLAH UNTUNG KASAR BULAN SEMASA
iii. JUMLAH UNTUNG KASAR BULAN LEPAS
iv. JUMLAH UNTUNG KASAR HARI INI
v. JUMLAH UNTUNG KASAR SEMALAM
d. Anda juga boleh melihat STATISTIK JUALAN dalam bentuk
graf.
e. KREDIT SMS adalah digunakan untuk anda (optional):
i. blast SMS kepada pelanggan atau prospek.
ii. Menghantar No Tracking kepada pelanggan.
f. Semua tempahan yang belum diproses akan dipaparkan di
dashboard anda.
4) Follow Stokis

a. Klik “MENU”  “Agen & Stokis”


b. Klik icon : , pilih “FOLLOW STOKIS”.
c. Masukkan ID stokis anda. Klik “OK”.
d. Profil Stokis anda akan dipaparkan. Klik butang “FOLLOW”.
e. Sekarang, anda boleh nampak semua produk-produk
kepunyaan stokis yang anda baru follow tadi.
5) Lihat Produk Stokis.

a. Klik “MENU”  “Produk”.


b. Semua produk stokis akan dipaparkan. Klik setiap produk untuk
melihat maklumat tentang produk tersebut.
6) Hantar Tempahan.

a. Klik “MENU”  “Tempahan Baru”.


b. Isikan maklumat pelanggan.
c. Pilih produk dan kuantiti.
d. Tekan butang [+] jika ada tambahan produk lain.
e. Dapatkan nombor akaun bank stokis di bahagian bawah skrin.
f. Buat bayaran seperti yang tertera di borang tempahan.
g. *Jika jumlah bayaran yang anda buat kepada stokis adalah
berlainan seperti yang tertera di borang tempahan, ubah jumlah
tersebut di borang tempahan.
h. Lampirkan resit pembayaran kepada stokis sebagai bukti
pembayaran. (boleh snap gambar terus dari kamera hp atau
pilih gambar dari galeri).
i. Setelah borang tempahan lengkap, klik icon : dan pilih
“HANTAR TEMPAHAN” jika anda hendak terus menghantar
tempahan kepada stokis/hq, atau klik “SIMPAN DRAF” jika
anda ingin simpan terlebih dahulu.
NOTA :

i. Tempahan yang telah dihantar kepada stokis/HQ tetapi


belum lagi diproses oleh stokis/HQ akan disenaraikan di
dashboard anda.
ii. Tempahan yang telah dihantar kepada stokis/HQ dan
telah diproses oleh stokis/HQ akan dipindahkan ke
bahagian “MENU”  “Rekod Tempahan”.
iii. Tempahan yang anda telah hantar kepada pihak
stokis/HQ tidak boleh dihapuskan. Jika ada kesilapan,
maklumkan kepada stokis/HQ dan minta stokis/HQ untuk
BATALKAN tempahan tersebut.
iv. Tempahan yang anda simpan sebagai draf dan belum
dihantar kepada stokis/HQ boleh dihapuskan.
7) Kredit SMS

a. Kredit SMS diperlukan jika anda ingin menggunakan fungsi


BLAST.
b. Untuk top-up kredit, klik “MENU”  “Kredit SMS”.
c. Klik icon : , pilih “TAMBAH KREDIT SMS”.
d. Pilih jumlah kredit yang ingin dibeli, dan buat bayaran terus
melalui Online Banking FPX.
e. Kredit SMS akan ditambah secara automatik sebaik sahaja
pembayaran selesai.
8) Blast EMEL kepada Agen

a. Klik “MENU”  “Blast EMEL Kepada Agen”.


b. Masukkan text mesej anda dah klik butang “HANTAR EMEL”.
c. Fungsi ini hanya sesuai untuk pengguna pakej SUPERB
sahaja. Jika anda hanya mengambil pakej BASIC, maka tiada
agen lain yang boleh follow anda. Jadi, oleh kerana anda tiada
agen, anda tidak dapat menggunakan fungsi ini.
9) Blast SMS kepada Pelanggan.

a. Klik “MENU”  “Blast Kepada Pelanggan”


b. Masukkan nama pelanggan jika anda mahu blast SMS kepada
pelanggan anda yang mempunyai nama tertentu. Contohnya :
Jika anda masukkan “ali”, maka sistem akan mencari semua
pelanggan-pelanggan anda yang mempunyai perkataan “ali”.
Contohnya : Ali bin Bakar, Alias Omar, Zainab bt Zali, dan
sebagainya. Jika anda mahu pilih semua pelanggan anda
tanpa mengambil kira sebarang nama, biarkan kotak tersebut
kosong.
c. Pilih tarikh transaksi. Biarkan kosong jika anda tidak mahu
mengambilkira tarikh transaksi.
d. Pilih produk yang terlibat. Contohnya, jika anda mahu mencari
pelanggan-pelanggan anda yang telah membeli PRODUK A
sahaja, pilih nama produk tersebut sahaja.
e. Akhir sekali, klik butang “CARI”.
f. Sistem akan mencari semua pelanggan-pelanggan anda
mengikut kriteria yang anda cari.
g. Masukkan text mesej anda dan klik “HANTAR”.
h. Kredit SMS anda akan ditolak dari sistem mengikut jumlah
SMS (bilangan pelanggan) yang dihantar.
10) Blast SMS kepada Prospek.

a. Masukkan no h/p prospek anda. Jika ada lebih dari satu, sila
pisahkan dengan tanda koma (,).
b. Masukkan text mesej anda. Maksimum 150 huruf sahaja.
c. Klik butang “OPEN-BLAST”.

NOTA :
- Butang “AKSES PHONEBOOK” hanya diberi
kepada pengguna pakej PRO dan SUPERB sahaja.
- Fungsi ini akan mengakses phonebook anda dan
anda boleh memilih no h/p prospek anda yang telah
anda simpan di dalam phonebook anda.
11) Auto-FollowUp

a. Fungsi ini hanya diberikan kepada pengguna pakej SUPERB


dan PRO sahaja.
b. Fungsi ini membolehkan anda set satu ketetapan kepada
sistem supaya menghantar SMS kepada pelanggan anda
setiap hari mengikut syarat-syarat yang anda tentukan.

c. Contoh Tetapan 1 :
i. Setiap hari, anda mahu BIZAPP untuk menghantarkan 1
SMS kepada semua pelanggan-pelanggan anda yang
telah membeli PRODUK A daripada anda 10 hari yang
lepas.
ii. Dan anda mahu SMS tersebut dihantar pada pukul
11:00AM.
iii. Text mesej yang anda mahu hantar ialah “Terima kasih
menyokong produk bydrazlan. Bagaimana kesihatan slps
konsisten produk A?. Jika ada sebarang persoalan sila
hubungi 019XXXXXXX”.

d. Contoh Tetapan 2 :
i. Setiap hari, anda mahu BIZAPP untuk menghantarkan 1
SMS kepada semua pelanggan-pelanggan anda yang
telah membeli PRODUK B daripada anda 15 hari yang
lepas.
ii. Dan anda mahu SMS tersebut dihantar pada pukul
3:00PM.
iii. Text mesej yang anda mahu hantar ialah “Hye sis,sy Liya
yg post PRODUK B hari tu. Nk tny, ada prubahan x lps
guna? Sbb nk bg 1 lagi PERCUMA if sis share testi gmbr
n experience pd kami. Sila Whatsapp kan kpd saya di
019XXXXXXX”.

e. Anda boleh cipta UNLIMITED ketetapan. Setiap hari, SMS


akan dihantar secara automatik pada waktu yang anda telah
tetapkan.
12) Muat Turun Data

a. Fungsi ini hanya diberikan kepada pengguna pakej SUPERB


dan PRO sahaja.
b. Laporan adalah dalam format EXCEL. Laporan yang
disediakan ialah :
i. Senarai data produk.
ii. Senarai data jualan (data pelanggan anda)
iii. Statistik Agen (Pencapaian jualan & ranking agen-agen
anda).
13) Profil dan Ketetapan

a. Klik “MENU”  “Profil dan Ketetapan”.

b. Klik Tab “PERIBADI”.


i. Anda boleh kemaskini semua maklumat peribadi anda di
sini. Pastikan maklumat adalah tepat. Maklumat anda ini
(nama, alamat dan no h/p) akan dicetak pada slip poslaju
untuk pelanggan-pelanggan anda kelak.
c. Klik Tab “BANK”.
i. Masukkan maklumat Akaun Bank anda. Jika anda hanya
sebagai AGEN sahaja, tiada keperluan bagi anda untuk
melengkapkan maklumat ini. Tetapi jika anda seorang
STOKIS/HQ dan mengambil pakej SUPERB, nombor
akaun inilah yang akan dipaparkan kepada agen-agen
anda ketika mereka ingin menghantar tempahan kepada
anda.
d. Klik Tab “FPX”.
i. Kemudahan ini hanya untuk pengguna SUPERB sahaja.
Anda boleh integrasikan BIZAPP dengan kaedah
pembayaran secara online FPX. Agen-agen anda boleh
membuat bayaran terus ke bank anda jika anda membuat
integrasi ini. (OPTIONAL). Dokumen lanjut tentang cara-
cara integrasi ini akan di emailkan kepada anda sebaik
sahaja anda naik taraf kepada pakej SUPERB.
e. Klik Tab “SISTEM”.
i. Di sini anda boleh kemaskini ID atau katalaluan anda.
14) Upgrade Pakej

a. Klik “MENU”  “Upgrade Pakej”.


b. Di sini anda boleh memilih pakej yang sesuai untuk memenuhi
keperluan anda dan buat pembayaran terus secara online
banking FPX.
i. Jika anda sekadar ingin menjadi AGEN DROPSHIP
kepada stokis/hq, anda bolehlah kekalkan status anda
kepada pakej BASIC (percuma).
ii. Jika anda mempunyai produk sendiri, dan menjual
sendiri, tetapi tidak mempunyai agen, anda bolehlah naik
taraf kepada pakej PRO.
iii. Jika anda mempunyai produk sendiri, dan menjual
sendiri, dan juga mempunyai agen-agen sendiri, anda
bolehlah naik taraf kepada pakej SUPERB.
15) Video Tutorial

a. Klik “MENU”  “Upgrade Pakej”  Video Tutorial.


b. Di sini anda boleh melihat beberapa fungsi dalam BIZAPP yang
ditunjukkan dalam rakaman video.
16) Affliate

a. Klik “MENU”  “Affiliate”.


i. Program ini hanya terbuka kepada pengguna pakej
SUPERB sahaja.
ii. Dengan program ini, anda juga berpeluang untuk
menjana keuntungan jika anda bantu memperkenalkan
aplikasi ini kepada rakan-rakan an
iii. Margin komisyen yang ditawarkan ialah RM50.00 bagi
setiap ID yang UPGRADE ke pakej SUPERB (12 bulan)
atau RM25.00 bagi setiap ID yang UPGRADE ke pakej
SUPERB (6 bulan)
iv. Bukan itu sahaja. Apabila AFFILIATE anda
memperbaharui keahlian mereka tahun hadapan, anda
tetap terus akan mendapat komisyen.
v. Untuk maklumat lanjut tentang program ini, sila follow
update terkini di FB page BIZAPP di
http://www.facebook.com/bizappmalaysia
Untuk pertanyaan lanjut, sila emailkan persoalan anda kepada :

EMEL : visionice98@gmail.com
SMS/WHATSAPP : +60192105032
FB PAGE : https://www.facebook.com/bizappmalaysia

You might also like