You are on page 1of 3

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya.

Kepelbagaian budaya ini telah mempamerkan keunikan negara kita berbanding negara lain.
Kewujudan pelbagai kaum di Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosio
budaya dalam masyarakat di negara ini. Kepelbagaian sosiobudaya boleh didefinisikan sebagai
hubungan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya dalam wilayah yang sama dan
hidup bersama.
Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu bukan sahaja dilihat dari
ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pengurusan bilik darjah dan proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kepelbagaian sosiobudaya ini turut dirasai di peringkat
pengurusan kelas meliputi implikasi terhadap guru, murid dan sekolah.
Bagi mengkaji mengenai kepelbagaian sosiobudaya dalam komuniti di sekolah, satu
temu bual bersama guru berpengalaman dijalankan untuk mengetahui secara lebih mendalam
mengenai perkara ini bersama dengan salah seorang guru  di Sekolah Kebangsaan Seri
Songsang, Temerloh. Tujuan saya melakukan sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui
berkenaan dengan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Semasa
melaksanakan sesi temu bual bersama guru tersebut, saya telah mengutarakan beberapa
soalan yang berkaitan dengan aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya
khususnya di Sekolah Kebangsaan Seri Songsang.
Berdasarkan temu bual yang telah saya jalankan, terdapat beberapa aspek yang jelas
menunjukkan kepelbagaian sosiobudaya yang wujud di sekolah tersebut antaranya temasuklah
bahasa dan amalan budaya. Hal ini kerana murid di sekolah tersebut terdiri daripada bangsa
yang berbeza antaranya melayu, cina dan orang asli. Perbezaaan latar belakang dan budaya
murid-murid di sekolah ini menyebabkan komunikasi sesama mereka kurang berkesan. Hal ini
adalah kerana kekangan bahasa dan juga amalan budaya kaum masing-masing. Menurut
responden, keadaan ini hanya berlaku semasa awal persekolahan dan tidak berlarutan terlalu
lama. Terutamanya murid orang asli, mereka agak pemalu dan agak sukar untuk didekati oleh
orang lain.
Pada pandangan saya, hal ini berlaku kerana orang asli tidak mendapat pendedahan
yang lebih meluas sejak dari awal. Corak kehidupan murid orang asli yang tidak sama dengan
murid-murid lain menyebabkan merka terlalu pemalu dan merendah diri. Berbeza dengan
murid-murid lain yang didedahkan kepada alam persekolahan lebih awal menyebabkan mereka
dapat mengadaptasi dengan suasana sekolah lebih cepat. Hal ini juga dapat diperhatikan
daripada murid-murid yang hadir daripada latar belakang keluarga yang kurang
berkemampuan. Kekurangan yang ada pada diri menyebabkan mereka menjadi terlalu pemalu
dan merendah diri. Hal ini menyukarkan mereka untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Menyedari hakikat ini, responden telah menjalankan beberapa langkah yang perlu
dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Pertama sekali, murid-murid diwajibkan untuk
menggunakan bahasa melayu sahaja untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Tindakan ini
amat penting demi memastikan semua murid mampu untuk menguasai bahasa kebangsaan
yang menjadi ikon perpaduan di negara ini. Menerusi penggunaan Bahasa Melayu yang juga
merupakan bahasa kebangsaan, semangat perpaduan dalam kalangan murid dapat diwujudkan
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Penggunaan satu bahasa dalam bilik darjah dapat membantu
murid untuk mencari titik persamaan antara mereka.
Responden juga berpendapat penggunaan bahasa melayu dalam bilik darjah
dilaksanakan bertujuan untuk mengelakkan sebarang salah faham anatara satu sama lain.
Menurut beliau, murid-murid dapat bergaul dengan lebih mesra dan melupakan perbezaan yang
wujud sesama mereka apabila berkomunikasi dalam bahasa melayu. Hal ini selari dengan
aspirasi kerajaan yang menekankan bahasa sebagai medium untuk mengeratkan perpaduan
kaum di Malaysia. Saya bersetuju dengan langkah yang dilaksanakan ini kerana penggunaan
bahasa komunikasi yang sama dalam bilik darjah membolehkan murid untuk mengurangkan
perbezaan yang wujud antara mereka sebaliknya mencari titik persamaan yang menyatukan
mereka semua.
Langkah lain yang dilaksanakan dalam usaha untuk menghapuskan jurang antara
murid-murid di sekolah termasuklah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran melalui
pembentukan kumpulan dengan ahli-ahli dari latar belakang yang pelbagai. Pembentukan
kumpulan dalam proses pembelajaran bertujuan untuk menggalakkan kerjasama antara murid-
murid dalam kumpulan tersebut. Pembentukan kumpulan dapat menerapkan nilai kerjasama
dan sikap saling tolong menolong sesama murid untuk mencapai matlamat yang sama. Murid-
murid perlu mempunyai persefahaman dan bertolak ansur dalam perbincangan yang dilakukan
demi mengelakkan salah faham serta perselisihan pendapat.
Kepelbagaian latar belakang murid-murid dalam kumpulan tersebut menuntut mereka
untuk mengetahui dan memahami perbezaan latar belakang rakan-rakan yang lain. Perkara ini
bertepatan dengan Najeemah Md. Yusof (2006), interaksi antara murid yang terdiri daripada
kaum berbeza menyebabkan murid tersebut mengetahui aspek-aspek sosiobudaya yang
berbeza sesama mereka. Hal ini juga secara tidak langsung melatih kemahiran komunikasi
murid untuk berhadapan dalam situasi dan individu dari latar belakang yang berbeza.
Implikasi daripada pelaksanaan langkah-langkah tersebut, murid-murid di Sekolah
Kebangsaan Seri Songsang hari ini dapat bergaul dengan bebas tanpa sebarang jurang yang
membezakan mereka semua. Melalui pemerhatian yang dijalankan, murid-murid kaum melayu,
cina dan orang asli boleh duduk semeja bergurau senda tanpa kekok dan janggal. Meskipun
mereka berbeza bangsa, agama dan budaya, murid-murid ini berjaya mengetepikan perbezaan
yang ada pada mereka untuk belajar bersama-sama. Selain itu, tiada murid yang hanya bergaul
dengan rakan-rakan dari kaum yang sama sahaja. Hal ini membuktikan langkah yang dilakukan
oleh responden untuk mengeratkan hubungan sesama kaum dalam kalangan murid
membuahkan hasil.
Pada pandangan saya, hal ini berlaku kerana usaha untuk menghapuskan jurang sosial
dalam kalangan murid dilaksanakan sejak dari awal secara berterusan. Murid-murid di sekolah
ditekankan mengenai kepentingan perpaduan sejak dari awal usia. Murid-murid pada awalnya
agak kekok dan janggal untuk bergaul akibat daripada kepelbagaian latar belakang dan
perbezaan budaya serta bahasa. Kepelbagaian sosiobudaya yang wujud dalam kalangan murid
mengakibatkan murid berkumpul mengikut kumpulan tertentu mengikut bangsa, bahasa dan
struktur sosial. Hal ini jika dibiarkan akan menyebabkan murid-murid sukar untuk bersosial dan
berkomunikasi antara satu sama lain. Melalui pelaksanaan aktiviti yang pelbagai di sekolah,
perbezaan yang wujud pada murid-murid dapat dihakis seterusnya mewujudkan satu
persamaan yang mengeratkan mereka semua.
Kepelbagaian sosiobudaya murid mempengaruhi pembelajaran murid dan memberi
kesan kepada pengurusan bilik darjah mesra budaya. Pembelajaran dan pengurusan bilik
darjah berkesan berlaku dengan mudah sekiranya guru dapat menyesuaikan pengajaran dan
pembelajaran dengan budaya murid agar murid berasa mereka diraikan lantas menjadi lebih
bermotivasi untuk belajar. Penekanan perpaduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
juga perlu dititikberatkan agar kebelbagaian sosiobudaya yang wujud dapat diuruskan dengan
baik. Amalan budaya bilik darjah yang positif dapat membentuk budaya murid yang positif (Atan
Long, 1978).

You might also like