You are on page 1of 10

BAB 5.

0
PERBINCANGAN, KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
penetapan matlamat dan sikap murid sekolah rendah dalam aktiviti fizikal.
Kajian ini juga mengkaji perbezaan dari segi penetapan matlamat dan sikap
antara jantina dan umur serta melihat hubungan antara hubungan sosial,
imej, pengurusan kesihatan, pengiktirafan sosial dan pembangunan
kemahiran serta keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam,
hubungan dengan bahasa, seni, muzik dan budaya, pengetahuan dalam
aktiviti fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan diri dan perubahan
peribadi murid dalam aktiviti fizikal. Dalam bab ini, soalan kajian akan
dibincangkan dan kesimpulan akan dirumuskan. Implikasi kajian ini dan
cadangan untuk kajian pada masa akan datang juga turut dibincangkan.

5.2 PERBINCANGAN
Perbincangan ini adalah berdasarkan urutan soalan kajian yang telah
dinyatakan pada Bab 1. Soalan-soalan dalam kajian ini adalah untuk
mengkaji:
i. Apakah faktor yang mempengaruhi penetapan matlamat dan sikap
murid sekolah rendah dalam aktiviti fizikal?
ii. Adakah terdapat perbezaan hubungan sosial, imej, pengurusan
kesihatan, pengiktirafan sosial dan pembangunan kemahiran serta
keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam, hubungan
dengan bahasa, seni, muzik dan budaya, pengetahuan dalam aktiviti
fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan diri dan perubahan
peribadi murid dalam aktiviti fizikal antara murid lelaki dan
perempuan?
iii. Adakah terdapat perbezaan hubungan sosial, imej, pengurusan
kesihatan, pengiktirafan sosial dan pembangunan kemahiran serta
keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam, hubungan
dengan bahasa, seni, muzik dan budaya, pengetahuan dalam aktiviti
fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan diri dan perubahan
peribadi murid dalam aktiviti fizikal dari segi kumpulan umur?
iv. Adakah terdapat hubungan antara hubungan sosial, imej, pengurusan
kesihatan, pengiktirafan sosial dan pembangunan kemahiran serta
keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam, hubungan
dengan bahasa, seni, muzik dan budaya, pengetahuan dalam aktiviti
fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan diri dan perubahan
peribadi murid dalam aktiviti fizikal?

5.2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Penetapan Matlamat dan Sikap Murid


Sekolah Rendah Dalam Aktiviti Fizikal

Hasil dapatan kajian mendapati faktor pengurusan kesihatan adalah


faktor yang paling mempengaruhi penetapan matlamat murid sekolah dalam
aktiviti fizikal daripada lima faktor yang diukur dalam GCEQ. Dapatan kajian
ini selari dengan penemuan dalam kajian sebelumnya (Zach et al., 2012;
Kondric et al., 2013; Kalman et al., 2015; Sicilia et al., 2017; Muhammad
Bakri, 2019) yang menunjukkan bahawa individu bermotivasi untuk terlibat
dalam aktiviti fizikal bagi membantu mereka untuk mendapatkan tahap
kesihatan yang lebih baik. Hal ini adalah kerana kesihatan yang baik akan
menjadikan kehidupan seseorang lebih berkualiti. Kesihatan adalah salah
satu aspek yang dianggap menggalakkan tahap kualiti hidup dan kepuasan
hidup yang tinggi (Paul et al., 2005; WHO, 2010). Menurut Rodriguez-
Fernandezet al. (2017), aktiviti fizikal dan senaman adalah faktor utama bagi
persepsi individu terhadap kualiti hidup mereka dalam aspek kesihatan fizikal
dan juga psikologikal. Melalui dapatan ini, jelas menunjukkan bahawa
kesihatan memainkan peranan dalam penglibatan individu dalam aktiviti
fizikal.

Manakala, faktor keberkesanan aktiviti fizikal dalam mempromosi


penjagaan kesihatan adalah faktor yang paling mempengaruhi sikap murid
sekolah dalam aktiviti fizikal daripada tujuh faktor sikap yang diukur dalam
APAS. Dapatan ini menyokong penemuan yang terdahulu (Sidney et al.,
1983; Duan, 1985; Liu et al., 2008; Yoh, 2009; Sobia et al., 2018) yang
menunjukkan bahawa individu masih lagi menitikberatkan perihal kesihatan
dalam penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana individu
memahami kepentingan untuk menjadi sihat melalui pengamalan gaya hidup
yang sihat. Sobia et al. (2018) dalam kajian merekan mengatakan, sikap
murid terhadap kesihatan adalah tinggi kerana mereka sedar akan
kepentingan aktiviti fizikal. Menurut Xu et al. (2017), kesedaran pengetahuan
hubungan aktiviti fizikal dan obesiti membawa kepada modifikasi sikap yang
positif berkaitan aktiviti fizikal dalam kalangan pelajar China. Justeru,
golongan yang mempunyai kesedaran yang lebih tinggi terhadap
kepentingan aktiviti fizikal mempunyai sikap yang lebih positif terhadap
aktiviti fizikal.

5.2.2 Perbezaan Hubungan Sosial, Imej, Pengurusan Kesihatan,


Pengiktirafan Sosial Dan Pembangunan Kemahiran Serta Keberkesanan
Aktiviti Fizikal, Kepentingan Bersenam, Hubungan Dengan Bahasa, Seni,
Muzik Dan Budaya, Pengetahuan Dalam Aktiviti Fizikal, Motivasi Dalam
Aktiviti Fizikal, Keyakinan Diri Dan Perubahan Peribadi Murid Dalam Aktiviti
Fizikal Dari Segi Jantina

Dalam menilai perbezaan hubungan sosial, imej, pengurusan


kesihatan, pengiktirafan sosial dan pembangunan kemahiran dari segi
jantina, didapati bahawa terdapat perbezaan hubungan sosial antara murid
lelaki dan perempuan. Berdasarkan dapatan kajian, didapati murid
perempuan lebih mementingkan hubungan sosial daripada murid lelaki.
Dapatan daripada kajian ini menyokong bukti daripada kajian lalu
(Kopcakova et al., 2015; Bortoleto et al., 2019) yang menunjukkan motif
sosial adalah penting bagi perempuan untuk melibatkan diri dalam aktiviti
fizikal. Ini menunjukkan bahawa perempuan cenderung bergantung kepada
motivasi ekstrinsik mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.

Perbezaan jantina dalam hubungan sosial ini mungkin timbul


disebabkan perempuan lebih gemar untuk melakukan aktiviti fizikal bersama-
sama dengan rakan sebaya mereka. Hal ini disebabkan aktiviti fizikal
merupakan aktiviti yang berbentuk lebih maskulin. Dengan itu, perempuan
yang sememangnya mempunyai sisi yang feminin mungkin tidak berasa
selesa untuk melakukan aktiviti fizikal secara bersendirian. Ini adalah kerana
perempuan di Malaysia khususnya dibesarkan secara tradisional. Oleh yang
demikian, golongan perempuan dijangka untuk menjadi pasif dan bercakap
dengan santun manakala golongan lelaki digalakkan untuk menjadi aktif,
ekspresif dan kuat (Tan, 1991). Justeru itu, perempuan adalah tidak
digalakkan untuk menyertai aktiviti yang berisiko dan berbahaya. Di samping
itu, Zeenat (2010) mengatakan lelaki juga lebih agresif daripada perempuan,
kerana lelaki muda terlibat dalam permainan yang kasar daripada
perempuan yang lebih kepada mendidik dan mengasuh.

Selanjutnya, kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan


imej, pengurusan kesihatan, pengiktarafan sosial dan pembangunan
kemahiran dari segi jantina. Ini menunjukkan bahawa murid lelaki dan
perempuan mempunyai imej, pengurusan kesihatan, pengiktarafan sosial
dan pembangunan kemahiran yang sama dalam aktiviti fizikal.

Manakala, dalam menilai perbezaan keberkesanan aktiviti fizikal,


kepentingan bersenam, hubungan dengan bahasa, seni, muzik dan budaya,
pengetahuan dalam aktiviti fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan
diri dan perubahan peribadi dari segi jantina, didapati bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara murid lelaki dan perempuan bagi faktor
hubungan dengan bahasa, seni, muzik dan budaya. Melalui analisis yang
telah dilakukan, murid perempuan menunjukkan hubungan dengan bahasa,
seni, muzik dan budaya yang lebih tinggi berbanding murid lelaki. Penemuan
kajian ini adalah bercanggah dengan penemuan sebelumnya dalam kajian
Muhammad Afief et al. (2017) yang menyatakan pelajar lelaki mempunyai
sikap yang lebih positif terhadap aktiviti fizikal dalam pengalaman sosial,
mencari keseronokkan dan pengalaman estetik.

Perbezaan penemuan ini mungkin disebabkan perbezaan kognitif


antara lelaki dan perempuan. Lelaki dan perempuan mempunyai cara yang
berbeza untuk melihat sesuatu perkara. Lelaki hanya fokus kepada perkara
utama sahaja iaitu video senaman manakala perempuan melihat kepada
butiran-butiran sesuatu perkara iaitu bahasa, seni, muzik dan budaya dalam
video senaman mengikut konteks kajian. Selain itu, dari segi fungsi otak,
otak perempuan adalah berkait dengan bahasa dan seni dan mereka jelas
menunjukkan minat terhadap dua aspek tersebut semasa menonton video
senaman.

Kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan keberkesanan


aktiviti fizikal, kepentingan bersenam, pengetahuan dalam aktiviti fizikal,
motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan diri dan perubahan peribadi dari segi
jantina. Dapatan ini memperlihatkan murid lelaki dan perempuan mempunyai
keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam, pengetahuan dalam
aktiviti fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan diri dan perubahan
peribadi yang sama dalam aktiviti fizikal.

5.2.3 Perbezaan Hubungan Sosial, Imej, Pengurusan Kesihatan,


Pengiktirafan Sosial Dan Pembangunan Kemahiran Serta Keberkesanan
Aktiviti Fizikal, Kepentingan Bersenam, Hubungan Dengan Bahasa, Seni,
Muzik Dan Budaya, Pengetahuan Dalam Aktiviti Fizikal, Motivasi Dalam
Aktiviti Fizikal, Keyakinan Diri Dan Perubahan Peribadi Murid Dalam Aktiviti
Fizikal Dari Segi Umur

Dalam menilai perbezaan hubungan sosial, imej, pengurusan


kesihatan, pengiktirafan sosial dan pembangunan kemahiran dari segi umur,
didapati terdapat perbezaan antara murid 11 dan 12 tahun dalam
pembangunan kemahiran. Hasil analisis menunjukkan murid 11 tahun lebih
mementingkan pembangunan kemahiran dalam penglibatan mereka dalam
aktiviti fizikal berbanding murid 12 tahun. Dapatan ini adalah selari dengan
penemuan kajian Uzunoz (2015) bahawa kanak-kanak berumur 11 tahun
mempunyai motif kognitif dan fizikal dalam penyertaan mereka dalam aktiviti
fizikal.

Perbezaan umur bagi pembangunan kemahiran ini mungkin timbul


disebabkan keinginan murid untuk mempelajari kemahiran yang lebih
kompleks bagi membantu meningkatkan prestasi mereka sama ada semasa
kelas Pendidikan Jasmani atau aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana dari umur
10 tahun atau Tahun 4, murid akan mempelajari kemahiran-kemahiran yang
semakin kompleks dalam subjek Pendidikan Jasmani berbanding Tahun 1
sehingga Tahun 3 yang lebih kepada literasi fizikal dan kemahiran asas.
Tambahan pula, pada masa yang sama, murid juga mula menyertai aktiviti
kokurikulum sukan dan permainan yang lebih memerlukan murid mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam sukan atau permainan yang disertai.

Kajian ini mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi hubungan


sosial, imej, pengurusan kesihatan dan pengiktarafan sosial dari segi umur.
Ini menunjukkan bahawa murid 11 dan 12 tahun mempunyai hubungan
sosial, imej, pengurusan kesihatan dan pengiktarafan sosial yang sama
dalam aktiviti fizikal.

Manakala, dalam menilai perbezaan keberkesanan aktiviti fizikal,


kepentingan bersenam, hubungan dengan bahasa, seni, muzik dan budaya,
pengetahuan dalam aktiviti fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan
diri dan perubahan peribadi dari segi umur, didapati bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan antara murid 11 dan 12 tahun bagi faktor
hubungan dengan bahasa, seni, muzik dan budaya. Melalui analisis yang
telah dilakukan, murid 11 tahun menunjukkan hubungan dengan bahasa,
seni, muzik dan budaya yang lebih tinggi berbanding murid 12 tahun.
Penemuan ini adalah berlawanan dengan kajian sebelumnya bahawa pelajar
sekolah rendah mempunyai sikap yang positif terhadap kecekapan sukan
dan daya tarikan badan dalam aktiviti fizikal berbanding pelajar sekolah tinggi
dan sekolah senior (Kamtsios, 2011).

Perbezaan penemuan ini mungkin disebabkan murid yang lebih muda


lebih berminat terhadap elemen bahasa, seni, muzik dan budaya. Hal ini
kerana mereka didedahkan dengan pembelajaran menggunakan video yang
mempunyai elemen seni, muzik dan sebagainya. Justeru, ini menjadikan
mereka terbiasa dengan persekitaran pembelajaran tersebut. Kanak-kanak
yang lebih tua diajar menggunakan cara yang lebih formal manakala kanak-
kanak yang lebih muda diajar dengan memasukkan elemen keseronokan
dan didik hibur. Hal ini kerana pembelajaran menggunakan video adalah
penting bagi pembangunan kanak-kanak dan juga untuk menarik minat murid
dalam pembelajaran.

Selanjutnya, kajian ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan


keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam, pengetahuan dalam
aktiviti fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan diri dan perubahan
peribadi dari segi umur. Dapatan ini memperlihatkan murid lelaki dan
perempuan mempunyai keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam,
pengetahuan dalam aktiviti fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, keyakinan
diri dan perubahan peribadi yang sama dalam aktiviti fizikal.

5.2.4 Hubungan Antara Hubungan Sosial, Imej, Pengurusan Kesihatan,


Pengiktirafan Sosial Dan Pembangunan Kemahiran Serta Keberkesanan
Aktiviti Fizikal, Kepentingan Bersenam, Hubungan Dengan Bahasa, Seni,
Muzik Dan Budaya, Pengetahuan Dalam Aktiviti Fizikal, Motivasi Dalam
Aktiviti Fizikal, Keyakinan Diri Dan Perubahan Peribadi Murid Dalam Aktiviti
Fizikal

Melalui kajian ini, dapatan menunjukkan hubungan yang sangat


rendah sehingga sederhana positif namun signifikan antara hubungan sosial,
imej, pengurusan kesihatan, pengiktirafan sosial dan pembangunan
kemahiran serta keberkesanan aktiviti fizikal, kepentingan bersenam,
hubungan dengan bahasa, seni, muzik dan budaya, pengetahuan dalam
aktiviti fizikal, motivasi dalam aktiviti fizikal, sehingga sederhana positif ini
mungkin disebabkan pengaruh faktor-faktor yang lain seperti sokongan
sosial dan hubungan interpersonal.

Menurut Smith et al. (2017), individu yang mempunyai sokongan


sosial yang lebih banyak dalam aktiviti fizikal adalah lebih cenderung untuk
melakukan aktiviti fizikal pada masa lapang, terutamanya jika sokongan
sosial tersebut adalah datang daripada ahli keluarga. Justeru, ini
menunjukkan bahawa sokongan sosial memainkan peranan yang penting
dalam menentukan kesihatan individu. Hubungan interpersonal antara
individu dengan ibu bapa dan rakan-rakannya juga amat penting terhadap
penglibatan individu dalam aktiviti fizikal. Ibu bapa boleh menggalakkan
anak-anak mereka untuk terlibat dalam aktiviti fizikal melalui pelbagai cara
seperti membekalkan alatan sukan. Sebaliknya, rakan-rakan mempengaruhi
individu dalam aktiviti fizikal dengan melakukan aktiviti fizikal bersama-sama.
Pemahaman terhadap bagaimana sokongan sosial dan hubungan
interpesonal berkait dengan aktiviti fizikal mungkin dapat membantu dalam
pembangunan intervensi ketidakaktifan dalam aktiviti fizikal yang lebih efektif
bagi membantu mengurangkan kadar peningkatan ketidaktifan dalam
kalangan kanak-kanak.

5.3 KESIMPULAN
Seramai 312 orang murid sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun
telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Terdapat dua pemboleh
ubah tidak bersandar dan satu pemboleh ubah bersandar yang digunakan
dalam kajian ini. Pembolehubah tidak bersandar yang digunakan dalam
kajian ini adalah penetapan matlamat dan sikap dalam aktiviti fizikal
manakala penglibatan murid dalam aktiviti fizikal merupakan pembolehubah
bersandar.

Kajian ini meggunakan Teori Penentuan Diri (Deci & Ryan, 2000)
untuk mengenalpasti perbezaan faktor penetapan matlamat dan sikap murid
sekolah rendah dalam aktiviti fizikal dari segi jantina dan umur. Melalui
analisis yang dilakukan berdasarkan perbezaan jantina dalam penetapan
matlamat, didapati murid perempuan lebih mementingkan hubungan sosial
berbanding murid lelaki. Manakala, bagi perbezaan jantina dalam sikap pula
menunjukkan bahawa murid perempuan mempunyai sikap yang lebih tinggi
dalam hubungan dengan bahasa, seni, muzik dan budaya berbanding murid
lelaki. Perbezaan penetapan matlamat berdasarkan umur pula menunjukkan
bahawa murid berumur 11 tahun lebih mementingkan pembangunan
kemahiran berbanding murid berumur 12 tahun. Manakala, bagi perbezaan
umur dalam sikap menunjukkan bahawa murid berumur 11 tahun
mempunyai sikap yang lebih tinggi dalam hubungan dengan bahasa, seni,
muzik dan budaya berbanding murid 12 tahun. Berdasarkan analisis korelasi
yang telah dilakukan, didapati bahawa pembolehubah penetapan matlamat
dan sikap mempunyai perkaitan yang sederhana positif antara satu sama
lain.

Analisis deskriptif juga telah dilakukan bagi memperoleh min bagi


mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan matlamat dan sikap
murid sekolah rendah dalam aktiviti fizikal. Berdasarkan analisis, faktor
utama yang mempengaruhi penetapan matlamat murid sekolah rendah
dalam aktiviti fizikal adalah pengurusan kesihatan. Manakala, faktor
keberkesanan aktiviti fizikal dalam mempromosi penjagaan kesihatan adalah
faktor yang paling tinggi mempengaruhi sikap murid sekolah rendah dalam
aktiviti fizikal. Kajian ini menunjukkan perbezaan penetapan matlamat dan
sikap terhadap aktiviti fizikal antara murid lelaki dan perempuan serta murid
11 tahun dan 12 tahun. Korelasi yang sederhana positif antara beberapa
faktor penetapan matlamat dan sikap yang dikenalpasti dalam kajian ini
menyokong lagi keperluan untuk meningkatkan penetapan matlamat dan
sikap murid sekolah rendah dalam aktiviti fizikal bagi meningkatkan masa
yang digunakan untuk aktiviti fizikal dalam kalangan murid sekolah rendah.

5.4 IMPLIKASI
Kajian ini menemui bukti bahawa matlamat dan sikap murid terhadap
aktiviti fizikal mempunyai tema yang sama iaitu berdasarkan kesihatan yang
mana faktor pengurusan adalah paling tinggi bagi penetapan matlamat
manakala faktor keberkesanan aktiviti fizikal dalam mempromosi penjagaan
kesihatan adalah paling tinggi bagi sikap. Oleh yang demikian, adalah kritikal
bagi guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menekankan nilai-nilai
sukan dan aktiviti fizikal. Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan boleh
merancang aktiviti fizikal yang bermakna dan mengukuhkan penyempurnaan
tugas dalam murid secara positif dalam usaha membantu murid-murid untuk
menjadi lebih terlibat secara personal dalam aktiviti. Pendidikan Jasmani
sepatutnya lebih fokus untuk mendedahkan kepentingan aktiviti fizikal dan
sukan untuk manfaat jangka panjang dan menghargai kesihatan untuk
mengukuhkan sikap positif dan memotivasikan murid untuk mempelajari
Pendidikan Jasmani. Tambahan pula, penetapan matlamat dan sikap
terhadap aktiviti fizikal hendaklah dipertimbangkan dalam matlamat untuk
meningkatkan penyertaan dalam aktiviti fizikal dalam kalangan murid sekolah
rendah yang berfokuskan kepada kesihatan bagi menangani isu obesiti
dalam kalangan murid sekolah. Selain itu, guru juga perlu memainkan
peranan mereka untuk memotivasikan murid terutamanya murid perempuan
dalam menyertai aktiviti fizikal. Guru hendaklah tidak melabelkan perempuan
sebagai individu yang tidak berupaya untuk melakukan aktiviti fizikal.
5.5 CADANGAN
Kajian ini hanya melibatkan murid-murid sekolah rendah berumur 11
dan 12 tahun di Sarawak sahaja. Justeru, adalah tidak sesuai untuk
membuat kesimpulan daripada hasil dapatan kepada murid-murid lain di
seluruh Malaysia atau dalam kalangan murid-murid secara umum. Pada
masa akan datang, pengkaji hendaklah fokus kepada kesan penetapan
matlamat dan sikap terhadap aktiviti fizikal berdasarkan kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan. Ini boleh menyediakan panduan untuk
melaksanakan pelan kesihatan yang sesuai untuk meningkatkan kecergasan
fizikal dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

5.6 RUMUSAN
Bab ini menerangkan hasil dapatan kajian yang dibincangkan dengan
sokongan literatur yang berkaitan. Selain itu, kesimpulan, implikasi kajian
dan cadangan juga diterangkan dalam bab ini sebagai rujukan kajian masa
depan.

You might also like