You are on page 1of 2

Tajuk 2: Sebab Pelajar Tidak Mematuhi Disiplin.

Pada hari ini, isu disiplin pelajar selalu diperkatakan. Umumnya mengetahui


bahawa isu ini semakin hari semakin serius dibincangkan. Persoalannya mengapakah
hal ini berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama
mencarisebab-sebab pelajar tidak mematuhi disiplin.

Sesungguhnya, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah masalah


keluarga. Hal ini demikian kerana ibu bapa tidak memberi perhatian kepada anak-
anak. Contohnya, ialah ibu bapa yang terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka. Sekiranya
hal ini berlaku pastilah anak-anak akan terbiar. Benarlah keluarga penting untuk
membentuk disiplin pelajar.

Selain itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah mereka terpengaruh


dengan rakan. Hal ini demikian kerana mereka mudah terikut-ikut dengan kelakuan
rakan sebaya. Misalnya, pelajar akan mengikut rakan mereka ponteng
sekolah. Sekiranya hal ini berlaku pastilah akan merosakkan masa depan
pelajar. Tepatlah bahawa rakan merupakan sebab yang boleh mempengaruhi pelajar.

Di samping itu, sebab pelajar tidak mematuhi disiplin ialah pengaruh


media. Hal ini demikian kerana media sering menyiarkan contoh kelakuan yang tidak
baik. Tamsilnya, perlakuan remaja menghisap rokok. Sekiranya hal ini dilakukan
pastilah akan merosakkan disiplin pelajar. Betullah bahawa media boleh mempengaruhi
disiplin pelajar.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu


disiplin pelajar ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya menanganinya. Semoga akan
lahir pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang pada masa akan datang. Namun
begitu ingatlah peribahasa tepuk dada tanya selera.

(213 patah perkataan)


masalah keluarga

terpengaruh dengan rakan

pengaruh media

You might also like