You are on page 1of 8

PENGENALAN

BIDANG KAJIAN:

Kami menjalankan kajian berasaskan reka cipta elektronik.

TAJUK KAJIAN:

Kajian yang kami jalankan bertajuk ‘security alarm sensor’(pengesan penggera

keselamatan).

LATAR BELAKANG KAJIAN:

Pada Pesta Type iii 2015 tahun ini, kami dari kumpulan iGreen sebulat suara

menjalankan satu projek yang bertajuk ‘security alarm sensor’. Kajian ini merupakan salah

satu bidang reka cipta elektronik.

Kami menjalankan projek ini kerana seperti kita sedia maklum semakin hari kadar

kecurian semakin meningkat terutamanya dalam kalangan pelajar yang tinggal di asrama.

Para guru dan warden bersikap acuh tidak acuh tentang kes ini kerana mereka

menganggap bahawa perkara ini berlaku atas kecuaian pelajar itu sendiri. Hal ini demikian

kerana, mangsa kecurian tersebut tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menunding jari

kepada mana-mana individu yang disyaki dalam kalangan mereka.

Jadi, kami mengambil keputusan untuk mereka cipta satu projek elektronik yang

dapat mengurangkan kadar kecurian yang berlaku dalam kalangan pelajar sepertimana tajuk

kajian kami.

Kami percaya bahawa projek ini akan berjaya dengan jayanya dengan memasang

sistem pengesan penggera ‘security alarm sensor’ pada setiap loker pelajar.
PERSOALAN KAJIAN

➢ Adakah sistem sekuriti yang efektif dapat dihasilkan menggunakan pengesan cahaya?

➢ Adakah ‘çute duino’ berkesan sebagai penghantar isyarat dan mengawal penggera

bunyi (buzer)?

OBJEKTIF KAJIAN

➢ Menghasilkan sistem sekuriti cahaya yang efektif dan proaktif.

➢ ‘Cute duino’ memainkan peranan yang penting dalam komponen elektronik sebagai

punca utama.

SKOP KAJIAN

Projek ini bertemakan keselamatan, hal ini kerana untuk mengelakkan berlakunya

kecurian di asrama yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Kami menjalankan

projek ini selama dua minggu dan dijalankan di dalam asrama (loker penghuni).

Terdapat tiga konsep utama yang perlu difahami di dalam elektronik iaitu arus

elektrik (current), beza keupayaan (voltage) dan rintangan (resistance). Di dalam litar

lengkap, arus elektrik ialah aliran electron. Beza keupayaan ialah perbezaan bagi kuantiti

elektrik antara dua titik. Rintangan elektrik ialah ukuran penentangan terhadap pengaliran

arus elektrik di dalam sesebuah litar lengkap.

KEPENTINGAN KAJIAN

➢ Mengurangkan kecurian

➢ Pencuri dapat dikenal pasti

➢ Sebagai langkah berjaga-jaga

➢ Inovasi baharu
DEFINISI OPERATIONAL

CUTEDUINO ialah sebuah mikro pengawal dengan 5 pin di mana setiap pin

boleh diprogram sebagai input atau output. Cuteduino boleh diprogramkan

menggunakan komputer dan akan menjalankan programnya selagi adanya punca

kuasa. Mikro pengawal merupakan sebuah computer kecil dalam litar bersepadu yang

mempunyai RAM dan memori yang kecil. Mikro pengawal digunakan untuk

peralatan pintar, dan ianya berbeza mikro pemproses di dalam komputer peribadi.

Mikro pengawal digunakan dalam kebanyakan peralatan moden. Sebagai contoh,

sekurang-kurangnya satu mikro pengawal akan diletakkan dalam kereta-kereta

moden. Hampir kesemua peralatan moden akan mengandungi mikro pengawal.

BAB 2: ULASAN LITERASI


EDWIN HOLMES

-an American businessman who is credited with commercializing the electromagnetic

burglar alarm and with establishing the first burglar alarm networks.

1859, in search of a new a bigger market Holmes moved his business to New York

which has then perceived as a place where “all the country’s burglar made their home’’.

There, by 1866, he installed 1200 home alarms and began successful marketing among

business enterprises.

1852, Dr. William Channing and Mosses Farmer develop the first practical fire alarm

system using the telegraph system to pinpoint the location of and communicate fire alarm.

1859, John Gamewell purchases total rights to the Channing and Farmer systems.

1879, Gamewell Fire Alarm Telegraph Company formed with John N. Gamewell,

proprietor with the first holding lightning bolt as registered as trademark.

1866, Gamewell systems installed in 250 cities across America and in to Canada.

SEJARAH ELEKTRONIK

Thomas Edison yang lahir pada tahun 1847 di Kota Milan, Amerika Syarikat,

dia Cuma belajar selama tiga tahun lalu dia dikeluarkan oleh gurunya kerana gurunya

bersependapat bahawa dia sangat bodoh. Pertemuan pertama dia adalah perakam suara

elektronik yang dibuat pada umur dua puluh tahun tetapi, pertemuan dia ini tidak dijual.

Selepas itu, dia membuat peralatan yang diharapnya agar terjual di pasar. Tidak lama

kemudian dia berhasil membuat perakam elektronik, dia menemui dan menyempurnakan
mesin telegram yang secara automatic mencetak huruf, yang dijualnya pada harga 40.000

dolar, sejumlah besar pada seseorang itu. seterusnya, dia berjaya menghasilkan karya baru

dalam tempoh yang singkat, Edison bukan saja masyhur tetapi juga kaya. Berkemungkinan,

penemuannya yang paling asli adalah mesin piring hitam yang diubahsuainya pada tahun

1877. Tetapi, lebih terkenal di dunia dari itu adalah perkembangan lampu pendaflour yang

dihasilkan pada tahun 1879.

Edison bukan orang pertama yang menciptakan sistem penerangan elektrik.

Beberapa tahun sepenuhnya lampu bersinarkan arus elektrik telah digunakan untuk

menerangkan lampu jalan di Paris. Tapi lampu pendaflour edisi seterusnya telah

dikembangkannya memungkin adanya cahaya elektrik yang dapat dihasilkan untuk di

rumah.tahun 1882, syarikatnya mula menghasilkan elektrik untuk rumah-rumah di New

York. Dan dalam tempoh singkat sudah tersebar di seluruh dunia. Dengan adanya syarikat

elektrik pertama untuk dibekalkan ke rumah-rumah, Edison berjaya meletakkan dasar bagi

perkembangan industri besar. penggunaan tenaga elektrik bukan cuma membekalkan elektrik,

tetapi untuk keseluruhan aspek keperluan rumah tangga bermula, dari televisyen hingga

mesin basuh. Lebih jauh lagi kegunaan tenaga elektrik berjaya membekalkan melalui

jaringan-jaringan yang dibina oleh Edison dengan sendirinya mendorong kegunaan elektrik

untuk sektor industri.

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN


• Kami menjalankan kajian sistem penggera di mana membantu para pelajar

untuk mengurangkan kadar kecurian yang berlaku di asrama. Sistem penggera

tersebut pengesan penggera cahaya (security alarm sensor).

• Kami menggunakan komponen elektronik seperti buzzer, sel kering, kapasitor,

perintang peka cahaya (LDR), wayar, litar bersepadu dan Arduino. Setiap

komponen akan disambung melalui proses pematerian pada litar bersepadu.

Setiap komponen memainkan peranan dalam menghasilkan alat penggera

dengan jayanya.

• Kami menjalankan kajian ini pada loker pelajar di asrama.

LANGKAH-LANGKAH :

1. Membina lukisan skematik


2. Sediakan semua komponen yang diperlukan

3. Bengkokkan kesemua komponen dengan berhati-hati menggunakan playar muncung

tirus sebelum diletakkan di atas ‘board litar’

4. Letakkan komponen pada ‘board litar’ yang telah diplotkan berdasarkan lukisan

skematik

5. Pateri kesemua komponen pada ‘board litar’

6. Menyambungkan punca kuasa

7. Menyambungkan cuteduino kepada komponen lain

8. Masukkan kod projek ke cuteduino melalui komputer riba

9. Pasangkan projek yang telah siap direka ke dalam loker pelajar untuk menguji

keberkesanan projek

KOMPONEN YANG DIGUNAKAN :

• CUTEDUINO – Mikropengawal dengan 5 pin di mana setiap pin boleh deprogram

sebagai input atau output.

• LDR (PERINTANG PEKA CAHAYA) – Peka terhadap cahaya

• BUZER – Menukarkan gelombang elektrik ke gelombang bunyi

• KAPASITOR – Menyimpan dan menyiahkan cas seperti bateri kapasiti rendah.

Ianya digunakan untuk menstabilkan bekalan arus di dalam sebuah litar.

• SEL KERING – Membekalkan bekalan elektrik.

TATACARAKAJIAN
Untuk menjayakan projek ini, kami telah :

1. Meminta kebenaran pejabat atau pengetua untuk menggunakan khidmat ‘technician’.

2. Memohon kebenaran warden untuk menguji keberkesanan projek pada loker pelajar.

ANALISA KAJIAN

1. Adakah sistem sekuriti yang efektif dapat dihasilkan menggunakan pengesan cahaya?

Ya, kerana kami menggunakan perintang peka cahaya (LDR) yang akan memberi

isyarat kepada komponen lain apabila pencuri cuba untuk memegang pemegang loker

kerana LDR berfungsi sebagai pengesan cahaya.

2. Adakah ‘çute duino’ berkesan sebagai penghantar isyarat dan mengawal penggera

bunyi (buzer)?

Ya, hal ini demikian kerana ‘cute duino’ telah diprogramkan dengan kod dan akan

bertindak balas dengan menghantar isyarat kepada buzer untuk mengeluarkan bunyi

dan akan memberhentikan bunyi tersebut berdasarkan kod yang dimasukkan.

You might also like