You are on page 1of 6

Malayan Union

Pengenalan

Peperangan diantara Jepun dengan Amerika telah memberi impak yang besar
kepada penjajahan Jepun ke Tanah Melayu.Pada 14 Ogos 1945,tentera Jepun telah
menyerah kalah dan pulang ke tanah air mereka.Kekalahan tersebut membuatkan tentera
jepun telah berundur dari Tanah Melayu dan telah tamatnya peperangan dunia
kedua.Selepas pihakepun telah meninggalkan Tanah Melayu,Parti Komunis
Malaya(PKM) atau Malayan People Anti Japanese Army(MPAJA) yang terdiri daripada
kaum cina telah mengambil kesempatan untuk memerintah tanah melayu.Pihak PKM
telah membuat kekacauan, huru-hara dan kerosakan selama 14 hari kerana kedatangan
semula tentera British pada September 1945 dengan tujuan untuk mengembalikan
keamanan di Tanah Melayu.

Pihak British telah menubuhkan British Milittary Administration(BMA) iaitu


sistem pemerintahan tentera untuk menganangi kekacauan di Tanah Melayu.Walau
bagaimanapun system tersebut tidak mampu untuk betahan lama.Oleh yang
demikian,pihak British telah memperkenalkan satu system pemerintahan yang dinamakan
Malayan Union(MU).

Sepanjang tempoh cadangan penubuhan tersebut terdapat pihak yang meyokong


dan menentang cadangan Malayan Union di Tanah Melayu.Pelbagai bentuk penentangan
dilakukan sehinggalah Malayan Union tidak mampu beroperasi di Tanah Melayu dan
sehinggalah wujudnya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mana membawa
kemerdekaan kepada rakyat Tanah Melayu.

Pembentukan Perlembagaan Malayan Union

Malayan Union adalah satu cubaan kerajaan British untuk menukar taraf negeri-
negeri yang bernanung di bawah tanah jajahan.Idea tersebut mucul berdasarkan Piagam
atlantik yang ditandatangi oleh Winston Churchill,perdana menteri Britain dan Roosevelt
presiden Amerika Syarikat pada ogos 1941.

Pada Februari 1943,Jabatan Negara bagi Tanah Jajahan dan Pejabat Perang yang
diketuai Edward Gent telah mengemukakan Malayan Union kepada pihak atasan dan
pada Julai 1943,Unit Perancangan Tanah Melayu(Malayan Plannig Unit) telah
ditubuhkan bagi merangka sistem pemerintahan baru Tanah Melayu di Britain.Unit
Perancangan Tanah Melayu (MPU) terdiri daripada bekas pegawai-pegawai yang telah
bertugas di semenanjung sebelum kedatanagn tentera Jepun untuk menjajah Tanah
Melayu.Ia diketuai oleh Jeneral Ralph Hone dan antara pegawai-pegawai yang terlibat
ialah Mckerron,H.C Willian dan Brigadier A.t.Manakala Victor Purcell ditugaskan
sebagai pegawai yang bertangungjawab meneliti hal ehwal kaum cina.

MPU meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai tadbirnya untuk


menolongnya dalam pentadbiran yang akan dijalankan di Tanah Melayu selepas
peperangan. Semasa penggubalan MU,terdapat tiga memorandum telah dikemukakan di
Pejabat Tanah Jajahan.Dua daripada tiga memorandum yang dikemukakan oleh
Persatuan Melayu British dan Tan Cheng Lock lebih kepada dasar kepada
menggabungkan seluruh negeri-negeri melayu dan negeri-negeri selat(NNS) di bawah
satu pentadbiran walaupun terdapat sedikit perbezaan.

Dipihak Persatuan Melayu British semua negeri-negeri di Tanah Melayu


digabungkan dalam satu persatuan kecuali Pulau Pinang dan Singapura berada di bawah
tanah jajahan British,manakala Tan Cheng Lock mencadangkan keseluruhan negeri
tersebut digabungkan dalam sebuah kesatuan .Selain itu,memonrundum yang dikemukan
oleh Persatuan Pelajar-Pelajar Malaya Britain merupakan draf yang menentang
rancangan Kerajaan British yang hendak menukar taraf negeri-negeri Melayu daripada
bernaung kepada Tanah Jajahan British.Pada peringkat awal,kerajaan British
mencadangkan kesuluruhan negeri-negeri Melayu ,Pulau Pinang dan Melaka serta
Borneo British bergabung bawah satu kesatuan dan Singapura sebagai tanah jajahan
berasingan.

Namun demikian,pada bulan Mac 1943,Borneo British dianggap belum bersedia


untuk menyertai kesatuan.Akhirnya,setelah beberapa dasar perubahan dilakukan.Pada
10 Oktober 1945,George W. Hall telah mengumumkan rancangan untuk menjalankan
penubuhan Malayan Union di persidangan Parlimen British.

Faktor Penubuhan Malayan Union

Pada dasarnya, Malayan Union ditubuhkan untuk menundukkan semua negeri-


negeri di bawah tanah jajahan atau “koloni British” ini adalah satu percubaan pihak
British untuk berkuasa penuh untuk mentadbir Tanah Melayu dan menghapuskan
kedaulatan Raja-Raja Melayu.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor di Tanah
Melayu yang menyebabkan faktor tersebut.

Salah satu faktor pembentukan Malayan Union adalah untuk mewujudkan


pemerintahan yang seragam.Hal ini berikutan sebelum perang dunia kedua
mencetus,negeri-negeri di Tanah Melayu terbahagi kepada tiga sistem pemerintahan
iaitu ;Negeri-Negeri Selat , Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Tidak
Malayan Union
Bersekutu.Ketiga-tiga sistem ini tidak seragam dan ia membuatkan kerajaan mahu
menetapkan supaya semua negeri-negeri di Tanah Melayu disatukan di bawah satu
pentadbiran yang bernaung di bawah satu gabenor.Penyatuan ini menyebabkan kos
pentadbiran berkurang dan melicinkan lagi perjalanan sistem pentadbiran Tanah
Melayu .

Malayan Union juga merupakan usaha British untuk memastikan kepentingan


ekonomi mereka terjaga dan terpelihara dalam masa yang sama mereka ingin
memulihkan Tanah Melayu yang hampir muflis akibat pendudukan Jepun.Di bawah
Malayan Union,gabenor di beri kuasa penuh untuk mengawal harta untuk memberi
kepada pelabur-pelabur untuk meningkatkan ekonomi Tanah Melayu secepat
mungkin.Selain itu, MU membuatkan potensi biji timah dan getah adalah sumber utama
untuk memperolehi keuntungan yang berganda-ganda.Walau bagaimanapun pada masa
yang sama meraka perlukan sumber pendapatan yang besar untuk membiayai kos perang.

Dengan cara Malayan Union ini mereka boleh mengeksploitasi ekonomi di Tanah
Melayu.Bak kata pepatah “Ada udang dibalik batu”begitulah kerajaan British untuk
menjatuhkan Kerajaan Melayu dahulu.Mereka ingin memberikan taraf kewargenaan
kepada orang bukan melayu kerana ketika berperang beberapa orang melayu membantu
jepun untuk menguasai Tanah Melayu.Dengan ini, hak keistimewaan orang melayu akan
hilang dan ia akan diberikan kepada orang india dan cina kerana telah membantu mereka
ketika menentang Jepun.

British juga ingin kaum Cina dan India memainkan peranan untuk menaikkan
ekonomi di Tanah Melayu.Selain itu,penubuhan MU supaya Tanah Melayu berkerajaan
sendiri seperti yang termaktub didalam Piagam Atlantik.Pihak British ingin menyatukan
rakyat dan negeri-negeri untuk bernaung di bawah satu gabenor sebelum diberikan
kemerdekaan dan menjadi Negara yang bersatu.Malayan Union juga ingin meyedarkan
penduduk Tanah Melayu dalam politik dan berkerajaan sendiri.

Ciri - Ciri Malayan Union

Di bawah perlembagaan Malayan Union,taraf negeri-negeri berdaulat yang


bermaung di bawah kerajaan British akan bertukar menjadi jajahan takluk bawah
(Koloni)British.Sebagai Tanah Jajahan,British akan menguasai kuasa penuh di Tanah
Melayu dan ia menyebabkan kedaulatan serta kuasa raja-raja Melayu terhapus.Sistem
Pentadbiran akan dikuasai penuh oleh kerajaan British.Malayan Union turut
menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu(Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan
Pahang),Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu(Johor,Kedah,Kelantan,Terngganu dan
Perlis) dan Negeri-negeri Selat(Pulau Pinang dan Melaka) di bawah satu
pentadbiran.Manakala Singapura pula diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota
British yang mana berasingan di bawah pemerintahan seorang gabenor.

Pusat Pentadbiran Malayan Union terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh
sorang gabenor yang mempunyai kuasa penuh atas pentadbiran MU dan Tanah
Melayu.Di peringkat pusat,gabenor akan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis
Undangan.Majlis Mesyuarat Kerja bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas
pentadbiran,manakala Majlis Undangan berfungsi untuk mengubal undang-undang.Di
peringkat negeri,Majlis Mesyuarat Negeri yang bertidak di bawahkuasa Residen
Comissioner berkuasa sebagai pentadbir kerajaan.Ia terletak di bawah kawalan kerajaan
pusat.

Kedudukan Raja-Raja Melayu dikekalkan namun begitu kuasa mereka diterhadkan


walaupun dalam hal ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Terdapat tiga majlis
yang berkaitan raja melayu iaitu Majlis Negeri,Majlis Penasihat Sultan dan Majlis
Raja.Namun begitu Raja tetap ibarat tidak mempunyai kuasa dalam majlis
tersebut.Malahan didalam Majlis Penasihat Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu
yang ditubuhkan juga terletak pada gabenor yang dilantik.Raja-Raja Melayu hanya
sebagai Ahli-Ahlinya dan dengan majlis ini akan mengeluarkan Fatwa tentang Agama
Islam.

Hak keistimewaan orang melayu turut dihapus dan Malayan Union memberi hak
sama rata kepada semua bangsa dan keturunan.Mereka ikut dari aspek kerakyatan
berdasarkan prinsip Jus Soli.Melalui prinsip tersebut rakyat diperolehi apabila;a)mereka
yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura sebelum tarikh MU dan menjadi
pemastautin;b)mereka yang berusia 18 tahun dan telah bermastautin selama 15 tahun
pada tarikh 15 Februari 1942 serta mengangkat sumpah kepada kerajaan Malayan
Union;c)mereka yang lahir di MalayanUnion atau Singapura selepas tarikh MU
dikuatkuasakan.

Proses Penubuhan Malayan Union(Misi MacMichael)

Perlembagaan Malayan Union telah diumumkan pada 10 Oktober 1945 oleh


Kerajaan British di London dan keesokan harinya berita tentang perlembagaan tersebut
disebarkan di Tanah Melayu melalui akhbar.Pada 12 Oktober 1945 Sir Harold
MacMichael,H.T Bourdillon dan A.T Newboult telah sampai di Pelabuhan
Swettenham(Pelabuhan Klang) untuk menjalankan tugasnya untuk mendapatkan
tandatangan kesemua raja-raja melayu terhadap sokangan kepada Malayan Union.Ia
merupakan idea Ralph Hone yang berpendapat bahawa satu perjanjian yang baru
daripada sultan-sultan adalah diperlukan sebelum MU dijalankan.
Malayan Union
Ini semua kerana tanpa perjanjian itu mereka tidak dapat mengawal kedaulatan
negeri-negeri Melayu dan ia akan membahayakan kedudukan MU sendiri.MacMichael
telah memulakan misinya dengan menemui Sultan Johor(Sultan Ibrahim) iaitu sultan
tertua di Tanah Melayu.Pada 18 Oktober 1945 telah mendapatkan tandatangan daripada
baginda.Kemudiannya,MacMichael terus menumui 8 sultan negeri-negeri Melayu pada;
i- 23 Oktober - Sultan Alam Shah (Selangor)
ii- 31 Oktober - Sultan Abu Bakar (Pahang)
iii- 13 November – YAM Tungku Abdul Rahman (Negari Sembilan)
iv- 20 November – Sultan Abdul Aziz (Perak)
v- 2 Disember – Sultan Badlishah (Kedah)
vi- Raja Syed Putra (Perlis)
vii- 17 Disember – Sultan Ibrahim (Kelantan)
viii- Sultan Ismail (Terengganu)
Dalam masa kurang daripada tiga bulan MacMichael telah mendapatkan kesemua
tandatangan sultan-sultan Melayu.Menurut catatan yang didapati ketika MacMichael
menjalankan tugas untuk mendapatkan kesemua tandatangan raja-raja Melayu beliau
telah melakukan dengan cara penipuan,paksaan mahupun ugutan terhadap para
sultan.Misalnya seperti yang terjadi kepada Sultan Abdul Aziz Shah(Perak) dan Sultan
Badlishah(Kedah) yang mana mereka tidak diberikan tempoh untuk mengkaji
“Perjanjian” tersebut malahan diugut akan menurunkan takhta baginda dan
menggantikan dengan sultan yang baru.

Akhirnya,pada 6 Januari 1946 Sir Harold MacMichael telah kembali ke England


dengan membawa bersamanya “kertas penyerahan kuasa” yang ditandatangi kesemua
sultan Melayu dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja British.Dengan itu pada 22
Januari 1946 kerajaan British telah membentangkan “Kertas Putih” untuk memulakan
pelancaran MalayanUnion (Negara Malaya Bersatu) yang akan menggantikan
pemerintahan Diraja Melayu dan pada 1 April 1946 pengisytirahan Malayan Union
berlangsung di Tanah Melayu.

Penentangan Terhadap Malayan Union

Faktor-faktor Penentangan

Rancangan penubuhan Malayan Union oleh British di Tanah Melayu telah mendapat
tentangan yang hebat oleh rakyat.Hal ini berikutan kerana syarta-syarat yang terdapat di
dalam perlembagaan Malayan Union tersebut dan akibat sikap MacMichael ketika
meminta tandatangan raja-raja Melayu yang penuh dengan penipuan,paksaan serta
ugutan.Ini menambahkan lagi kaum Melayu di Tanah Melayu ini.
Tindakan MacMichael yang telah memaksa raja-raja Melayu untuk
menandatangani perjanjian dengan mengugut dengan melucutkan jawatan mereka atas
alasan sultan-sultan telah bekerjasama dengan Jepun ketika perang dunia kedua.Selain
itu,orang Melayu terasa diperkecilkan kerana tidak memberi masa untuk memikirkan
tentang penubuhan Malayan Union tersebut malahan pula MacMichael tidak
menerangkan secara terperinci tentang syarat-syarat gagasan MU dan pendapat raja-raja
sebelum menandatangi perjanjian tersebut.

Orang Melayu turut menentang kerana pertubuhan Malayan Union mengancam


kedaulatan dan kuasa mutlak sultan.Para sultan masih dikekalkan jawatan tetapi kuasa
sultan terletak kepada gabenor British yang mempunyai kuasa pembatal(veto)
termasuklah dalam fatwa hal ehwal Agama Islam dan adat orang Melayu.Dengan sebab
inilah orang Melayu bimbang kerana persaingan dengan orang bukan Melayu yang
menguasai ekonomi mereka dan akan mengotorkan kesucian Agama Islam kerana
dipengerusikan oleh gabenor yang bukan beragama Islam.Kehilangan kuasa sultan akan
menukarkan Tanah Melayu kepada tanah jajahan British dan kerana kebiadapan mereka
terhadap Agama yang tersuci itu maka orang Melayu bangkit untuk menghapuskan
perjanjian Malayan Union tersebut.

Syarat pemberian taraf berdasarkan jus soli yang liberal itu telah menambahkan lagi
penentangan orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union dan disebabkan ini juga
telah menebalkan lagi kebencian orang Melayu kepada kaum lain terutamanya kaum
cina.Jika Malayan Union dijalankan maka dianggarkan 85% diberikan kepada kaum cina
manakala kaum india mendapat 75% taraf kewargenaan Tanah Melayu.Syarat
kerakyatan yang longgar ini,hak orang Melayu akan menjadi sama rata dengan orang
bukan Melayu dan ia akan menyebabkan tergugat keistimewaan dan kedudukan politik
Melayu semakin goyah.Keadaan ini dianggap merbahaya terhadap kedudukan
politik,ekonomi dan masa hadapan orang Melayu.

Proses Penentangan Orang Melayu

You might also like