You are on page 1of 3

Sumbangan Ibnu Khaldun - Penulisan Karya Agung

Ibnu Khaldun telah menulis banyak teori yang lengkap yang bersifat ilmiah dan
teori serta masih digunakan sebagai rujukan pada masa kini melalui karyanya yang
berjudul Muqaddimah. Muqadimmah menjelaskan keadaan dan bagaimana proses
kemunculan masyarakat dan budaya manusia daripada bermulanya sesuatu kota,
perkembangan politik, kemajuan perdagangan dan penemuan ilmu pengetahuan
yang baharu. Muqadimmah dianggap sebagai sumbangan agung dalam bidang ilmu
sejarah kerana ia merupakan salah satu percubaan awal yang pernah dilakukan oleh
ahli sejarah bagi memahami pola perubahan yang berlaku pada organisasi politik
manusia. Muqadimmah merupakan karya agung Ibnu Khaldun yang menjadikannya
sebagai Bapa kepada Ilmu Sosial, Ekonomi, dan Sejarah. Muqaddimah yang
bermaksud ‘pendahuluan’ dalam Bahasa Melayu sebenarnya adalah buku yang sudah
diterjemahkan dan dari kitab Ibnu Khaldun yang berjudul Kitab Al-Ibar. Namun
demikian, Muqaddimah lebih popular berbanding daripada kitab induknya walaupun
telah diringkaskan.

Kitab ini telah dikarang oleh Ibnu Khaldun pada sekitar tahun 779 Hijrah/1377
Masihi semasa beliau menetap di benteng Ibnu Salamah di Aljazair, Algeria. Ibnu
Khaldun telah menghabiskan masa selama lima bulan untuk menyiapkan kitab
Muqaddimah. Kitab ini dikarang berdasarkan catatan dan rujukan Ibnu Khladun di
benteng Ibnu Salamah. Ibnu Khaldun telah menganalisi pelbagai gejala sosial yang
berlaku dalam kitab ini. Kitab ini terbahagi kepada bahagian pendahuluan dan
mempunya enam yang membincangkan mengenai pelbagai perkara. Pendahuluan
buku ini mempunyai tujuh muka surat yang membincangkan kajian-kajian yang
dilakukan oleh ilmuan-ilmuan sebelumnya. Dalam buku ini, Ibnu Khaldun telah
mengulas dan mencatat kelemahan-kelemahan yang terkandung dalam kajian
terdahulu. Beliau menyatakan bahawa terdapat sejarawan yang menghasilkan karya
yang tidak asli dengan menjadikan karya-karya sebelum itu sebagai bahan tiruan.
Sejarahwan sesudah mereka itu adalah muqallid (pengikut tradisi) dan tidak
mengenali sesuatu yang asli serta tumpul akal dan mereka tidak berusaha untuk
mengatasi ketumpulan itu1.

Ibn, K., & Rosenthal, F. (1967). The Muqaddimah: An introduction to history. Princeton, N.J: Princeton
1

University Press.
Di dalam pendahuluan kitab ini akan menjelaskan mengapa Ibnu Khaldun telah
mengarang kitab ini. Antara sebab Ibnu Khaldun menulis buku ini adalah kerana
Ibnu Khaldun sedar akan kelemahan kaedah penulisan sejarah yang pada masa itu
mempunyai banyak kelemahan. Ahli sejarah Islam sebelum Ibnu Khaldun pada pada
ketika itu dianggap kurang mengetahui sosiologi politik masyarakat. Mereka hanya
menulis berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan kepada mereka tanpa
mengkaji asal-usul, sifat semula jadi atau sebab-sebab sesuatu peristiwa itu berlaku.
Berbanding dengan Ibnu Khaldun, beliau cuba untuk mengesan secara mendalam
sebab sesuatu peristiwa itu berlaku. Ia nya untuk mendedahkan kuasa-kuasa moral
dan spiritual yang mendasari keadaan di samping memperbetulkan undang-undang
mengenai jatuh bangunnya sesuatu bangsa Melalui kitab Muqadimmah, beliau cuba
untuk menyingkap keadaan yang berlaku di setiap generasi dan cuba untuk
mengubah cara penilaian yang digunakan oleh ahli sejarah terhadap peristiwa yang
telah berlaku.

Bab Kedua dan Ketiga buku ini pula membincangkan sebab yang membezakan
ciri-ciri dan karakter antara masyarakat moden dan masyarakat primitif. Ibnu
Khaldun menjelaskan bahawa walaupun bangsa itu biadab, kekuasaan kerajaannya
adalah jauh lebih jauh2. Selain itu, bab ini juga membicarakan hal berkaitan sistem
pemerintahan dan urusan politik dalam kehidupan bermasyarakat terutamanya
dalam masyarakat Arab Badwi. Bab Empat lebih memfokuskan kepada
perkembangan dan pembinaan kota-kota serta perbezaan dan perbandingannya
dengan kota yang lain. Dalam kandungan ini, Ibnu Khaldun telah menghubung
kaitkan perkembangan kota dengan petempatan manusia yang dipengaruhi oleh
geografi persekitaran. Manakala Bab lima pula lebih banyak membincangkan
pandangannya terhadap ekonomi dalam kehidupan. Cabang ekonomi yang
dipaparkan adalah termasuk ekonomi individu, ekonomi masyarakat dan ekonomi
negara. Akhir sekali, Ibnu Khaldun banyak menyelitkan pedagogi ilmu dalam
kehidupan dan cara untuk mempelajarinya pada Bab Enam buku ni.

Ibnu Khaldun telah menulis empat jilid yang membahaskan sejarah kehidupan
bangsa Arab dalam bahagian kedua Kitab Al-Ibar. Beliau membahaskan mengenai

2
Ibn, K., & Rosenthal, F. (1967). The Muqaddimah: An introduction to history. Princeton, N.J: Princeton
University Press.
cara kehidupan yang dipraktikkan oleh keturunan Arab sejak dari zaman mereka
diciptakan sehingga zaman yang dihidupi oleh Ibnu Khaldun sendiri. Menurut beliau,
orang Arab hanya dapat menguasai wilayah yang rata disebabkan sifat mereka yang
suka merampas tanpa menghiraukan bahaya di sekeliling 3. Beliau juga banyak
menulis berkaitan dengan perkembangan masyarakat Islam dan masyarakat Timur di
dalam bahagian ini. Selain itu, sejarah perkembangan masyarakat serta negara
sezamannya seperti kaum Suryani, Parsi, Qibti, Bani Israel, Yunani, Romawi, Turki
dan kaum Eropah juga dibincangkan dalam bahagian kedua kitab ini dan teori yang
dibincangkan ini masih kekal relevan sehingga masa kini.

Bahagian terakhir kitab ini menghuraikan berkenaan dengan sejarah kehidupan


kaum Barbar serta sejarah kehidupan masyarakat pesisir barat. Beliau telah
menjelaskan bagaimana kehidupan raja-raja yang mempunyai rumah-rumah di
kawasan pesisir Barat. Kitab ini diakhiri dengan jilid tujuh yang menceritakan
mengenai bibilorafi Ibnu Khaldun. Jilid tujuh pula diisi dengan catatan sejarah
kehidupan Ibnu Khladun yang bertajuk “Ta’rif Ibnu Khladun Mu’alliful Kitaab, wa
Rihatuhu Gharban wa Syarqan” yang bermaksud Bibiliografi Ibnu Khaldun Sang
Penulis Buku, Serta Riwayat Perjalanannya ke Daerah Timur dan Barat.

Secara umumnya, Muqadimmah membincangkan sejarah dan pensejarahan.


Ibnu Khaldun membahagikan karyanya kepada 6 bab iaitu, bab pertama mengenai
risalah umum tentang masyarakat manusia, bab kedua mengenai masyarakat Badwi
atau masyarakat yang dianggap primitif, bab ketiga mengenai pemerintahan
khalifah-khalifah dan raja-raja, bab keempat mengenai masyarakat bandar atau
masyarakat dianggap sudah maju, bab kelima mengenai pekerjaan dan kehidupan
manusia seharian serta hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi secara umum, dan
bab keenam berkenaan tentang ilmu pengetahuan dan pendidikan.

3
Ibn, K., & Rosenthal, F. (1967). The Muqaddimah: An introduction to history. Princeton, N.J: Princeton
University Press.

You might also like