You are on page 1of 45

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 1

Rangka rancangan jangka panjang pertama ( RRJP1) 1971-1990 menggariskan Rangka


sosioekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) .
Selain daripada menentukan matlamat utama pertumbuhan ekonomi dan pengagihan,
RRJP1 juga menggariskan dasar, stratergi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.

PENGENALAN

LATAR BELAKANG 1. Latar belakang pembangunan ekonomi negara kita 6-7


semasa pemerintahan British sehingga merdeka.

2. Latar belakang Rancangan Pembangunan Lima 7


Tahun.

3. Latar belakang Rangka Rancangan Jangka Panjang 7


Pertama ( RRJP1) / DEB

ISI DAN HURAIAN

PERKEMBANG RRJP1 / 4. Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun Tahap


DEB Kedua / DEB (1971-1990)

 Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) 7-10


 Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)
 Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985)
 Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)

DEB : 5. Matlamat / Tujuan DEB diperkenalkan. 10

- MATLAMAT/ TUJUAN
6. Peranan agensi-agensi kerajaan dalam mencapai 11-12
- PERANAN AGENSI matlamat DEB
KERAJAAN

7. Dasar pembangunan ekonomi dalam RRJP1 / DEB

DASAR DASAR a. Dasar Pertanian Negara (DPN)


PEMBANGUNAN b. Dasar Pensyarikatan Malaysia
NEGARA c. Dasar Penswastaan Malaysia 12-14
d. Dasar Hala Tuju Baru
e. Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran
Negara
f. Dasar Kependudukan

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 2


KBAT

DASAR-DASAR 8. Usaha kerajaan dalam meningkatkan sektor 14-16


PEMBANGUNAN perindustrian negara
NEGARA

9. Sumbangan sektor perindustrian dalam kemajuan 15-16


sosio ekonomi negara.

10. Peranan sektor swasta dalam pembangunan 16


ekonomi negara

11. Buktikan bahawa sektor pertanian tidak pernah 17


diabaikan oleh kerajaan

DASAR EKONOMI BARU 12. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk 18
(DEB) mencapai aspirasi DEB

- USAHA
- RASIONAL 13. Rasional matlamat serampang dua mata DEB :
- MATLAMAT - membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum 19
SERAMPANG DUA - menyusun semula masyarakat
MATA
- KESAN
- LANGKAH 14. Kepentingan penyusunan semula masyarakat 19-20

15. Strategi / Usaha kerajaan Malaysia dalam 20-21


“Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum”

16. Strategi / Usaha kerajaan Malaysia dalam 21


“Menyusun semula masyarakat”

17. Kesan ketidak adilan ekonomi kepada negara 22

18. Usaha / Langkah kerajaan dalam melaksanakan 22-23


pengagihan ekonomi yang adil

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 3


DASAR EKONOMI BARU 19. Kejayaan Rancangan pembangunan ekonomi 23
(DEB) 1970-1990 (DEB)

- KEJAYAAN
- MANFAAT 20. Kejayaan DEB dalam mengukuhkan perpaduan 24
- KEISTIMEWAAN / kaum dan kemakmuran negara.
KELEBIHAN NEGARA
KITA
- KEWAJARAN 21. Manfaat / Kebaikan DEB kepada rakyat Malaysia 24-25
- ASPIRASI DEB
- IMPLIKASI
- KESAN 22. Kelebihan dan keistimewaan negara kita untuk 25
Usaha mencapai pembangunan ekonomi yang pesat.

23. Tanggungjawab anda sebagai generasi muda


untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara 26
maju dan berpendapatan tinggi.

24. Wajarkah DEB diteruskan ? 26-27

25. Buktikan bahawa DEB telah mewujudkan


pengagihan ekonomi yang adil untuk semua kaum 27
dan wilayah.

26. “Aspirasi DEB tunjang kepada penggubalan dasar 28


pembangunan ekonomi masa kini”.

27. Implikasi / Kesan kepada negara ini sekiranya DEB 28-29


tidak dilaksanakan

28. Kesan kejayaan DEB / RRJP 1 terhadap 29


pembangunan negara

29. Sumbangan Dasar Pembangunan Ekonomi di 30


pesada antarabangsa

DASAR EKONOMI BARU 30. Cabaran dan langkah kerajaan untuk menjayakan 30-31
(DEB) matlamat DEB
- CABARAN
- LANGKAH
- KEKANGAN 31. Cabaran dan langkah kerajaan untuk menghadapi
persaingan ekonomi dengan negara maju 32-33

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 4


32. Cabaran dan langkah kerajaan untuk mewujudkan 33-34
negara maju

33. Cabaran dan langkah kerajaan untuk 34-35


mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat

34. Cabaran dan langkah kerajaan untuk merancang


model ekonomi yang mapan dan cabaran ekonomi 36
masa hadapan

35. Cabaran dan langkah kerajaan untuk mengatasi 37


masalah ekonomi masa kini

36. Cabaran untuk membangunkan sektor perindustrian 38

NILAI 37. Nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan 38-39


IKTIBAR masyarakat Malaysia

38. Iktibar daripada pembangunan ekonomi @ 39


pelaksanaan RRJP 1

RUJUKAN TAMBAHAN 39. Ramalan anda terhadap potensi Malaysia untuk


muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi baru 39-40
dunia.

40. Rancangkan satu pelan pembangunan ekonomi


masa hadapan bagi kemakmuran negara dan 40-41
rakyat negara ini.

41. Dasar ekonomi yang bercorak dinamik perlu 41


dilaksanakan pada masa hadapan

42. Kepentingan pembangunan sosio ekonomi 41-42


dalam mensejahterakan masyarakat dan negara.

43. Mengapakah berlaku ketidakseimbangan ekonomi 42


di negara kita?

44. Hubungkaitkan pembangunan dengan 43


Wawasan 2020.

RUMUSAN / KESIMPULAN (ms 44-45)

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 5


ARAHAN KEPADA CALON :
1. Markah yang tercatat pada setiap perenggan hanyalah andaian perolehan markah
sahaja.
2. Pelajar hendaklah menyesuaikan jawapan dengan jumlah markah yang terdapat pada
soalan yang sebenar untuk mengelakkan terlalu banyak masa diambil untuk menjawap
satu- satu soalan.
3. Sekiranya jawapan anda telah mencukupi dengan jumlah markah pada soalan yang
sebenar dengan jumlah markah yang terdapat pada setiap perenggan, anda
dinasihatkan supaya meninggalkan ruang kosong beberapa baris pada bahagian bawah
kertas jawapan anda dan beralih kepada soalan lain dahulu.
Sekiranya anda mempunyai lebihan masa, barulah anda menyambung kembali jawapan
anda itu pada ruang kosong yang anda tinggalkan tadi.
3. Modul ini sekadar panduan rujukan pelajar sahaja.
4. Kami guru Sejarah dari seluruh Malaysia telah cuba untuk menghasilkan bahan
rujukan yang terbaik bagi membantu para pelajar menjawap peperiksaan Kertas 3.
Walau bagaimanapun, semuanya terletak kepada kebijaksanaan para pelajar untuk
menghasilkan jawapan dengan mengaplikasikan bahan-bahan rujukan yang ada.
5. Semoga modul ini dapat membantu para pelajar mendapat skor penuh iaitu 20/20.
7. Pastikan anda menjawab semua soalan.
8. Semoga berjaya dengan cemerlang.

"BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT"

PENGENALAN

1. Latar belakang pembangunan ekonomi negara kita semasa pemerintahan British


sehingga merdeka [Btms 196-197]

Semasa memerintah Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai dasar


hanya untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka. Kesannya British telah berjaya
mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden yang diperkenalkan. Sistem yang
bercirikan penggunaan mata wang, pengenalan institusi bank, perdagangan antarabangsa,
penggunaan tekologi tinggi dan sistem pengurusan yang cekap adalah begitu asing kepada
penduduk peribumi.

Penduduk peribumi terus ketinggalan dengan sistem ekonomi tradisional yang


merupakan ekonomi sara diri. Menjelang kemerdekaan, Tanah Melayu terpaksa menghadapi
segala kepincangan yang ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan
sosial demi kesejahteraan rakyatnya.

Selepas kemerdekaan, pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui


Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dimulakan oleh kerajaan Parti Perikatan..
Pada peringkat awal, rancangan tersebut memberikan tumpuan terhadap pembangunan
kawasan luar bandar.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 6


DEB pula diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarkat tanpa mengira kaum. Apabila DEB tamat pada tahun 1990 Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) diperkenalkan untuk menyambung hasrat DEB hingga tahun 2000.

Dalam pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun menerusi DEB dan


DPN, banyak dasar pembangunan dan agensi kerajaan diwujudkan secara bersepadu untuk
memastikan kejayaan pembangunan ekonomi negara. [5 markah]

2. Latar belakang Rancangan Pembangunan Lima Tahun [Btms 197]

Rancangan pembangunan Lima Tahun telah dilaksanakan dalam dua tahap iaitu
tahap pertama dan tahap kedua. Tahap pertama merangkumi Rancangan Malaya pertama
(1956-1960), Rancangan Malaya Kedua, (1961-1965) dan juga Rancangan Malaysia
Pertama (1966-1970).
Rancangan Malaysia Tahap kedua, juga dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka
Panjang 1 (RRJP1) dan dilaksanakan di bawah Dasar Ekonomi Baru yang merangkumi
Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980),
Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

Rancangan Malaysia Pertama terbantut apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969,


ekoran itu DEB diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang.
Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
[5 markah]

3. Latar belakang Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) / DEB


[Btms 197]

Latar Belakang Pengenalan RRJP 1/ Dasar Ekonomi Baru Rangka Rancangan


Jangka Panjang 1( RRJP1) dilaksanakan dibawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Berlangsung
selama 20 tahun merangkumi 4 rancangan lima tahun iaitu Rancangan Malaysia Kedua
(1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat
(1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990).

Menjelang kemerdekaan, Tanah Melayu terpaksa menghadapi segala kepincangan


yang ditinggalkan oleh penjajah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi
kesejahteraan rakyatnya. Pencapaian Rancangan Pembangunan Lima Tahun tahap pertama
kurang memberangsangkan kerana ancaman komunis dan kejatuhan harga komoditi getah
dan bijih timah di pasaran dunia. Tragedi 13 Mei 1969 membuktikan bahawa Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama belum dapat membendung masalah perpaduan
kerana jurang perbezaan pendapatan antara kaum masih ketara. Ekoran itu, DEB telah
diperkenalkan sebagai perancangan pembangunan negara jangka panjang.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) 1971-1990, menggariskan


rangka sosio ekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru
(DEB). Dasar ini bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
tanpa mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang
pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut
fungsi ekonomi. [5 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 7


ISI DAN HURAIAN

PERKEMBANGAN RRJP1 - 4 RANCANGAN MALAYSIA

4. Rancangan pembangunan lima tahun tahap kedua / DEB (1971-1990)

 RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975) [Btms 201-202]

Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan Lima Tahun


pertama di bawah DEB. Matlamatnya untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
antara kaum, kawasan dan wilayah. Tumpuan untuk membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dengan menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang pekerjaan
bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi
ekonomi. [3 markah]

Program pembangunan kawasan luar bandar diteruskan. Beberapa agensi


ditubuhkan di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah untuk melaksanakan
program pembangunan wilayah. Agensi lain juga telah ditubuhkan khususnya untuk
membantu golongan petani, menggalakkan perkembangan perusahaan dan
perdagangan serta memajukan bandar. [3 markah]

Beberapa agensi kerajaan telah ditubuhkan dalam Rancangan Pembangunan


Malaysia Kedua seperti Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) untuk menstabilkan harga
padi. Selain itu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membangun dan
memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan. [3 markah]

Selain itu Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) untuk membangunkan bandar.


Pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga membantu
pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah. [2 markah]

Selain itu Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) diperkenalkan untuk membantu


golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Petroleum Nasional Berhad
(PETRONAS) memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan
petroleum. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri juga untuk menggalakkan
perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan,
ruang pejabat dan kedai. [3 markah]

 RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980) [Btms 202-203]

Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang


mendokong aspirasi DEB. Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat terus menjadi matlamat segala program pembangunan ekonomi. Program
pembangunan pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti,
membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. [3 markah]

Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan dibawah program


pembangunan wilayah oleh agensi-agensi seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
(KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga
Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit kerana

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 8


keperluan eksport. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor
pembangunan industri dan pembangunan bandar baru. [3 markah]

 RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985) [Btms 203-205]

Rancangan Malaysia keempat juga mendokong aspirasi DEB. Rancangan ini


dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi, tetapi tetap meneruskan
program yang dirancang dalam rancangan sebelum ini. Rancangan Malaysia Keempat
memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat berasaskan pelaburan
modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir.
[3 markah]

Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada


akhir tahun 1980. Penubuhan HICOM untuk mengenal pasti, memulakan dan
menguruskan projek industri berat dengan cekap. [2 markah]

Bagi mengiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing,


perusahaan baru dibuka seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan),
Bintulu (Sarawak) serta di Menggatal dan Likas (Sabah). Disamping itu zon
perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan di Sungai Way
(Selangor). [3 markah]

Bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian, dua program telah


dilancarkan pada tahun 1983 iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk
Perindustrian. Kelemahan dalam struktur perindustrian negara dikenal pasti oleh Kajian
Dasar Perindustrian Malaysia. Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju
pembangunan industri dan strategi pelaksanaannya. Pengenalan dasar Pengswastaan
dan Dasar Pensyarikatan Malaysia merupakan perkembangan baru. Penglibatan sektor
swasta dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.
[3 markah]

Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum


bumiputera dengan kaum bukan bumiputera, Pemodalan Nasional Berhad (PNB) telah
ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) telah dilancarkan pda tahun 1981.
Sektor pertanian turut diberi perhatian menerusi Dasar Pertanian Negara (DPN) . Dasar ini
bermatlamat untuk memodenkan dan mengiatkan semula sektor pertanian secara
bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.
[3 markah]

Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan keluaran Dalam Negara


Kasar (KDNK) pada kadar 5.8 peratus setahun. Pendapatan per kapita pula meningkat
pada kadar 4.4 peratus setahun menjadi RM4000 juta pada tahun 1985. [2 markah]

 RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990) [Btms 205-206]

Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir
untuk merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan
utama ialah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan
mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta. Selain itu syarat
pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 9


berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan
kecekapan pengurusan agensinya agar dapat berkerjasama dengan sektor swasta
dengan lebih berkesan. [3 markah]

Pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan perhatian. Penggunaan tanah


dengan lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Industri desa yang berpotensi seperti kraf tangan digalakkan. Untuk
kemudahan tersebut, kredit dan insentif telah diperluas, misalnya, melalu Bank Pertanian
Malaysia, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. [3 markah]

Sektor pelancongan menjadi perusahaan penting dalam tempoh Rancangan


Malaysia Kelima. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia merancakkan lagi
industri pelancongan terutama dengan pelancaran Tahun Melawat Malaysia pada tahun
1990. Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan
dan pembangunan. Bidang ini dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan
guna tenaga tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara. [3 markah]

DEB :
MATLAMAT / TUJUAN / PERANAN AGENSI KERAJAAN

5. Matlamat / Tujuan DEB diperkenalkan

Matlamat utama penggubalan DEB ialah untuk mencapai perpaduan negara dan
membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata iaitu untuk membasmi
kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum. DEB dilaksanakan
melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun. [3 markah]

Rancangan Malaysia Kedua merupakan rancangan pembangunan Lima Tahun yang


pertama di bawah DEB. Matlamat rancangan ini adalah untuk menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan, dan wilayah. Dari segi pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum, semasa RRJP1 dilancarkan, berdasarkan statistik hampir
separuh daripada jumlah isi rumah di negara ini adalah miskin. [3 markah]

Strategi serampang dua mata DEB yang kedua, bertujuan untuk menyusun semula
masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Matlamat ini diharap akan dapat dicapai melalui penyusunan semula corak guna tenaga,
hak milik modal saham dalam sektor syarikat dan pewujudan sebuah masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian. [3 markah]

DEB bermatlamat untuk menyusun semula corak guna tenaga supaya komposisi
penduduk pelbagai kaum di negara ini terlibat dalam semua sektor dan semua peringkat
pekerjaan kerana semasa DEB dilancarkan struktur pekerjaan memperlihatkan ciri-ciri
perbezaan yang amat ketara. [3 markah]

Selain itu, DEB bertujuan untuk menambahkan pendapatan dan menyediakan


peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum
mengikut fungsi ekonomi. Dalam tempoh pelaksanaan ini pelbagai dasar pembangunan
dan agensi diwujudkan secara bersepadu untuk memastikan kejayaan pembangunan
ekonomi negara. [3 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 10


6. Peranan agensi-agensi kerajaan dalam mencapai matlamat DEB

Beberapa agensi telah terlibat dalam menjayakan DEB untuk menyelesaikan masalah
ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Penubuhan agensi-agensi ini
membantu golongan petani serta menggalakkan perkembangan perusahaan dan
perdagangan di samping memajukan bandar. Dalam bidang ekonomi pertanian, agensi
Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) ditubuhkan untuk menstabilkan harga padi.
[3 markah]

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia ( LKIM) pula bertujuan membangunkan dan


memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan. Seterusnya Pihak
Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berperanan membantu
pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah. Manakala
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berfungsi untuk membantu golongan petani
melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. [3 markah]

Program pembangunan ekonomi pertanian di kawasan luar bandar diteruskan dan


beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan untuk
melaksanakan program pembangunan wilayah. Antaranya, Lembaga Kemajuan Tanah
Persekutuan (FELDA) yang bertindak terus memainkan peranan dalam pembukaan tanah
manakala Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) ditubuhkan
untuk membangunkan ekonomi di kawasan luar bandar. [3 markah]

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu


Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) serta
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pula memainkan peranan bagi
melaksanakan program pembukaan tanah secara besar-besaran. Agensi ini memberi
tumpuan kepada penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.
[3 markah]

Manakala Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) berfungsi untuk


menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan hasil pertanian. Seterusnya bagi menjayakan
DEB yang menumpukan kepada masyarakat di luar bandar, Majlis Amanah Rakyat
(MARA) ditubuhkan untuk membangunkan masyarakat luar bandar. [3 markah]

Agensi yang terlibat dalam ekonomi perindustrian pula ialah Petroleum


Nasional Berhad (PETRONAS) yang ditubuhkan untuk memajukan sektor perindustrian
dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum. Sementara, agensi Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri pula berfungsi menggalakkan perindustrian dan perdagangan
dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat dan kedai. [3 markah]

Peranan agensi lain iaitu Bank Bumiputera pula bertindak menggalakkan bumiputera
dalam perdagangan manakala Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bertujuan
menggiatkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan Lembaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia (MIDA) berfungsi bagi menggalakkan kemunculan industri baru.
[3 markah]

Agensi Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada tahun 1980
untuk memberi tumpuan dan memulakan industri berat serta menguruskan projek industri

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 11


berat dengan cekap seperti sektor swasta. Agensi pembangunan wilayah diluaskan
peranannya dalam sektor pembangunan industri dan bandar baru. Contohnya, Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA) ditubuhkan untuk membangunkan bandar. [3 markah]

Akhirnya, peranan Perbadanan Pelancongan Malaysia ditubuhkan untuk


merancakkan industri pelancongan dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada
tahun 1990. [2 markah]

DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

7. Dasar pembangunan ekonomi dalam RRJP1 / DEB

a) Dasar Pertanian Negara (DPN) [Btms 206]

Dasar Pertanian Negara dilancarkan pada 12 Januari 1984 yang bermatlamat untuk
meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimun menerusi pengurusan
sumber ekonomi negara cekap dan berkesan. [2 markah]

DPN juga bermatlamat untuk memaksimunkan pendapatan pekebun kecil di samping


untuk memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk eksport. Beberapa strategi
mencapai matlamat DPN telah dilaksanakan seperti menggalakkan pembukaan tanah-
tanah baru di bawah FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.
[3 markah]

Selain itu memperkenalkan program pembangunan in-situ untuk memulihkan


kawasan yang berproduktiviti rendah dengan menyediakan perkhidmatan sokongan
pertanian seperti pemasaran, kredit, subsidi dan penyelidikan. [2 markah]

DPN juga melibatkan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di bawah
Kementerian Pertanian seperti projek pembangunan pertanian bersepadu dan
dilaksanakan jabatan kerajaan KEMUBU, KELANTAN UTARA, BESUT, SELANGOR BARAT
& JOHOR BARAT. [3 markah]

b) Dasar Pensyarikatan Malaysia [Btms 206-207]

Dasar Pensyarikatan Malaysia diperkenalkan pada 25 Februari 1983. Dasar ini


bermatlamat untuk merangsang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan
dalam pembangunan negara. [2 markah]

Melalui dasar ini Malaysia dianggap sebuah syarikat yang dimiliki secara bersama
oleh kerajaan dan sektor swasta. Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan
pemilik saham dan pekerja yang bertanggungjawab majukan Malaysia. Bagi
melaksanakannya sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dengan sektor swasta
ditubuhkan untuk melaksanakannya. [3 markah]

Pegawai kerajaan ditempatkan di syarikat swasta untuk menjalinkan hubungan dan


berkongsi kepakaran. Sektor swasta perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamkan
kepentigan nasional dalam aktiviti ekonomi disamping mendapatkan keuntungan maksimun.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 12


Pihak kerajaan perlu bertindak memberi perkhidmatan sokongan bagi memudahkan
operasi sektor swasta. [3 markah]

c) Dasar Penswastaan [Btms 207-208]

Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato‟ Seri Dr.
Mahathir Mohamad pada bulan Mac 1983. Melalui dasar ini kerajaan memindahkan
perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor
swasta. Matlamatnya ialah untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan. [3 markah]

Selain itu, meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan atau barangan


kerana sektor swasta dianggap lebih cekap daripada sektor awam. Dasar ini diyakini dapat
mempercepatkan pembangunan ekonomi melalui pelaburan modal oleh sektor swasta.
[3 markah]

Unit Perancangan Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa Penswastaan


yang memberikan garis panduan kepada sebuah kementerian atau jabatan yang ingin
menjalankan penswastaan. Berdasarkan garis panduan yang disediakan penswastaan boleh
dilakukan sama ada secara sepenuhnya atau secara sebahagian. Melalui dasar ini
kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan terhadap
pembangunan sektor lain. Contohnya, Syarikat Airod Sdn. Bhd, TNB, TELEKOM.
[4 markah]

d) Dasar Hala Tuju Cara Baru [Btms 208]

Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan
luar bandar, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui
penglibatan mereka dalam sektor pelaburan. [2 markah]

Strategi pertama, mengelompokkan kampung-kampung menjadi petempatan yang


lebih besar supaya kemudahan dapat disediakan dengan lebih ekonomik. Strategi kedua,
meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui program usahawan
desa yang terlibat dengan industri pembuatan barang. [3 markah]

Strategi ketiga, pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan bagi


meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar. [1 markah]

e) Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN) [Btms 208-209]

Pihak kerajaan juga memperkenalkan Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran


Negara (DPDPN) bermatlamat untuk mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang
berterusan. Peningkatan hasil pendapatan negara penting untuk meningkatkan kadar
pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. [3 markah]

DPNPN ini juga memastikan penggunaan sumber negara pada tahap maksimun
bagi mengelakkan sebarang pembaziran. Seterusnya memastikan sektor perindustrian
dapat bersaing pada peringkat antarabangsa. Strateginya membaiki sistem pengurusan
operasi bertujuan untuk membaiki struktur organisasi, penggunaan teknologi terkini dan
penerapan nilai dan etika kerja murni. [2 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 13


f) Dasar Kependudukan [Btms 209]

Dasar Kependudukan dilancarkan pada 29 Mac 1984 bagi mencapai sasaran 70 juta
penduduk menjelang 2100. Pertumbuhan penduduk dalam jangka masa panjang
memberikan kesan positif kepada bekalan tenaga kerja,produktiviti akan meningkat dan
pasaran semakin luas serta dapat menjamin kekuatan politik dan keselamatan negara.
[3 markah]

Dasar ini menitikberatkan keselarasan antara kadar pertumbuhan penduduk dengan


pembangunan sosioekonomi negara khususnya kemudahan pendidikan, perumahan,
kesihatan dan peluang pekerjaan. Segala program pembangunan negara didasarkan kepada
unjuran jumlah penduduk untuk memastikan pertambahan jumlah penduduk tidak
mendatangkan masalah kepada negara. [3 markah]

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA

8. Usaha kerajaan dalam meningkatkan sektor perindustrian negara

Rancangan Malaysia Keempat yang telah dilancarkan memberikan tumpuan kepada


perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan teknologi tinggi serta keperluan
tenaga pekerja mahir. Contohnya, kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat
Malaysia (HICOM) untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan projek industri berat
dengan cekap. Antara kejayaan daripada usaha ini ialah pembuatan kereta iaitu Proton Saga
oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Berhad (PROTON). [3 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 14


Selain itu, perusahaan baru telah dibuka bagi menggiatkan perindustrian dan
menggalakkan pelaburan asing. Contohnya, di Skudai (Johor). Seterusnya, zon
perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungai Way
(Selangor). Hal ini, menjadikan negara kita dapat memperbagaikan keluaran industri dan
mengurangkan kebergantungan kepada negara luar. [3 markah]

Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian telah


dilancarkan pada tahun 1983 bagi memastikan keberkesanan projek perindustrian. Secara
tidak langsung, kita dapat mengenal pasti, kelemahan dalam struktur perindustrian negara
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menyemak semula galakan-galakan pelaburan.
Maka sistem sesuatu projek dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun. [3 markah]

Terdapat juga Pelan Induk Perindustrian yang menyediakan hala tuju


pembangunan industri. Contohnya merancang strategi pelaksanaannya yang menekankan
sektor perindustrian sebagai “enjin pertumbuhan” ekonomi negara serta teras pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Hal ini secara tidak langsung akan dapat
meningkatkan lagi imej sektor perindustrian negara kita [3 markah]

Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur bagi melicinkan lagi


urusan eksport dan import seperti menaiktaraf lapangan terbang, lebuhraya dan pelabuhan
untuk kemudahan dan kelancaran urusan perindustrian negara kita. [2 markah]

Kesimpulannya, Sektor perindustrian sangat penting dalam meningkatkan


produktiviti dan pembangunan negara ke arah pembangunan negara yang mampan.
[2 markah]

9. Sumbangan sektor perindustrian dalam kemajuan sosio ekonomi negara.

Sektor perindustrian telah menyumbang kemajuan sosioekonomi negara melalui


peningkatan KDNK dan pendapatan negara. Hal ini terbukti melalui, peningkatan
pertumbuhan KDNK negara sebanyak 5.8% dan dijangka akan terus meningkat bagi tahun
2018. Keadaan Ini, menyumbang kepada pendapatan negara. Contohnya melalui eksport
produk industri pembuatan. Malaysia juga turut mengeksport hasil perindustrian negara ke
negara maju seperti Jepun, USA dan Eropah. Keadaan ini telah menguntungkan negara
melalui pertukaran mata wang asing. [4 markah]

Sektor perindustrian juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada


penduduk. Hal ini akan dapat mengurangkan pengangguran. Disamping,meningkatkan
pendapatan dan taraf hidup penduduk. Contohnya peluang pekerjaan wujud dalam bidang
pengurusan industri, teknikal dan operator pengeluaran. Begitu juga, kewujudan kilang
Proton di Tanjung Malim secara tidak langsung, telah meningkatkan sosioekonomi
masyarakat di sekitar kawasan tersebut. [4 markah]

Pembangunan sektor perindustrian turut menggalakkan pertumbuhan ekonomi


dan berkait rapat dengan kemajuan sosioekonomi masyarakat seperti pertanian,
pengangkutan, telekomunikasi dan perkhidmatan kewangan. Ekonomi huluan dan hiliran
berkembang pesat sejajar dengan perkembangan sektor pembuatan. Hal ini dapat dilihat
dalam pembangunan bandar Nusajaya yang wujud kesan daripada kewujudan Pelabuhan

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 15


Tanjung Pelepas di Gelang Patah, Johor. Pembangunan kawasan luar bandar juga berlaku .
Di mana kawasan luar bandar dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap selari dengan
eksploitasi sumber alam. Contohnya pembangunan RAPID di Pengerang, Johor.
[4 markah]

Dari aspek ekonomi, kemajuan perindustrian juga menambahkan dana pelaburan


dalam negara. Hal ini dapat dilihat menerusi peningkatan pelaburan asing dalam bidang
automotif, barangan elektrik dan elektronik, tekstil dan komputer. Keadaan ini berlaku
menerusi usahasama pelabur asing dan tempatan. Contohnya pelaburan asing dalam sektor
pembuatan datangnya dari syarikat multinasional seperti Epson dan Honda. Kewujudan
syarikat ini telah menyebabkan kemahiran dan teknologi tempatan turut diperkukuh dari
semasa ke semasa. [4 markah]

10. Peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara

Sektor swasta turut berganding bahu dengan pihak kerajaan dalam dasar ekonomi
negara dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan melalui
membuka kilang-kilang perindustrian. Hal ini dapat menambah pendapatan masyarakat
melalui sektor perkerjaan yang ditawarkan. Banyak kawasan perindustrian diwujudkan
seperti Kawasan Perindustrian Seberang Perai dan Kawasan Perindustian di Petaling Jaya.
Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara. [4 markah]

Sektor swasta juga mampu meningkatkan hasil negara dari melalui bayaran cukai
kepada pihak kerajaan. Secara tidak langsung, kutipan cukai yang diperolehi daripada
sektor swasta dapat digunakan untuk pembangunan negara. Contohnya cukai yang
dikenakan keatas barangan import dan pelabur-pelabur modal sektor swasta di negara kita.
Tegasnya, kutipan cukai dapat menyumbang ke arah pembangunan negara yang lebih
mapan. [4 markah]

Di samping itu sektor swasta memainkan peranan dalam memberi kemahiran dan
pengalaman dalam meningkatkan produktiviti pekerja untuk pembangunan ekonomi
negara, menerusi latihan kemahiran dan teknologi serta kepakaran yang dibawa masuk.
Hal ini , dapat melahirkan pekerja separa mahir dan mahir. Contohnya, pembangunan dan
penyelidikan (R&D) meningkatkan kualiti kepada produk yang dihasilkan. [4 markah]

Pembangunan ekonomi negara dapat dijana melalui penglibatan sektor swasta


disamping mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Contohnya
perkhidmatan tertentu yang dijalankan oleh kerajaan selama ini boleh diambil alih oleh
pihak swasta. Dengan ini pihak swasta dapat berganding bahu dengan kerajaan dalam
melestarikan pembangunan negara. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 16


11. Buktikan bahawa sektor pertanian tidak pernah diabaikan oleh kerajaan

Semenjak merdeka hingga kini, kerajaan mempergiatkan pembukaan tanah baru


untuk pertanian secara besar-besaran. Pelbagai agensi kerajaan ditubuhkan yang
berhubung kait dengan pembangunan tanah dan urus niaga produk pertanian. Melalui
penubuhan agensi seperti FELDA, FELCRA, FAMA dan RISDA yang mensasarkan kepada
kemajuan pertanian negara. Biarpun bidang perindustrian negara dimajukan selari dengan
era globalisasi tetapi sektor pertanian negara tidak pernah diabaikan oleh kerajaan.
[4 markah]

Menerusi FELDA pembukaan tanah secara besar besaran dilaksanakan yang


bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian negara. Jenis tanaman yang diberikan
tumpuan seperti getah dan kelapa sawit dapat menjadikan negara kita sebagai pengeluar
utama dunia. Impaknya masyarakat FELDA dapat menyumbang bakti pada pembangunan
ekonomi negara. Menyedari hakikat ini, kerajaan berusaha memberikan kemudahan dan
keselesaan hidup kepada masyarakat FELDA khasnya. [4 markah]

Dibawah RRPJ 1 usaha pembukaan tanah secara besar besaran dilaksanakan


dibawah program pembangunan wilayah oleh agensi agensi seperti Lembaga Kemajuan
Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga
Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Agensi agensi ini bukan sahaja meluaskan pembukaan tanah baru malahan
tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk keperluan eksport.
[4 markah]

Dasar Pertanian Negara (DPN) telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 yang
bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimun menerusi
pengurusan sumber ekonomi negara cekap dan berkesan. Disamping, memaksimunkan
pendapatan pekebun kecil seperti memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk
eksport. Hasilnya, negara mempunyai tanah pertanian yang luas sehingga membolehkan
Malaysia mampu menjadi pengeluar makanan seperti pengeluaran beras dan buah-buahan
. [4 markah]

Tegasnya , kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan sektor pertanian


negara kerana pada asasnya negara kita kaya dengan sumber tanah yang subur. Taraf
hidup rakyat negara ini dapat dibangunkan melalui kemajuan sektor pertanian yang
mampan. [2 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 17


DASAR EKONOMI BARU : USAHA / RASIONAL / MATLAMAT SERAMPANG DUA
MATA / KESAN / LANGKAH

12. Usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mencapai aspirasi Dasar
Ekonomi Baru (DEB)

Bagi mencapai aspirasi DEB, beberapa agensi di bawah Kementerian Tanah


dan Kemajuan Wilayah ditubuhkan melalui Rancangan Malaysia Kedua untuk
melaksanakan program pembangunan wilayah. Tujuannya, untuk membantu masyarakat
yang terdiri dari petani, nelayan, peniaga dan sebagainya. Disamping menggalakkan
perkembangan perusahaan dan perdagangan serta memajukan bandar. Contohnya
kerajaan telah menubuhkan Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) untuk menstabilkan
harga padi, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi membangunkan dan
memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan. Agensi
Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) pula untuk membangunkan bandar.
[4 markah]

Kerajaan juga berusaha membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan
dan penanaman semula getah melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA). Disamping itu, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Maka dengan itu, taraf
hidup masyarakat dapat ditingkatkan demi memenuhi aspirasi DEB. [4 markah]

Kerajaan berusaha memajukan sektor perindustrian dan perniagaan yang


berkaitan dengan petroleum melalui Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS). Ini dapat
memanfaatkan sumber kekayaan negara yang mendatangkan pendapatan kepada negara.
Secara tidak langsung rakyat akan dapat menikmati kesejahteraan hidup selaras dengan
aspirasi DEB. Begitu juga , Agensi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ditubuhkan untuk
menggalakkan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian,
perumahan, ruang pejabat dan kedai. [4 markah]
Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan melalui Rancangan
Malaysia Ketiga di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi-agensi seperti
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah
(KETENGAH), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan
Kelantan Selatan (KESEDAR). Agensi tersebut memberi tumpuan kepada penanaman
getah dan kelapa sawit untuk keperluan eksport. Agensi pembangunan wilayah pula
diperluaskan peranannya untuk mencakupi perkembangan sektor pembangunan industri
dan bandar baru. [4 markah]

Rancangan Malaysia Keempat pula dilancarkan untuk memberi tumpuan kepada


perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan
teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir. Agensi yang ditubuhkan bagi
mencapai matlamat DEB ialah seperti Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) yang
berperanan mengenalpasti, memula dan menguruskan projek industri berat dengan
cekap sepertimana yang dikendalikan oleh sektor swasta. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 18


13. Rasional matlamat serampang dua mata RRPJ (DEB) :
-membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
- menyusun semula masyarakat

Rasional RRPJ dilaksanakan adalah untuk menggalakkan penyertaan orang


Melayu dalam sektor perniagaan supaya dapat bersaing dengan kaum lain melalui
pemberian pinjaman dan membantu memasarkan hasil pertanian. Contohnya kerajaan telah
melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil kepada semua kaum dalam melahirkan rakyat
yang sejahtera dan harmoni melalui penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa
(RIDA) iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kesannya pembangunan ekonomi, sosial
dan infrastruktur masyarakat luar bandar dapat ditingkatkan. [4 markah]

Industri desa yang berpontensi seperti kraftangan digalakkan dengan meluaskan


kemudahan kredit dan insentif. Hal ini dijalankan melalui Bank Pertanian, Skim Pinjaman
Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Seterusnya, kempen yang diperkenalkan oleh
kerajaan iaitu „Satu Kampung, 1 Industri‟ membolehkan sesebuah kampung hanya
menumpukan satu industri. Tindakan ini akan mengurangkan persaingan dengan kampung
lain untuk memasarkan barangan. Seiring dengan itu, masyarakat luar bandar dapat
didedahkan kepada penglibatan dalam sektor industri. [4 markah]

Kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dalam usaha membasmi kemiskinan


supaya jurang ekonomi dapat dikurangkan dan menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi
ekonomi. Selain itu, program pembangunan luar bandar diteruskan seperti penubuhan
agensi-agensi kerajaan seperti LPN, LKIM, UDA, RISDA, LPP, PETRONAS dan PKEN.
Agensi ini mampu melaksanakan program pembangunan wilayah, membantu atau
meningkatkan hasil pendapatan petani. [4 markah]

Selain itu, pengenalan pelancongan homestay di luar Bandar dapat meningkatkan


lagi hasil pendapatan penduduk luar bandar dengan mewujudkan rumah penginapan
berkonsepkan rumah kampung yang dikelilingi pokok buah-buahan. Langkah ini akan
menarik para penduduk bandar untuk menghayati kehidupan di luar bandar. Dengan ini hasil
ekonomi penduduk kampung akan meningkat dan seterusnya menaikan lagi industri
kampung di luar bandar. [4 markah]

14. Kepentingan penyusun semula masyarakat

Penyusunan semula masyarakat perlu dilakukan agar ketidakseimbangan yang


berlaku sebelum ini dapat diatasi. Terdapat jurang sosioekonomi antara bumiputera dengan
bukan bumiputera, jurang sosioekonomi antara desa dengan bandar, jurang sosioekonomi
antara negeri pantai barat dengan pantai timur dan jurang sosioekonomi antara negeri di
Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. [4 markah]

Perpaduan merupakan matlamat utama bagi sebuah negara yang mempunyai


masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini kerana apabila tiada perpaduan atau
perpaduan berada pada tahap yang rendah, pertelingkahan antara kaum akan berlaku
seperti peristiwa 13 Mei 1969. Keadaan negara yang tidak stabil menyebabkan
pembangunan serta kemajuan ekonomi sukar untuk dicapai. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 19


Penyusunan semula masyarakat adalah perlu untuk menghapuskan
ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan ekonomi mengikut kaum.
Contohnya menggalakkan kaum bumiputera melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan dan
menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan bumiputera dalam kegiatan ekonomi
perdagangan. Ini dapat dilakukan dengan mengadakan suasana pekerjaan yang
mengabungkan pelbagai kaum. [4 markah]

Selain itu juga penyusunan semula masyarakat dapat mengurangkan jurang


kemiskinan antara kaum. Ini boleh dicapai dengan meninggikan daya pengeluaran dan taraf
hidup golongan miskin di luar bandar. Antara langkah yang telah dilakukan bagi
meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar ini ialah pembinaan jalan perhubungan
dan membina kemudahan infrastruktur. Selain itu juga pembinaan kilang Industri kecil
berasaskan pembuatan makanan mampu meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
dan secara tidak langsung mengurangkan kadar kemiskinan mereka. [4 markah]

Penyusunan semula masyarakat penting agar pengagihan kekayaan negara secara


adil dan saksama dapat diwujudkan melalui perkongsiaan ekonomi. Semua kaum dapat
merasai kemakmuran negara. Akhirnya, perasaan tidak puas dan saling mencurigai dapat
dielakkan. Keadaan ini tidak akan wujud sekirannya masih ada pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi. Menggalakkan penyertaan bumiputera dalam pemilikan modal
dan saham syarikat seperti Amanah Saham Nasional [ASN] dan Amanah Saham
Bumiputera [ASB] misalnya dapat memperbaiki ketidakseimbangan dari segi pengagihan
ekonomi tersebut. [4 markah]

15. Strategi / Usaha kerajaan Malaysia dalam “Membasmi Kemiskinan tanpa


mengira kaum”

Antara strategi untuk membasmi kemiskinan yang dilaksanakan dalam DEB ialah
membantu kehidupan rakyat yang berpendapatan rendah sama ada di bandar atau di
luar bandar dengan meningkatkan lagi penyediaan kemudahan-kemudahan asas termasuk
pendidikan, contohnya bantuan buku dan biasiswa dengan menyediakan kemudahan asas
iaitu pendidikan, perkhidmatan, perubatan, bekalan air dan bekalan elektrik . Secara tidak
langsung, jurang kemiskinan dapat dikurangkan. [4 markah]

Kerajaan turut meluaskan lagi peluang-peluang pekerjaan bagi semua rakyat


Malaysia tanpa mengira kaum yang mana semestinya tidak terikat lagi dengan dasar
ekonomi pecah dan perintah penjajah. Ini bererti, semua kaum diberi peluang yang luas
untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang-bidang lain seperti bidang
perkhidmatan dan perindustrian dan perniagaan. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan
rakyat Malaysia yang mempunyai modal menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi.
Impaknya akan membantu pembangunan ekonomi negara dengan mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum. [4 markah]

Strategi lain yang dilaksanakan ialah dengan menambahkan daya pengeluaran dan
pendapatan bagi meningkatkan pendapatan penduduk melalui teknik moden seperti
program-program tanaman padi dua kali setahun dan tanaman padi luar musim. Selain dari
itu, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti kemudahan parit dan tali
air, kemudahan pasaran dan bantuan kredit demi membantu golongan bumiputera di

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 20


kawasan luar bandar. Selain itu kerajaan turut membantu dalam projek perikanan dan
ternakan moden, kegiatan perniagaan, pembuatan dan perkhidmatan moden, kemudahan
bantuan kewangan dan teknik; serta peluang pendidikan dan latihan. Bantuan ini telah
berjaya merapatkan jurang kemiskinan dalam kalangan rakyat. [4 markah]

16. Strategi / Usaha kerajaan Malaysia dalam “Menyusun semula masyarakat”

Salah satu strategi menyusun semula masyarakat ialah menambahkan pemilikan


rakyat dalam sektor swasta. Strategi ini bertujuan meningkatkan pemilikan kaum
bumiputera sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah saham dalam sektor swasta dan
perniagaan. Perkara ini bukan bererti mahu menafikan hak bukan bumiputera kerana DEB
juga jelas menggariskan bahawa penglibatan mereka boleh mencapai sehingga tahap 40%
dalam tempoh yang sama dan selebihnya pelabur-pelabur asing. Hal ini disebabkan kaum
bumiputera memang ketinggalan dalam pemilikan ekonomi sejak negara kita mencapai
kemerdekaan. [4 markah]

Dalam usaha penyusunan semula masyarakat, kerajaan menggalakkan semua


kaum menceburkan diri dalam sektor perdagangan terutamanya dalam kalangan
bumiputera. Matlamat untuk membentuk sebuah Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) seperti pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada
perniagaan milik bumiputera dan syarikat usaha sama dengan bumiputera. Antara langkah
menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat pedagang ialah menambahkan
pemilikan bumiputera dalam ekonomi melalui penubuhan UDA dan pelancaran Permodalan
Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional. [4 markah]

Kerajaan juga turut memberi ruang kepada pembangunan bandar, dengan


mencorakkan perbandaran-perbandaran baru dan pembinaan industri-industri baru supaya
kepentingan kaum Melayu sentiasa diutamakan seperti menitikberatkan latihan kemahiran
kepada kaum Melayu agar mereka berkebolehan mengurus, mentadbir, atau memiliki
perusahaan-perusahaan. Hal ini, telah mengalakkan penghijrahan orang Melayu dari luar
bandar ke bandar yang pada umumnya terdiri daripada golongan remaja dalam lingkungan
umur antara 20-30 tahun. Hak ini secara tidak langsung, dapat membebaskan diri mereka
daripada belenggu kemiskinan. [4 markah]

Kerajaan turut berusaha meluaskan lagi peluang-peluang pelajaran dalam dan


luar negeri. Dengan cara mengalakkan lebih ramai golongan bumiputera melanjutkan
pelajaran dalam dan luar negara demi menambahkan jumlah pekerja bumiputera dalam
bidang profesional seperti guaman, perubatan dan lain-lain lagi. Kerajaan juga telah
membina dan menyediakan lebih banyak sekolah-sekolah di kawasan luar bandar
[4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 21


17. Kesan ketidak adilan ekonomi kepada negara

Kesan ketidak adilan ekonomi kepada negara ialah akan berlaku pembangunan
yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar kerana perbezaan petempatan
kaum. Hal ini akan mewujudkan jurang ekonomi yang ketara antara kaum menyebabkan
jurang kemiskinan akan semakin ketara. Seperti mana sewaktu amalan dasar pecah dan
perintah ketika zaman penjajahan dahulu. Natijahnya, akan munculnya sentimen perkauman
yang menebal dan menyebabkan perasaan tidak puas hati antara kaum yang semestinya
akan menggugat keharmonian negara. [4 markah]

Selain itu, rakyat tidak akan memberi sokongan padu terhadap setiap rancangan
pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Di mana masyarakat akan
mempertikaikan kepincangan dalam pelaksanaan ekonomi yang tidak adil seperti
pemberian pinjaman yang berat sebelah dan kemudahan yang tidak sama rata Hal ini akan
menyebabkan rancangan pembangunan itu gagal. Seterusnya, rakyat akan kurang jati diri
dan tiada sikap berdaya saing serta malas dan suka memilih kerja yang menyebabkan
negara kehilangan tenaga kerja. [4 markah]

Kesan seterusnya, negara tidak aman di mana akan berlaku rusuhan antara kaum
yang menyebabkan negara huru hara dan keselamatan rakyat terancam. Seperti bermula
dengan bertikam lidah tentang hak dan ketidak puasan hati masing-masing , membawa
kepada keadaan yang lebih teruk. Muncul perasaan pra sangka dan dengki antara kaum.
Rakyat yang menikmati ekonomi negara yang tinggikan akan menikmati taraf hidup yang
baik. Manakala golongan masyarakat yang tinggal dalam arus kemiskinan akan cemburu .
Perkara ini akan menyebabkan politik negara tidak stabil dan ini memudahkan campur
tangan anasir luar dalam urusan negara sehingga menggugat kedaulatan negara.
[4 markah]

Ekonomi negara juga akan merosot kerana pelabur asing takut membuat
pelaburan. Mereka bimbang tentang keselamatan perniagaan mereka apabila negara huru
hara. Hal ini menyebabkan kemajuan negara akan merosot kerana tiada kemasukan modal
dan teknologi daripada pelabur luar seterusnya taraf hidup rakyat menjadi rendah akibat
ketiadaan peluang pekerjaan [4 markah]

18. Usaha / Langkah kerajaan dalam melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil

Usaha kerajaan dalam melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil kepada semua
kaum dapat dilihat melalui Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) dan
Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi, sosial dan
infrastruktur masyarakat luar bandar. Selain itu menggalakkan penyertaan orang Melayu
dalam sektor perniagaan supaya dapat bersaing dengan kaum lain. [4 markah]

Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun
1970 memberi tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Dasar DEB juga merupakan usaha untuk menambahkan pendapatan dan menyediakan
peluang kerja merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut
fungsi ekonomi. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 22


Kerajaan juga telah melaksanakan pengagihan ekonomi yang adil melalui
penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
telah dilancarkan pada tahun 1981 untuk mengimbangi pemilikan harta atau saham
bumiputera dan bukan bumiputera. Buktinya modal saham milik bumiputera telah
meningkat daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 20.3% pada tahun 1990. [4 markah]

Selain itu, pembangunan kawasan luar bandar terus diberi perhatian oleh
kerajaan. Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan menggalakkan industri desa yang
berpontensi seperti kraf tangan. Malah kemudahan kredit dan insentif telah diperluaskan
melalui Bank Pertanian, Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
[4 markah]

DEB : KEJAYAAN / MANFAAT / KEISTIMEWAAN / KELEBIHAN NEGARA KITA /


IMPLIKASI / KESAN

19. Kejayaan Rancangan Pembangunan Ekonomi 1970-1990 (DEB)

Kejayaan yang telah dicapai oleh kerajaan Malaysia disebabkan dasar-dasar


pembangunan ekonomi yang dijalankan ialah kawasan luar bandar terutamanya telah
berkembang pesat. Secara langsung , dapat membasmi kemiskinan tanpa mengira
kaum sama ada diluar bandar mahupun kawasan bandar. Selain itu, kejayaan yang kedua
ialah, berjaya merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar
dengan bandar. [4 markah]

Taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan terutamanya kawasan luar bandar


disebabkan wujudnya pelbagai aktiviti ekonomi seperti perindustrian yang menyumbang
kepada peluang pekerjaan. Kejayaan keempat ialah, sumber pendapatan negara tidak lagi
terlalu bergantung kepada komoditi utama seperti bijih timah dan kelapa sawit kerana
kerajaan Malaysia telah mempelbagaikan sumber pendapatan negara terutamanya
daripada sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembuatan. [4 markah]

Selain dari itu, banyak pembukaan tanah baru untuk pertanian dibuka secara
besar-besaran. Hal ini membuka projek pembangunan secara langsung memberi impak
yang positif kepada kawasan petempatan baru seperti Rancangan Segitiga Jengka di
Pahang. Kegiatan pertanian turut diberi tumpuan oleh kerajaan seperti ladang getah dan
kelapa sawit. Impaknya pelbagai peluang pekerjaan turut disediakan dalam pelbagai
sektor. [4 markah]

Kejayaan seterusnya ialah sektor perindustrian berkembang pesat terutamanya


industri berat. Sektor perdagangan berkembang dengan mengutamakan pasaran eksport
Zon Perdagangan bebas diwujudkan seperti di Bayan Lepas. [3 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 23


20. Kejayaan DEB dalam mengukuhkan perpaduan kaum dan kemakmuran negara.

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan rakyat. Ia bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini
boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum
dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada
aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial
ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya mewujudkan peluang pekerjaan
untuk semua golongan rakyat yang menganggur seperti rancangan tanah FELDA, FELCRA,
projek perikanan dan ternakan moden. [4 markah]

Selain itu mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di


Malaysia yang tidak lagi menunjukkan orang Melayu hanya tertumpu dalam bidang
pertanian sahaja. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan,
kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. [3 markah]

Selain itu kerajaan telah berjaya meningkatkan daya pengeluaran negara dan taraf
hidup golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Penggunaan
tanah lebih cekap dititikberatkan supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi
negara sekali gus berkongsi kek kekayaan negara. Jurang perbezaan kawasan luar bandar
dan bandar dapat dikecilkan dan mengurangkan masalah ketidak puasan hati kaum
sekaligus perpaduan dan kesejahteraan dapat dicapai. [4 markah]

Melalui DEB juga jurang pendidikan di antara pelajar bandar dan luar bandar
dirapatkan bagi memastikan persaingan yang lebih adil dan saksama. Selain menempatkan
guru-guru berpengalaman dan berkebolehan di sekolah-sekolah luar bandar, kemudahan-
kemudahan yang sama seperti yang terdapat di bandar juga disediakan. [3 markah]

21. Manfaat / Kebaikan DEB kepada rakyat Malaysia

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah banyak memberi manfaat kepada semua kaum.
Buktinya ialah DEB berjaya menghapuskan kemiskinan antara kaum. Ini dapat dilihat
apabila taraf dan kualiti hidup rakyat berjaya diperbaiki. DEB membetulkan keadaan
ekonomi antara kaum yang tidak seimbang. Terdapat perusahaan-perusahaan desa yang
kian berkembang. Rakyat pelbagai kaum dapat menikmati pelbagai kemudahan seperti
bantuan modal, peralatan dan kursus oleh kerajaan. [4 markah]

Selain itu, lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum tanpa terikat lagi
dengan dasar ekonomi pecah dan perintah penjajah. Peluang pekerjaan untuk semua kaum
disediakan terutamanya dalam sektor perindustrian yang banyak menyumbang kepada
produktiviti negara melalui peningkatan kecekapan buruh. Kadar pengangguran antara
kaum dapat dikurangkan. Hal ini kerana rakyat berpeluang untuk mengikuti pelbagai bidang
kemahiran yang ditawarkan oleh institusi kemahiran. Ramai tenaga mahir dan separuh
mahir dilahirkan. Contohnya Giat Mara, IKBN dan lain-lain. [4 markah]

Selain itu, semua rakyat dapat menikmati kemudahan infrastruktur yang semakin
maju. Contohnya dalam bidang kesihatan, semua rakyat dibenarkan penyakit mereka
K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 24
dirawat tanpa prejudis. Dalam bidang pengangkutan yang semakin moden juga seperti
ETS, monorel, LRT dan sebagainya dapat memberi kemudahan kepada semua rakyat
sampai ke destinasi masing-masing. [3 markah]

Kini semua kaum terlibat dalam sektor-sektor yang berpotensi tinggi dan daya
pengeluaran yang tinggi seperti perniagaan, perindustrian dan juga perkhidmatan. Hal ini
bertujuan agar rakyat Malaysia yang mempunyai modal yang besar dan digalakkan
menceburkan diri dalam bidang berpotensi tinggi sekaligus membantu pembangunan
ekonomi negara dengan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada semua kaum.
[3 markah]

22. Kelebihan dan keistimewaan negara kita dalam usaha mencapai pembangunan
ekonomi yang pesat.

Malaysia mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan dalam usaha mencapai


pembangunan ekonomi yang pesat dimana kita mempunyai bentuk muka bumi yang
sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi seperti pertanian, pelancongan dan perindustrian.
Keadaan iklim di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun juga memberi
keistimewaan kepada Malaysia untuk tanaman yang pelbagai . Tanahnya yang subur
dimanfaatkan untuk tanaman sayuran seperti di Tanah Tinggi Cameron dan tanaman padi
di Kedah. Malaysia juga mempunyai banyak bahan mentah yang boleh diterokai seperti
bauksit di Kuantan yang boleh memenuhi keperluan sektor perindustrian. Keistimewaan
ini menyumbang kepada sumber pendapatan negara. [4 markah]

Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara, memudahkan jalinan


kerjasama dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, politik dan sosial. Malaysia juga
mempunyai keindahan alam semulajadi yang menjadi tumpuan pelancong seperti pulau,
gunung dan tasik. Malaysia juga mempunyai banyak pelabuhan strategik yang dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan asas yang memudahkan aktiviti perdagangan antarabangsa,
contohnya, Pelabuhan Klang dan Pasir Gudang. [4 markah]

Keistimewaan lain ialah keadaan politik negara Malaysia yang stabil mampu
menarik minat pelabur asing datang melabur dalam pelbagai sektor seperti industri
elektronik. Penduduk Malaysia yang ramai mampu menyediakan keperluan tenaga kerja
mahir dan kurang mahir tanpa bergantung pada tenaga kerja asing. Dasar kerajaan yang
mengenakan cukai yang rendah dan pengecualian levi mampu mengalakkan pelaburan
asing ke Malaysia dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi. Kesimpulannya Malaysia
mempunyai pelbagai keistimewaan yang mampu meningkatkan pembangunan ekonomi
dan bersaing ke peringkat global. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 25


23. Tanggungjawab anda sebagai generasi muda untuk menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Tanggungjawab saya sebagai generasi muda yang berwawasan saya perlu


menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi menyumbang idea kepada
pembangunan negara dengan cara menguasai sains dan teknologi bagi meningkatkan
produktiviti. Secara tidak langsung saya dapat menyumbang kepada peningkatan
pendapatan negara seperti mencipta mesin-mesin yang boleh mempercepatkan hasil
keluaran kilang. [4 markah]

Selain itu saya juga perlu menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran dalam
bidang teknik dan vokasional yang diperlukan oleh negara untuk mengelakkan
kebergantungan kepada tenaga kerja dari luar negara. Seterusnya saya perlu mempunyai
semangat daya saing yang tinggi bagi memastikan diri tidak ketinggalan dalam arus
globalisasi. Ianya dapat membantu saya untuk berfikiran kreatif dan inovatif untuk
memenuhi kehendak sektor perindustrian yang berkembang pesat. Contohnya sektor
perkilangan. [4 markah]

Saya juga perlu melibatkan diri dalam bidang Pembangunan dan Penyelidikan
yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan agar dapat meningkatkan memajukan dalam
sesuatu bidang yang diceburi seperti terlibat dalam program-progra di bawah komuniti desa.
Saya juga perlu berani menghadapi risiko terhadap setiap bidang yang diceburi supaya
tidak terlalu bergantung kepada bantuan dan subsi daripada pihak kerajaan di mana saya
juga perlu bijaksana merebut peluang yang ada bagi memajukan ekonomi sendiri serta
mengubah minda untuk menjadi usahawan berjaya berbanding dengan „makan gaji‟.
[4 markah]

24. Wajarkah DEB diteruskan ? Berikan alasan anda

Dasar Ekonomi Baru (DEB) wajar dilaksanakan kerana telah berjaya mengurangkan
kadar kemiskinan antara kaum . Ini terbukti dengan perlaksanaan DEB telah merapatkan
jurang perbezan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.
Malahan kawasan luar bandar berjaya dibangunkan dengan pesatnya melalui
perlaksanaan rancangan- rancangan pembangunan ekonomi seperti penubuhan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN),
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan lain- lain.Taraf kehidupan rakyat berjaya
ditingkatkan hasil daripada rancangan ekonomi yang diperkenalkan. Industri desa juga
dibangunkan seperti industri kraf tangan dan projek satu kampung satu industri.
[4 markah]

DEB wajar diteruskan kerana ia telah menyediakan peluang kepada masyarakat


setempat untuk menceburi bidang perniagaan melalui pemberian pinjaman modal dan
khidmat nasihat daripada MARA (Majlis Amanah Rakyat). Melalui DEB , sumber
pendapatan negara tidak lagi terlalu bergantung kepada komoditi utama seperti bijih
timah dan kelapa sawit. Pelbagai aktiviti ekonomi seperti yang berkaitan dengan
perindustrian telah diperluaskan. Selain itu, pelbagai peluang pekerjaan telah disediakan

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 26


dalam pelbagai sektor seperti dalam sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan yang
sekaligus telah mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat. [4 markah]

Pembukaan tanah-tanah baru yang menjurus kepada kegiatan pertanian secara


besar- besaran atau ladang telah dilaksanakan dengan pesatnya. Pelbagai prasarana /
inftastruktur yang lengkap telah disediakan dan diberi penambahbaikan seperti kesihatan,
pendidikan dan perhubungan. Perlaksanaan DEB juga telah mewujudkan pelbagai aktiviti
ekonomi hasil daripada rancangan ekonomi. [4 markah]

Perlaksanaan DEB juga telah meningkatkan KDNK pada kadar 5.8% setahun.
Penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan perdagangan dapat ditingkatkan melalui
Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Tabungan dan hak milik modal saham Bumiputera
juga telah meningkat melalui pengenalan saham amanah seperti Amanah Saham
Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Wanita (ASW) dan
pelbagai lagi. [3 markah]

25. Buktikan bahawa DEB telah mewujudkan pengagihan ekonomi yang adil untuk
semua kaum dan wilayah.

DEB telah berjaya mewujudkan masyarakat yang seimbang dari segi


perkongsian kekayaan negara. Pengagihan ekonomi yang adil telah berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat bumiputera. Berdasarkan banci penduduk
pada tahun 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin
berpendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu RM200.00. Melalui kemudahan
pendidikan,kesihatan,bekalan air dan elektrik,maka kadar kemiskinan telah menurun kepada
17.1% pada tahun 1990. [4 markah]

Di kawasan luar bandar,pendapatan orang Melayu bertambah daripada


nilainya 44 sen bagi setiap pendapatan satu ringgit kaum bukan Melayu kepada 57 sen
setiap satu ringgit, iaitu pertambahan sebanyak 30% pada tahun 1990. Dengan ini,jelaslah
DEB juga berjaya mengagihkan kekayaan ekonomi antara kawasan luar bandar dan
bandar.Dalam konteks ini juga,kerajaan tetap berusaha meningkatkan taraf hidup
masyarakat bukan Melayu. [4 markah]

DEB berjaya menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi. Ini


dapat dilihat berdasarkan jumlah bilangan golongan profesional Melayu meningkat kepada
31.1% pada tahun 1995 dan terus meningkat kepada 42.5% pada tahun 2006. Sebelum
DEB dilaksanakan jumlah bilangan profesional Melayu adalah sebanyak 4.9% berbanding
golongan bukan Melayu iaitu, 84.3% . Dengan ini semua kaum dapat sama-sama
menyumbang dalam membangunkan negara. Pegangan ekuiti bumiputera juga telah
meningkat hampir 10 kali ganda, daripada 2.4 % pada tahun 1970 kepada 21.9% pada tahun
2008. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 27


26. “Aspirasi DEB tunjang kepada penggubalan dasar pembangunan ekonomi
masa kini”..

Aspirasi DEB menjadi tunjang kepada pelaksanaan rancangan pembangunan


ekonomi masa kini. Semasa DEB penumpuan dasar dari aspek pertanian adalah
mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit. Pembangunan ekonomi semakin
dirancakkan melalui peranan pihak swasta. Kesinambungannya kepada Pembangunan
Nasional melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). Perkembangan berubah kepada
bidang bioteknologi melalui pelaksanaan Dasar Wawasan Negara. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa tumpuan ekonomi berasaskan pertanian kini berubah daripada intensif
buruh kepada ekonomi berasaskan pengetahuan melalui kemajuan teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT). [4 markah]

Kesinambungan DEB juga dapat dilihat dalam aspek peranan agensi dalam
membangunkan ekonomi negara. Dimana penubuhan pelbagai agensi seperti Petroleum
Nasional Berhad (PETRONAS), Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan
Permodalan Nasional Berhad (PNB). Bagi merancakkan lagi ekonomi masa kini, agensi
seperti Majlis Ekonomi Bumiputera dan Amanah Ikhtiar Malaysia ditubuhkan bagi
meneruskan agenda memperkasakan ekonomi masyarakat Malaysia secara berterusan.
Jelaslah menunjukkan DEB adalah tunjang kepada pembangunan negara hari ini.
[4 markah]

Kesinambungan dasar DEB juga boleh dilihat dalam bidang perindustrian.


Penggalakan industri berat melalui penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
dalam Rancangan Malaysia Keempat menjadi asas kepada pembangunan industri berat di
Malaysia. Pelan Induk Perindustrian Ketiga (PIP3) yang digubal semasa pelaksanaan Dasar
Wawasan Negara, telah menekankan aspek pencapaian daya saing bidang perindustrian di
peringkat global. Kerajaan memberikan tumpuan kepada aspek pemasaran di peringkat
global serta peningkatan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D)
[4 markah]

27. Implikasi / kesan kepada negara ini sekiranya DEB tidak dilaksanakan

Implikasi terhadap negara ini sekiranya Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak dilaksana
adalah taraf kemiskinan dalam kalangan bumiputera akan semakin meruncing. Ini
adalah kerana tiada agensi-agensi kerajaan yang boleh membantu dan memberi bimbingan
kepada masyarakat luar bandar khasnya seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM),
Lembaga Padi Beras Negara (LPN) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). Maka
secara tidak langsung pembangunan ekonomi akan turut terbantut. [4 markah]

Selain itu, masyarakat bumiputera mungkin tidak mampu bersaing di peringkat


global tanpa bantuan daripada pihak kerajaan. Ini disebabkan kurang diberikan pendedahan
dan peluang untuk terlibat dalam perdagangan antarabangsa. Maka pastinya kurang
golongan profesional bumiputera dapat dilahirkan terutamanya dalam bidang
perubatan dan kejuruteraan. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 28


Ketidakseimbangan ekonomi yang ketara antara kaum-kaum utama Malaysia
boleh menimbulkan rasa ketidakpuasan hati terutama dalam kalangan bumiputera. Keadaan
ini boleh menyebabkan rusuhan kaum seperti mana Peristiwa 13 Mei 1969 berulang. Situasi
ini boleh menjejaskan kestabilan masyarakat majmuk di negara kita. Penyertaan
bumiputera dalam bidang keusahawanan juga sangat terhad kerana kesukaran
mendapat bantuan dalam bidang teknikal dan modal daripada agensi-agensi kerajaan.
Situasi ini disebabkan petempatan masyarakat melayu di luar bandar menyebabkan mereka
sukar mendapat maklumat. [4 markah]

Kesimpulannya, tanpa pelaksanaan DEB masyarakat bumiputera akan ketinggalan


dalam semua aspek ekonomi dan sosial. Keadaan ini akan menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan bumiputera yang menyebabkan keharmonian kaum dan ketidakstabilan
politik tergugat. [2 markah]

28. Kesan kejayaan DEB / RRJP 1 terhadap pembangunan negara

Kesan kemajuan ekonomi di Malaysia adalah pemodenan dalam bidang pertanian.


Berlaku perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti benih yang lebih
baik serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) . Hal ini akan membawa kepada
pemodenan pertanian. [4 markah]

Kemajuan perindustrian membawa kepada perkembangan ekonomi. Secara tidak


langsung akan wujud kemudahan infrastruktur di kawasan perindustrian dengan pesatnya
Seperti kemudahan pengangkutan bas. Implikasinya sektor pengangkutan dan perhubungan
berubah ke arah yang lebih maju.Berlaku juga pembangunan infrastruktur seperti KLIA,
KLCC dan Litar Antarabangsa Sepang(SIC). Pembangunan infrastruktur turut membawa
kepada pembentukan bandar terancang seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya.
[4 markah]

Kesan seterusnya ialah DEB berjaya membangunkan teknologi dan komunikasi yang
membawa kepada perkembangan k-ekonomi dan e-dagang pada masa kini.Selain itu,
kejayaan ekonomi juga membawa peningkatan pendapatan per kapita negara kita. Hal ini
turut diperlihatkan dalam peningkatan hak milik modal saham bumiputera.Kejayaan ekonomi
ini membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang setaraf dengan negara maju.
[4 markah]

Kemajuan ekonomi juga telah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat


Malaysia. Kehidupan harmonis dapat menjamin keamanan negara.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 29


29. Sumbangan Dasar Pembangunan Ekonomi di persada antarabangsa

Antara sumbangan kemajuan dasar pembangunan ekonomi ialah kemajuan dan


pemodenan dalam bidang pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera
moden, kualiti benih yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa
kepada pemodenan pertanian. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pertanian berasaskan
bioteknologi. Malaysia juga merupakan pusat pengeluaran herba. Kemajuan ekonomi juga
membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu dengan adanya kemajuan
pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga membantu dalam
perkembangan perindustrian di peringkat antarabangsa. [4 markah]

Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti
seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara
Jepun dengan Malaysia telah meningkatkan keupayaan negara kita untuk menghasilkan
kereta yang lebih berkualiti dan harganya yang rendah. Melalui dasar pembangunan
ekonomi telah mewujudkan zon perdagangan bebas. Selain itu, Malaysia juga telah memberi
sumbangan dari aspek perlombongan dalam cari gali minyak. Hal ini dapat dilihat melalui
peranan PETRONAS dalam industri petrokimia. [4 markah]

Sumbangan dasar pembangunan ekonomi di peringkat antarabangsa juga dapat


dilihat menerusi peranan Malaysia yang menjadi pusat halal di rantau Asia Tenggara.
Malaysia juga telah mengadakan pameran perdagangan Halal Malaysia (MIHAS) yang
dimulakan pada 2004 dengan visi menjadi pasaran halal global menempa pelbagai
kejayaan. MIHAS adalah satu wadah bagi mempromosikan perdagangan produk dan
perkhidmatan halal, yang akan membawa kesan langsung kepada pembangunan ekosistem
ekonomi Islam dunia. [4 markah]

DASAR PEMBANGUNAN EKONOMI : CABARAN / KEKANGAN / LANGKAH

Panduan kepada Calon :

1. Sekiranya soalan hanya berkehendakkan CABARAN maka tidak perlu memberi


jawapan langkah.
2. Sekiranya soalan mahukan CABARAN dan LANGKAH maka isi jawapan fakta bagi
setiap cabaran (perengan) dan langkah harus seiring.

30. Cabaran dan langkah kerajaan untuk menjayakan matlamat DEB

Cabaran menjayakan matlamat DEB

Sikap masyarakat tempatan yang bergantung sepenuhnya kepada bantuan


kerajaan. Di mana rakyat mengharapkan segala bantuan kewangan disalurkan kepada
mereka boleh secara terus. Rakyat tidak mahun berusaha melibatkan diri dalam sesuatu
projek pembangunan secara bersungguh sungguh, malahan mengharapkan keuntungan
jangka pendek. Contohnya, bantuan subsidi minyak kepada golongan nelayan disalah

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 30


gunakan. Ada nelayan tidak turun ke laut untuk menangkap ikan tetapi mengaut keuntungan
dengan menjual minyak subsidi dari kerajaan. Akibatnya matlamat kerajaan untuk
membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup golongan termiskin gagal.

Terdapat segilintir pihak samaada daripada parti-parti politik atau individu


tertentu yang cuba mempolitikkan bahawa DEB kononnya sebagai satu usaha kerajaan
untuk membantu bumiputera Melayu sahaja mencapai status sosial yang lebih tinggi
berbanding kaum lain. Golongan ini cuba mempropagandakan bahawa DEB sebagai dasar
“perkauman” yang menafikan hak kaum lain.

Agensi-agensi yang ditubuhkan tidak memainkan peranan mereka. Terdapat


penyelewangan kuasa dan amalan rasuah dalam menyalurkan bantuan yang disediakan
oleh kerajaan. Agensi agensi ini gagal menyebar luaskan maklumat kepada kumpulan
sasaran. Contohnya, Dr Raja Nazrin Shah pernah bertitah bahawa kajian menunjukkan
hanya enam peratus daripada kekayaan individu Melayu yang sempat sampai ke generasi
ketiga dan hanya dua peratus sahaja disambungkan ke generasi seterusnya.

Langkah-langkah mengatasi cabaran

Rakyat perlu diberikan didikan dan maklumat yang berterusan tentang


keperluan perubahan sikap. Sikap kebergantungan kepada bantuan kerajaan sepenuhnya
perlu dikikiskan. Badan badan perniagaan bumiputera dan badan badan bukan kerajaan
perlu memainkan peranan dengan menganjurkan seminar dan kolokium untuk tujuan ini.
Penubuhan syarikat kerjasama antara pelbagai kaum perlu digalakkan. Contohnya,
penubuhan syarikat kerjasama Melayu dengan Cina membolehkan orang Melayu
mempelajari cara kerja orang cina. Secara tidak langsung ini akan memupuk semangat
kerjasama antara kaum

Integriti pegawai kerajaan perlu ditingkatkan. Kerajaan perlu tingkatkan instrumen


pemantauan yang lebih sistematik. Dengan ini tidak berlaku ketirisan dalam pelaksanaan
dasar dasar kerajaan. SPPRM perlu memantau dan bertindak kepada agensi agensi yang
menyalah gunakan kuasa sehingga bantuan tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

Pemimpin kerajaan juga perlu menyalurkan maklumat yang betul kepada orang
ramai. Media massa tempatan seperti akhbar dan televisyen perlu menerbitkan rencana
kejayaan DEB dalam menyusun semula masyarakat Malaysia. Parti-parti politik yang
menyebarkan dakyah negatif perlu berfikiran terbuka. Mereka perlu keluar dari kepompong
perkauman dan melihat “kemiskinan” dalam sesuatu kaum sebagai isu sosial dan ekonomi
negara Malaysia.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 31


31. Cabaran dan langkah kerajaan untuk menghadapi persaingan ekonomi dengan
negara maju

Cabaran menghadapi persaingan ekonomi negara maju

Antara cabaran yang dihadapi ialah pengenalan cukai import atau tariff yang
ketat bagi barangan yang diimport oleh negara Malaysia. Penetapan suatu tariff atau
cukai dalam perdagangan antara Malaysia dengan negara lain akan membuatkan Malaysia
sukar untuk bersaing. Hal ini akan menyebabkan berlaku peningkatan kos pengurusan .
Contoh kenaikan tarif dari Amerika Syarikat sebanyak 30 peratus bagi barangan solar yang
diimport dari negara luar termasuk Malaysia. Ini mengakibatkan peningkatan kos sebanyak
30 peratus dan mengurangkaan margin keuntungan sesebuah syarikat disamping
meningkatkan persaingan dengan syarikat lain.

Selain itu terdapat juga cabaran dalam penggubalan undang-undang ekonomi


dunia. Struktur penggubalan undang-undang ternyata membebankan masyarakat dunia. Ini
jelas berlaku apabila Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto dalam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) untuk meluluskan Perjanjian Am Perdagangan dan Tariff (GATT).
Sebagai contoh undang-undang yang menetapkan kadar gaji minimum di peringkat
antarabangsa. Hal ini membebankan negara-negara membangun seperti Malaysia.

Cabaran lain yang berlaku ialah persaingan antara syarikat Multinasional dengan
syarikat-syarikat kecil Malaysia. Keadaan ini berlaku apabila Syarikat Multinasional
menawarkan produk dan perkhidmatan yang berdaya saing serta mampu milik. Mereka
mempunyai pelbagai kelebihan seperti kedudukan kewangan yang kukuh,teknologi yang
maju, dan berpengaruh besar. Contohnya pemberian kontrak dalam industry petrokimia
didominasi oleh syarikat Exxon-Mobil berbanding Petronas. Hal ini akan membuatkan
syarikat Malaysia jauh ketinggalan di peringkat antarabangsa.

Cabaran lain ialah syarat perjanjian perdagangan yang ketat . Negara-negara


maju telah bertindak mengenakan syarat yang ketat bagi Malaysia. Sebagai contoh Malaysia
menghadapi cabaran yang besar untuk membuka pasaran kepada negara anggota
Perjanjian Perdagangan Bebas Trans Pasifik(TPPA). Syarikat Malaysia sememangnya
belum ada kesediaaan untuk bersaing dengan syarikat multinasional milik negera lain.

Langkah-langkah mengatasi cabaran

Dalam menangani masalah cukai dan tariff, Malaysia perlu bijak meluaskan
kerjasama ekonomi serantau dengan negara luar. Dalam kerjasama ini negara-negara
terlibat dapat menghapuskan sekatan, halangan tariff serta cukai yang rendah. Contohnya
Malaysia menggunakan medium Pertubuhan ASEAN dan Jepun, Korea China (ASEAN +3).
Ini menyebabkan produk barangan ASEAN yang dipasarkan tidak dikenakan cukai yang
tinggi. Selain itu ia dapat meluaskan pasaran Asia Tenggara..

Langkah untuk menyelesaikan masalah penggubalan undang-undang ekonomi yang


membebankan masyarakat dunia ialah Malaysia harus bersuara di pentas antarabangsa.
Contohnya Malaysia boleh menggunakan platfom Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 32


(WTO) sebagai medium rundingan untuk mempertahankan keadilan dalam perdagangan
antarabangsa

Langkah untuk menangani persaingan dengan syarikat multinasional ialah Malaysia


perlulah menggembleng tenaga bagi menjadikan syarikat Malaysia sebagai sebuah
syarikat Multinasional. Melalui pengumpulan modal, penggabungan syarikat dan
penstrukturan semula syarikat dapat melahirkan syarikat Malaysia sebagai sebuah syarikat
Multinasional melalui penggabungan syarikat berkaitan FELDA menjadi FGV .Gabungan ini
menjadikan Felda sebuah syarikat multinasional yang berupaya bersaing di peringkat
antarabangsa

Langkah untuk mengatasi cabaran syarat perjanjian yang ketat ialah


pemimpin negara perlu lebih berhati-hati dengan sebarang perjanjian perdagangan.
Hal ini kerana banyak isi perjanjian yang tidak adil dan boleh menggugat kedaulatan negara
kita. Kerajaan perlu membuat kajian yang mendalam sebelum menandatangani sebarang
bentuk perjanjian.

32. Cabaran dan langkah kerajaan untuk mewujudkan negara maju

Cabaran untuk mewujudkan negara maju


Antara cabaran untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju adalah dari
sudut kewangan iaitu kekurangan modal dalam meningkatkan pembangunan sektor
ekonomi negara. Ini menyebabkan negara terpaksa mendapatkan pinjaman daripada
negara luar misalnya daripada China dengan syarat-syarat pinjaman yang ketat. Kesan
mengurangkan potensi keuntungan yang sepatutnya diperoleh oleh negara kita

Cabaran berikutnya ialah nilai mata wang Malaysia yang masih rendah dan tidak
stabil berbanding dengan negara perindustrian yang lain. Sebagai contoh, Malaysia
terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan komponen penting
daripada negara yang nilai wang lebih tinggi daripada negara kita misalnya pembelian
komponen komputer dalam industri automotif daripada Jepun. Kesannya, harga barangan
keluaran negara akan menjadi lebih mahal dan terpaksa bersaing dengan negara pengeluar
yang lain.

Di samping itu, spekulasi ketidakstabilan ekonomi Malaysia turut menjadi


cabaran terbesar . Sebagai contoh, status keberhutangan Malaysia yang serius pada
pertengahan tahun 2018 telah menyebabkan pelabur luar negara tidak berminat untuk
melabur di Malaysia misalnya syarikat-syarikat dari Jepun seperti Toyota mula mengalihkan
lokasi pelaburan daripada Malaysia ke Thailand. Kesannya Malaysia kehilangan sumber
pendapatan yang banyak dari sudut peluang pekerjaan dan penarafan antarabangsa.

Selain itu, Malaysia juga masih kekurangan tenaga kerja mahir dalam beberapa
bidang utama negara contohnya dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi. Ini
menyebabkan Malaysia masih ketinggalan dalam inovasi telekomunikasi yang setanding
dengan negara-negara maju yang lain dalam bidang tersebut contohnya negara masih
masih bergantung kepada import android daripada Korea Selatan dan Taiwan yang lebih
maju daripada negara kita.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 33


Langkah mengatasi cabaran

Antara langkah mengatasi cabaran untuk memajukan Malaysia sebagai negara maju
antaranya ialah membina lebih banyak pusat pengajian berteknologi tinggi seperti
ADTEC bagi melahirkan tenaga kerja yang memiliki kemahiran teknologi tinggi.Ini
meningkatkan peluang negara untuk menceburi bidang ekonomi berteknologi tinggi dan
mengurangkan kebergantungan kepada buruh mahir daripada luar negara. Secara tidak
langsung, ia akan mengurangkan pengaliran wang keluar negara dan akan menstabilkan
nilai mata wang negara.

Selain itu, langkah mengatasi cabaran ialah dengan menggalakkan penggunaan


teknologi baru kepada para penduduk dengan teknologi perniagaan terkini. Pendedahan
seperti ini harus diterapkan melalui media massa,media sosial dan kursus anjuran agensi
kerajaan. Sebagai contoh, rakyat didedahkan dengan perniagaan berasaskan talian agar
peluang ekonomi merentas sempadan dapat diceburi oleh lebih ramai rakyat negara ini.
Penggunaan e-dagang dan kemahiran pemasaran secara “Fb-Ads” perlu didedahkan
kepada generasi belia.

Langkah berikutnya ialah kerajaan perlu membantu golongan peniaga dalam


mengembangkan perniagaan dari sudut kewangan misalnya penubuhan Yayasan
Pelaburan bumiputera dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), menggalakkan penduduk
menjadi pengusaha dalam sektor perusahaan dan perindustrian .Hal ini membuka peluang
yang luas kepada pengusaha untuk mengeluarkan produk yang dapat berkualiti serta
berdaya saing di peringkat antarabangsa.

33. Cabaran dan langkah kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan


rakyat

Cabaran untuk kukuhkan perpaduan


Cabaran utama untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat
adalah kewujudan sistem pendidikan berbeza. Sistem persekolahan pelbagai aliran
vernakular hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya, wujudnya
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang
mengasingkan pelajar India dan Cina.

Seterusnya, Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum.


Perbezaan sektor ekonomi ini pada mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di
Tanah Melayu . Contohnya, masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di
kampung, masyarakat Cina pula mewarisi perniagaan secara turun-temurun dan tinggal di
bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet .

Penyebaran fitnah dan menyentuh sensitiviti perkauman kaum kian berleluasa


dilaman sosial. Jika tidak dibendung akan menyebabkan peristiwa berdarah 13 Mei 1969
kembali berulang.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 34


Selain itu, sikap individu yang terlalu memupuk semangat sesama kaum juga
antara cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum. Sikap individu sedemikian hanya
menjarakkan lagi jurang perkauman di Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Seterusnya, rakyat kurang menghayati unsur-unsur patriotisme dalam kehidupan


seharian. Pemahaman dan penghayatan terhadap sejarah tanah air dan penghayatan
terhadap asas-asas kenegaraan yang cetek dan longgar adalah antara punca lemahnya
semangat patriotisme mereka. Proses globalisasi menyebabkan berlakunya asakan
liberalisasi dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Langkah – langkah megatasi cabaran

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul


dan memupuk persefahaman antara kaum. Walaupun sistem pendidikan berbeza, ibu
bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Anak-anak digalakkan
berkomunikasi dengan jiran yang berlainan kaum.

Seterusnya pihak kerajaan juga perlu beriltizam dalam mengurangkan jurang


ekonomi antara kaum. Hal ini demi memastikan taraf kehidupan rakyat Malaysia sentiasa
sama agar tidak wujud perselisihan faham dan prasangka antara kaum. Contohnya,
kerajaan perlu menggalakkan pelbagai kaum untuk menyertai perkhidmatan kerajaan
seperti angkatan tentera dan polis. Tegasnya, kerajaan periu menyusun semula struktur
ekonomi agar sernua kaum menceburi semua bidang ekonomi tidak dimonopoii oleh satu-
satu kaum .

Rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh


mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka
haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan
kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.

Seterusnya, rakyat perlu mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam
sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, Pemahaman rakyat Malaysia tentang
sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.

Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara
agar dapat memahami erti perpaduan negara. Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 35


34. Cabaran dan langkah kerajaan untuk merancang model ekonomi yang mapan
dan cabaran ekonomi masa hadapan

Cabaran untuk merancang modal ekonomi yang mapan

Cabaran pertama yang dihadapi oleh Malaysia masa kini ialah dalam mewujudkan
masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial. Jurang agihan pendapatan
antara kaum masih wujud kesan daripada dasar penjajahan Barat iaitu “dasar pecah dan
perintah”. Kaum Melayu masih tertumpu di kawasan kampung manakala kaum Cina
tertumpu di bandar dan kaum India di ladang.

Langkah bagi menghadapi cabaran tersebut ialah kerajaan mempelbagaikan


program pembangunan ekonomi seperti TEKUN dan IKS. Program ini berupaya
membantu usahawan bumiputera dari segi kemahiran, penjenamaan, perlabelan,
pembungkusan, persijilan serta pemasaran produk dengan bantuan pelbagai agensi FAMA,
MARDI dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Cabaran kedua yang dihadapi oleh Malaysia masa kini dalam merancang model
ekonomi yang mapan ialah tenaga kerja yang kurang mahir. Negara terpaksa bergantung
kepada kepakaran asing untuk berkerja di sektor pertanian, pembinaan dan sektor korporat.
Ini menyebabkan pengaliran wang ke luar negara.

Langkah-langkah bagi menghadapi cabaran ekonomi ialah menambahkan bilangan


tenaga mahir yang terdiri daripada rakyat Malaysia melalui penguasaan pelbagai
kemahiran khususnya kemahiran teknikal melalui pusat-pusat latihan kemahiran seperti
GIAT MARA, Kolej Kumuniti, Kolej Vokasional dan Institut Latihan Perindustrian. Ini
membolehkan tenaga kerja kita bersaing dan berupaya mewujudkan kebolehpasaran.

Cabaran ketiga yang dihadapi oleh Malaysia ialah teknologi yang terhad atau
masih rendah. Malaysia masih lagi bergantung kepakaran teknologi dari negara luar dalam
bidang ICT. Ini kerana masyarakat kurang kemahiran dalam bidang tersebut.

Langkah mengatasinya ialah kerajaan telah memperkenalkan mata pelajaran literasi


komputer di sekolah. Ini sebagai pendedahan awal kepada generasi muda untuk
mempersiapkan diri dengan cabaran era globalisasi.

Cabaran keempat yang dihadapi oleh Malaysia masa kini dalam merancang model
ekonomi yang mapan ialah karenah birokrasi. Masalah melibatkan urus tadbir yang amat
lemah serta cuai, pengurusan kontrak yang lemah, pemantauan projek pembinaan tidak
telus.

Langkah untuk mengurangkan karenah birokrasi ialah dengan meningkatkan


kecekapan pentadbiran kerajaan Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Integriti Negara. Ini
dapat mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan, keputusan tidak adil dan salah guna
kuasa secara berkesan. Amalan pembukaan tender terbuka perlu dilaksanakan.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 36


35. Cabaran dan langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ekonomi masa kini

Cabaran:
Cabaran utama ialah berkaitan dengan nilai mata wang negara yang tidak stabil dan
sering mengalami kejatuhan nilai berbanding dengan nilai mata wang utama dunia seperti
Dollar Amerika, Euro dan lain-lain. Nilai mata wang yang tidak stabil memberi kesan yang
besar terhadap ekonomi negara. Harga barang akan sentiasa naik jika barang tersebut
diimport. Ini memberi kesan yang besat terhadap negara dan pengguna.

Kedua ialah sumber ekonomi negara yang semakin berkurangan terutama sumber
semulajadi seperti hasil hutan, galian dan juga hasil pertanian yang semakin terhad. Sumber
yang semakin berkurangan memberi kesan terhadap hasil eksport negara. Negara tidak lagi
menjadi pengeluar terbesar getah dan hasil sawit dan bijih timah bukan lagi logam galian
yang penting di dunia. Kekurangan komoditi eksport ini menyebabkan pendapatan negara
turut tergugatdan berkurangan.

Ketiga masalah ekonomi masa kini ialah agihan ekonomi yang tidak seimbang di
antara kaum di negara ini. Sejak zaman penjajah lagi masalah agihan ekonomi ini telah
menjadi isu besar negara sehingga berlanjutan hingga kini. Apabila masalah ini timbul maka
kesannya ialah terdapat kaum tertentu menguasai ekonomi secara dominan berbanding
kaum lain.

Langkah Mengatasi Cabaran

Masalah nilai mata wang tidak stabil boleh diatasi dengan cara negara perlu
memperbagaikan produk eksport negara dan memperbagaikan hasil negara. Hasil negara
yang banyak mampu melonjakkan nilai mata wang negara. Selain itu kerajaan juga harus
berusaha mengurangkan hutang negara. Hutang negara yang sedikit mampu melonjakkan
nilai ringgit. Kerajaan juga boleh membuat tambatan nilai bagi mengelakkan kejatuhan nilai
ringgit yang berterusan. Contoh menetapkan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika dengan
nisbah 1 USD sama dengan RM 3.80.

Sumber ekonomi yang semakin berkurangan perlu diatasi dengan mempelbagaikan


kegiatan ekonomi negara tanpa bergantung sepenuhnya kepada satu atau dua kegiatan
ekonomi sahaja. Negara perlu memajukan pertanian, perindustrian, perdagangan,
perlancongan dan lain-lain lagi. Kepelbagian kegiatan ekonomi mampu mengurangkan
kejatuhan ekonomi negara.

Ketidakseimbangan dan agihan ekonomi negara antara kaum boleh diatasi dengan
cara setiap kaum mengubah cara berfikir daripada mementingkan ekonomi kaum masing-
masing kepada kepentingan ekonomi negara. Kerajaan juga harus berusaha mengatasi
masalah ini. Selain meneruskan DEBdan DPN kerajaan juga perlu melakukan strategi baru
dalam usaha mendemokrasikan kegiatan ekonomi negara supaya tidak dimonopoli oleh
sesuatu kaum sahaja. Bantuan dari sudut nasihat, pendidikan, kewangan dan teknologi
mesti diteruskan supaya semua kaum dapat menikmati kemajuan ekonomi negara.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 37


36. Cabaran untuk membangunkan sektor perindustrian

Modal yang tinggi diperlukan bagi membangunkan perusahaan berat. Ini


menyebabkan sebahagian besar modal untuk menjalankan sektor perindustrian adalah
bergantung kepada pemodal asing dari negara-negara maju seperti Jepun, Amerika
Syarikat, Britain, Jerman dan lain-lain. Kemasukan pemodal asing menimbulkan masalah
pengaliran keluar wang di samping keengganan pemodal asing memindahkan keseluruhan
teknologi mereka.

Kita juga menghadapi masalah kekurangan tenaga mahir sehingga mewujudkan


persaingan untuk mendapatkan pekerja mahir dan berpendidikan tinggi. Kekurangan
pekerja mahir menyebabkan sektor perkilangan tidak mampu mengeluarkan produk-produk
yang lebih berkualiti dan akhirnya tidak dapat bersaing di peringkat global. Persaingan yang
berlaku pada era globalisasi masa kini menuntut sikap yang lebih kreatif dalam kalangan
pengeluar.

Masalah ketidakstabilan politik atau keadaan politik yang kucar-kacir juga akan
membantutkan perkembangan perindustrian. Ini kerana pelabur-pelabur asing tidak akan
mengambil risiko di negara yang tidak stabil politik. Peningkatan hutang Malaysia dan
pengenaan cukai barangan yang tinggi misalnya telah menyebabkan pelabur-pelabur
berpindah ke negara-negara jiran.

Pembangunan industri berat sering menghadapi persaingan dan tekanan daripada


negara-negara yang telah maju bagi tujuan menguasai pasaran seperti mengenakan cukai
yang tinggi terhadap barangan dari negara kita yang masuk ke negara mereka. Barangan
keluaran negara tidak dapat bersaing dengan barangan keluaran negara maju kerana
harganya akan menjadi lebih tinggi. Ini akan membantutkan perkembangan industri berat
yang cuba dibangunkan oleh negara-negara lain seperti Malaysia. Sebagai contoh kereta
proton yang dieksport ke Eropah terpaksa menghadapi persaingan harga dengan kereta-
kereta keluaran tempatan mereka.

NILAI / IKTIBAR

37. Nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia

Nilai yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah kita hendaklah
sentiasa menunjukkan kecintaan kepada negara. Hal ini demikian kerana sikap ini mampu
mengekalkan kedaulatan negara. Contohnya rakyat Malaysia perlu berusaha untuk
memberi imej yang baik tentang negara kita dengan mempamerkan amalan dan sikap
yang mulia. [4 markah]

Selain itu kita haruslah, bekerjasama dalam mencapai kemajuan negara kita. Hal ini
demikian kerana, sikap kerjasama dalam kalangan rakyat mampu membuatkan negara kita
setanding dengan negara maju. Sebagai contoh rakyat Malaysia perlu bekerjasama dalam
mencipta lebih banyak teknologi canggih dan dipasarkan keseluruh pelosok dunia.
[4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 38


Seterusnya kita mestilah mempunyai sikap tabah dalam menghadapi setiap
cabaran. Hal ini demikian kerana sikap tabah mampu melahirkan individu yang tidak
gentar dalam menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Contohnya, kita bersaing
dengan negara lain dalam mengunaan gajet dan teknologi komputer agar negara tidak
ketinggalan dalam arus kemajuan. [4 markah]

Disamping itu juga, kita hendaklah menunjukkan taat setia yang tinggi terhadap
pemimpin dan berhati-hati dengan orang asing. Hal ini kerana, kesetiaan terhadap pemimpin
mampu mengelakkan negara daripada dijajah semula kerana rakyatnya menyokong
kepemimpinan negara dan tidak meperlekehkan kepemimpinan negara. Contonya rakyat
tidak memburukkan pemimpin dengan melemparkan fitnah di media sosial. [4 markah]

38. Iktibar daripada pembangunan ekonomi @ pelaksanaan RRJP1

Iktibar daripada perlaksanaan RRJP1 hendaklah sentiasa berfikiran positif dalam


setiap dasar negara supaya dasar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Contohnya
menyokong apa jua usaha pembangunan negara dan tidak menyebarkan prasangka negatif
yang boleh mencetuskan huru-hara. Kiita mestilah bijak merebut peluang yang disediakan
oleh kerajaan untuk mengubah taraf hidup ke arah yang lebih sempurna. [4 markah]

Seterusnya kita hendaklah mempunyai daya saing yang tinggi agar setaraf dengan
negara maju yang lain dan bersyukur terhadap kekayaan negara yang dapat meningkatkan
kemajuan negara kita. Kita juga harus berfikiran kreatif dan inovatif untuk menghasilkan
ciptaan yang dapat digunakan untuk membangunkan negara contohnya mencipta alat untuk
bidang pertanian. [4 markah]

Perlaksanaan RRJP1 juga dapat memupuk semangat kerjasama antara kerajaan


dengan rakyat demi kepentingan negara maka bertoleransi dalam masyarakat dapat
dibentuk seperti amalan bergotong-royong. Dengan ini segala masalah dapat diselesaikan
secara bersama. Di samping kita hendaklah berfikiran jauh untuk memajukan diri selaras
dengan matlamat Dasar Ekonomi baru . [4 markah]

RUJUKAN TAMBAHAN

39. Ramalan anda terhadap potensi Malaysia untuk muncul sebagai sebuah kuasa
ekonomi baru dunia.

Malaysia berupaya menjadi kuasa ekonomi baru dunia apabila Malaysia muncul
sebagai pusat pelaburan rantau Asia dan dunia kerana kedudukan Malaysia yang
strategik dan mempunyai kepelbagaian sumber ekonomi dengan pembangunan yang
dinamik. Hal ini penting kerana mempunyai kuasa beli yang tinggi kerana dianggap
sebagai hab utama untuk proses automasi di Rantau Asia Tenggara. [4 markah]

Malaysia juga telah berjaya menjadi pusat terminal udara bertaraf antarabangsa
seperti KLIA 2 yang menjadi transit pelancong seluruh dunia kerana kedudukan Malaysia

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 39


yang strategik .hal ini jelas apabila ramai Pelancong dari negara luar seperti Jepun akan
singah di KLIA2 sebelum meneruskan perjalanan ke negara yang dituju. [4 markah]

Malaysia juga berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia kerana Malaysia telah
berjaya menjadi pengeluar kereta setanding dengan negara maju yang lain seperti
pengeluaran kereta Proton. Hal ini dapat meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup
rakyat. Kejayaan ini menjadikan Malaysia dihormati oleh negara-negara maju lain seperti
Jepun dan Britain. [4 markah]

Selain itu Malaysia merupakan pengeluar utama petroleum dunia serta berjaya
memasarkan hasil ke negara maju lain seperti Jepun dan Amarika Syarikat. Hal ini
menyebabkan sumber pendapatan negara meningkat dimana sumber pendapatan ini
membolehkan infrustruktur negara berjaya dimajukan standing dengan negara maju yang
lain. [4 markah]

Malaysia juga berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia kerana Malaysia merupakan
pengeksport terbesar hasil pertanian dunia iaitu Getah dan kelapa sawit. Tanah di
Malaysia subur dan luas menyebabkan getah dan kelapa sawit dapat ditanam secara
ladang dengan pesat. Kebanyakan negara-negara dunia mendapatkan minyak sawit
daripada Malaysia kerana minyak sawit dari Malaysia adalah yang berkualiti tinggi jika
dibandingkan dengan minyak sawit dari negara lain. Faktor inilah menyebabkan eksport
minyak sawit Malysia meningkat dari tahun ke tahun. Hasil pendapat ini membolehkan
Malaysia membangunkan negara dalam pelbagai aspek dengan pesat. [4 markah]

40. Rancangkan satu pelan pembangunan ekonomi masa hadapan bagi


kemakmuran negara dan rakyat negara ini.

Pihak kerajaan boleh merancangkan pelan ekonomi bagi memenuhi keperluan


ekonomi dan hala tuju sosioekonomi negara selari dengan cabaran globalisasi. Pelan
pembangunan ekonomi perlu mengambil kira kelahiran modal intelek yang sedia untuk
bersaing dengan warga dunia. [3 markah]

Usaha pemasaran produk pertanian atau barangan industri kecil perlu disebar
luaskan. Hasil produk perlu memenuhi piawaian antarabangsa. Rakyat perlu digalakkan
untuk terlibat dalam bidang industri pembuatan. Konsep dasar hala tuju baru perlu dirombak
agar petani kita bukan sahaja menjadi pembekal barang mentah tetapi mampu
mengetengahkan produk barang siap untuk pasaran global. [3 markah]

Pelan Pembangunan ekonomi perlu memacu kelahiran membangunkan ekonomi


berasaskan pengetahuan atau K- Ekonomi dan melahirkan pekerja yang lebih kreatif dan
berproduktif iaitu K-masyarakat. Kita perlu ada nilai baru dalam ekonomi. Nilai baru yang
dipupuk mampu melahirkan idea inovatif yang mempunyai daya saing peringkat
antarabangsa. [3 markah]

Dalam pelan ekonomi baru ini juga, dasar luar negara perlu mengambil kira
kepentingan ekonomi negara. Kita perlu mencari rakan kongsi yang “win-win” dalam
membawa masuk teknologi, pelaburan dan kemahiran untuk mencungkil bakat rakyat negara
ini. Contohnya pihak kerajaan juga boleh menjalinkan kerjasama dengan negara maju

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 40


seperti negara Jepun untuk membuat pelaburan terutamanya dalam bidang teknologi dan
industri. Ia bukan sahaja dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan malah secara tidak
langsung dapat melahirkan tenaga kerja mahir melalui perkongsian maklumat dan teknologi.
[3 markah]

41. Dasar ekonomi yang bercorak dinamik perlu dilaksanakan pada masa hadapan.

Dasar ekonomi yang bercorak dinamik perlu dilaksanakan pada masa hadapan bagi
menghadapi persaingan ekonomi di peringkat global. Dasar ekonomi yang memberi
penekanan penghasilan produk untuk tujuan eksport akan menjana pendapatan negara.
[3 markah]

Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang perindustrian juga


dapat mewujudkan semangat inovasi dan reka cipta dalam penghasilan produk-produk
baharu yang mampu menembusi pasaran antarabangsa. [3 markah]

Malaysia juga menjadi peneraju kepada pengeluaran produk hub halal dunia yang
berjaya melahirkan usahawan-usahawan baharu dalam pelbagai bidang perniagaan halal.
Dasar perlindungan industri tempatan yang menjadi keutamaan kepada negara kita yang
telah berjaya melindungi industri kecil dan sederhana seperti industri batik dan songket
tempatan daripada persaingan dengan industri batik Indonesia. [3 markah]

Selain itu, dasar pembangunan ekonomi negara juga telah berjaya meningkatkan
kadar guna tenaga dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan yang secara langsung dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara kita.
[3 markah]

Seterusnya, galakkan kerajaan dalam k-ekonomi dapat menjana pendapatan


kepada rakyat yang menceburi bidang perniagaan secara atas talian. Ini kerana peniaga
tidak dikenakan cukai jualan secara atas talian. [3 markah]

Dasar kerajaan yang menggalakkan kemasukan pelaburan asing dengan memberi


pelbagai insentif kepada pelaburan asing seperti pengurangan kadar cukai dan pemberian
levi ke atas modal yang dilaburkan telah berjaya menarik pelabur asing untuk melabur di
negara kita. [3 markah]

42. Kepentingan pembangunan sosio ekonomi dalam mensejahterakan masyarakat


dan negara.

Selepas merdeka kerajaan sentiasa memastikan rakyat mendapat pendidikan


berkualiti, malah usaha itu merupakan agenda utama yang berterusan sehingga kini.
Pelbagai dasar seperti Akta Pelajaran 1961, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sehingga
pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah dilaksanakan. Melalui
pelaksanaan dasar ini, modal insan bertaraf tinggi berjaya dilahirkan sehingga terbentuk
masyarakat berpendapatan tinggi. Justeru, pelaburan tinggi kerajaan dalam bidang
pendidikan sejak merdeka berjaya mengeluarkan kumpulan termiskin menjadi kumpulan
masyarakat berdaya saing. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 41


Seterusnya, pembangunan sosio ekonomi sememangnya dapat menjamin
peningkatan taraf hidup masyarakat sentiasa dinamik. Telah terbukti melalui rancangan
pembangunan ekonomi lima tahun dari dulu hingga kini, telah berjaya meningkatkan
bilangan guna tenaga di Malaysia selaras dengan pertumbuhan penduduk dan
perkembangan ekonomi. [4 markah]

Rancangan pembangunan ekonomi juga amat penting bagi memastikan dasar-dasar


kerajaan dapat diterjemahkan bagi mencapai matlamat keseimbangan ekonomi antara
kawasan bandar dengan luar bandar. Melalui Dasar Urbanisasi Negara misalnya, kerajaan
mempunyai hala tuju yang jelas dalam merangka pola kependudukan yang sistematik dan
terancang. Melalui rancangan pembangunan ekonomi, kerajaan telah dan sedang
mewujudkan bandar-bandar yang mempunyai pelbagai fungsi dan berbeza saiz. Sebagai
contoh, tumpuan pembinaan bandar bukan sahaja dibandar-bnadar besar seperti Pulau
Pinang dan Johor Bahru, malah merangkumi seluruh peringkat wilayah di seluruh Malaysia.
Ironinya, kepesatan perbandaran akan membuka peluang yang banyak kepada
perkembangan pesat dalam bidang perniagaan dan peluang pekerjaan. Kesannya rakyat
dapat merebut peluang perniagaan yang terbuka luas, sekaligus mempunyai sumber
ekonomi yang stabil dan kukuh tanpa perlu berhijrah ke bandar. [4 markah]

43. Mengapakah berlaku ketidakseimbangan ekonomi di negara kita?

Ketidakseimbangan ekonomi di negara kita berlaku kerana kesan dasar pentadbiran


British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. British menggalakkan penghijrahan
buruh asing dari China dan India untuk memaksimumkan keuntungan. Kedatangan buruh
Cina dan India telah membawa kepada pembentukan masvarakat berbilang kaum. British
membuat penempatan mengikut jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum seperti orang
Melayu bertani di luar bandar, buruh India sebagai penoreh getah di ladang getah dan buruh
China berniaga dan bekerja di lombong tinggal di bandar. Ia menyebabkan tiada
kesepaduan dan interaksi antara kaum. [4 markah]

Selain itu, kewujudan sistem dwiekonomi dimana British hanya memberi tumpuan
ekonomi dagangan di negeri-negeri paniai Barat seperti bijih timah dan getah manakala
ekonomi tradisional yang berbentuk sara diri di luar bandar dipinggirkan.Rangkaian ekonomi
juga hanya wujud dikawasan yang kaya dengan bijih timah dan getah dan hal ini telah
menyebabkan berlaku ketidakseimbangan pembangunan diantara negeri pantai barat dan
negeri sebelah pantai timur. [4 markah]

Perkembangan pembandaran juga hanya berlaku di kawasan yang kaya dengan


sumber ekonomi dan pusat ekonomi British. Bandar wujud ekoran kegiatan perlombongan
bijih timah dan petroleum seperti Kuala Lumpur dan Ipoh. Bandar baru akhirnya
berkembang menjadi pusat pentadbiran dan pusat perniagaan yang dilengkapi dengan
pelbagai infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, pusat kesihatan dan intitusi kewangan.
Kebanyakan bandar banyak dihuni oleh masyarakat China, masyarakat India tertumpu di
kawasan ladang getah dan orang Melayu pula terikat dengan kawasan perkampungan.
Keadaan ini telah mewujudkan jurang ekonomi dan sosial antara kaum. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 42


44. Hubungkaitkan pembangunan ekonomi negara dengan Wawasan 2020.

Dasar Ekonomi Baru telah dirangka oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan bagi
merapatkan jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan bandar.
Program membasmi kemiskinan yang dijalankan berjaya meningkatkan pendapatan rakyat
menerusi beberapa penubuhan agensi kerajaan misalnya FELDA, MARA, UDA dan LKIM.
Peranan yang dimainkan oleh agensi ini berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat. Kejayaan
pihak kerajaan membasmi kemiskinan dalam masyarakat mampu melahirkan masyarakat
pendapatan tinggi dan memenuhi hasrat Wawasan 2020. [4 markah]

Selain itu, Dasar Ekonomi Baru juga berjaya menghapuskan pengkhususan fungsi
ekonomi mengikut kaum. Malah, kerajaan memberi tumpuan yang lebih terhadap
peningkatan penyertaan bumiputera dan bukan bumiputera dalam sektor pertanian,
perlombongan, perdagangan dan industri moden. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat
dan kekuatan sendiri maka adalah penting semua kaum di negara ini saling melengkapi dan
bantu membantu antara satu sama lain untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang
menginginkan masyarakat yang bersatu padu. [4 markah]

Di samping itu, penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)


merupakan kejayaan lain Dasar Ekonomi Baru. Dalam usaha memastikan matlamat
HICOM berjaya pekerja yang kreatif, berkemahiran dan inovatif diperlukan untuk
membangunkan negara. Hal ini dibuktikan dengan pembukaan kilang Proton di Shah
Alam yang mengeluarkan kereta nasional pertama negara yang menyediakan
peluang pekerjaan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa. Jelas bahawa usaha
mencetuskan Wawasan 2020 menerusi cabaran masyarakat maju dan saintifik
memerlukan masyarakat yang berbudaya ilmu, menjana produktiviti dan amalan
kreatif serta inovatif. [4 markah]

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 43


KESIMPULAN / RUMUSAN
(i) Pengetahuan yang diperoleh
(iii) Nilai/ Iktibar/Unsur patriotisme
(iv) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang

PILIHAN 1 :

Pengetahuan yang telah saya peroleh daripada tajuk ialah Dasar Ekonomi Baru
(DEB) telah diperkenalkan bertujuan melahirkan masyarakat Malaysia yang adil dan
saksama.Pelbagai agensi kerajaan seperti LPN, LKIM, RISDA ditubuhkan agar matlamat
DEB sampai kepada rakyat negara ini. Agensi agensi ini telah mengatur program
memberikan bantuan kredit dan taktikal agar kumpulan sasaran mendapat manfaatnya.

Nilai yang dapat dipelajari ialah rakyat perlu meningkatkan jati diri supaya ekonomi
negara kekal stabil. Rakyat negara kita perlulah amalkan nilai kesedehanaan dalam tuntutan
kepada pihak kerajaan. Rakyat perlu meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan
peribadi.

Antara unsur patriotisme yang saya peroleh daripada tajuk ini ialah kita mestilah
berani dan sanggup berkorban demi pembangunan negara. Pengagihan ekonomi yang adil
akan meningkatkan imej negara. Setiap kaum perlu sanggup berkorban agar semua rakyat
dapat menikmati keadilan ekonomi.

Saya berharap sebagai rakyat Malaysia, perlu merebut peluang yang ditawarkan
oleh kerajaan untuk kemajuan diri mereka. Pemimpin negara juga perlu terus cekap dan
berwibawa untuk memacu negara kita ke mercu kegemilangan.

PILIHAN 2

Pengetahuan yang saya perolehi ialah dasar pembangunan ekonomi dan sosial
adalah pengagihan ekonomi yang adil akan menjamin kemakmuran negara dan
kesejahteraan rakyat.Pemimpin negara juga telah menyusun pelbagai rancangan dan dasar
dengan meletakkan kepentingan rakyat.

Nilai patriotisme yang diperolehi ialah kerjasama dan tolak ansur antara kaum
membawa negara untuk lebih maju pada masa hadapan.Para pemimpin juga amanah dalam
melaksanakan tugasnya dengan baik. Rakyat perlu menunjukkan kesetiaan kepada raja dan
negara agar segala dasar pembangunan yang dirancangkan berjaya mencapai
matlamatnya. Semangat patriotik rakyat menjamin segala dasar dilaksanakan secara
sempurna.

Harapan saya ialah Malaysia mencapai negara maju setanding dengan negara
negara maju yang lain .. Kemajuan yang dicapai perlulah mengunakan acuan sendiri dengan
menitikberatkan keseimbangan antara kemajuan fizikal dengan kemajuan rohaniah.Saya
juga berharap tidak ada mana mana kaum dinegara ini tertinggal dari arus pembangunan itu.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 44


PILIHAN 3

Pengetahuan yang diperoleh daripada tajuk ini adalah, RRJP telah meletakkan
kepentingan rakyat sebagai sasaran utama. Pelaksanaan DEB telah berjaya matlamat
serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
Malaysia.Hal ini telah berjaya membentuk identiti bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu
dan menikmati kekayaan negara secara saksama.

Nilai patriotisme yang diperoleh melalui tajuk kajian ini ialah, kerjasama antara kaum
adalah elemen penting menjayakan rancangan pembangunan ekonomi negara.Rakyat
perlulah bersifat terbuka dan sanggup berubah. Rakyat perlu berganding bahu dalam
menerima perubahan yang dibawa oleh pemerintah negara.

Harapan saya,. Kerajaan perlu meneruskan usaha yang bersungguh-sungguh untuk


memajukan ekonomi negara kita pada masa hadapan.Dasar dasar ekonomi pada masa
hadapan perlu memenuhi keperluan semasa tanpa mengabaikan kepentingan
rakyat.Perkembangan bidang perindustrian selari dengan era globalisasi perlu dijadikan
agenda utama dalam dasar pembangunan ekonomi agar rakyat negara ini bersedia
menghadapi cabaran dunia tanpa sempadan.

K3 SPM 2018 -Group123Sej SPM 45

You might also like