You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT TAKLIMAT AKTIVITI KO-KURIKULUM SEKOLAH BIL 1/2019

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU RANAN, KANOWIT

TARIKH : 3 Januari 2019, Khamis


MASA : 02.30ptg – 04.00ptg
TEMPAT : Bilik Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan
KEHADIRAN (BILANGAN) : 1. Encik Andrew Mail ak Sangong
2. Puan Dayang Jamillah
3. Encik Kenny Bilong Lusat
4. Puan Elizabeth
5. Cik Christina Andrew
6. Encik Muhd Izzudin Othman
7. Puan Siti Marsita Joho American
8. Encik Mohd Amin Jamal Abdul Nasir
9. Encik Peter Mack Emcee
10. Encik Alexander
11. Encik Kelabo
12. Encik Haris
13. Puan Molian Unie
14. Puan Eunice Sasuar
15. Puan Nancy Sigai
16. Puan Regina Henry Mut
17. Cik Regina Resa
18. Cik Nur Atirah bt. Mat Ariffin
19. Encik Cassidy Bosco
20. Encik Ahmad Ruslan
21. Encik Janin Janting
22. Ustazah Norhafizah
23. Puan Nancy Tadong
24. Puan Veronica Asek
25. Cik Jeanetta Odette
26. Encik Khalid bin Mazuki
27. Cik Pauline Anna ak John
28. Puan Silin ak Ramba
29. Encik Terry bin Rakawi
30. Cik Siti Hajar Nabila

Agenda:
1.0 Ucapan Alu-Aluan Guru Besar
2.0 Jawatankuasa Kokurikulum 2018
3.0 Takwim Kokurikulum 2018
4.0 Jadual Kegiatan Kokurikulum
5.0 Penyertaan Aktiviti Kokurikulum tahun 2018
6.0 Penerapan KBAT dalam pengajaran Kokurikulum dan Sukan
7.0 PAJSK
8.0 Fail Kokurikulum
9.0 Penggunaan kenderaan guru semasa menghantar murid
10.0 Kemas kini galeri Kokurikulum
11.0 Hal lain-lain
12.0 Penangguhan mesyuarat

1.0 Ucapan Alu-Aluan Guru Besar


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Guru Besar, Tuan Andrew
Mail.
1.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang, selamat tahun baharu dan
berterima kasih atas kehadiran para guru ke mesyuarat.
1.2 Guru Besar meminta guru-guru untuk bersedia dengan segala perancangan
dan dilaksanakan mengikut takwim yang telah disediakan.

2.0 Jawatankuasa Kokurikulum 2018

Mesyuarat diteruskan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Kenny Bilong Lusat.
2.1 PKK membentangkan Jawatankuasa Kokurikulum untuk tahun 2018 (rujuk
Lampiran A).
2.2 Setiap guru diberi tugas mengikut pembahagian seorang guru akan
memegang dua penasihat sama ada badan beruniform dan kelab, atau badan
beruniform dan sukan.
2.3 Guru-guru penasihat kelab, unit beruniform dan sukan bertanggungjawab
untuk membuat persiapan dan melengkapkan fail masing-masing.
(Tindakan : Semua Guru)
3.0 Takwim Kokurikulum 2018

PKK telah menyediakan takwim Kokurikulum untuk tahun 2018 dan akan dilaksanakan
untuk sepanjang tahun ini.

(Tindakan : Semua Guru)


4.0 Jadual Kegiatan Kokurikulum
PKK membentangkan jadual aktiviti kokurikulum untuk tahun ini.
4.1 PKK menyatakan bahawa perjumpaan Badan Beruniform, Kelab Persatuan
dan Sukan akan dilakukan sebanyak 12 kali sepanjang tahun ini.
Perjumpaan akan bermula pada pukul 3.15 petang hingga 5.15 petang
(rujuk Lampiran B).
4.1 Perjumpaan akan dimulakan dengan Kelab dan Persatuan pada hari Selasa,

Sukan Permainan pada hari Rabu dan Badan Beruniform pada hari Khamis.
4.2 Murid tahun 3 hanya akan terlibat dalam Kelab dan Persatuan serta Sukan
dan Permainan sahaja.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat)

5.0 Penyertaan Aktiviti Kokurikulum tahun 2018

PKK telah mengagihkan guru-guru untuk melatih/ membawa murid menyertai


pertandingan-pertandingan Kokurikulum dan Sukan bagi tahun 2018 (rujuk Lampiran C).

5.1 Persediaan untuk menyertai sebarang pertandingan perlu dilakukan seawal


mungkin bagi memastikan murid yang akan dibawa dalam keadaan bersedia
dan terlatih.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat)

6.0 Penerapan KBAT dalam pengajaran Kokurikulum dan Sukan


PKK meminta guru-guru penasihat untuk sentiasa menerapkan unsur KBAT dalam
pengajaran demi memastikan matlamat Pengajaran Abad Ke -21 dapat dicapai dalam
semua aspek termasuk Kokurikulum.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat)
7.0 PAJSK
Untuk tahun 2017, markah PAJSK sekolah telah Berjaya ditingkatkan atas usaha dan
kegigihan guru-guru.
7.1 Dalam memastikan pengurusan pengumpulan data PAJSK supaya lebih
sistematik, guru-guru penasihat/ jurulatih yang telah membawa murid ke
sebarang pertandingan untuk tahun 2018 perlu mengisi maklumat tentang
penyertaan itu ke dalam Buku Rekod Penyertaan Kokurikulum dan Sukan
tahun 2018.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat)

8.0 Fail Kokurikulum


8.1 Untuk penyediaan fail kokurikulum, perlu sentiasa dikemaskini.
8.2 Guru-guru penasihat perlu menerapkan unsur KBAT dalam penyediaan
rancangan pengajaran dan merancang aktiviti-aktiviti berteraskan Pengajaran
Abad Ke 21.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat)

9.0 Penggunaan kenderaan guru semasa menghantar murid menyertai


aktiviti Kokurikulum
PKK memaklumkan tentang kepentingan menjaga keselamatan semasa membawa
murid menyertai sebarang aktiviti Kokurikulum.
9.1 Guru-guru yang akan membawa murid ke pertandingan atau aktiviti, perlu
menyediakan surat kebenaran untuk menggunakan kenderaan guru semasa
menghantar murid.
(Tindakan : Semua Guru Penasihat)

10.0 Kemas kini galeri Kokurikulum


10.0 Galeri Kokurikulum perlu dikemaskini dengan bantuan guru-guru dan akan
diketuai oleh Puan Siti Marsita.
(Tindakan : Semua Guru)
11.0 Hal lain-lain
PKK meminta guru-guru Pendidikan Jasmani untuk memastikan murid supaya sentiasa
berpakaian kemas semasa waktu Pendidikan Jasmani berlangsung.
(Tindakan : Semua Guru Pendidikan Jasmani)

12.0 Penanggguhan Mesyuarat


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………………
(MUHAMMAD IZZUDIN BIN OTHMAN) (KENNY BILONG LUSAT)
Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan, Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan,
96700 Kanowit. 96700 Kanowit.

Disahkan oleh,

……………………………………
(ANDREW MAIL AK SANGONG)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ulu Ranan,
96700 Kanowit.

You might also like