You are on page 1of 3

Falsafah sejahtera diwujudkan berlandaskan 2 benda iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dan Rukun Negara. Gabungan kedua benda ini dapat meningkatkan lagi pemikiran kritis
dalam menilai isu-isu semasa dan ia juga bertujuan untuk memberi kefahaman yang lebih
luas dalam skop dan konteks isu-isu semasa. Di samping itu, aliran falsafah ini juga dapat
melahirkan dan mewujudkan keseimbangan dan harmonis dari aspek jasmani, emosi,
rohani, dan intelek berdasarkan Rukun Negara[ CITATION Pus88 \l 1033 ]. Dengan
berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara, kita dapat lihat
bahawa sistem pendidikan di Malaysia memberi fokus utama dalam perkembangan
keupayaan seseorang individu secara menyeluruh dan bersepadu kearah melahirkan insan
yang baik juga berpegang teguh kepada agama. Apa yang dimaksudkan berlandaskan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara adalah sesuatu benda yang
boleh mewujudkan keraguan dalam diri seseorang individu itu dapat diselesaikan dengan
dijustifikasikan oleh hujah. Seperti contoh, keraguan yang biasa timbul dalam diri seseorang
individu ialah kewujudan Tuhan. Maka disini keraguan ini perlu dibuktikan dan
dijustifikasikan dengan hikmah agar ia dapat membangkitkan kepercayaan seseorang itu.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dirumuskan pada tahun 1988 dan dinyatakan dalam
Akta Pendidikan 1996 (Akta Pendidikan 1996, Akta550). Falsafah Pendidikan Kebangsaan
telah terbentuk melalui suatu proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan negara
dan bangsa semenjak negara Malaysia merdeka lagi. Penggubahan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan telah dicetus selepas penerbitan laporan Jawatankuasa Kabinet pada tahun
1979. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara telah digubal berlandaskan tiga ideologi iaitu Rukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru (RMK 3, 1976-1980) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1999). Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah digubal oleh kepakaran pendidikan secara teliti dengan
mengambil berat keperluan setiap individu, masyarakat dan negara (KPM, 2001).

Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan sistem pendidikan di Malaysia


memberi penekanan terhadap perkembangan potensi individu secara bersepadu dan
menyeluruh ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan dan
kepatuhan kepada tuhan. Maka, Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah untuk
melahirkan insan yang berpegang teguh pada agama. Falsafah ini perlu dijadikan teras
kepada pendidikan di negara ini bermula daripada pendidikan seawal pra sekolah sehingga
ke peringkat pengajian tinggi.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menjadi teras kepada sistem pendidikan


kebangsaan. Hal ini kerana gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan
perjuangan rakyat melalui proses pendidikan. Semua program dan aktiviti pendidikan ialah
terbitan daripada prinsip dan nilai yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ideal diikuti dengan kurikulum yang mantap dan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah rumusan ke arah
kecemerlangan pendidikan seterusnya mampu mengangkat taraf pendidikan negara hingga
ke persada antarabangsa.

Selain daripada kurikulum, aktiviti kokurikulum juga merupakan salah satu saluran dan
usaha untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutama dalam
kalangan pelajar. Kepercayaan kepada tuhan dan kesedaran kepada agama merupakan
salah satu tunjang dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang asalnya diwujudkan untuk
proses pembangunan bangsa dan negara. Sejarah pendidikan di Malaysia memainkan
peranan penting dalam membentuk falsafah pendidikan kebangsaan sebagaimana di dalam
Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan
Rahman Talib 1960 merakamkan detik permulaan falsafah ini dimulakan. Bagaimanapun,
falsafah ini tidak sesuai dengan zaman pembangunan negara Malaysia pada tahun 1970an
dan 1980an.

Dasar Falsafah ini bertujuan untuk membantu negara membentuk ke arah mewujudkan
perpaduan negara. Usaha-usaha ini semakin mendesak kerana terjadinya tragedi 13 Mei
1969. Pada peristiwa pahit itu, kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang
bertujuan untuk memperkenalkan kaum mengikut perkerjaan dalam pada masa yang sama
Rukun Negara digubal sebagai asas pegangan dan panduan untuk rakyat[ CITATION Pus88 \l
1033 ]. Pada tahun 1974, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan bagi tujuan kajian ke
atas pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Matlamat pendidikan dapat dicapai dengan
lahirnya warganegara yang baik dan berdisplin serta terlatih. Bagi melaksanakan
pembentukan warganegara yang berdisplin dan bertatasusila, Laporan Jawatankuasa
Kabinet mewujudkan dan mewajibkan pelajar bukan islam diajar Pendidikan Morak dan
Etika. Manakala, pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan bagi tujuan
menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara.

Falsafah yang berteraskan Rukun Negara telah menjadi sumber kekuatan dalam
menegakkan kedaulatan negara, dan melahirkan moral-moral bangsa dan negara. Selain
itu, ia dapat memperkukuhkan nilai-nilai etika dan moral dalam diri rakyat Malaysia agar
perpaduan dan keharmonian negara dapat dicapai dari pelbagai aspek seperti sosial,
ekonomi, dan politik. Falsafah ini juga menegaskan bahawa system pendidikan negara di
Malaysia ini memberi impak dan kesan yang besar dalam pembinaan masyarakat yang
menyeluruh dan bersepadu. Di samping itu, dapat mewujudkan dan melahirkan insan yang
percaya dan patuh kepada Tuhan, berakhlak mulia, berpengetahuan dan bertanggungjawab
ke atas diri sendiri, masyarakat, agama dan negara serta membentuk sahsiah diri yang
terpuji.

 Pusat Perkembangan kurikulum, Kementerian Pendidikan. Falsafah Pendidikan


Negara. Diperoleh pada Ogos 1998 daripada
http://web.jiaozong.org.my/doc/2009/rnr/edu_law/falsafah_pendidikan_negara.pdf
 Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt Hamzah, Amimudin Bin Udin (2010). Implikasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di
Malaysia.
 Zaini Abdulah, Mohmad Noor Mohmad Taib, Ikhsan Othman, Norila Md Salleh, Abu
Bakar Yusuf, Abdul Talib Mohemed Hashim. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia:
Falsafah dan Dasar

You might also like