You are on page 1of 21

PROSEDUR OPERASI STANDARD DAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN


PERKHIDMATAN PERUBATAN
TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
DI PREMIS

PENILAIAN PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI


KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI MELINDUNGI EKONOMI
NEGARA PASCA COVID-19 BAGI PERKHIDMATAN
PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

2020

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


1. TUJUAN
Tujuan utama dokumen ini adalah untuk menetapkan satu prosedur yang standard bagi
penilaian Permohonan Kebenaran Beroperasi Diberi Kepada Sektor Tambahan Bagi
Melindungi Ekonomi Negara Pasca Covid-19 Bagi Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan
Komplementari (PT&K) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
diumumkan oleh kerajaan Malaysia. Dokumen ini turut memperincikan garis panduan
pengendalian perkhidmatan PT&K di premis yang telah diluluskan untuk beroperasi.

2. SKOP
Garis Panduan Pengendalian Perkhidmatan PT&K.

3. AKTA / PERATURAN YANG BERKAITAN

3.1 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]
3.2 Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 [Akta 775]

4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1. Apa jua syarat yang tertera di dalam dokumen ini adalah bersandar kepada tatacara,
prosedur operasi standard dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk
Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan
pihak berkuasa yang lain.
2. Hanya premis PT&K yang berada di Zon Hijau dibenarkan beroperasi; dan perkhidmatan
hanya boleh diberikan oleh pengamal dari Zon Hijau kepada pelanggan dari Zon Hijau juga
(zon yang sama).

3. Pengamal dan pelanggan tidak dibenarkan bergerak melintasi zon sekiranya zon asal adalah
selain daripada Zon Hijau.

4. Pelanggan perlu datang berseorangan ke premis PT&K untuk menerima rawatan.

5. Pengamal perlu merujuk dan mematuhi langkah pencegahan jangkitan seperti yang
dinyatakan dalam Garis Panduan Pengendalian Perkhidmatan PT&K di Premis.

6. Bidang amalan yang diamalkan merupakan bidang amalan yang dikitiraf.

7. Waktu beroperasi untuk premis PT&K yang dibenarkan semasa PKP adalah dari hari Isnin
hingga Jumaat antara jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang SAHAJA kecuali diarahkan oleh pihak
berkuasa berkaitan supaya hari / waktu operasi diubah.

1
8. Premis yang memohon merupakan premis yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) dan dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
9. Perkhidmatan hanya boleh diberikan kepada pelanggan yang telah diberi temu janji (tiada
walk-in dibenarkan).
10. Rawatan yang melibatkan sentuhan ke atas pelanggan tidak dibenarkan sama sekali.

2
BORANG PERMOHONAN KEBENARAN BEROPERASI DIBERI KEPADA SEKTOR TAMBAHAN BAGI
MELINDUNGI EKONOMI NEGARA PASCA COVID-19 BAGI PERKHIDMATAN PT&K

BAHAGIAN A: MAKLUMAT PEMOHON


Nama pemilik syarikat
No. KP / Pasport
Nama syarikat
Alamat premis
No. sijil pendaftaran SSM
No. lesen Pihak Berkuasa
Tempatan
Jumlah kakitangan
keseluruhan di premis
No. telefon Pejabat:
Tel. Bimbit (HP):
Alamat e-mel

BAHAGIAN B: MAKLUMAT BERKENAAN JENIS PERKHIDMATAN


Bidang amalan PT&K yang Sila nyatakan jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan di premis
diamalkan anda*
Perubatan Tradisional
Melayu
Perubatan Tradisional Cina

Perubatan Tradisional India

Homeopati

Amalan Pengubatan Islam

Kiropraktik

Osteopati
*Jenis perkhidmatan yang tidak dibenarkan termasuk:
a) rawatan-rawatan yang memerlukan sentuhan ke atas pelanggan
b) rawatan untuk tujuan kesejahteraan

3
BAHAGIAN C: KEMUDAHAN / KELENGKAPAN YANG DISEDIAKAN DI PREMIS

Maklumat ADA TIADA

Melakukan saringan kepada semua kakitangan dan pelanggan (suhu


badan, sejarah perjalanan ke luar negara, simptom pelanggan,
kontak rapat bersama pesakit positif Covid-19 / individu yang
sedang disiasat/survelan/kuarantin dalam masa 14 hari lepas)

Memberikan perkhidmatan dengan temu janji sahaja

Kemudahan penjarakkan sosial di tempat merawat dan tempat


menunggu
Menyediakan tempat mencuci tangan / penyediaan hand sanitizer di
premis
Memastikan kakitangan dan pelanggan memakai penutup muka
pada setiap masa semasa memberi / menerima rawatan

Menyediakan tempat pelupusan sisa klinikal

Menyediakan jadual sanitasi atau pembersihan berkala

Menyelenggara rekod rawatan untuk setiap pesakit yang dirawat


dengan butiran yang jelas dalam tempoh PKP

4
BAHAGIAN D: MAKLUMAT SEMUA KAKITANGAN PREMIS YANG BERTUGAS SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
No. Nama No. KP atau Jawatan Alamat tempat tinggal No. Telefon Jadual bertugas*
Pasport Pengamal Bukan pekerja pekerja Hari Masa
Pengamal

*Perkhidmatan hanya boleh diberikan kepada pelanggan yang telah diberi temu janji (tiada walk-in dibenarkan)
*Waktu beroperasi untuk premis PT&K yang dibenarkan semasa PKP adalah dari hari Isnin hingga Jumaat antara jam 9.00 pagi
hingga 5.00 petang SAHAJA kecuali diarahkan oleh pihak berkuasa berkaitan supaya hari / waktu operasi diubah.

5
BAHAGIAN D: PERAKUAN

1. Saya mengaku bahawa semua maklumat yang dikemukakan adalah benar dan sahih.
2. Saya faham bahawa syarikat saya perlu mengambil tanggungjawab untuk mengawal
selia pekerja yang telah diberikan kebenaran agar beroperasi di tahap yang paling
minima. Selain itu, syarikat juga bertanggungjawab untuk memastikan langkah-langkah
saringan dan pencegahan wabak Covid-19 wajib dilaksanakan di peringkat syarikat demi
keselamatan pekerja dan pelanggan.
3. Saya faham bahawa kelulusan untuk beroperasi boleh dibatalkan atau ditarik balik,
sekiranya saya gagal mematuhi saranan yang dinyatakan dalam Garis Panduan
Pengendalian Perkhidmatan PT&K di Premis.
4. Saya faham bahawa keputusan permohonan yang dibuat adalah muktamad dan saya
akan patuh kepada arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Tandatangan :
Nama :
No. KP / Pasport :
Tarikh :

*Kegagalan mengemukakan dokumen / maklumat yang berkaitan boleh menyebabkan


permohonan ini ditolak

Untuk Kegunaan Pejabat

Status dokumen : Disemak oleh :


Lengkap Tandatangan :
Nama :
Tidak lengkap
Tarikh :

6
Senarai Semak Permohonan Kebenaran Beroperasi Diberi Kepada Sektor Tambahan Bagi
Melindungi Ekonomi Negara Pasca Covid-19 bagi Perkhidmatan PT&K

N Dokumen / Borang Catatan


o
1. Borang Permohonan Kebenaran Beroperasi Diberi Kepada Sektor Tambahan Bagi
Melindungi Ekonomi Negara Pasca Covid-19 bagi Perkhidmatan PT&K
2. Satu salinan sijil SSM
3. Satu salinan lesen PBT
4. Jadual bertugas pekerja
5. Salinan pas permit bekerja warga asing

7
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN
PERKHIDMATAN PERUBATAN
TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI
DI PREMIS

KANDUNGAN

I. PENGENALAN 9

II. TUJUAN GARIS PANDUAN 9

III. KAEDAH DAN CARA PENULARAN WABAK COVID-19 10

IV. GEJALA JANGKITAN COVID-19 10

V. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYEBARAN COVID-19 13


DI PREMIS PT&K

VI. PENUTUP 19

VII. SENARAI RUJUKAN 20

8
I. PENGENALAN

Covid-19 (sebelum ini dikenali sebagai Novel coronavirus (nCoV) 2019)


merupakan strain baru daripada keluarga coronavirus yang tidak pernah
dikenal pasti dalam manusia sebelum ini. Coronavirus adalah keluarga
virus yang besar yang boleh menyebabkan penyakit seperti demam, batuk
dan selsema kepada penyakit yang lebih serius seperti Severe Acute
Respiratory Syndrome (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome
(MERS).

II. TUJUAN GARIS PANDUAN


Garis panduan ini dibangunkan bertujuan untuk memberi pendedahan dan
maklumat tentang fakta-fakta wabak Covid-19 dan langkah-langkah
pencegahan yang harus diambil untuk melindungi pengamal PT&K dan
pelanggan di premis yang menyediakan perkhidmatan PT&K. Sumber
maklumat dan fakta yang terkandung di dalam garis panduan ini diperolehi
daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health
Organization (WHO) dan tertakluk kepada perubahan dan situasi semasa.
Garis panduan ini merupakan rujukan oleh semua pengusaha premis
PT&K, pengamal PT&K atau orang awam yang mendapatkan
perkhidmatan PT&K semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Garis panduan ini dihasilkan berdasarkan dasar, tatacara, prosedur operasi


standard dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak berautoriti termasuk Majlis
Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Polis Diraja
Malaysia dan pihak berkuasa yang lain.

9
III. KAEDAH DAN CARA PENULARAN WABAK COVID-19

Wabak ini boleh merebak daripada seseorang yang dijangkiti Covid-19


melalui cecair / titisan daripada saluran pernafasan seperti berikut:
• Batuk atau bersin;
• Kontak rapat secara fizikal (seperti contoh bersentuhan atau
bersalaman tangan dengan individu yang dijangkiti);
• Menyentuh permukaan atau objek yang tercemar dengan titisan /
cecair individu yang telah dijangkiti.

Virus ini boleh menjangkiti individu yang sihat sama ada secara langsung
atau tidak langsung apabila titisan tersebut memasuki saluran pernafasan
anda secara terus atau melekat di tangan dan menyentuh mata, hidung
atau mulut.

IV. GEJALA JANGKITAN COVID-19


• Demam
• Batuk
• Selesema
• Sukar bernafas

Gejala ini boleh muncul dalam tempoh 14 hari selepas seseorang individu
dijangkiti Covid-19. Kajian tentang tempoh dan cara-cara lain penularan
Covid-19 masih sedang dijalankan dan dinilai oleh WHO.

Selain daripada mengalami gejala yang ringan, pesakit turut berisiko


mengalami komplikasi yang lebih teruk seperti radang paru-paru

10
(pneumonia), sindrom kesukaran pernafasan akut (acute respiratory
distress syndrome) atau septic shock yang boleh mengakibatkan kematian,
bergantung kepada tahap morbiditi dan fasa jangkitan sewaktu pesakit
mula mendapatkan rawatan di hospital. Golongan kanak-kanak, warga tua
dan pesakit kronik yang mempunyai sistem ketahanan tubuh dan imuniti
yang rendah merupakan golongan yang berisiko tinggi sekiranya dijangkiti
oleh virus tersebut.

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau vaksin yang dapat merawat atau
menghalang jangkitan Covid-19. Individu yang mempunyai gejala seperti di
atas dan mempunyai sejarah pulang dari luar negara dikehendaki
mendapatkan rawatan di fasiliti-fasiliti kesihatan (sila rujuk carta alir di
muka surat seterusnya).

11
INDIVIDU DENGAN GEJALA PERNAFASAN AKUT

Individu yang mempunyai Individu yang mempunyai Individu yang mempunyai


gejala pernafasan akut gejala pernafasan akut gejala pernafasan akut yang
(demam, batuk, selesema) (demam, batuk, selesema) teruk
(demam/ batuk/ sesak nafas)

Sejarah keluar negara dalam Kontak1 dengan individu Tiada sebab lain yang boleh
tempoh 14 hari sebelum yang ‘confirmed’2 dan menjelaskan gejala klinikal
gejala muncul ‘probable’3 Covid-19 dalam
tempoh 14 hari sebelum
gejala muncul

Tiada sebab lain yang boleh


menjelaskan gejala klinikal

RUJUK HOSPITAL

1
Kontak ialah individu yang terlibat dalam mana-mana yang berikut:
▪ Memberi penjagaan secara langsung kepada pesakit Covid-19 tanpa memakai
peralatan perlindungan peribadi
▪ Berada dalam kawasan yang dekat dengan pesakit Covid-19 contohnya tempat kerja,
bilik darjah, rumah, perhimpunan
▪ Melakukan perjalanan bersama dengan pesakit Covid-19 dalam jarak yang dekat (1
meter) dalam sebarang jenis pengangkutan dalam tempoh 14 hari
2
Confirmed: Kes dimana seseorang yang tidak mempunyai tanda dan gejala klinikal
disahkan berjangkit Covid-19 melalui ujian makmal.
3
Probable: Kes dimana keputusan Covid-19 tidak meyakinkan (inconclusive), iaitu tidak
dapat disimpulkan sebagai hasil ujian yang dilaporkan oleh makmal.

12
INDIVIDU TANPA GEJALA PERNAFASAN AKUT

Sejarah keluar negara dalam tempoh 14 Kontak dengan individu yang


hari sebelum gejala muncul ‘confirmed’ dan ‘probable’ COVID-19
dalam tempoh 14 hari sebelum gejala
muncul

SELF-MONITOR KUARANTIN
Pantau suhu badan 2 kali sehari dan Kuarantin selama 14 hari dari hari
awasi gejala seperti demam, batuk dan terakhir terdedah kepada pesakit
susah bernafas selama 14 hari selepas COVID-19
kembali ke Malaysia

V. LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN PENYEBARAN COVID-19


DI PREMIS PT&K

TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA PREMIS / PENGAMAL PT&K

A) Persediaan SEBELUM Premis Dibuka Kepada Orang Awam

1. Pengamal disaran untuk memberikan perkhidmatan berdasarkan


temu janji yang telah ditetapkan.

2. Premis boleh dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.00 pagi
hingga 5.00 petang kecuali diarahkan oleh pihak berkuasa berkaitan
supaya hari / waktu operasi diubah.

13
3. Sebarang rawatan yang melibatkan sentuhan ke atas pelanggan
adalah tidak dibenarkan sama sekali.

4. Menghadkan bilangan pesakit yang akan hadir temu janji


berdasarkan tempoh rawatan dan kesesuaian premis.

5. Membuat saringan awal maklumat pesakit yang akan berkunjung ke


premis. Saringan boleh dilaksanakan melalui telefon atau maklum
balas secara atas talian seperti berikut:
a. Gejala-gejala Covid-19 seperti demam, batuk, selesema atau
sesak nafas
b. Sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari
c. Mengenal pasti sama ada pesakit mempunyai kontak rapat
dengan kes yang disahkan Covid-19
d. Sejarah menyertai acara-acara keramaian / perhimpunan yang
dikaitkan dengan kes penularan Covid-19
e. Mengenal pasti sama ada pesakit diletakkan di bawah home
surveillance

Sekiranya pesakit mempunyai salah satu daripada kriteria di atas,


pengamal disaran untuk menangguhkan temu janji atau tidak
menerima pesakit yang berisiko bagi mengekang penularan wabak.

6. Pengusaha premis/ pengamal perlu memastikan semua kakitangan


premis bebas daripada gejala dan sejarah seperti di atas. Disarankan
agar pengusaha menghadkan bilangan kakitangan yang perlu hadir
bekerja bagi mengurangkan penularan wabak.
14
7. Penggunaan penutup muka oleh semua kakitangan premis dan
pelanggan adalah diwajibkan.

8. Pengusaha/ pengamal perlu menyediakan tempat mencuci tangan


dan sabun atau hand sanitizer bagi kegunaan pengamal/ kakitangan
dan pesakit yang datang ke premis.

9. Pengusaha perlu memastikan premis sentiasa bersih, melakukan


nyahkuman (disinfectant) sebelum premis dibuka pada setiap hari.

10. Ruang menunggu untuk pesakit perlu mengekalkan jarak sekurang-


kurangnya 1 meter antara satu sama lain. Pengusaha boleh
menjarakkan kedudukan / kerusi di ruang menunggu (contohnya
melabel kerusi yang tidak boleh diduduki kerana jarak yang kurang
dari 1 meter)

11. Ruang premis perlu mempunyai pengudaraan (ventilation) yang baik.

12. Menyediakan tempat pembuangan sisa klinikal yang sempurna


sekiranya perkhidmatan yang diberikan mempunyai kontak fizikal
dengan pesakit. Pastikan peralatan pakai buang (disposable item)
yang telah digunakan dilupus dengan betul dan TIDAK
DIBENARKAN untuk digunakan kepada pesakit lain.

15
B) Tanggungjawab Pengamal SEMASA dan SELEPAS Memberikan
Perkhidmatan Kepada Pesakit.

1. Memastikan saringan pesakit yang datang ke premis dilakukan di


kaunter pendaftaran seperti berikut:
• Mengambil suhu badan pesakit-pesakit yang demam disaran
untuk tidak meneruskan rawatan di premis.
• Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk / kaunter / ruang
menunggu bagi kegunaan pesakit.
• Mendaftarkan maklumat pesakit yang hadir dan mendapatkan
maklumat seperti berikut:
o Gejala-gejala COVID-19 seperti demam, batuk, selesema atau
sesak nafas
o Sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari
o Mengenal pasti sama ada pesakit mempunyai kontak rapat
dengan kes yang disahkan COVID-19
o Sejarah menyertai acara-acara keramaian/ perhimpunan yang
dikaitkan dengan kes penularan COVID-19
o Mengenal pasti sama ada pesakit diletakkan di bawah home
surveillance
Jika pesakit memenuhi salah satu kriteria di atas atau berisiko
tinggi (walaupun tidak bergejala), pengamal perlu menangguhkan
rawatan dan menasihati pesakit untuk mendapat rawatan di fasiliti
kesihatan KKM. Pengamal juga boleh membantu menghubungi
Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan untuk membuat
rujukan kes.

16
2. Pengamal dan kakitangan premis WAJIB memakai penutup muka
(facemask) sepanjang menjalankan tugas di premis.

3. Memastikan tangan dicuci dengan air dan sabun atau menggunakan


hand sanitizer (sebelum dan selepas memberikan perkhidmatan
kepada pesakit).

4. Mengelakkan kontak rapat / kontak fizikal semasa memberikan


rawatan kepada pesakit.

5. Mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter semasa


memberikan konsultasi kepada pesakit.

6. Memastikan peralatan pakai buang (disposable item) yang telah


digunakan dilupus dengan betul.

7. Pengamal perlu menjalankan nyahkuman / disinfeksi pada setiap hari


terutamanya pada permukaan yang kerap disentuh (contoh seperti
meja, kerusi, katil rawatan, kaunter,cermin kaunter, pemegang pintu/
tombol dan lain-lain). Kaedah disinfektan boleh dilakukan dengan
mencampurkan cecair peluntur dan air dengan nisbah 1:10 dan dilap
di permukaan-permukaan tersebut.

8. Penggunaan sarung tangan (glove) perlu ditukar setiap kali selesai


mengendalikan setiap orang pesakit dan perlu dilupus di tempat yang
betul.

17
9. Rekod pesakit yang menerima rawatan di premis berkenaan perlu
disimpan oleh pengusaha / pengamal untuk tempoh sekurang-
kurangnya enam (6) bulan setelah rawatan diberikan.

TANGGUNGJAWAB PESAKIT SEBELUM DAN SEMASA


MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PT&K

1. Pesakit dikehendaki memberikan kerjasama dengan memberikan


maklumat yang benar dan jujur kepada pengamal PT&K / kakitangan
yang bertugas di premis. Pesakit perlu menangguhkan rawatan
sekiranya mempunyai kriteria berikut:
o Gejala- gejala Covid-19 seperti demam, batuk, selesema atau
sesak nafas
o Sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 14 hari
o Mempunyai kontak rapat dengan kes yang disahkan Covid-19
o Sejarah menyertai acara-acara keramaian/ perhimpunan yang
dikaitkan dengan kes penularan Covid-19
o Diletakkan di bawah home surveillance
* Sila amalkan langkah-langkah berikut sekiranya anda di bawah
pengawasan dan pemantauan di rumah (home surveillance):
➢ Sentiasa boleh dihubungi dan berada di rumah
➢ Hadkan pelawat
➢ Senaraikan semua pelawat yang menziarahi anda
➢ Jika mempunyai gejala, sentiasa pastikan:
▪ Menutup hidung dan mulut menggunakan facemask
▪ Tutup mulut dengan tisu apabila bersin, batuk atau pun
membuang cecair pernafasan. Pastikan tisu terus
dibuang ke dalam tong sampah.
18
▪ Cuci tangan dengan betul menggunakan air dan sabun.
Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan
diri (contoh: botol minuman, berus gigi).
▪ Hadkan jarak anda sekurang-kurangnya 1 meter dengan
individu sihat.
▪ Buka semua tingkap untuk pengudaraan yang baik

Pesakit disaran untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan


berdekatan atau menghubungi talian Crisis Preparedness Response
Centre (CPRC) untuk mendapatkan khidmat nasihat yang lebih
lanjut.

2. Sentiasa memastikan kebersihan diri dan diwajibkan memakai


penutup muka semasa berkunjung ke premis PT&K.

3. Mengamalkan etika dan adab batuk / bersin yang baik iaitu:


➢ Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda
batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam
tong sampah;
➢ Jarakkan diri anda melebihi 1 meter kerana percikan partikel /
titisan boleh tersebar sejauh 1 meter apabila anda bersin atau
batuk.
➢ Cuci tangan dengan air dan sabun atau bahan pencuci tangan
(hand sanitiser) selepas batuk atau bersin;

4. Mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu lain


di premis dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan oleh premis.

19
VI. PENUTUP
Setiap individu wajib mengambil langkah-langkah pencegahan dan
bertanggungjawab memastikan jangkitan wabak Covid-19 dapat ditangani
bersama. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut berkenaan
Covid-19, sila hubungi nombor hotline seperti di bawah:

03-88810200
03-88810600
03-88810700
atau emel: cprc@moh.gov.my

Anda juga boleh layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia di


http://www.moh.gov.my untuk mendapatkan status dan maklumat terkini
berkenaan Covid-19.

VII. SENARAI RUJUKAN


i. https://www.who.int/health-topics/coronavirus
ii. https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-
atau-2019ncov
iii. http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2264
iv. https://www.who.int/news-room/q-a-detail/q-a-coronaviruses
v. Covid-19 Management in Malaysia Guideline No. 04/2020 (Edisi
Keempat)
vi. WHO Interim Guidance: Consideration for quarantine of individuals in
the context of containment for coronavirus disease (Covid-19)
vii. WHO Interim Guidance: Global Surveillance for Covid-19 disease
caused by human infection with novel coronavirus (Covid-19)

20

You might also like