You are on page 1of 5

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah

 Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan


 Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai
Persekutuan dan Senarai Negeri
 Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara
 3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-undang,Permohonan
dan Naturalisasi
 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
 Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
 Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara
 Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan
Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
 Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau
dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah undang-undang tertinggi Negara dan menjadi


punca kepada semua undang-undang. Oleh itu, untuk memastikan ketertinggian
perlembagaan ini kekal, maka beberapa garis panduan telah ditetapkan dan dipatuhi iaitu:

 Perlembagaan menentukan apa Perkara Persekutuan yang kerajaan Persekutuan


boleh lakukan dan Perkara Negeri yang kerajaan negeri boleh lakukan.
 Perlembagaan menentukan apakah perkara bersama yang membolehkan Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. Contohnya
undang-undang yang boleh dibuat oleh Parlimen ialah pertahanan, pelajaran, hal
ehwal luar negara dan sebagainya. Jika parlimen campur tangan dalam
pembentukan undang-undang di luar perkara Persekutuan maka undang-undang
tersebut adalah tidak sah.
 Kedudukan YDPA sebagai ketua negara, lambang taat setia rakyat, lambang
negara, ketua Parlimen, ketua pemerintah dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia
tertakluk kepada halangan-halangan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Baginda
adalah raja berperlembagaan iaitu bertindak mengikut nasihat jemaah Menteri.
 Kuasa kehakiman juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh
perlembagaan. Kuasa YDPA sebagai ketiga-tiga cabang kerajaan (perundangan,
pentadbiran dan kehakiman) juga tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan
oleh Perlembagaan.
 Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara, tidak boleh
menahan seorang warganegara dari pulang ke tanah airnya dan tidak boleh
memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh memenjarakan mana-
mana individu melainkan menurut undang-undang.

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah


Negara sebelum dan selepas penjajahan. Hal ini diambil kira bagi merealisasikan cita-cita
mewujudkan sebuah Negara yang demokrasi dan adil untuk semua pihak. Beberapa
perkara telah diletakkan sebagai peruntukan utama dalam perlembagaan seperti
kewarganegaraan, agama, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan kebebasan
asasi.

Hak-Hak Asasi

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan


Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak
dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga
daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi
adalah seperti berikut:

a. Kebebasan diri

Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5


Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil
nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.[1] Seseorang
yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan
dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri. Selain
itu, seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang
majistret dalam masa 24 jam.

b. Keabdian dan kerja paksa

Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang


pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja paksa adalah dilarang
tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan
kerahan untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan
hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.

c. Kesamarataan di sisi undang-undang

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama


di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2
memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas
sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian
terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan
kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti
pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa
dan pengeluaran permit serta lesen.
d. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun


warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam
Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di
mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-
undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk
kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti
ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.

e. Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada


semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Namun
demikian, parlimen boleh mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan,
ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-
perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi.

f. Kebebasan beragama

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai


agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan
agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi
undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut
agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di
kalangan orang bukan Islam.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, undang-undang negeri yang ingin menyekat apa-apa
agama, iktikad dan kepercayaan di kalangan orang Islam berkehendakkan undi sebanyak
23 daripada jumlah bilangan anggota Dewan Undangan Negeri. Tiap-tiap kumpulan agama
berhak untuk:

i. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.

ii. Menubuh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud agama dan khairat.

iii. Memperoleh dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.

g. Kesamarataan dalam pelajaran


Perkara 12 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan tentang hak mengenai
pelajaran. Tidak terdapat sebarang perbezaan terhadap mana-mana warganegara semata-
mata kerana agama, kaum, keturunan, tempat lahir untuk mendapatkan pendidikan, iaitu:

i. Dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh suatu


pihak berkuasa awam tentang kemasukan murid-murid atau pelajar mengenai
bayaran.
ii. Tentang memperuntukkan kewangan dan bantuan kewangan pihak berkuasa
awam bagi menanggung atau membiayai murid-murid atau pelajar-pelajar di
mana-mana yayasan pelajar tertakluk kepada Perkara 153.

Tiap-tiap kumpulan agama diberi kebebasan untuk menubuh dan menyelenggara yayasan-
yayasan untuk pelajaran kanak-kanak atau mengenai agama kumpulan itu. Selain itu, tidak
terdapat perbezaan semata-mata sebab agama dalam mana-mana undang-undang
berkaitan dengan yayasan itu, tetapi dalam undang-undang persekutuan dan negeri, boleh
mengadakan bantuan kewangan khas bagi menyelenggara Yayasan Islam atau mengajar
mengenai agama Islam kepada penganutnya. Tidak seorang pun diwajibkan menerima apa-
apa ajaran mengenai apa-apa agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara
atau sembahyang bagi sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

h. Hak untuk berharta

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tidak seorang pun boleh


dilucutkan hartanya kecuali menurut undang-undang. Undang-undang juga tidak boleh
membuat peruntukan untuk mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa
pampasan yang mencukupi

i. Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan


dan perbicaraan berulang

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan


perbicaraan berulang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Melalui Perkara 7,
memperuntukkan tidak seorang pun yang boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan yang
tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan itu dilakukan dan
tidak sesiapa juga boleh menanggung hukuman yang lebih berat bagi sesuatu kesalahan
daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan.

Fasal 2 memperuntukkan bahawa seseorang yang telah dibebaskan ataupun disabitkan


dengan kesalahan tidak boleh dibicarakan sekali lagi di atas kesalahan yang sama kecuali
jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan
oleh mahkamah atasan mengenai perkara yang dia telah dibebaskan ataupun disabitkan
kesalahan itu
Persamaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia 1963

 Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan


dibentuk
 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara
 Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu
 Keharmonian antara kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah
 Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sebuah Negara
yang berdaulat
 Mementingkan pendidikan.
 Melahirkan identiti masyarakat yang merdeka walaupun berbeza warna
kulit,agama,bangsa.
 Agama Islam sebagai agama rasmi.
 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
 Hak orang Melayu terpelihara
 soal kewarganegaraan diberi perhatian mendalam, syarat-syarat telah diperketatkan
mereka yang ingin memohon kerakyatan juga mesti memenuhi syarat yang
ditentukan hak dan kedudukan orang melayu terpelihara

Perbezaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan


Persekutuan Malaysia 1963

 Dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, agama Islam sebagai


agama rasmi Persekutuan manakala dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
1963, agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain juga diterima.
 Orang Melayu diberi hak istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu
1957 manakala dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia hak orang bumiputera
juga dipelihara.

You might also like