You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PANITIA BAHASA MELAYU 2019


SJK(C) MING SHING, SG. SIAN, MERADONG
PROGRAM CINTAILAH BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN
Program Cintailah Bahasa Melayu ialah salah satu aktiviti utama Panitia Bahasa Melayu
yang diadakan pada tahun 2019. Pelbagai aktiviti telah dirancang khusus untuk murid-murid
mengikut tahap masing-masing. Penganjuran Cintailah Bahasa Melayu pada kali ini, mempunyai
objektif yang mampu menjana minda murid dan melahirkan murid yang mempunyai keterampilan
bahasa yang baik. Sehubungan itu, panitia Bahasa Melayu telah merangka aktiviti yang
melibatkan penguasaan dan pengayaan bahasa.

2.0 MATLAMAT
Program Panitia Bahasa Melayu bermatlamat melahirkan murid-murid yang mempunyai
akhlak,nilai-nilai kerohanian, dan mempunyai keterampilan berbahasa dalam kalangan murid. Ini
adalah sejajar dengan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan
individu yang seimbang. Program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat terpendam murid
dan menggalakkan mereka berdepan dengan pelbagai situasi agar mereka lebih berdikari. Selain
itu juga program ini berhasrat untuk menanamkan kecintaan murid terhadap bahasa Kebangsaan
ini.

3.0 OBJEKTIF
 Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dan terkawal.
 Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsan.
 Mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid.
 Menggalakkan murid-murid tahun satu mengaplikasi mengenal huruf.
 Melatih murid menggunakan ilmu dan kemahiran pelaksanaan sesuatu tindakan,amalan atau
aktiviti yang melibatkan diri mereka sendiri.
 Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan mereka.
 Membina pemikiran yang positif
4.0 Tempat
Bilik Kelas Tahun Tahun 4/5 .

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SJK(C) Ming Shing (16 orang).

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PERTANDINGAN

Pengerusi : Pn. Sii Ngiik Hoon


Penyelaras : En. Wong Sie Ung
Setiausaha : En. Fong Sing Ong
AJK : Semua guru Bahasa Melayu.

7.0 JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH / MASA Aktiviti Tindakan TEMPAT


HARI

ISNIN 0700-0730 Pertandingan Mencari Kelas Tahun4


En. Fon Sing Ong
1 March 2019 Perkataan Tersembunyi &5
En. Wong Sie Ung
Tahap 1 & 2

0700-0730 En. Fon Sing Ong


ISNIN Pertandingan Mengarang Kelas Tahun4
26 Ogos 2019 Tahap 2 En. Wong Sie Ung &5

0700-0730 En. Fon Sing Ong


ISNIN Pertandingan Menulis Kelas Tahun4
26 Ogos 2019 Tahap 1 En. Wong Sie Ung &5

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


7.1 Pendapatan/Sumber
- Sumber kewangan sebanyak RM 150.28 diperolehi daripada bantuan peruntukan
persekolahan 2019.

7.2 Perbelanjaan
- Perbelanjaan sebanyak RM 117.20 digunakan dalam pembelian hadiah bagi pemenang-
pemenang. Baki wang sebanyak RM 33.08 digunakan sebagai pembelian bahan yang
diperlukan semasa menjalankan Program Cintailah Bahasa Melayu dan PdPc 2019.
- Jadual 1 menunjukkan harga dan kuantiti bahan hadiah yang diperlukan.
- Jadual 2 menunjukkan harga dan kuantiti bahan yang akan diperlukan semasa menjalankan
Program Cintailah Bahasa Melayu dan PdPc 2019.

Jadual 1

KUANTITI HARGA 1 SET JUMLAH


BIL PERKARA BAHAN/ HARGA
BAHAN HADIAH KOS(RM)
Buku Latihan 120 muka
3
( RM 0.95 )
Hadiah Buku Latihan 80 muka
3
1 Tempat ( RM 0.65 ) RM 13.60 RM 13.60 × 4 set
Pertama Stabilo set = RM 54.40
1
( RM 3.90 )
Gam Putih Glue Stick EG40
1
( RM 4.90 )
Buku Latihan 120 muka
2
( RM 0.95 )
Buku Latihan 80 muka
2
( RM 0.65 )
Hadiah Pemadam Pencil Stabilo-
1 RM 9.40 RM 9.40 × 4 set
2 Tempat Exam Grade ( RM 0.80 )
Pembaris 6 Inci palstik = RM 37.60
Kedua 1
( Rm 0.50 )
Pengasah Pensel 2 mata
1
( RM 1.00 )
Gam Putih Glue Stick EG25
1
( RM 3.90 )
Buku Latihan 120 muka
1
( RM 0.95 )
Hadiah Buku Latihan 80 muka
1 RM 6.30 RM 6.30 × 4 set
3 Tempat ( RM 0.65 )
= RM 25.20
Ketiga Pemadam Pencil Stabilo-
1
Exam Grade ( RM 0.80 )
Pembaris 6 Inci palstik 1
( Rm 0.50 )
Pengasah Pensel 1 mata
1
( RM 0.50 )
Gam Putih Glue Stick EG8
1
( RM 2.90 )

Jumlah perbelanjaan RM 117.20

Jadual 2

KUANTITI JUMLAH
BIL BAHAN/ HARGA
BAHAN KOS (RM)
1 Kertas Photostat – Double A 70g Glass A ( RM 12.50) 2 RM 25.00
2 Kertas Examination Pad A4 70 gm ( RM 3.90 ) 1 RM 3.90
3 Faber Castell Clip X5 ( RM 0.64 ) 2 RM 1.28
4 Tape – Double Side Tape Global-1 inci ( RM 1.90 ) 1 RM 1.90
5. Ball Point Pen Faster Castell-CX Plus 0.5 ( RM 1.00 ) 1 RM 1.00

Jumlah perbelanjaan RM 33.08

9.0 Penutup

Aktiviti yang dicadangkan untuk Program Cintailah Bahasa Melayu diharapkan dapat
mengeratkan silaturrahim dalam kalangan guru,antara guru dengan murid dan antara murid dengan
murid. Diharapkan juga aktiviti ini dapat meningkatkan sahsiah diri melalui pertandingan-
petandingan yang diutarakan. Para pendidik merupakan wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi apa jua halangan dan rintangan dalam mendidik anak-anak
bangsa kerana mereka merupakan kesinambungan untuk corak warna-warni kehidupan Negara pada
masa akan datang. Penganjuran Program Cintailah Bahasa Melayu diharap dapat menambah
pengetahuan dan keberanian murid menonjolkan bakat dalam bidang bahasa. Ini juga merupakan
salah satu cara untuk memperkembangkan potensi murid yang mempunyai keterampilan bahasa
selain mencungkil bakat terpendam murid. Langkah ini merupakan salah satu cara menggilap
permata bernilai ini agar dapat bersinar menyuluruh sinar kemajuan Negara ke arah mencapai
Negara maju. Dengan ini, panitia bahasa Melayu secara tidak langsung menjadi penyumbang dalam
melahirkan individu yang berani menghadapi cabaran yang datang dan juga memenuhi aspirasi
Negara dengan membina modal insan yang seimbang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

____________________ _____________________
( EN. FON SING ONG ) ( PN. SII NGIIK HOON )
Setiausaha Panitia BAHASA MELAYU, GURU BESAR,
SJK C MING SHING SJK C MING SHING

You might also like