You are on page 1of 9

PROSEDUR OPERASI STANDARD

DAN
GARIS PANDUAN KEBENARAN BEROPERASI
SERTA PERGERAKAN PEKERJA BAGI
SYARIKAT/PREMIS DOBI, HARDWARE,
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
DALAM TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

2020

KEMENTERIAN
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN
HAL EHWAL PENGGUNA
GARIS PANDUAN PENILAIAN KEBENARAN BEROPERASI BAGI
SYARIKAT / PREMIS DI BAWAH SEKTOR PERKHIDMATAN YANG
DIKAWAL SELIA OLEH KPDNHEP DALAM TEMPOH PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

1. Satu jawatankuasa di Ibu Pejabat KPDNHEP ditubuhkan bagi


membuat pertimbangan berkaitan permohonan beroperasi bagi
syarikat/premis semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
bagi tiga (3) subsektor berikut:

i. Dobi (full service);


ii. Kedai menjual perkakasan (Kedai hardware);dan
iii. Kedai barangan elektrik dan elektronik;

2. Jawatankuasa ini akan bermesyuarat secara harian / berkala untuk


menilai dan menentukan bilangan sektor / subsektor industri yang
perlu dibuka secara harian / berkala bagi tempoh PKP.

3. Setiap permohonan akan dipertimbangkan selaras dengan arahan


dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
akan disesuaikan dengan keperluan industri dan sektor yang terlibat.

4. Setiap permohonan yang diterima melalui sistem yang dibangunkan


oleh MITI akan akan diproses menggunakan kaedah rujukan silang
(cross-referencing) dengan maklumat berikut:

4.1 Pendaftaran syarikat/individu dengan Suruhanjaya Syarikat


Malaysia (SSM); dan

4.2 Pendaftaran premis dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

2
SUB SEKTOR DOBI

A) Perincian perkhidmatan mengikut zon yang ditetapkan oleh MKN:

 Hanya perkhidmatan dobi konvensional (full service) dibenarkan


beroperasi di Zon Hijau sahaja.

B) Panduan Perlindungan Bagi Pekerja:

1. Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap


paling minima jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi
pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

2. Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan dan


thermal scanning, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja di
pintu masuk pejabat dengan bacaan suhu harian kakitangan
direkodkan.

3. Kakitangan yang mempunyai bacaan melebihi kadar tidak sihat


(37.5º) adalah tidak dibenarkan memasuki premis dan menjadi
tanggungjawab syarikat merujuk kakitangan berkenaan untuk
mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan/Klinik Panel;

4. Prosedur pencegahan Covid-19 hendaklah dipatuhi termasuk


penjarakan sosial;

5. Setiap pekerja dibekalkan alat pelindung diri bersesuaian seperti


penutup hidung, topeng muka, apron plastik berlengan panjang
dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut
keperluan.

6. Sekiranya terdapat pekerja-pekerja yang berada di bawah


pemerhatian KKM (person under investigation & person under
surviellance), pekerja terbabit tidak dibenarkan datang bekerja dan
perlu menjalani tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh KKM.

3
7. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti Covid-19, syarikat
adalah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua kos
perubatan, proses sanitasi dan lain-lain kos yang berkaitan

8. Jika terdapat sebarang percanggahan/ketidakselaran peruntukan


SOP ini dengan Prosedur Standard Operasi Kebenaran
Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat-Syarikat
Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, maka SOP ini
adalah terpakai setakat mana yang tidak selaras.

C) Panduan Perlindungan Bagi Pelanggan

1. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik


social/safe distancing disediakan (seperti tanda jarak 1 meter di
lantai, meja dan kerusi)

2. Syarikat hendaklah memastikan proses penerimaan pakaian serta


transaksi dijalankan dalam tempoh singkat bagi mengurangkan
risiko jangkitan virus.

D) Panduan Perlindungan di Tempat Kerja (Premis)

1. Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi di premis


sebelum setiap shift atau operasi bermula mengikut garis panduan
yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer / disinfecting kits


di pintu masuk dan tempat-tempat lain yang berkaitan dalam
premis, serta menggalakkan pemakaian face mask oleh setiap
pekerja.

3. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik


social / safe distancing disediakan (seperti tanda jarak 1 meter di
lantai meja dan kerusi)

4. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti Covid-19, syarikat wajib


melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Berkaitan dan
premis hendaklah DITUTUP.

4
SUB SEKTOR KEDAI MENJUAL PERKAKASAN (HARDWARE)

A) Perincian perkhidmatan mengikut zon yang ditentukan oleh


MKN:

 Semua perkhidmatan berkaitan penjualan perkakasan (hardware)


iaitu penjualan peralatan, penghantaran peralatan dan lain-lain
perkhidmatan di premis pelanggan hanya dibenarkan di Zon Hijau
sahaja.

B) Panduan Perlindungan Bagi Pekerja:

1. Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada


tahap paling minima jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi
pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

2. Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan dan


thermal scanning, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja di
pintu masuk pejabat dengan bacaan suhu harian kakitangan
direkodkan.

3. Kakitangan yang mempunyai bacaan melebihi kadar tidak sihat


(37.5º) adalah tidak dibenarkan memasuki premis dan menjadi
tanggungjawab syarikat merujuk kakitangan berkenaan untuk
mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan/Klinik Panel;

4. Prosedur pencegahan Covid-19 hendaklah dipatuhi termasuk


penjarakan sosial;

5. Setiap pekerja dibekalkan alat pelindung diri bersesuaian seperti


penutup hidung, topeng muka, apron plastik berlengan panjang
dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut
keperluan.

6. Sekiranya terdapat pekerja-pekerja yang berada di bawah


pemerhatian KKM (person under investigation & person under
surviellance), pekerja terbabit tidak dibenarkan datang bekerja

5
dan perlu menjalani tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh
KKM.

7. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti Covid-19, syarikat


adalah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua kos
perubatan, proses sanitasi dan lain-lain kos yang berkaitan

8. Jika terdapat sebarang percanggahan/ketidakselaran peruntukan


SOP ini dengan Prosedur Standard Operasi Kebenaran
Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat-Syarikat
Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, maka SOP ini
adalah terpakai setakat mana yang tidak selaras.

C) Panduan Perlindungan Bagi Pelanggan

1. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik


social/safe distancing disediakan (seperti tanda jarak 1 meter di
lantai, meja dan kerusi).

2. Bilangan pelanggan yang berada dalam premis pada satu-satu


masa hendaklah dihadkan bagi mengelakkan penularan virus.

D) Panduan Perlindungan di Tempat Kerja (Premis)

1. Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi di premis


sebelum setiap shift atau operasi bermula mengikut garis panduan
yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer / disinfecting kits


di pintu masuk dan tempat-tempat lain yang berkaitan dalam
premis, serta menggalakkan pemakaian face mask oleh setiap
pekerja.

3. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik


social / safe distancing disediakan (seperti tanda jarak 1 meter di
lantai meja dan kerusi).

6
4. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti Covid-19, syarikat wajib
melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Berkaitan dan
premis hendaklah DITUTUP.

SUB SEKTOR KEDAI BARANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

A) Perincian Perkhidmatan mengikut zon yang ditetapkan oleh


MKN:

 Hanya penjualan barangan elektrik dan elektronik dan


penghantaran barangan ini sahaja dibenarkan beroperasi. Semua
perkhidmatan tersebut hanya dibenarkan di Zon Hijau sahaja.

 Penjualan barangan elektrik dan elektronik tidak termasuk


peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT.

B) Panduan Perlindungan Bagi Pekerja

1. Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada


tahap paling minima jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi
pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

2. Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan dan


thermal scanning, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja di
pintu masuk pejabat dengan bacaan suhu harian kakitangan
direkodkan.

3. Kakitangan yang mempunyai bacaan melebihi kadar tidak sihat


(37.5º) adalah tidak dibenarkan memasuki premis dan menjadi
tanggungjawab syarikat merujuk kakitangan berkenaan untuk
mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan/Klinik Panel;

4. Prosedur pencegahan Covid-19 hendaklah dipatuhi termasuk


penjarakan sosial;

5. Setiap pekerja dibekalkan alat pelindung diri bersesuaian seperti


penutup hidung, topeng muka, apron plastik berlengan panjang

7
dan sarung tangan yang bersesuaian secukupnya mengikut
keperluan.

6. Sekiranya terdapat pekerja-pekerja yang berada di bawah


pemerhatian KKM (person under investigation & person under
surviellance), pekerja terbabit tidak dibenarkan datang bekerja
dan perlu menjalani tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh
KKM.

7. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti Covid-19, syarikat


adalah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua kos
perubatan, proses sanitasi dan lain-lain kos yang berkaitan

8. Jika terdapat sebarang percanggahan/ketidakselaran peruntukan


SOP ini dengan Prosedur Standard Operasi Kebenaran
Beroperasi Serta Pergerakan Pekerja Bagi Syarikat-Syarikat
Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, maka SOP ini
adalah terpakai setakat mana yang tidak selaras.

C) Panduan Perlindungan Bagi Pelanggan

1. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik


social/safe distancing diantara pelanggan disediakan (seperti
tanda jarak 1meter di lantai, meja dan kerusi).

2. Bilangan pelanggan yang berada dalam premis pada satu-satu


masa hendaklah dihadkan bagi mengelakkan penularan virus.

D) Prosedur Tempat Kerja (Premis)

1. Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi di premis masing-


masing sebelum dan selepas operasi mengikut garis panduan
yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer / disinfecting kits


di pintu masuk dan tempat-tempat lain yang berkaitan dalam
premis, serta mewajibkan pemakaian face mask oleh setiap
pekerja dan pelanggan.

8
3. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik
social / safe distancing disediakan (seperti tanda jarak 1 meter di
lantai meja dan kerusi).

4. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, syarikat


wajib melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Berkaitan
dan premis hendaklah DITUTUP.

*Kerajaan berhak untuk meminda syarat-syarat di atas tertakluk


kepada situasi semasa.

You might also like