You are on page 1of 2

TUGASAN 2

KAEDAH KAJIAN KUANTITATIF

Kajian kuantitaf merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis iaitu
ia lebih bersifat objektif fan berorientasikan kepada hasil. Ia juga merujuk kepada istilah
“kuantiti” yang membawa erti berapa banyak atau bilanannya yang dinyatakan dengan tepat.
Daripada hal ini kaedah ini dikaitkan dengan data numerik dan ketepatan kerana ia adalah
berdasarkan kaedah penyelidikan eksperimental yang dianalisis dengan ujian statistik.
Penyelidikan kuantitatif menggunakan bentuk hipotesis dalam menyelesaikan permasalahan
kajian. Ia melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan
dawai, skor Z, skor-T, varian dan sebagainya. Pendekatan ini dikatakan lebih berstruktur,
mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak, linear, mempi
mempunyai darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, mempunyai perjadualan yang
jelas dan menumpukan kepada hasil. Ia juga melibatkan responden yang besar manakala
pendekatan kualitatif lebuh berasaskan kepada kualiti. Daripada kaedah kuantitatif ini adalah
jenis kaedah pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya
soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data tang boleh dikuantitatifkan
daripada peserta dan menganalisa nombor-nombor tersebut menggunakan statistic dan
menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif.

Kajian kuantitatif terbahagi kepada dua iaitu kajian intervensi dan kajian non-
intervensi, bagi kajian intervensi, rekabentuk kajian yang sesuai adalah kajian ekperimen, di
mana rekabentuk kajian eksperimen ini menerangkan sama intervensi ini mempengaruhi hasil
satu kumpulan berbanding kumpulan yang satu lagi, manakala non-intervensi pula
rekabentuk kajiannya adalah kajian korelasi dan kajian tinjauan di mana ia meramal perkaitan
atau hubungan antara pemboleh ubah dan bagi rekabentuk kajian tinjauan pula menerangkan
trend bagi satu populasi.

Kaedah kajian kuantitatif ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri iaitu bersifat
deskriptif atau penjelasan, spesifik, boleh diukur atau diperhatikan, instrument ditentukan,
data berbentuk numerik, penglibatan responden yang ramai dan berbentuk penilaian atau
analisis. Penyelidikan boleh memilih salah satu pendekatan ataupun menggabungkan kedua-
duanya dan dihubungkan dengan teori-teori sosiologi, teori yang berbentuk makro selalunya
akan menggunakan pendekatan kuantitatif sementara yang berbentuk mikro kebiasaannya
mengguanakan pendekatan kualitatif.
Akhir sekali, kepentingan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif ini berbeza.
Kaedah kuantitatif menggunakan penyelidikan tinjauan, persampelan dan eksperimen
kuantitatif juga menggunakan kaedah postivis, eksperimental, data numarika, ujian statistic,
konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan kaedah
ini juga lebih menjurus kepada bidang ekonomi, sains asas, perindustrian, psikologi,
kejuruteraan dan pendidikan. Manakala kaedah kualitatif pula menggunakan kaedah soal
selidik, kaedah pemerhatian dan temubual. Kaedah ini juga menggunakan kaedah interpretif,
penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah kajian kes, data verbal dan traingulasi data iaitu
perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik.

You might also like