You are on page 1of 2

Norsiah Binti Ab Hamid (630501002744288)

No Daftar Haji – 0801080325101920A


9008,Taman Balkis,
Jalan Malim,
75250 MELAKA
No. Tel: (012-6927713) April 2018

Bahagian Operasi Domestik


Lembaga Tabung Haji
Lantai 30, Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji
201 Jalan Tun Razak
50732 Kuala Lumpur

Tuan,

RAYUAN MEMBAWA BERSAMA ANAK LELAKI BAGI TUJUAN MENGIRINGI


MENGERJAKAN HAJI 2018

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

Untuk makluman tuan, saya telah ditawarkan untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

2 Justeru itu, saya memohon dan merayu jasa baik pihak Tuan untuk memperoleh
penempatan ibadah haji pada tahun 1439H/2018 untuk anak lelaki saya yang juga telah
mendaftar haji pada 26 Mac 2008 (rujuk no daftar 0801080326145332A /
630501012092256)

3. Hal ini adalah kerana disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

a) Keadaan kesihatan saya yang agak kurang memuaskan dan sekiranya anak lelaki
saya ada bersama beliau boleh membantu perjalanan haji saya dengan lebih
mudah
b)Beliau juga telah mendaftar untuk mengerjakan haji pada tarikh yang lehih kurang
sama dengan tarikh saya mendaftar (Ibu : 25 Mac 2008, Anak : 26 Mac 2008) yang
bertujuan pada asalnya adalah untuk mengiringi saya mengerjakan haji

4. Bersama dengan ini saya lampiran salinan surat kelahiran anak lelaki saya, salinan
surat tawaran menunaikan haji saya dan salinan surat pengesahan penerimaan tawaran haji
2018 untuk tindakan tuan.

5. Besarlah harapan saya sekiranya rayuan ini dipertimbangkan dan diberi peluang
kepada anak saya untuk mengerjakan Rukun Islam ke -5 pada tahun ini.

Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih

Yang benar,

......................................

NORSIAH BINTI AB HAMID

You might also like