You are on page 1of 95
MODUL 2A KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN JARAK JAUH Oleh K. RAMANATHAN Ciri Pelaksanaan Boraneka Media ‘Akhirnya, saya juga ingin mengajak saudara/saudari memikirkan bagaimana untuk mengadakan suatu sistem PJJ yang mempunyai struktur yang baik yang memanfaatkan sumber setempat baik sumber manusia ataupun kemudahan dan juga peralatan (soalan ini barangkali baik untuk dijadikan soalan tugasan atau mini projek). Jika sebentar tadi saya ada menyebut tentang bertambahnya golongan warga tua/pesara yang mungkin mahu belajar secara sambilan, tidak pula dapat dinafikan bahawa terdapat juga antara golongan warga tua/pesara ini yang mempunyai banyak ilmu dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain terutamanya golongan muda Seterusnya, sejak akhir-akhir ini kemudahan mendapatkan bahan pembelajaran melalui komputer, perpustakaan awam, media cetak (seperti akhbar, majalah) dan lain-lain menjadi lebih senang. Saya rasa perkembangan ini boleh dan peru dimanfaatkan untuk tujuan pembelajaran baik secara, formal atau tidak formal. Pembelajaran sebegitu yang sudah tentunya mempunyai ciri-ciri jarak jauh ialah satu lagi dimensi dalam peluang yang ada di negara kita, Saya percaya dengan adanya sistem PJ sebegity yang menggunakan banyak umber manusia, dan peralatan di kawasan yang berhampiran, lebih ramallah hil masyarakat kita yang berpeluang mengikuti pendidikan yang berterusan secara sistematik dan terancang. Jadi saudaralsaudari, barangkali tanpa disedari, saya telah sekali lagi mengajak fan tentang perkembangan masa depan PJJ yang banyak melibatkan peranan yang akan dimainkan oleh MEDIA. Kalau tak silap saya saudara/saudari semua memi bukankah itu fokus perbincangan yang telah saya janjikan di awal modul ini laity pelaksanaan PJJ dengan menggunakan pelbagai media. Dengan itu juga maka sampailah kita kepada penamat modul ini, SEKIAN SELAMAT BELAJAR DAN BERJAYA, 61 MODUL 2A KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN JARAK JAUH OBJEKTIF BAB ‘Setelah mempelajari modul ini, pelajar dijangka dapat 1. mengetahui latar belakang perkembangan alat komputer — terutamanya komputer peribadi dan kesannya kepada kehidupan harian manusia masa kini mengenali komponen utama serta fungsi perkakasan sebuah komputer peribadi: fungsi Unit Pemprosesan Utama, alat input, output dan alat-alat storan sekunder. memahami jenis-jenis perisian utama komputer peribadi - fungsinya dan keberkesanannya. mengenali cara untuk memanfaatkan komputer dalam pembelajaran 62 BAB1 PENGENALAN Sesungguhnya, komputer merupakan satu alat yang menakjubkan. Peranan komputer dalam kehidupan seharian juga merangkumi hampir segala aspek kehidupan manusia. Alat komputer yang dibina dengan menggunakan silikon, logam dan plastik memainkan peranan yang begitu berkesan dalam kehidupan kita. Malah, tidak ada perusahaan atau organisasi yang dapat berfungsi dengan berkesan tanpa bantuan komputer. Nyata sekali penggunaan komputer dalam segala lapangan manusia semakin lama semakin meningkat dan telah menjadi satu alat asas yang perlu dan ada dalam kehidupan harian manusia APAKAH ITU KOMPUTER? ene ee Istilah komputer digunakan secara am untuk: * Alat alektronik yang memproses data atau maklumat * Alat elektronik yang menerima data dan menyimpan data. © Alat elektronik yang menggunakan logik matematik untuk memanipulasikan data dan ia melaporkan keputusan arahan manipulasi maklumat yang diminta. 63 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN KOMPUTER Perkembangan kemajuan alat komputer begitu menakjubkan. Dalam tempoh kira-kira 40 tahun kebelakangan ini, alat Komputer terutamanya kemajuan kuasa pemprosesan maklumat yang dilakukan olehnya telah maju dengan luar biasa. Pada masa ini, kerja- kerja yang dilakukan oleh sebuah komputer telah melebihi kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh ratusan komputer dalam tahun-tahun 1960-1980an. 1950 an * Harga Komputer yang sangat mahal dan bersaiz besar (memerlukan ruang yang luas untuk tempat menyimpannya). * Menggunakan tiub vakum sebagai komponen utama dalaman — untuk memproses data. * Hanya dipunyai oleh pemerintah dan universiti-universiti (di negara Barat), yang memainkan tugasan yang spesifik. * Tugas utama komputer ialah untuk menghasilkan kiraan yang kompleks, seperti pengajian saintifik, pemprosesan statistik penduduk dan sebagainya yang tidak mudah dikira dengan cara biasa. 1960 an * Komponen utama komputer, transistor telah dicipta dan saiz jauh lebih kecil dan diyakini. © Syarikat IBM memperkenalkan Komputer Sistem/360 pada Apri 1964. * Transistor pula digantikan dengan cip silikon mulai tahun 1965 © Komputer ini begitu popular dan bersifat revolusioner. Lebih 30,000 buah telah dipasang dan dijual oleh syarikat IBM. © Komputer Sistem/360 telah memudahkan_ pelbagai pemprosesan data berjaya dilakukan dengan pantas dan berkesan. * Komputer Sisterr/360 juga dianggap sebagai darjat piawaian bagi ‘semua komputer yang direka cipta dan dipasarkan berikutnya. Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer 1970 an 1980 an dan seterusnya Syarikat Digital Equipment Corporation (DEC) mencipta dua buah komputer PDP-11 dan VAX Kedua-dua jenis komputer ini juga mendapat sambutan hangat dan digunakan di dalam pelbagai perusahaan Komputer PDP-11 dan VAX ~ dibuat dalam berbagai-bagai model dan saiz untuk memenuhi keperluan pelanggan Satu kesan langsung dari ini - komputer mula dicipta untuk keperluan spesifik pelanggan dan bentuk komputer turut juga menjadi kecil Cip komputer yang digunakan sebagai komponen komputer juga semakin lama semakin boleh dipercayai, lebih padat dan kecil dan murah untuk dihasilkan. Perisian komputer juga menjadi lebih sofistikated. Minikomputer — muncul pada masa ini — bagi memudahkan lebih banyak organisasi menggunakannya. Penciptaan dan pemasaran Personal Komputer (PC) oleh IBM Model PC IBM di ‘kion’ atau ditiru oleh pembuat dan pemasang komputer yang lain - model PC IBM menjadi paling laris digunakan oleh semua lapisan pengguna, Komputer menjadi semakin kecil tetapi kuasa pemprosesan meningkat berlipat ganda Harga kilang cip komputer juga menjadi semakin berkurangan. 65 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Pembuat: IBM Jenis CPU Pemproses: 8088 Harga Asal: $ 1300 (US) Kelajuan Pemproses: 4.74 Hz 2 Pemacu Cakera Liut 640 kilobait ingatan Monitor Monokrom Hijau Pencetak: Matrik Bintik Rajah 2: Komputer Peribadi IBM - Model 1981 KESAN REVOLUSI KOMPUTER Pada masa ini, komputer merupakan alat yang paling asas untuk menguruskan segala kegiatan manusia. Malah segala kegiatan ekonomi akan tergendala jika tiada penglibatan komputer dalam sektor berkenaan. {a juga merupakan satu alat yang fleksibel yang digunakan untuk menguruskan Kegiatan perniagaan, perubatan dan kesihatan, pendidikan, kejuruteraan, perindustrian, pemerintahan, penguatkuasaan undang-undang, ketenteraan dan muzik, filem dan televisyen Komputer Dalam Perniagaan Komputer merupakan alat yang paling luas digunakan dalam pemiagaan. Misalannya, pekerja di pejabat akan menggunakannya untuk menulis surat, menyimpan rekod, menyediakan anggaran belanjawan, bethubung dengan pekerja yang lain, mencari maklumat dan sebagainya. Dalam hal menguruskan perniagaan, komputer mudah alih atau laptop biasanya digunakan oleh jurujual dan pegawai eksekutif perniagaan yang sentiasa menghubungi dan mengunjungi pelanggan di tempat-tempat yang lain. Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Komputer Dalam Pengurusan Kesihatan Komputer juga digunakan untuk mendiagnosis penyakit dan memantau keadaan kesihatan pesakit. la juga digunakan oleh pakar bedah untuk menyiasat penyakit serta melakukan pembedahan. Komputer juga amat berguna untuk menyimpan maklumat tentang rekod pesakit, rekod ubat serta rawatan yang disediakan dan sebagainya Komputer Dalam Pendidikan Dalam 20 tahun kebelakangan ini peranan komputer dalam pendidikan begitu menyerlah. Nyata sekali komputer telah membantu meningkatkan ilmu semua lapisan masyarakat. Komputer turut menjadi satu alat asas, sama seperti buku, pensel dan kertas tulis, untuk melakukan kegiatan pembelajaran. Di kelas, pelajar biasa menggunakan komputer untuk menulis laporan, esei dan sebagainya. Mereka juga kerap menggunakan komputer untuk mencari maklumat di dalam Internet. Mereka juga dapat membaca jural, majalah dan bahan-bahan rujukan seperti ensiklopedia dan sebagainya dengan menggunakan komputer. Komputer juga digunakan oleh pengajar untuk menjadikan persembahan mereka lebih menarik, misalannya dengan menggunakan perisian PowerPoint. Komputer juga kerap digunakan untuk menguruskan kegiatan pembelajaran kendir. Mereka boleh menggunakan komputer untuk mempelajari sesuatu konsep, kemudian menguji kefahaman mereka dengan menjawab soalan yang disediakan. Seterusnya, mereka boleh memperbaiki kelemahan mereka dengan mengenali kelemahan mereka secara langsung tanpa diselia oleh seorang pakar ilmu atau guru Komputer Dalam Sains Dan Kejuruteraan Penyelidik sains sentiasa menggunakan komputer untuk mengembangkan hipotesis atau teor, Komputer juga digunakan untuk menganalisis data yang dikumpul. Kemudian, mereka juga menggunakan komputer untuk menghubungi rakan mereka tanpa mengira lokasi untuk menyebarkan pencapaian mereka serta mendapat makiumat 67 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh balas tentang pengajian mereka. Ahli sains juga menggunakan komputer untuk membuat simulasi fenomena saintifik serta memanipulasikan maklumat untuk mendapat gambaran tentang sesuatu kemungkinan. Mereka juga telah membangunkan pelbagai jenis perisian komputer untuk mengkaji cuaca, tindak balas atau reaksi molekul, pencemaran, angkasa lepas dan sebagainya, Begitu juga dengan ahli-ahli kejuruteraan. Banyak penciptaan kejuruteraan pada hari ini direka bentuk dengan menggunakan komputer dan perisian reka bentuk dibantu komputer (computer aided design atau CAD). Mereka mudah sahaja melihat objek yang berbentuk tiga dimensi sebelum dicipta untuk dikilangkan dan dipasarkan. Dengan menggunakan komputer, mereka juga boleh menjimatkan wang dan masa serta memastikan semua komponen yang dibuat kemudian, tepat mengikuti spesifikasi asalnya. Di samping itu, mereka juga mudah menguji dan memastikan kelemahan dalam penciptaan mereka. Komputer Dalam Hal Pemerintahan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang Dalam urusan pemerintahan, komputer turut memainkan peranan yang besar. Misalannya, dalam hak mengumpulkan maklumat banci, komputer mudah sahaja digunakan untuk mengklasifikasikan makiumat yang dikumpul. fa juga amat berguna untuk menyimpan dan menyediakan maklumat seperti hasil cukai yang dikutip, dan sebagainya. Di samping itu, komputer amat berguna untuk menyimpan maklumat peribadi tentang rakyat sesebuah negara. Misalannya, di Amerika Syarikat nombor Social Security dipunyai oleh tiap-tiap rakyat negara berkenaan. Komputer digunakan untuk koretasi makiumat dan mengemaskinikan makiumat tentang pendapatan mereka dari semasa ke semasa. Dengan itu, pemerintah mudah mengira bantuan kewangan bila seorang bersara kelak. Di negara kita usaha untuk memajukan kad pengenalan “Smart Card’ antara lain juga bertujuan memudahkan urusan pentadbiran dan pemerintahan. Komputer juga amat berfaedah dalam hal menjaga keselamatan rakyat. Misalannya, di kebanyakan negara kereta peronda polis dipasang talian komputer. Dengan menggunakan talian komputer, pegawai polis dan keselamatan mudah sahaja mendapat maklumat tentang kenderaan-kenderaan yang disyaki terlibat dalam jenayah. 68 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Di samping itu, kemajuan dalam komputer juga telah membantu pihak polis mengesan penjenayah dengan menggunakan DNA “fingerprinting”. Komputer Dalam Ketenteraan Pihak angkatan bersenjata juga menggunakan komputer sama seperti organisasi yang lain. Misalannya, komputer digunakan untuk menguruskan tenaga manusia serta penggunaan alat kelengkapan perkhidmatan. Di samping itu, banyak alat kelengkapan peperangan hari ini dikendalikan dengan bantuan komputer. Misalannya, peluru berpandu atau ‘smart bomb’ yang dikawal oleh komputer banyak digunakan sewaktu peperangan pada masa kin Komputer Dalam Muzik, Filem Dan Televisyen Komputer kini dianggap sebagai satu alat kreatif yang penting oleh ramai pemuzik. Mereka mudah sahaja menggunakan Musical Instrument Digital Interface (MID!) untuk menghasilkan nota-nota muzik tanpa menggunakan sesuatu alat muzik yang khas. Umpamanya, seorang pemuzik mudah sahaja menggunakan alat ‘synthesizer’ untuk menghasilkan bunyi gitar, gendang, flut dan sebagainya. Dalam perusahaan filem dan televisyen, komputer turut memainkan peranan yang penting. Komputer kerap kali dan mengemaskinikan latar belakang senario dalam filem dan televisyen. Banyak filem igunakan untuk mengindahkan lagi persembahan artis pada hari ini menggunakan ‘special effect’ yang dicipta oleh komputer. ‘Apa yang jelas, peranan komputer dalam kehidupan manusia semakin lama semakin luas. Pada hari ini, kita boleh menguruskan kehidupan kita dengan menggunakan komputer. Misalannya, kita tidak perlu lagi berbaris di hadapan sebuah kaunter bayaran berjam-jam untuk menyelesaikan bayaran. Hari ini kita hanya perlu memindahkan wang kita dalam bank dengan menggunakan perkhidmatan dalam talian atau ‘on-line’ untuk menguruskan pembayaran bil-bil elektrik, air dan sebagainya. 69 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh RINGKASAN oO Komputer ialah alat elektronik yang memproses data — iaitu ia menerima data dan menyimpan data. Komputer menggunakan logik matematik untuk memanipulasikan maklumat. Perkembangan kemajuan alat komputer menakjubkan — terutamanya dari segi penciptaan cip komputer yang boleh dipercayai, lebih padat dan kecil. Kemajuan di dalam lapangan perisian komputer juga seiring dengan kemajuan perkakasan komputer. Model PC IBM (1981) mendatangkan revolusi dalam hal penggunaan komputer untuk mengurus segala lapangan kehidupan manusia Kesan revolusi penggunaan komputer meresapi lapangan perniagaan, pengurusan kesihatan, penyelidikan sains, kejuruteraan, pemerintahan, penguatkuasaan undang-undang, ketenteraan, industri hiburan dan pendidikan. Komputer telah membantu mengilmukan masyarakat, la merupakan alat penyelidikan maklumat yang terkini. Komputer juga memainkan peranan yang penting dalam kegiatan pembelajaran kendiri. 70 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Na SOALAN PENILAIAN KENDIRI Istilah komputer digunakan secara am untuk Alat elektrik yang memproses data Alat elektronik yang memproses kiran matematik. Alat elektronik yang menerima dan menyimpan mata wang Alat elektronik yang menerima dan menyimpan data. moo@> Alat elektronik yang memanipulasikan logik matematik. Perkembangan kemajuan alat komputer dianggap menakjubkan kerana ‘semua alat elektrik menggunakan komputer. B. _kuasa pemprosesan data oleh komputer telah maju secara luar biasa C. _ alat komputer menggunakan cip elektronik yang kecil 9 semua komputer berpotensi mempengaruhi corak hidup manusia. E. semua komputer mempunyai daya kiraan yang luar biasa. Penciptaan Komputer Peribadi IBM pada tahun 1981 telah mendatangkan perkembangan pesat di dalam industri pembikinan komputer kerana .. alat komputer mudah dipasang dan dijual kepada pelanggan. alat komputer dapat ditiru dan dipasang oleh sesiapa sahaja alat komputer menjadi semakin lama semakin sofistikated. semua jenis komputer IBM menggunakan cip ingatan yang sama. moogmp> la berpotensi memudahkan pembuatan cip yang berkualit tinggi. Nyatakan beberapa perubahan yang didatangkan oleh komputer di dalam kegiatan perniagaan. Bincangkan beberapa perubahan yang didatangkan oleh komputer di dalam sektor pengurusan kesinatan, n 10. Komputer Dalam Pombelajaran Jarak Jauh Bincangkan sumbangan komputer di dalam bidang pendidikan. Bincangkan bagaimana komputer boleh digunakan dalam kegiatan pembelajaran kendiri dan jarak jauh. Bincangkan peranan komputer dalam hal pemerintahan dan penguatkuasaan undang-undang. Huraikan fungsi komputer di dalam kegiatan hiburan. Bincangkan kesan baik dan buruk penggunaan komputer di dalam pembelajaran kendiri 72 BAB 2 KOMPONEN KOMPUTER OBJEKTIF BAB Selelah mempelajari modul ini, petajar dijangka dapat 4, menerangkan secara ringkas perkakasan komputer, dikenali sebagai hardware. memahami fungsi komponen komputer. 3, membantu seorang pengguna melakukan kerja-kerja yang membabitkan komputer dengan baik dan berkesan. 73 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer KOMPONEN KOMPUTER Bahagian ini akan menerangkan secara ringkas perkakasan komputer. la juga dikenali sebagai hardware ataupun komponen fizikal sebuah sistem komputer. Sebenarnya, memahami fungsi komponen komputer sememangnya akan membantu seorang pengguna melakukan kerja-kerja yang membabitkan komputer dengan baik dan berkesan. Disk drive Floppy disk Memory Later printer. Speaker cp-RoM Modern (CD-ROM drive Rajah 3: Komponen Utama Komputer Peribadi (Sumber: Peter Norton, Peter Norton's Introduction to Computers. 2nd ed. New York: Glencoe McGraw-Hill, 1997. hal. 31.) 74 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Monitor {also called display or screen: Cakra padat CD-Rom Pencetak Drive Speaker Printer 1 Cakra Liut Floppy disk drive ~ ‘System Unit (also called a console or “the box that the Kayu Ria oo \. monitor sits on”) ? Ke d Mouse Unit Sistem Tetikus Papan Kekunci Rajah 4: Komponen Utama Komputer Peribadi (Sumber: Joe Kraynak, The Complete Idiot's Guide to PCs. Sth ed. Indianapolis: Que Corporation, 1997. hal. 4.) Istilah perkakasan atau ‘hardware’ menandakan perkakas sebenar sistem komputer. la mengandungi unit sistem (system unit) serta semua unit-unit sampingan yang lain seperti papan kekunci, tetikus, kayu ria dan sebagainya. Biasanya komponen utama komputer dibahagikan kepada empat komponen. Sistem Unit atau Komputer Alat Input Alat Storan Sekunder Alat Output Rens 75 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Sistem Komputer Peribadi (PC) Model 2004 Spesifikasi Intel Pentium IV 865 Motherboard CPU-Intel Pentium 2.5GHz 256 MB SD RAM, 40 GB HDD, 1.44 MB Floppy Drive, 52 CD Rom Drive Monitor: LCD 18 inci. Perisian: Window XP + Office 2003. Harga: RM 3,000/- Sistem Komputer Mudahalih (Laptop) Spesifikasi: Intel Pentium M CPU 1.4GHz 256 MB SD RAM, 40 GB HDD, 1.44 MB Floppy Drive, 52 CD Rom Drive Monitor: 15 TET ‘Combo Drive DVD/CD Perisian: Window XP + Office 2003. Harga: RM 4,700!- Rajah &: Sistem Komputer Peribadi Dan Sistem Komputer Mudah alih Tiap-tiap komponen mempunyai beberapa pecahan bahagian (sub-components). Justeru itu, perkakasan komputer juga akan menentukan jenis perisian yang perl digunakan untuk membolehkan sistem komputer beroperasi. Untuk makluman pelajar, terdapat beberapa jenis atau jenama komputer peribadi atau Personal Computer atau PC dan jenama komputer berkenaan kerap kali tidak sepadan dengan yang Jain.’ Namun demikian, komponen-komponennya serupa kecuali perisian komputer. " Istiah PC atau personal computer (komputer peribadi) digunakan khas untuk komputer buatan syarikat IBM. Kemudian, model komputer tersebut di kion oleh syarikat-syarikat yang lain dengan jayanya. Namun demikian, terdapat beberapa syarikat lain yang juga membuat komputer kecilannya sendiri seperti Syarikat Apple Computer dan Syarikat Commodores. Bagaimana pun, model IBM PC, begitu leris dijual dan digunaken di seluruh dunia dan kini mendahului semua jenis komputer yang lain. Juga, perisian sistem IBM PC berlainan dengan yang digunakan oleh Komputer jenama Apple. Oleh yang demikian, tidak boleh dibaca atau diproses di antara IBM PC dan Apple Computer kerana ia tidak sepadan (compatible). 76 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Rajah 6: Sistem Komputer Jenis Apple ~ Model iMac G5 Specifkast 1.6 GHz PowerPC6S, 17-in LCD Fiat panel display NVIDIA GEForce FX 200 Ultra with 64MB DDR video memory, 512 MB DDR Ram, 80 GB Serial ATA hard drive, DVDICD-RW Combo Drive, 10/100 BASE+ Ethernet, 56 K Internal modem, Integrated Speakers, AirPort Extreme, Ready, Bluetooth Ready. Perisian: Window XP + Office 2003. Harga: RM 10,000/- Sistem Unit Komputer Sistem unit komputer mempunyai beberapa komponen dalaman. Semua komputer menerima arahan atau input daripada pengguna. Kemudian arahan atau input tersebut diproses di dalam sistem unit Komputer. Apabila, kita buka sebuah unit komputer dan perhatikan kandungannya, kita akan nampak papan litar dalam mikrokomputer atau PC. Cip Ingatan CPU atau Mikropemproses ‘CPU processor memory chips connectors harduiare cards Penvambuna Kad perkakasan Rajah 7; Papan Litar 7 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Papan fitar ini pula mengandungi unit (a) mikropemproses atau unit pemprosesan pusat (Central Processing Unit atau CPU), (b) cip-cip ingatan atau memory chips dan litar lain yang menghubungi komputer dengan perkakasan yang lain. Unit Pemprosesan Pusat atau Mikropemproses (Central Processing Unit atau CPU) + CPU merupakan otak bagi sebuah komputer. = Dalam CPU semua data yang di input atau dimasukkan untuk diproses atau di manipulasi + Semua CPU mempunyai dua komponen asas: * Unit kawalan (contro! unit (CU)) dan * Unit aritmetik logik (Arithmetic and Logie Unit (ALU)) CPU Jenama Intel CPU Jenama AMD CPU Jenama Intel Rajah 8: Beberapa Jenama Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9 semua data yang mengalir ke dalam dan ke luar komputer dikawal alirannya oleh unit kawalan. 78 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh © Unit kawalan ( “control unit” (CU)), merupakan bahagian yang mengarahkan pengendalian langkah demi langkah bagi keseluruhan sistem komputer. * Ja juga boleh dianggap sebagai pengawal trafik, iaitu ia menyelia aliran semua data. * Bahagian, unit kawalan juga berfungsi mentafsirkan semua arahan atau input yang diterima, misalannya arahan yang diterima dari papan kekunci Unit kawalan juga terlibat dalam hal meminda data dari satu bahagian ke bahagian yang lain, iaitu dari bahagian ingatan kepada bahagian storan sekunder seperti cakera magnet (hard disk), disket atau ‘memory stick’ atau kepada alat pencetak dan sebagainya. Unit Aritmetik/Logic ALAT INPUT ALAT OUTPUT Tetikus, " Papan ware Monitor, Kekunci dsb. ee Pencetak, Speaker, dsb. INGATAN Cip Ram STORAN Cakera Liat, Cakera Liut, dan sebagainya Rajah 9: Aliran Input-Output ke CPU 79 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer © Unit kawalan atau contro! unit (CU), merupakan bahagian yang mengarahkan pengendalian langkah demi langkah bagi keseluruhan sistem komputer. * a juga boleh dianggap sebagai pengawal trafik, iaitu ia menyelia aliran semua data. + Bahagian, unit kawalan juga berfungsi mentafsitkan semua arahan atau input yang diterima, misalannya arahan yang diterima dari papan kekunci. * Unit kawalan juga terlibat dalam hal memindah data dari satu bahagian ke bahagian yang lain, iaitu dari bahagian ingatan kepada bahagian storan sekunder seperti cakera magnet (hard disk), disket atau ‘memory stick’ atau kepada alat pencetak dan sebagainya. + Walau bagaimanapun, jika unit pengawalan menerima arahan yang menghendaki manipulasi aritmetik atau logik, maka data tersebut akan diserahkan kepada unit aritmetik/logik. Oleh sebab semua data komputer disimpan dalam bentuk digital atau angka, maka kegiatan memproses data melibatkan pemindahan sera perbandingan angka, misatannya perbandingan logik yang turut melibatkan kiraan matematik seperti campur, tolak, darab dan bahagi. © Dalam hal ini, Unit AritmetikiLogik merupakan bahagian komputer yang mengendalikan operasi aritmetik dan perbandingan bagi sebuah komputer dan kegiatan ini dilakukan sungguh pantas. © Misalannya, seorang pengguna yang mengarahkan komputer untuk mencari sesuatu perkataan, maka unit logik aritmetik/logik akan mencari dengan menggunakan logik sama ada perkataan yang ditemui seterusnya merupai arahan yang diberikan. © Selepas kerja memproses aritmetik/logik selesai, data yang diproses kemudiannya akan dihantar kepada bahagian ingatan untuk disimpan © Oleh sebab semua komputer jelas melakukan kegiatan pemprosesan yang bercorak matematik, kebanyakan komputer yang dipasarkan pada hari juga mempunyai CPU yang mempunyai math coprocessor. CPU jenis ini berupaya untuk melakukan pengiraan matematik yang kompleks. Komputer Dalam Pombelajaran Jarak Jauh p Ingatan (Memory Chips) Seperti yang diterangkan di atas, CPU hanya mempunyai keupayaan untuk mengendalikan komputer serta memproses maklumat atau data, Namun demikian, ia tidak berkeupayaan menyimpan perisian komputer atau program. la tidak juga berkeupayaan menyimpan data yang diproses. Rajah 10: Cip Ingatan DDR Ram Nyata sekali sebuah komputer tidak boleh beroperas! tanpa ingatan. 3 la merupakan unit storan utama dalam sistem komputer dan ia juga digelar sebagai storan primer. x Cip Ingatan biasanya dipasang di atas papan litar (motherboard) dalam mikrokomputer. x Cip Ingatan atau ingatan elektronik memudahkan CPU untuk menyimpan dan mendapatkan semula maklumat dengan pantas. x Terdapat dua jenis ingatan: storan atau ingatan meruap (volatile storage) — dan storan atau ingatan yang tidak meruap (involatile storage) x Storan atau ingatan meruap (volatile storage) yang juga dikenali sebagai Random ‘Access Memory (RAM) atau ingatan Capaian Rawak (RAM) boleh dibaca, ditulis, dan diubah. Bagaimanapun, makiumat RAM serta kandungannya akan hilang sebaik sahaja kuasa elektrik di padam atau terputus. 1 Maka ingatan atau storan yang berbentuk RAM boleh diubahkan. Tugas utama RAM adalah untuk menyimpan program dan data semasa ia digunakan oleh pengguna pada satu ketika. x RAM biasa dipasang di atas papan litar (motherboard) dan ia boleh ditambah untuk menambah kuasa pemprosesan maklumat. Misalannya, kebanyakan komputer hari ini dipasang dengan cip ingatan yang berkuasa 126 (MB) megahertz. Tetapi ia tidak mencukupi untuk mengendalikan program seperti Microsoft XP dan perisian 81 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Microsoft Office 2003. Oleh yang demikian, pengguna komputer perlu menambahkan sekeping lagi cip ingatan yang berkuasa 128 MB atau cip yang berkuasa 256 MB x Tambahan jumiah ingatan kepada 256 MB atau 512 MB akan mempercepatkan pemprosesan maklumat. x Storan atau ingatan yang tidak meruap (involatile storage) atau Read Only Memory (ROM), iaitu ingatan baca sahaja (ROM) tidak boleh ubah, di padam dan maklumat yang disimpan dalamnya berkekalan, tidak kira sama ada bekalan elektrik diputuskan atau tidak. Namun demikian, ROM mengandungi maklumat impan secara kekal. x Maklumat atau kandungan-kandungan ROM dianggap sebagai perisian tegar, iaitu ia dimuatkan dengan program dan data. Proses memuatkan data dalam cip ROM memerlukan proses “buming in the data’ yang dilakukan di kilang yang membuat cip ROM. Selain daripada Unit Pemprosesan Pusat atau Unit Mikropemprosesan (Central Processing Unit atau CPU) dan Cip-cip Ingatan, sebuah komputer akan juga mempunyai jam dalaman (internal clock). © Tugas utama jam dalaman ini adalah menyukat masa yang diambil untuk memproses data. © Sewaktu, komputer peribadi mula diperkenalkan pada tahun 1981, ia beroperasi dengan kadar 4.77 Megahertz. + Kebanyakan komputer peribadi hari ini beroperasi di antara 2.8 Gigahertz. Papan litar dalam mikrokomputer juga mempunyai laluan elektronik untuk memindahkan data dan isyarat elektronik dari satu tempat ke tempat yang lain. Rangkalan laluan elektronik ini yang dikenali sebagai bas (bus) disambung kepada satu kabel yang menjalankannya dari satu stesen kerja ke stesen kerja yang lain. Misalannya, laluan elektrik akan menghubungi CPU, dengan ingatan dan lain-lain perkakasan komputer. Selain daripada CPU, ingatan, jam dalaman, terdapat juga ingatan cache (cache memory). Ingatan Cache pada hari ini menjadi sebahagian CPU, dan ia merupakan 82 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh sebahagian RAM yang dijanakan oleh perisian untuk membenarkan storan bagi data yang lebih kerap digunakan semasa data diproses. Pada hari ini, kebanyakan PC mempunyai 1MB ingatan cache berbanding dengan komputer tahun 1980an yang hanya mempunyai 0.5 KB. Nyata sekali, pemeningkatan gerak laju ingatan cache ini akan mempercepatkan pemprosesan data. ALAT INPUT Papan Kekunci Papan kekunci merupakan antara alat input yang pertama dipasang kepada komputer semasa ia direka cipta. Rajah 11: Papan Kekunci + Alat papan kekunci merupakan alat input yang paling asas bagi sesuatu komputer. la digunakan untuk memasukkan input angka dan huruf di dalam komputer. la mempunyai lebih kurang 100 huruf dan angka, dan tiap-tiap angka dan huruf akan menghantar kod angka kepada CPU. + Nyata sekali, sesiapa sahaja yang ingin menggunakan komputer perlu mempunyai kemahiran menaip. Papan kekunci komputer yang standard akan mempunyai beberapa jenis kekunci: 1) Kekunci alphanumerik — jaitu abjad ‘a’ hingga ‘2’. la disusun mengikut peraturan QWERTY seperti yang terdapat di dalam mana-mana mesin taip. 2) Kekunci pengubah suai atau modifier, misalannya kekunci “shift” “ctrl”, “alt” “caps lock”, dan sebagainya. la merupakan kekunci yang perlu digunakan bersama dengan kekunci alphanumerik yang lain untuk melakukan kegiatan memasukan fungsi yang tertentu ke dalam komputer untuk diproses. 83 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer 3) Kekunci numerik, yang biasanya terletak di bahagian kanan papan kekunci la digunakan untuk memuatkan angka serta melakukan kerja-kerja kiraan dalam komputer. Kekunci Fungsi (function keys): Di letak di bahagian atas papan kekunci dan di tanda “F1 — F12". Kekunci fungsi digunakan untuk memendekkan proses memasukan data ke dalam komputer. Misalannya, kunci F10, boleh di program untuk menamatkan serta memadamkan komputer. Maka, selepas selesai kerja memasukkan data dalam komputer, pengguna hanya perlu menekan kunci F10, dan komputer akan menamatkan semua kegiatannya dan akan menutup bekalan elektrik ke komputer. Kekunci pergerakan: Membolehkan pengguna menukar kedudukan kursor atau takat menyelit (insertion point). Misalannya, semasa seseorang menggunakan perisian perkataan seperti Microsoft Word, kursor dapat di linat sebagai ‘|’ yang sentiasa berkedip. Tanda isyarat tersebut menandakan lokasi abjad atau perkataan yang seterusnya perlu ditaip. Pergerakan takat menyelit itu dapat diubah dengan menggunakan kekunci anak panah ©, >, %. Di samping itu, anak panah € boleh juga digunakan untuk memadamkan perkataan di hadapan. Anak panah > boleh digunakan untuk memadamkan perkataan di hadapan dan sebagainya. Terdapat juga kekunci yang di tanda Tab, Caps Lock, Shift, Insert, Delete, Home, End, Page Up, Page Down, Enter dan sebagainya Caps Lock, misalannya digunakan untuk menaipkan semua huruf yang ditaip menjadi huruf besar. Num Lock, jika ditekan akan mengaktifkan kekunci angka di bahagian kanan papan kekunci. Manakala, kekunci Page Up dan Page Down boleh digunakan untuk pergi ke muka surat (di dalam skrin komputer) depan atau belakang. Komputer peribadi dipasarkan pada tahun 1980 an. Bagaimanapun mulai tahun 1992, semua komputer dibekalkan dengan alat tetikus. Pada hari ini tetikus merupakan alat yang biasa digunakan untuk input maklumat. 84 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh NG ey Rajah 12: Alat tetikus la mudah diskrol dan digunakan sebagai penunjuk objek-objek di skrin komputer. la boleh digunakan untuk memilin dan memindah teks, mengakses perisian pacuan menu serta berinteraksi dengan program, fail-fail dan data-data yang dipaparkan di dalam skrin monitor. Kayu Ria atau Kayu Bedik la merupakan peranti input untuk mengawal pergerakan kursor dengan menggerakkan rod atau palang yang berhubung dengan komputer. la biasanya digunakan dalam permainan komputer. ¥ § ¥ Rajah 13; Kayu Ria atau Kayu Bedik Pen Elektronik dan Pad Grafik Terdapat beberapa sistem komputer yang menggunakan alat pen elektronik untuk menulis di atas pad atau tablet grafik. Pen tersebut boleh digunakan sebagai alat petunjuk, atau sebagai tetikus, atau pun untuk memilih arahan-arahan yang terpapar di atas pad grafik. Sebenamya, tekanan oleh pen di atas pad akan mengerakkan komputer sama ada mengisi atau meminda sesuatu maklumat. Justeru itu, pad grafik Pendidikan J ‘Jauh dan Literasi Komputer sebenarnya merupakan alat input dan pen elektronik membantu melakukan tugas input data. Namun demikian, usaha-usaha sedang dimajukan untuk mencipta pen elektronik yang lebih canggih yang tidak memerlukan pad grafik untuk memasukkan data. Skrin Sentuh Skrin sentuh membolehkan seorang pengguna menyentuh pilinannya secara langsung ke skrin monitor. Misalannya, beberapa bank di dalam negara kita ~menawarkan perkhidmatan membuat pillhan seperti mengeluarkan wang yang boleh dilakukan dengan menyentuh bahagian berkaitan pada skrin monitor. Di negara maju seperti Jepun, skrin sentuh biasa terdapat di hampir semua tempat _menjual barang-barang makanan serta di mesin ATM Pombaca Tanda Optik Pembaca Tanda Optik atau bar code reader biasanya terdapat di pasar raya. la digunakan untuk membaca jenama produk dan untuk menentukan harga barangan berkenaan. Alat ini akan membaca tanda optik atau imej ‘bar’ yang terdapat pada barangan dan akan menukarkan kod tersebut kepada digit nombor. Nombor tersebut seterusnya akan dimasukkan ke dalam komputer yang mengandungi makiumat mengenai produk tersebut. la akan membandingkan data yang disimpan dalam komputer dan kemudian akan memaparkan hari serta jenama barangan tersebut. Pembaca tanda juga digunakan oleh syarikat-syarikat kurier dan di pejabat pos (Poslaju) untuk menyelia penghantaran mel dan bungkusan. e Me y Rajah 14: Pengimbas Kod Palang 86 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh la merupakan peranti atau alat yang mengimbas secara optik (optical scanner) dan biasanya menjana isyarat analog atau digital. Kebanyakan alat pengimbasan optik berfungsi seperti mesin fotostat, cuma maklumat atau imej yang diperoleh ditukar menjadi isyarat yang boleh dibaca, diproses dan disimpan oleh komputer. Dalam meneiiti huruf atau perkataan, sebuah komputer perlu menggunakan perisian pengecam ‘aksara optik (Optical Character Recognition software (OCR)) untuk mengesan perkataan yang diimbas oleh alat berkenaan. Rajah 15: Alat Pengimbas Optik Alat ini banyak digunakan oleh pereka dan pencipta grafik untuk mendapat imej yang kemudian dimanipulasikan rupa bentuk dan wamanya, ALAT OUTPUT Terdapat tiga alat output yang utama. (1) Monitor, (2) Pencetak dan (3) Sistem Bunyi (Sound system). Nyata sekali, monitor merupakan alat output yang paling penting kerana seorang pengguna akan dapat melihat aktiviti yang dicapainya semasa menggunakan sesebuah komputer. Monitor Terdapat dua jenis monitor yang digunakan dengan komputer peribadi atau PC. Yang biasa digunakan ialah monitor yang menyerupai peti televisyen. 1a juga di gelar paparan tiub sinar katod atau CRT (cathode ray tube display). Komputer Laptop atau Notebook 87 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer menggunakan skrin paparan Kristal cecair (LCD). Walau bagaimanapun, seorang pengguna harusiah memilin untuk menggunakan monitor warna yang sekurang- kurangnya 15 inci. a Rajah 16: Monitor CRT Rajah 17: Monitor LCD Pencetak Selain monitor, alat pencetak merupakan alat output yang penting yang perlu dimilki oleh pengguna komputer. Terdapat beberapa jenis pencetak yang biasa digunakan pada hari ini: © Pencetak Pancut Dakwat (Ink Jet) © Pencetak Laser © Pencetak Matriks Bintik © Roda Daisi Pencetak Pancut Dakwat (Ink Jet) Rajah 18: Pencetak Pancut Dakwat (Ink Jet) 88 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Pencetak pancut dakwat atau pencetak Ink Jet paling laris di jual di pasaran. la menghasilkan imej dengan menyembur dakwat melalui nozel atau muncung yang halus. Pencetak jenis ini boleh mencetak dengan kelajuan 22 muka surat se minit (hitam putih) dan 10 muka surat se minit (berwarna). Pencetak je ji menggunakan dakwat cair yang diisi di dalam kartrij yang perlu diganti selepas habis digunakan. la boleh mencetak pada sebarang kertas; ‘erja-kerja percetakan seperti gambar yang berresolusi tinggi perlu menggunakan kertas yang bermutu. Pensetak jenis ini menjadi semakin lama semakin murah; walau bagaimanapun harga dakwatnya adalah tinggi. Pencetak Laser Pencetak Laser sememangnya lebih mahal daripada pencetak yang lain. Namun demikian, kualiti pencetakannya bermutu tinggi dan berupaya menghasilkan cetakan lebih pantas daripada pencetak yang lain Rajah 19: Pencetak Laser Pencetak laser mempunyai CPU yang tersendiri untuk mengesan data yang dihantar kepadanya oleh komputer dan juga untuk mengawal sinaran cahaya laser. Pencetak laser menyerupai mesin fotostat. Isyarat yang diterima dari komputer untuk mencetak sebuah dokumen akan mengakibatkan gelombang laser dijanakan di dalam pencetak laser. Cahaya laser akan mencakar satu imej dokumen di atas dram di pencetak laser. Imej tersebut akan disalut oleh “toner” atau debu hitam atau berwarna. Seterusnya, ime] yang bersalut debu berkenaan akan dilekatkan ke atas kertas dengan menggunakan tekanan dan kepanasan. Ey Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Pencetak laser yang berharga murah (RM 500 ~ 900) yang terdapat di pasaran hari ini boleh menghasilkan antara 10 hingga 18 muka surat seminit. Resolusi hasilan pencetak tersebut ialah di antara 600 dpi hingga 1200 dpi.* la juga tidak memeriukan kertas khas yang. bermutu tinggi untuk metakukan percetakan, Adalah dianggarkan harga mencetak se halaman muka surat lebih kurang 3 - 5 sen, yang jauh lebih murah daripada cetakan pancut dakwat. Pencetak laser juga memerlukan toner yang baru selepas melakukan cetakan hampir 2000 muka surat, dan toner berharga mahal (RM 250 - RM 350, hampir Ys harga mesin pencetak laser) Pencetak Matriks Bintik Pencetak ini menghasilkan teks dan grafik dengan cara yang sama seperti sebuah mesin taip, Pencetak akan menyusun titik-titik halus untuk membentuk huruf atau grafik. Walaupun hasil cetakan cepat dan murah, kualiti cetakan agak Kurang memuaskan. Pada hari .encetak jenis ini biasanya digunakan apabila salinan karbon diperiukan. Hv sca Rajah 20: Pencetak Matriks Bintik Pencetak ini menghasilkan teks dan grafik dengan cara yang sama seperti sebuah mesin taip. Pencetak akan menyusun titik-titik halus untuk membentuk huruf atau grafik. Walaupun hasil cetakan cepat dan murah, kualiti cetakan agak kurang memuaskan. Pada hari ini, pencetak jenis ini biasa digunakan apabila salinan karbon diperlukan. Pencetak Roda Daisi Pencetak jenis ini menyerupai mesin cetak dan kini jarang dijumpai. Tulisan yang dinasilkan jelas dan cantik. Walau bagaimanapun ia tidak boleh menghasilkan grafik dan bergerak agak perlahan dalam hal menghasilkan dokumen. 2 Dpi bererti dots per inci ataupun bintlk seinci Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Sistem Bunyi (Sound system) Peti Suara (Speaker) Rajah 20: Peti Suara ‘Semua komputer peribadi pada masa ini mempunyai peti suara atau speaker. Terdapat pelbagai bentuk peti suara, dan bagi komputer /aptop alat ini dipasang di dalam nya. Tujuan alat ini adalah untuk memainkan output audio sama ada isyarat dari komputer berkenaan atau fail-fail audio seperti muzik, suara dan sebagainya yang dimainkan oleh pengguna. Bagaimanapun sebelum sebuah komputer dapat mengeluarkan bunyi, ia perlu dipasang dengan kad audio (sound card). Kad tersebut biasanya siap dipasang ‘built in’ ke papan litar utama atau di pasang secara berasingan. ALATAN PERIFERAL Modem la merupakan peranti yang menukar isyarat digital kepada isyarat analog supaya boleh dihantar melalui talian telefon, dan sebaliknya supaya boleh diproses oleh komputer. Kebanyakan modem hari siap dipasang di dalam komputer yang dibeli. Jika ia tidak mempunyai modem, maka pengguna perlulah membeli alat modem secara asing. Seterusnya satu saluran pada alat tersebut perlu dihubungkan dengan talian telefon, dan satu saluran lagi perlu dihubungkan dengan komputer. a1 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer - « ' es Cook \, 7 - \ x \ a Modem Dalaman Modem Luaran Rajah 21: Jenis-Jenis Modem UPS (Bekalan Elektrik Tanpa Gangguan) Seperti yang dinyatakan di atas, semua data yang disimpan di dalam ingatan komputer semasa data sedang diproses akan hilang jika terdapat gangguan elektrik. Oleh yang demikian, maklumat atau data yang dimasukkan ke dalam komputer perlu diselamatkan dengan melakukan kegiatan menyimpan atau "save". Bayangkan senario berikut: kita B se sedang memuatkan data dan sedang Rajah 22: Alat UPS siapkan satu dokumen yang penting, tibatiba bekalan elektrik terputus dan kita pula tidak berkesempatan selamatkan dokumen tadi. Dalam keadaan sedemikian, kita tidak ada pilihan lain selain daripada menyediakan dokumen berkenaan semula. Untuk mengelakkan risiko kehilangan dokumen, adalah lebih baik sekiranya alat Bekalan Elektrik Tanpa Gangguan atau UPS (uninterrupted power supply) dipasang ke komputer. Alat UPS merupakan sejenis bateri, yang akan dihidupkan sebaik sahaja bekalan elektrik terputus — dan memberi kesempatan kepada kita untuk menyelamatkan dokumen yang sedang diproses. 92 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh ALAT DAN BAHAN SEKUNDER Cakera Liat (Hard Disk) Cakera liat telah dicipta dalam tahun 1950an dan dikenali sebagai Wincesters. Kemudian, ia dikenali sebagai Hard Disks atau cakera liat untuk membezakan alat penyimpanan maklumat ini dengan cakera liut atau floppy disks. Pada mulanya, piring magnetik yang berukuran 20 inci telah digunakan untuk memuatkan hanya beberapa megabit data. Sekeping cakera liat mempunyai beberapa keping pring yang dibuat daripada aluminium atau kaca. Drive C: Cakera Liat Drive A: Cakera Liut (Disket) Drive D: Cakera Padat ROM (CD Rom) Rajah 23: Pemacu Cakera Liat, Pemacu Cakera Liut dan Pemacu Cakera Padat (Sumber: Joe Kraynak, The Complete Idiot's Guide to PCs. Sth ed. Indianapolis: Que Corporation, 1997. hal. 14.) 93 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Piring tersebut disalut bahantara magnetik, iaitu feros oksida. Ia juga lebih tahan berbanding dengan filem plastik yang terdapat di dalam bahan simpanan pita dan cakera liut (floppy disks) Rajah 24: Pemacu Cakera Liat (Menunjukan kandungan dalaman) Cakera liat atau Cakera Keras (Hard Disk) mempunyai beberapa kelebihan dan merupakan alat dalaman yang penting untuk komputer. Pada amnya, ia mempunyai tiga kelebihan: 1) Data yang tersimpan di dalam cakera liat disimpan dalam bentuk magnetik, dan bukan dalam bentuk elektronik. Hal ini membolehkan bahan tersimpan secara tetap walaupun kuasa elektrik terputus. Hal ini bererti maklumat yang tersimpan di dalam cakera liat berkekalan berbanding dengan ingatan RAM yang sentiasa memerlukan kuasa elektrik untuk menyimpan data 2) Berbanding dengan alat penyimpan data yang lain, seperti pita magnetik, cakera liut dan cakera padat yang boleh ditulis semula (rewritable CD), cakera liat nyata sekali lebih pantas dalam hal mengakses data yang tersimpan. 3) Kos menyimpan makiumat di dalam cakera liat adalah lebih murah berbanding dengan media simpanan yang lain. Justeru itu, harga cakera liat juga makin lama menjadi makin murah. Dalam tahun 1980an harga cakera liat yang berkapasiti 10-megabait adalah sekitar RM 4,000. Pada hari ini (2004) harga cakera liat berkapasiti 120 Gigabait, berharga RM 400 sahaja. 4 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Dewasa kini, cakera liat merupakan satu Komponen utama dalam semua jenis komputer untuk menyimpan semua jenis perisian (software) yang diperlukan untuk mengoperasi komputer berkenaan serta data yang dihasilkan oleh pengguna ‘Tambahan pula, terdapat cakera liat yang mudah alih dan boleh dibawa ke mana jua oleh pengguna komputer. Cakera Liut (Disket) Cakera liut yang lebih terkenal dengan nama disket biasa digunakan sebagai alat storan sekunder untuk memindah dan menyimpan dokumen di tempat yang lain. Cakera liut mempunyai sekeping piring plastik yang nipis yang disaluti dengan bahan magnetik Piring bulat plastik ini disalut oleh sekeping plastik berbujur segi empat Data yang tersimpan di dalam cakera liut boleh di baca dan ditulis. Walau bagaimanapun, cakera liut hanya boleh menyimpan dokumen yang bersaiz tidak melebihi 1.4 MB. Jika terdapat fail yang lebih besar, ia perlu disimpan di dalam cakera optik. Rajah 25: Cakera Liut dan Pemacu Cakera Liut 96 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Cakera Optik (CD ROM) la juga dikenali sebagai cakera jenis cakera optik dan ia memerlukan pemacu khas untuk membaca atau merakam data ke dalamnya. Terdapat 5 jenis utama cakera optik seperti berikut: Jadual 1: Jenis Utama Cakera Optik : — | cD ROM Cakera Padat - Ingatan Memuatkan: (Compact Disk-Read Only | Baca Sahaja 640 MB data Memory) CD-R Cakera Padat — Boleh Memuatkan (Compact Disk- Rakam 640 MB data Recordable) CD-RW Cakera Padat — Boleh Memuatkan (Compact Disk-Rewritable) | Dirakam semula | 640 MB data DVD-RAM Cakera Digital Serba boleh | Memuatkan | (Digital Versatile Disk — RAM 4.7 hingga Random Access Memory) 9.4 GB data DVD-R Cakera Digital Serbaboleh_ | Memuatkan, (Digital Versatile Disk- | - Boleh Dirakam semula | 1.47 hingga Rewritable) 4.7 GB data l 4 Cakera padat yang biasa digunakan berupaya menyimpan 640 MB data. Hal ini bererti ia boleh menyimpan data yang dimuatkan dalam hampir 640 keping disket. Data yang ingin disimpan di dalam cakera optik perlu dimasukkan dengan cara membakar data dalam alat cakera padat yang boleh ditulis (CD rewriter). Pada masa kini, di pasaran terdapat juga alat Cakera Optik jenis DVD rewriter yang boleh memuatkan 4.7 - 9.4 GB data, nyata sekali ia melebihi data yang dapat disimpan di dalam cakera padat biasa. 96 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Rajah 26: Pemacu Cakera Optik DVD Batang Ingatan (memory stick) dan Kad Ingatan Kilat (flash memory card) Sejenis alat penyimpan data yang paling popular masa kini ialah batang ingatan (memory stick) dan kad ingatan kilat (flash memory card). Kedua-dua jenis alat penyimpan data atau alat ingatan kini mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna. Harganya juga semakin lama semakin murah dan boleh menyimpan data 152 MB — hingga 2 Gigabait walaupun bersaiz kecil, Pemacu ——— Kad Ingatan Pengisi Kad Ingatan Kad Ingatan Kilat Rajah 27: Pemacu Kad Ingatan 7 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer USB FLASH DISK 256-MB USB DRIVE -, YY } Rajah 28: Alat-Alat Batang Ingatan Terdapat juga beberapa jenis alat penyimpanan maklumat seperti pemacu jenis Digital ‘Audio Tape (DAT), Pemacu Katrij Zip ( Zip Drive and Disk) dan beberapa alat yang lain. Namun demikian, alat penyimpan data jenis ini tidak popular di kalangan pengguna biasa Rajah 29: Pemacu Jenama lomega Zip — Versi Baru ( Zip Drive and Zip Disk) Mampu menyimpan data sehingga 250 MB - 1000 MB. 98 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Rajah 30: Pemacu Jenama lomega Zip Versi Baru ( Jaz Drive and Jaz Disk) Mampu menyimpan data sehingga 250 MB dan 2000 MB. Rajah 30: Pemacu Pita Jenama Hewlett Packard StorageWorks Utrium 460 — (Q1520A) Utrium Tape Drive Mampu menyimpan data sehingga 400 GB 99 Pendidikan Jat Jk Jauh dan Literasi Komputer RINGKASAN a o Terdapat empat Komponen utama komputer: (1) Sistem Unit atau Komputer (2) lat Input, (3) Alat Storan Sekunder dan (4) Alat Output. Terdapat dua jenama sistem komputer peribadi yang digunakan di khalayak ramai: Jenis PC IBM dan Jenis Komputer Apple. Papan litar mempunyai (a) unit pemprosesan pusat atau CPU, (b) cip-cip ingatan dan (¢) rangkaian laluan elektronik (juga dikenali sebagai bas CPU beroperasi sebagai otak komputer dan ia menyimpan dan memproses semua data yang di input secara digital. Unit kawalan (control unit CPU menguruskan proses pengendalian pemprosesan data Unit aritmetik/logik merupakan bahagian yang mengendalikan operasi data secara logik matematik. ‘Sesebuah komputer tidak boleh beroperasi tanpa cip ingatan. Terdapat dua jenis Cip ingatan: iaitu ()) Cip RAM, ia boleh membaca, menulis dan mengubah data yang dihantar kepadanya. Namun demikian, data yang tersimpan di dalamnya akan hilang sebaik sahaja kuasa elektrik terputus. (2) Cip ROM, dimuatkan dengan program atau perisian komputer dan ia juga mempunyai data, Datanya tidak akan hilang jika kuasa elektrik terputus, ‘Alat Input yang utama ialah papan kekunci dan tetikus. 100 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Alat Output utama komputer ialah monitor dan pencetak. Antara alat periferal komputer yang penting ialah - modem dan UPS (alat bekalan elektrik tanpa gangguan). Terdapat beberapa alat penyimpan data: (a) cakera liat, (b) cakera liut, (c) cakera padat, (d) kad ingatan (e) batang ingatan dan (f) pita magnetik. 101 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1 Istilah CPU komputer digunakan untuk menandakan unit pemprosesan pusat komputer. Unit yang menyimpan data komputer. Unit kuasa pusat Cetakan pusat unit komputer. moon> Otak alat ingatan komputer 2, Dua komponen utama CPU ialah i. Unit matematik/ingatan. ii, Unit aritmetik/logik. iii, Unit ROM — ingatan baca sahaja. iv. Unit kawalan elektrik v. Unit kawalan. vi. Unit RAM - ingatan capaian rawak Kombinasi jawapan yang betul ialah A. iidaniv. A. iiidanv B. idaniv. Cc. iidanv. D. ivdan vi 3. Antara yang berikut yang manakah bukan alat input komputer. Papan kekunci Tetikus. Skin sentuh, Pembaca tanda optk. Pencetak daisi moop> 102 10. Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh ‘Antara. yang berikut yang manakah bukan alat output komputer. A. Monitor B. Pencetak C. Modem D. Peti Bunyi E. Pencetak pancut dakwat Bincangkan kelebihan pelbagai jenis alat pencetak komputer yang anda kenali Bincangkan komponen dan fungsi utama unit pemproses pusat komputer. Nyatakan secara ringkas peranan yang dimainkan oleh unit-unit utama di dalam unit pemproses komputer. Bincangkan dua alat storan yang sering digunakan oleh komputer. Nyatakan kelebinan CD Rom berbanding dengan Cakera Liut (Disket) Bincangkan kelebihan dan kelemahan beberapa jenis alat percetakan komputer yang anda kenali 103 BAB 3 PERISIAN KOMPUTER OBJEKTIF BAB menerangkan perisian-perisian utama yang digunakan di dalam sebuah komputer. menerangkan fungsi utama perisian-perisian yang digunakan. memperkenalkan beberapa cara untuk memanfaatkan perisian dalam pembelajaran serta kerja harian, 104 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Per jan Komputer Sebelum sebuah komputer dapat melakukan sebarang aktiviti, ia perlu diberi arahan. Kita periu memberitahu komputer apa jua yang hendak dilakukan olehnya, Kerja mengarahkan komputer melakukan sesuatu Kerja dilakukan oleh beberapa jenis perisian (software), Alat komputer sebenarnya memerlukan sejenis perisian khas yang dipanggil Perisian Pengendalian Sistem (Operating system (OS)) untuk memulakan operasi komputer. Perisian Pengendalian Sistem merupakan peri yang boleh melakukan kerja-kerja berikut: + mengawal perlakuan atur cara (computer programming) ¢-melakukan kawalan input/output komputer, (controlling input/output function) + penjadualan, (scheduling) + penyahpepijatan (debugging), perakaunan, (calculation or accounting) umpukkan storan penyusunan, (distributing storage system) o- pengurusan data (data management), dan ¢ perkhidmatan yang berkaitan (related services). ‘Antara Perisian Pengendalian Sistem atau OS yang terkemuka dan sedang dipasang pada lebih 70 % komputer ialah perisian yang direka cipta oleh Syarikat Microsoft. © Perisian yang dimaksudkan bernama DOS, Windows 3.1, Windows 95, Windows 2000 dan kini Windows XP. Sebaik sahaja komputer mula beroperasi, pengguna boleh memilih untuk menggunakan perisian yang lain. Semua perisian, termasuk perisian pengendalian sistem akan di simpan di dalam cakera fiat. © Misalannya, pengguna boleh memilin untuk menulis sepucuk surat — maka menggunakan perisian pemprosesan perkataan (word processor) perlu digunakan. Antara perisian yang terkenal ialah Word Star (tahun 80an — 90an), Word Perfect, Microsoft Word, dan sebagai nya. 405 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer © Pengguna boleh mula membuat kiraan tentang pendapatannya dan mengira jumlah cukai yang perlu dibayar. Untuk tujuan ini, pengguna mungkin menggunakan perisian hamparan elektronik (spread sheet). Antara jenama perisian yang terkemuka ialah LOTUS 123, Foxboro, Microsoft Excel dan lain-lain. © Pengguna mungkin ingin menyimpan rekod semua kaset muzik yang dimilikinya. Untuk menyimpan rekod, perisian pengurusan pangkalan data diperlukan dan antara yang terkemuka ialah DBase, Quartro, Access dan sebagainya. © Pengguna juga ingin memperelokkan gambar ibu-bapa atau kaum keluarga yang sudah pudar. Untuk memulinkan gambar berkenaan, ia mungkin menggunakan perisian grafik Adobe Photoshop dan sebagainya, © Pengguna mungkin mahu menyediakan satu kad ucapan selamat hari jadi untuk sahabat karib yang berada di luar negeri. Untuk mereka cipta kad tersebut, ia akan menggunakan perisian grafik atau penerbitan atas meja (desktop publishing software) seperti Printshop atau Microsoft Publisher dan sebagainya. © Apabila kad ucapan tersebut siap, ia akan memilin perisian Internet untuk kirimkan kad tersebut, dan ia mungkin memilih Netscape atau Internet Explorer untuk menghantar kad ucapan elektronik. \Walau bagaimanapun, semua kerja yang melibatkan perisian perlu digunakan satu demi satu sahaja. Penggunaan Perisian Mikrokomputer Perisian Pengendalian Sistem (Operating System (OS)) Semua komputer memerlukan perisian untuk melakukan pelbagai corak kerja dengan cara yang berkesan, Seperti yang dinyatakan di atas, perkakasan komputer boleh dianggap sebagai badan sesuatu sistem komputer. la mengandungi unit sistem dan beberapa perkakas tambahan, seperti kekunci, tetikus dan sebagainya yang dipasang di luar, Di samping itu, jenis perkakasan yang digunakan juga menentukan perisian pengendalian sistem. Terdapat komputer peribadi yang menggunakan CPU atau 106 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh pemproses ciptaan IBM yang tidak boleh menggunakan perisian yang digunakan oleh komputer jenama Apple yang menggunakan cip buatan Motorola.’ 3 2 a vocoomn Gre feels ee owt ASSO “| (BPBE a0m Rajah 31: Antara muka Microsoft Windows 98 Seperti yang dinyatakan di atas, terdapat pelbagai jenama perisian pengendalian sistem di dalam pasaran, seperti Windows 95, Windows 2003, Windows XP, the Macintosh Operating System (Mac OS untuk Komputer jenis Apple), OS/2 dan UNIX. Namun demikian, yang paling laris dijual dan dipasang di dalam komputer jenis IBM (termasuk komputer peribadi atau PC) ialah perisian dari Syarikat Microsoft seperti Windows 95, Windows 2003, Windows XP. * Sebenamya, kita boleh andaikan perisian pengendalian sistem komputer sebagai bahagian yang memikir dan menyuruh sebuah komputer dan alat perkakasannya untuk beroperasi * Walaupun, computer Apple Macintosh (Mac) dan PC IBM masing-masing boleh melakukan kerja yang sama, kedue-dua jenama computer mempunyai perisian pengendalian sistem operasi yang berlainan. Oleh yang demikian, ia tidak sepadan (compatible). Maka, semua dokumen yang dihasilkan dengan menggunakan Apple Macintosh tidak boleh dibaca atau diproses semula ‘oleh PC IBM. 107 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Perisian yang paling penting bagi sebuah komputer adalah perisian pengendalian sistem (OS). Dari segi urutan operasi komputer, yang mula-mula digerakkan atau dihidupkan ialah perisian pengendalian sistem. Perisian ini dianggap sebagai perisian asas, iaitu yang (biasanya) sedia dipasang di dalam komputer. Perisian ini perlu dipasang di dalam sebuah komputer sebelum perisian yang lain ‘Apa yang dilakukan oleh perisian pengendalian sistem (OS) alah, menginterpretasikan arahan yang diberi oleh pengguna. Perisian ini melakukan beberapa tugasan asas, jaitu: > mengakses cakera liat serta cakera liut dan alat simpanan yang lain yang dipasang ke komputer berkenaan. > mengurus ingatan komputer (computer memory). > menjadualkan tugasan yang dilakukan pada masa itu, > menyimpan maklumat tentang semua kegiatan yang dilakukan oleh pengguna dan sebagainya. > melakukan kegiatan menyimpan fail, menyalin fail, menghapus fail, menukar nama fail, menyenaraikan kandungan cakera dan sebagainya. la membolehkan seorang pengguna berinteraksi dengan komputer dan melakukan kerja yang diinginkan oleh pengguna. Misalannya, selepas menulis satu dokumen dengan menggunakan perisian pemproses perkataan, pengguna ingin mencetak dokumen tersebut. Kerja pengendalian kegiatan pencetakan dilakukan oleh perisian pengendalian sistem. Perisian ini penting kerana ia menjalankan kerja pengurusan semua fail yang tersimpan di dalam cakera liat dan di dalam cakera liut. a juga membantu komputer menyimpan semua dokumen di dalam cakera liat sebalk sahaja ia siap diproses. Per komputer melalui papan kekunci atau dengan menggunakan tetikus atau alat- ian ini juga menterjemahkan semua arahan yang diberikan oleh pengguna alat input yang lain. 108 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh © Ia juga mengawal serta menyelia semua perisian yang lain semasa pengguna menggunakannya + Perisian pengendalian sistem menentukan semua perisian yang lain dapat menggunakan bahagian ingatan, alat-alat input dan output serta memastikan akses atau laluan kepada sistem fail komputer. * Perisian tersebut juga berupaya mengendalikan kegiatan "multitasking" atau melakukan beberapa tugasan serentak. Misalannya, ia membolehkan pengguna mencetak beberapa muka surat, dan pada ketika yang sama pengguna boleh meneruskan penulisan dokumen yang lain pada masa yang sama juga, pengguna dapat mengakses Internet dan menguruskan penghantaran dokumen kepada beberapa orang rakannya di dalam dan di luar negeri * Kegiatan melakukan tugasan serentak dikenali sebagai “cooperative multitasking". Dalam kegiatan ‘multitasking’, perisian pengendalian sistem berfungsi untuk mengawasi urutan kegiatan yang dilakukan serta mengagihkan ‘sumber ingatan CPU untuk kegiatan yang dilakukan. Pendek kata jika sebuah komputer tidak mempunyai perisian ini, pengguna tidak boleh membuka dan menggunakan mana-mana fail atau dokumen, tidak boleh menggunakan mesin cetak yang dipasang kepada komputer, malah tidak boleh melihat apa-apa pun di skrin monitor Komputernya. Justeru itu, perisian tersebut juga menyelia semua perisian yang lain yang dimuatkan ke dalam komputer. Namun demikian, untuk melakukan fungsi atau tugas spesifik, seorang pengguna, misalannya menulis dan mengedit sesuatu dokumen, melakukan sesuatu kiran, atau memulakan permainan komputer, perlu menggunakan perisian-perisian yang khas yang dicipta untuk metakukan fungsi yang tertentu. Sebenamya, dalam pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis perisian yang direka untuk melakukan kerja-kerja seperti menulis, melukis, mengira, merakam lagu dan sebagainya. PERISIAN APLIKASI Seperti yang diterangkan di atas, perisian pengendalian sistem memudahkan hubungan di antara pengguna dan alat komputer. Namun demikian, sebuah komputer perlukan 409 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer perisian khas, aplikasi atau program untuk melakukan tugasan seperti menulis dokumen atau surat, mengira dan mengakses Internet. Seperti yang telah dinyatakan di atas, kebanyakan komputer disediakan perisian pengendalian sistem, dan dimuatkan satu bungkusan perisian bersepadu (bundled software atau software suite). Perisian yang bercorak bungkusan biasanya mempunyai perisian-perisian berikut: Pemprosesan Perkataan (Word Processor) = Contoh: Microsoft Word, Word Perfect, Word Pro dan Word Star, ® Hamparan Elektronik (Electronic Spread Sheet) + Contoh: Lotus 123 dan Microsoft Excel, = Pangkalan Data (Data Base) * Contoh: Dbase, Microsoft Access, dan Lotus Approach Grafik (Grafic) = Contoh: Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Toolbox, Lotus Freelance Grafics dan Paintshop. ® — Persembahan Multimedia (Multimedia presentation) * Contoh: Microsoft Power Point, Adobe Persuasion dan lain-lain. ® — Internet = Contoh: Netscape, Eudora, Internet Explorer dan lain-tain. Anti Virus * Norton Anti-Virus, Pecilin, Virus Buster dan sebagainya, — Permainan * Solitaire, Minesweeper, Pinball, Tomb Raider, Warcraft dan sebagainya Pendidikan * Maths at Work, The Magic Bus dan lain-lain. Perisian Pemprosesan Perkataan (Word Processing Software) Perisian pemprosesan perkataan boleh menukarkan wajah sebuah komputer menjadi satu mesin taip yang canggih. Perisian pemprosesan perkataan nyata sekali boleh menjadikan kerja menyediakan sebuah dokumen lebih mudah, {a tidak perlu bimbang tentang kesalahan ejaan kerana perisian tersebut akan menunjukkan kesalahan ejaan serta mencadangkan pembetulan. 110 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Pengguna juga berupaya membuat beberapa draf dokumen sampai ia puas hati tanpa membazir kertas. Seorang pengguna juga boleh memperelokkan nahu dan bahasa dokumen berkenaan dengan bantuan persian. la juga boleh mengindahkan percetakan dokumen tersebut dengan menukar huruf atau fon (font), atau rupa bentuk huruf dokumennya. Pengguna komputer juga boleh memformatkan atau menyesuaikan dokumen mengikut cita rasanya sebelum salinan muktamad dicetak Perisian pemprosesan perkataan sebenamya merujuk kepada perisian komputer yang boleh melakukan tugasan-tugasan berikut: > Menaip — pengguna perlu menaip draf dokumen dengan menggunakan papan kekunci. ~> Mengedit — selepas selesai ditaip draf dokumen, pengguna melihat draf dokumennya di monitor komputer. Pengguna seterusnya boleh membetulkan kesilapan ejaan atau melakukan perubahan yang lain seperti yang diinginkan olehnya. <> Memformatkan — Pengguna boleh membentuk dan menukar rupa fon atau menukar saiz huruf dan sebagainya sebelum dokumen tersebut dicetak. Kegiatan memformatkan juga melibatkan kegiatan <> Mengubahkan ruang tepi muka surat, mengubah jangkau (line spacing) dokumen berkenaan, menukar susunan barisan dokumen (alignment), menukar bentuk huruf serta saiz huruf dan fon (font) yang digunakan ~> Mencetak — Pengguna boleh mencetak dokumen bila diperlukan atau selepas selesai kerja memformatkan m1 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer josa ears ee \*¥ gO @ joo BO [ave [roel set ow [ar | in Rajah 32: Antara muka Microsoft Word 2000 Selain daripada empat tugasan utama perisian pemprosesan perkataan, ia juga mempunyai beberapa ciri istimewa yang menjadikan ia lebih canggih daripada sebuah mesin taip. jisalannya, perisian tersebut boleh mengira berapa banyak perkataan digunakan untuk mengarang sesuatu dokumen. la juga boleh membantu pengguna memasukkan nota kaki (footnotes) dalam dokumen berkenaan. Seperti yang anda dapat perhatikan, pengguna juga boleh dengan cara yang mudah memasukan gambar atau grafik di dalam dokumennya. Selain daripada yang dinyatakan, terdapat juga banyak lagi kelebihan perisian yang tidak mudah disenaraikan. Sesungguhnya, perisian pemprosesan perkataan telah memudahkan banyak kerja penulisan dan ia juga telah mengakibatkan mesin taip biasa ketinggalan zaman. Perisian Hamparan Elektronik (Spread Sheet Software) Hamparan elektronik ialah perisian untuk memasukkan, mengira, memanipulasikan dan menganalisis satu kumpulan data. Sebenarnya, penciptaan perisian hamparan VisiCale (Visible Calculator) pada tahun 1979 oleh Dan Bricklin dan Bob Frankston, telah mengakibatkan satu revolusi di kalangan ahli peniaga — ia telah mempopularkan alat 112 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh komputer sebagai satu alat perniagaan yang penting. Menurut Peter Norton,” perisian hamparan Vis iCalc (juga dikenali sebagai Visible Calculator) berjaya menarik minat golongan peniaga dan mendorong mereka menggunakan komputer jenis Apple I Sesungguhnya VisiCalc merupakan hamparan elektronik yang pertama yang membolehkan golongan peniaga menyediakan belanjawan, menganalisis statistik serta melakukan kiran dengan cara yang mudah dan hasilnya boleh dipercayai. Dewasa ini, perisian hamparan elektronik yang paling popular adalah Microsoft Excel, Lotus 123 dan Quattro. © Kini perisian ini digunakan untuk kerja-kerja perancangan kewangan seperti mesin hitung elektronik yang sofistikated yang mempunyai pelbagai jenis formula matematik dan statistik. [le £0 von inet Fame oa z [Dee eay|s eel -| a Rajah 33: Antaramuka Microsoft Excel 2000 © Perisian hamparan elektronik boleh dianggap sebagai superkalkulator. la menyediakan sebuah hamparan yang mempunyai beribu-ribu sel. © Ruang hamparan elektronik di format dalam bentuk kolum dan barisan saf. 2 Norton, Peter, Peter Norton's Introduction to Computers. 2nded.New York: Glencoe McGraw-Hill, 1997. hal. 239 113 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer © Sel hamparan elektronik boleh mengandungi nilai-nilai tertentu, atau label atau formula untuk melakukan kiraan, © Perisian hamparan elektronik boleh menjana carta dan graf daripada data yang diproses. © Perisian tersebut merupakan satu alat analisis yang penting — ia membantu pengguna menyusun strategi susulan, © Perisian tersebut boleh juga digunakan untuk menyimpan dan menyusun maklumat serta menjanakan laporan ramalan. © Perisian tersebut boleh juga di gabungan dengan perisian pemprosesan perkataan dan sebagainya. ‘Terdapat beberapa cara perisian hamparan elektronik digunakan: Kumpulan Peniaga: Untuk menganalisis kedudukan kewangan. + Bahagian Jualan sesuatu syarikat perniagaan dapat mengira upah atau komisen juru jual + Bahagian Perkilangan boleh mengira kos penyelenggaraan alat-alat yang digunakan dalam proses perkilangan sesuatu barangan. + Untuk mengira kos sebenar barangan yang dikilangkan — iaitu mengambil kira kos pekerja, elektrik, utiliti dan sebagainya. ¢ Jabatan Personel sesuatu syarikat boleh mengira upah dan gaji serta faedah yang lain bagi pekerjanya + Bahagian Pemasaran boleh menggunakan hamparan elektronik untuk menilai kos sesuatu projek baru serta mempertahankan strategi baru untuk mendapat pasaran barangan yang dihasilkan. + Bahagian Akaun dapat menggunakan hamparan elektronik untuk mengira pelbagai kos dan risiko yang dihadapi, merancang kewangan serta menyediakan belanjawan. * Orang perseorangan juga boleh menggunakan hamparan elektronik untuk menyediakan belanjawan bagi rumahtangganya, mengira hutangnya serta menyediakan maklumat tentang nilai hartanya. + Seorang guru boleh menggunakan perisian tersebut untuk mengira markah serta peratusan pelajar dengan mudahnya. 414 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh * Seorang pemilik kereta boleh mengira kos sebenar penggunaan kenderaan, termasuk perkara seperti susut nilai kenderaan berkenaan. PERISIAN PENGURUSAN PANGKALAN DATA (DataBase Management Software) *Perisian pengurusan pangkalan data biasa digunakan untuk menyimpan dan menyusun himpunan data yang besar tentang tajuk yang berkaitan supaya ia mudah diakses dan digunakan untuk memenuhi keperiuan perkhidmatan. ‘3 Matiamat perisian pengurusan pangkalan data ialah, bukan sahaja untuk mengumpulkan data atau fakta, tetapi juga menjadikan data yang dikumpulkan menjadi maklumat yang berguna. ~~ Tambahan pula, perisian pengurusan pangkalan data merupakan alat perisian yang membolehkan beberapa bilang pengguna mengakses, menyimpan dan memproses data atau fakta supaya ia menjadi maklumat yang berguna Secara ringkas fungs! atau tugas utama perisian pengurusan pangkalan data ialah Input: Mengumpulkan data yang relevan + Penyimpanan: Menyimpan atau mengekalkan data untuk penggunaan kemudian = Pemprosesan: Menyusun data mengikut susunan yang logik seperti yang diinginkan oleh pengguna + Pemprosesan: Mewujudkan maklumat yang terperinci untuk memaparkan maklumat yang khas yang diperiukan pada sesuatu ketika + Output: ‘Memperoleh percetakan maklumat yang terperinci untuk kegunaan pengguna 115 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Pom “Tile Eat Mew Insert_Toole window _belp |e -[al SR ¥]s % @ ¥ || 9 e/a Sle FedNane | Oats Type | ene [tot | Rajah 34: Antara muka rosoft Access 2000 Perisian Pengurusan Pangkalan Data Yang Terkemuka ialah: Access dan Visual FoxPro oleh Syarikat Microsoft © Dbase oleh Syarikat Borland 9 Paradox oleh Syarikat Borland © QandA oleh Syarikat Symantec 2 Lotus Approach oleh Syarikat Lotus (kini dimilki IBM) ® R’Base oleh Syarikat Microrim Selain daripada jenama perisian di atas terdapat juga beberapa jenama yang lain yang di gunakan oleh pengguna perisian pengendalian komputer Macintosh Operating System (Mac OS untuk Komputer jenis Apple), OS/2 dan UNIX. 16 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Beberapa Contoh Penggunaan Perisian Pengurusan Pangkalan Data: 1. Majlis Perbandaran XYZ mempunyai beribu-ribu pelanggan dan mereka perlu membayar hasil tanah. Dalam keadaan sedemikian, nombor rujukan, nama tuan rumah, kad pengenalannya serta alamat terkini akan disimpan pangkalan data tentang majlis perbandaran berkenaan. Katakan seorang pelanggan datang untuk menjelaskan bayaran hasil — kedudukan akaunnya mudah sahaja di rujuk dengan menggunakan mana-mana satu daripada kod rujukan seperti nama, nombor rujukan, nombor kad pengenalan atau alamat rumah. Nyata sekali, perisian pengurusan pangkalan data membantu pengurusan_ perkhidmatan dengan cara yang berkesan 2. Seorang peminat muzik dapat mewujudkan pangkalan data _ untuk mengkatalogkan koleksi kaset muziknya dan seterusnya dapat mencari semua lagu yang bermuta dengan perkataan “Rose” atau mencari semua lagu-lagu yang dinyanyikan oleh P. Ramlee pada tahun 1959. 3. Perisian pengurusan pangkalan data juga digunakan untuk menyimpan data mengenai pelajar-pelajar. Misannya, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh mempunyai pangkatan data mengenal semua pelajar yang mengikuti kursusnya. Pegawai perkhidmatan dengan mudah sahaja dapat mengakses makiumat tentang unit pelajar yang dicapai oleh tiap-tiap pelajar. Dengan mengakses pangkalan data yang tersimpan di dalam komputer, mereka boleh mengenali pelajar yang lemah, atau pelajar yang belum membayar yuran sebagainya. 4. Bank-bank juga kerap menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk mengetahui rekod pembayaran ansuran pinjaman bank pelanggan mereka 5. Agen-agen insurans juga menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk menyediakan perkhidmatan kepada semua pelanggan mereka. 6. Jabatan Pengangkutan Jalan juga menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk menguruskan aktiviti pendaftaran kenderaan serta pengutipan cukai jalan. 117 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer 7, Jabatan Pendaftaran Negara sememangnya menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk mendaftar semua kelahiran dan kematian yang berlaku di dalam negara ini 8. Jabatan Imigresen Malaysia memang menggunakan perisian pengurusan pangkalan data untuk menyimpan serta memproses data mengenal pengunjung yang sah ke negara ini. Justeru itu, jabatan tersebut juga mempunyai maklumat tentang semua rakyat Malaysia yang keluar ke luar negara melalui pintu imigresen dengan bantuan perisian pengurusan pangkalan data yang digunakan. Seperti yang dimaklumkan, apa juga jenis perkhidmatan atau perniagaan, ia perlu berhadapan dengan data yang bertimbun-timbun. Namun demikian, kejayaan sesuatu usaha, bukan sahaja bergantung kepada maklumat atau data yang tersimpan, tetapi juga bagaimana data tersebut digunakan untuk menjayakan perusahaannya. Perisian Grafik Dua orang pelajar telah memilih tajuk tentang proses pol masa kini di Indonesia. Salah seorang pelajar (A) telah menulis satu esei yang meninjau pilihanraya Presiden Indonesia (2004). Pelajar berkenaan telah menyatakan Calon Susilo Bambang Yudhoyono mendapat 61 % undi dan Calon Megawati Sukarnoputri 38 % undi. Esei tersebut walaupun memuaskan dari segi analisis dan isi kandungannya, mendapat Gred B-. Pelajar B, pula telah menulis esei yang lebih kurang sama mutunya dari segi menganalisis proses politik Indonesia dan memberikan kupasan tentang tajuk berkenaan. Pelajar tersebut telah mendapat Gred A. Perbezaan gred adalah kerana esei Pelajar B nyata lebih menarik dan i juga menunjukkan kelebihan usaha pelajar. Pelajar B, di samping melakukan analisis, juga menghiaskan hujahnya dengan memuatkan bahan graf k. Antaranya ia menyediakan satu peta Indonesia, yang menunjukkan kawasan atau semua wilayah pentadbiran negara berkenaan. la juga menyediakan jadual tentang peratusan penduduk berdasarkan bangsa dan agama. Ia juga menyediakan rajah yang berbentuk “time line atau lintang masa tentang peristiwa utama yang berlaku di Indonesia dari tahun 1947 118 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh hingga 2004. 1a juga menyediakan beberapa carta pai (Pie chart) yang menunjukkan peratus jumlah undi yang diperoleh oleh parti politik di dalam pilihanraya yang kebelakangan. Akhimya, ia juga telah menyediakan gambar foto kedua-dua calon yang telah bertanding dalam pusingan kedua pilihanraya bulan September 2004. Seperti yang dimaklumkan, cara yang berkesan untuk menarik perhatian pembaca adalah dengan menggunakan grafik. Nyata sekali untuk menjadikan satu persembahan lebih menarik kita perlukan perisian grafik. Terdapat banyak cara seorang pengguna boleh mendapatkan bahan grafik. Terdapat beberapa perisian pemprosesan perkataan, penerbitan meja (desktop publishing software), persembahan perniagaan (business presentation) dan melukis yang mempunyai koleksi kesenian kepitan® (clip art). Misalannya, perisian Microsoft Word mempunyai beberapa banyak clip art seperti yang tunjukkan di Rajah 35. Ataupun pengguna boleh membeli secara asing beberapa banyak imej clip art. Tambahan pula, pengguna boleh akses Internet dan pergi ke halaman induk enjin pencari (search engine), misalannya www.googles.com dan menggunakan kategori “images” untuk mendapatkan serta memilih rajah yang sesual bagi sesuatu dokumen. * * la adalah kerja seni kreatif yang tersedia dibekalkan secara komersial dalam bentuk elektronik. “ Beberapa rajah yang dipaparkan di karya ini adalah diperolehi melalui enjin pencari googles. 119 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Soe wo alte tle Eat vw Toe te Tercemmoninnee = seach... Heaton tit.) Fa BX @ dos onine ee | foe Z —_ in @ F| 3) aneals Bats 5B Autesapes FB oxckgrounds 5 ealdnge BS ousness B character Collections (51 Conrmunication concepts 33 Decorative Bement Bi Enetions 5 Fentacy 23 Food 1B 3 Government reatheare 3} Househld Rajah 35: Antara muka Microsoft Clip Organiser Selepas memilih clip art atau imej seperti gambar atau peta yang sesuai sesuatu dokumen, pengguna dapat menggunakan arahan ‘cut’ dan ‘paste’ atau arahan ‘insert’ untuk memasukkan gambar yang dipilih daripada dokumennya. Di samping itu, ia boleh melakukan perubahan kepada imej berkenaan — misalannya, menukar wama, membesarkan atau mengecilkan ime] berkenaan dan sebagainya. Justeru itu, terdapat juga beberapa perisian persembahan multi media (multi-media presentation software) yang boleh digunakan untuk melakukan kegiatan persembahan. Misalannya, ramai pengajar dan pelajar sekolah dan di institusi pengajian tinggi kerap yn untuk menggunakan perisian Microsoft PowerPoint atau Adobe Persua: mempersembahkan makiumat tentang penemuan, pengkajian, kuliah dan sebagainya, Juga, ramai peniaga dan juru jual kerap menggunakan persembahan PowerPoint untuk. memujuk pelanggan mereka memilih satu-satu produk yang di promosi oleh mereka. 120 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Cee Sho ml om 7 FAISAFAMPOLIT’ & TECRL (nt 3 eaten 81 ARISTOTLE FALSAFAH POLITIK & TEORI POLITIK Swit Teed toasts) Rajah 36: Antara muka Microsoft PowerPoint Justeru itu, kerap kali orang yang mempersembahkan slaid atau persembahan PowerPoint juga dapat menggunakan perisian yang sama untuk menjanakan nota yang kemudiannya dapat diedar kepada pelanggan, pemerhali atau pelajar. Selain daripada cara mendapat dan memaparkan imej seperti yang dinyatakan di atas, pengguna boleh juga menggunakan Kamera Digital atau Kamera Video Digital untuk menangkap gambar yang kemudian dapat dimuatkan di dalam dokumen. Seperti yang dimaklumkan, terdapat pelbagai jenis grafik yang dapat digunakan oleh pengguna. Ia juga boleh menukar wajah dokumen dengan melakukan pelbagai jenis manipulasi seperti yang dibolehkan oleh perisian yang digunakan. Namun demikian, beberapa perkara asas perlu diberi pertimbangan iaitu: 421 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer © Perisian persembahan grafik membolehkan pengguna _menghasilkan persembahan yang menarik. Untuk menarik minat dan perhatian penonton dan pemerhati, orang yang mempersembahkan tayangan multi media boleh juga menyediakan nota yang berkaitan dengan persembahannya, + Imej clip art menarik dan mudah digunakan oleh pengguna terutama dalam dokumen dan persembahan multi media + Semua perisian pengendalian sistem juga mempunyai bungkusan program ~ biasanya dikenali sebagai perisian melukis (paint program) dan boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan atau rajah. ‘+ Terdapat juga perisian melukis rajah, misalannya, Microsoft Visio, Micrografx, Corel Draw dan sebagainya yang boleh digunakan untuk menyediakan rajah atau peta. © Pengguna boleh mendapat atau menghasilkan gambar yang bermutu tinggi dengan menggunakan kamera digital, alat pengimbas optik, atau dapat memperolehinya dari sumber Internet. ‘Sebagai kata-kata penutup untuk bahagian ini, perlu dinyatakan sememangnya mustahil untuk mengulas tentang perisian komputer yang penting yang sering digunakan oleh pengguna. Sebenarnya, terdapat ribuan jenis perisian di dalam pasaran hari ini, dan terpulang kepada pengguna untuk memilih dan menilai yang mana sesuai bagi cita rasa dan keperiuannya. Di samping itu, pengguna juga sanggup belajar menggunakan perisian tertentu. Walaupun pada peringkat awal, seorang pengguna akan menghadapi masalah untuk menggunakan sesuatu perisian komputer secara memuaskan, namun dengan membiasakan diri dengan kerap menggunakan perisian, ia boleh menjadi mahir dalam hal menggunakan perisian, Pendek kata, tiada cara yang mudah kecuali menjalankan latinan secara berterusan untuk menguasai perkakasan dan perisian komputer. INTERNET Internet boleh diertikan sebagai satu rangkaian koleksi perkakas komputer yang bethubung antara satu sama lain. Sistem internet pada hari ini memudahkan perhubungan komunikasi dan pengaliran maklumat kepada ratusan juta komputer dan pengguna di merata tempat di dunia. Rangkaian komputer yang dimaksudkan di 122 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh sambung kepada beribu-ribu komputer di dunia, dan ia melibatkan komputer-komputer yang terdapat di pusat pengajian tinggi, di perpustakaan, syarikat perniagaan, agensi pemerintahan dan pusat penyelidikan di merata tempat di dunia. Rangkaian Inteet juga boleh diandaikan sebagai rangkaian atau jaringan di antara kumpulan dua atau lebih jaringan yang: + Bertalian atau bersambung + Berupaya berkomunikasi serta berkongsi maklumat dan data antara satu sama yang lain ‘¢ Dapat menjalin hubungan bersama-sama seperti satu jaringan. ‘Apabila seorang pengguna cuba menghubungi rakannya dengan menggunakan Internet, ia sebenamya sedang cuba berkomunikasi dengan menggunakan komputernya yang bersambung melalui rangkaian atau jaringan dengan komputer rakannya. Perhubungan melalui rangkaian akan membolehkan kedua-dua pengguna menghantar dan menerima data, fail-fail dan maklumat. * Untuk membolehkan sistem Intemet beroperasi dengan jayanya, perkakasan komputer dan jaringan mesti berupaya ‘bertutur’ dalam bahasa yang sama ataupun mendapatkan bantuan ‘penterjemah’ untuk melangsungkan kerja berkomunikasi. 123, Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer * Sebenarnya ‘bahasa’ yang dimaksudkan ialah perisian khas yang membantu pelbagai jenis perkakas yang disambung kepada mana-mana satu jaringan tertentu untuk melakukan perhubungan dengan komputer yang lain di satu Jaringan yang lain «Apa yang menghairankan ialah, walaupun jenama atau jenis sistem komputer berlainan satu sama yang lain, Komputer tersebut dapat berhubung dengan yang lain dan mereka boleh memahami apa yang diperiukan atau dilakukan, © Untuk menjayakan proses perhubungan ini pengguna komputer perlu diselaraskan dengan cara menggunakan sekumpulan peraturan atau protokol © Protokol Internet yang diseragamkan dan diperkenalkan pada 1 Januari 1983 dipanggil Protokol TCP/IP (Transmission Control Protocol/internet Protocol). © ProtoKol TCP/IP membolehkan rangkaian Internet global berfungsi secara berkesan dan dengan mudahnya menghubungkan pelbagai jenis rangkaian agar berlaku hubungan yang mesra dan berterusan. Sebagai seorang pengguna Internet, kita mudah sahaja mendapatkan kemudahan maklumat dan ilmu. Antara perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh seorang pengguna ialah e Menyalin fail-fail yang mengandungi maklumat yang terdapat di laman Web. Membaca surat-khabar maya (e-newspaper). es e Menyalin fail-fail yang mengandungi perisian-perisian komputer, “@ — Menghantar dan menerima e-mel atau mel, atau mese| elektronik secara pantas melalui talian telefon kepada rakannya di luar negara 124 Jaring TBM Compatibie Kamal Pulau Pinang Internet Service Provider United ‘Kingdom ee Hand held computer Elizabeth Oxford Wetwork controller Internet Service Provider USA ‘Shankar Seattle Workstation | j Malaysia Network controller Internet Service Provider Hong Kong Network controlle iBook Martin Hu Kowloon Hong Kong Jacob New York Laptop computer Rajah 37: Aliran Mesej - Bagaimana Internet Beroperasi 125 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Mengadakan perbincangan secara kumpulan - ahli kumpulan dapat berbincang, bertukar fikiran, mencadangkan satu tindakan dan sebagai nya dengan rakan yang mempunyai minat atau kepentingan yang sama = Memperoleh maklumat tentang pelbagai topik — seolah-olah Internet merupakan satu khazanah ilmu a Membeli belah barangan dan terlibat dengan pembelian secara lelong di pasaraya maya ~ e-perdagangan atau e-commerce ‘© Mencari pekerjaan ‘& Mencari jodoh atau pasangan untuk berkenalan dan kemudian untuk berumah tangga © — Mendengar muzik dan menonton video dan sebagainya, Penggunaan Perkhidmatan Internet Kebanyakan orang yang mula-mula menggunakan Intemet, akan merasa kurang berkeupayaan atau bingung menggunakan kemudahan tersebut. Namun, demikian, apabila pengguna membiasakan dirinya dengan kelengkapan Internet, dan mengenali selok belok protokol serta mengetahui bagaimana dan di mana ia boleh mendapatkan maklumat dan sebagainya, semuanya akan menjadi kebiasaan, mudah dan menyeronokkan. Nyata sekali, salah satu kelebihan Internet ialah semua kemudahan tersedia dengan kos yang paling rendah. Oleh yang demi jan, literasi Internet adalah satu keperluan asas yang perlu dipunyai oleh semua orang dalam dunia yang berteknologi tinggi ini. Justeru itu, kemudahan Internet mempunyai pelbagai sumber bahan pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak syak lagi menjadi satu gedung maklumat yang terbesar dan terkini untuk semua pengguna, Sebelum seorang pengguna dapat menggunakan kemudahan Intemet, komputer perlu mempunyai perkakasan modem dan ia juga perlu menghubungi pembekal kemudahan talian Komunikasi untuk memasuki Internet. Pengguna mempunyai beberapa pilihan seperti berikut: 126 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Talian Telekomunikasi - sebelum pengguna dapat mengakses Internet, ia perlu mempunyai talian telekomunikasi. Beliau boleh _menghubungi pembekal kemudahan telefon, misalannya Telekom Malaysia dan ia akan menyediakan kemudahan talian yang dikenali sebagai Integrated Services Digital Network atau ISDN ~ ia juga dikenali dengan jenama Streamx TM Net. Pembekal Khidmat Internet — pengguna perlu juga mendaftarkan diri dengan Pembekal Khidmat Intemet (Intemet Service Provider) sebelum ia dapat menggunakan kemudahan Intemet. Jaring dan TMnet merupakan pembekal perkhidmatan yang terkenal di Malaysia. Pengguna perlu membayar yuran bulan serta bayaran berdasarkan jangka masa talian Internet digunakan. Perisian Telekomunikasi Untuk menggunakan kemudahan Internet, seorang pengguna perlu mempunyai modem, sama ada yang dipasang kepada litar uama_menggunakan beberapa perisian Intemet seperti berikut: ® ° Perisian Pengimbas Web — seperti Microsoft Internet Explorer, Netscape Navigator, Mozilla Firefox, Opera dan sebagainya Perisian Mel Elektronik — seperti Microsoft Intenet Mail, Microsoft Outlook, Netscape Messenger, Eudora dan sebagainya Perisian Khas Tambahan - untuk menikmati kemudahan tambahan — seperti Java, dan sebagainya. 127 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Fe BS Yor Go famas [ab nn Hoe 9000 (ieee ase) 2 ua BAM a hone Gate ne O, Sweh temas Perce, Oe oe ummm Bares — ee 1 Month FREE Til latce “Top Stary Bush, Cheney Concede Sam Ha DVD Rentals, a Rajah 38: Antara muka Netscape World Wide Web (WWW) Web sebenarnya adalah koleksi dokumen-dokumen atau halaman web yang tersimpan di dalam beberapa komputer di merata tempat di dunia ® Tiap-tiap komputer yang mempunyal dokumen-dokumen dikenali sebagai Web server atau Pelayan Web kerana ia menyediakan halaman atau dokumen yang diminta oleh seorang pengguna. — Justeru itu, komputer yang meminta halaman pula dikenali sebagai pelanggan atau client. ‘® —Tiap dokumen yang tersimpan di dalam web server mempunyai link atau penghubung kepada dokumen yang lain yang tersimpan dalam web server yang sama dan juga kepada web server yang lain, yang mungkin tersimpan di tempat yang dekat atau di luar negara. + Pengguna dapat melayari dari satu web server ke web server yang lain dengan mengklik tanda isyarat petunjuk tangan atau anak panah seperti berikut: <=> 128 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Perlu difahamkan istilah dokumen digunakan untuk dokumen teks, gambar, klip-video, klip bunyian, klip animasi dan juga perisian yang bercorak interaksi dan sebagainya. Pengguna boleh juga menyimpan URL — Uniform Resource Locators untuk memudahkan ia melawat laman kemudian Contoh URL: http://www. staroniine.com, http:/www.nst.com.my, http/www.utusan.com.my, http:/iwww.yahoo.com, http:/iwww.pe.world.com, http:/thehinduonnet.com www.p¢.world.com, dan sebagainya. Enjin Pencari (Search Engine) Cara yang paling berkesan untuk mencari maklumat di laman web ialah dengan menggunakan alat yang boleh menapis berbilion-bilion lawan web untuk mendapatkan laman web yang diperlukan oleh pengguna. Kerja mencari dan menapis dilakukan oleh ei ©0000000 Pencari seperti berikut: http:/iwww.google.com http:/iwww.yahoo.com http://mww.lycos.com http:/iwww.askieeves.com http:/iwww.infoseek.com http:/Awww.altavista.com http:/iwww.exite.com Semua Perisian Pengimbas Web — seperti Microsoft Internet Explorer, Netscape Navigator, Mozilla Firefox, Opera dan sebagainya juga mempunyai engin pencari tersendiri 129 Pendi kan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Q0990 Sia wh Ga Bs ton fa Google asaya ‘Google Sand f* ta Festina Lk] ‘Sitar Googe conyers ix Batasa None | Pi cut Got Gx com SEU meatier Et Rajah 39: Antara muka Enjin Pencari Google Justeru itu, pengguna dapat juga: * Meng ‘tag’ atau merangkaikan halaman yang diminat dengan menggunakan kemudahan “bookmark” yang biasa disediakan oleh pengimbas web. la juga dapat menyalin fail yang dipaparkan di Internet dengan cara “download” atau mencetak dengan menggunakan alat pencetak halaman yang dipaparkan Mel Elektronik (E-mail) Email yang pertama telah dihantar pada tahun1971 oleh seorang jurutera bernama Ray Tomlinson. Kelebihan beliau adalah untuk menghantar mese] melalui Internet dengan menggunakan tanda @ untuk menandakan mesin atau komputer yang bakal menerima mesej tersebut. Bermula dengan Tomlinson, e-mel merupakan mesej yang ringkas yang dihantar kepada seorang penerima. 130 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Ee Ea ew So Meson Yr He Sil 8es 8 a . edge Cngoe Fy AayAt Fone Fe ae 18 | sin Seen cera ‘vem Eee “Bows ‘G Uapan aaa Toad Biers Sterne aay Tey epShang 292006 _—_—_—_—_—_—— Fase Wena rome mma ba dhennee, BDA ID ccc Oo met ta 25 Rajah 40: Antara muka Enjin Pencari Google Pada amnya, e-mel memang berciri mesej ringkas. Seperti yang _dimaklumi, penghantaran e-mel adalah melalui talian telefon atau dengan menggunakan teknologi elektronik, Justeru itu, e-mel dapat dihantar kepada penerima dalam beberapa saat sahaja kepada mana-mana tempat didunia. Tambahan pula, surat yang sama, jika perlu boleh dihantar serentak kepada beberapa ramai penerima yang lain sebagai salinan pendua. la hanya perlu menyatakan alamat e-mel penerima yang lain, Justeru itu, pengguna dapat juga menghantar bahan sebagai gambar, video, animasi, muzik dan sebagainya dengan menggunakan kemudahan e-mel. Antara perisian e-mel yang terkemuka ialah: Microsoft Outlook Outlook Express Eudora, Pegasus $ooeoe Netscape Mail dan lain-lain. 131 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Di samping itu, semua perisian e-mel melakukan empat tugasan utama: > — la akan memaparkan satu senarai mesej yang diterima di dalam peti e- mel anda ~ ia mempunyai penunjuk (header): siapa yang menghantar, tajuk perkara yang dihantar dan masa mesej tersebut dihantar > Penunjuk membolehkan pengguna memilih e-mel yang ingin dibaca. Jika ja tidak mahu melayan mana-mana e-mel — ia boleh dipadamkan atau dihapuskan > la juga membolehkan pengguna menyediakan mesej dan menghantarkan kepada sesiapa sahaja > Ia juga membolehkan pengguna melampirkan (attachment) bahan tambahan atau dokumen yang lebih besar sebagai mesej Etika Menggunakan E-mel Kerap kali dengan cara yang tidak sengaja, pengguna berkemungkinan berlaku kasar atau kurang sopan dalam hal menggunakan kemudahan Internet dan penghantaran e- mel. Oleh yang demikian, di bahagian ini, dicadangkan beberapa petua untuk meningkatkan lagi penggunaan kemudahan e-mel dan Internet: + Pengguna TIDAK BOLEH MENAIP DENGAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR. Dalam etika penggunaan e-mel, berbuat sedemikian bererti anda sedang menjerit - ia juga akan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan penerima e-mel, Begitu juga dengan penggunaan tanda !. * Pengguna harus berhati-hati menjawab atau menulis e-mel di mana anda tidak setuju dengan sesuatu pendapat. Pengguna haruslah mengelakkan diri dari menulis perkara yang sensitif atau mencaci atau mengkritik orang perseorangan dengan menggunakan bahasa yang kasar. = Mesej e-mel perlu ringkas tetapi jelas maksudnya - lagi ringkas sesuatu mesej, lagi cepat ia akan dikirimkan. Ini adalah kerana ia tidak membebankan kemudahan perkakasan, perisian atau sumber elektronik untuk mengirim e-mel. = Awas ~ jangan tersilap menghantar e-mel kepada orang yang tidak ingin e-mel anda 132 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh ‘Awas — jangan tersilap hantar e-mel yang mengandungi virus komputer atau ‘link’ kepada halaman lucah. Jika terdapat mana-mana pihak yang menghantar iklan perniagaan atau lain- Jain mesej yang tidak diingini oleh anda ~ anda ada dua pilihan: abaikan e-mel tersebut, jawab e-mel dengan menggunakan HURUF BESAR mengarahkan si- penghantar e-me! supaya jangan berbuat demikian. KESELAMATAN SEMASA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET Penghantaran Informasi Secara Selamat di Internet XS Sernasa_membeli-belah di Internet - pengguna haruslah berhati-hati menyediakan maklumat peribadi, terutamanya nombor kad kredit. Sebenarnya, semua mesej yang dihantar melalui Internet melantun dari satu server ke server (pelayan) hingga akhimya sampai ke orang yang ditujui Dalam keadaan sedemikian, sesiapa sahaja yang mempunyai niat yang buruk dapat mengakses mesej anda dan mencuri maklumat peribadi atau rahsia yang dihantar itu. Untuk mengelakkan pencurian maklumat, pengguna seharusnya merahsiakan maklumat yang sensitif. Awas jangan menjadi mangsa penipuan oleh sindiket atau orang perseorangan. Anda perlu memastikan syarikat pemiagaan yang menawarkan sesuatu perkhidmatan itu sah. Anda perlu_ melakukan penyiasatan tentang syarikat berkenaan dan memastikan maklumat peribadi di hantar melalui talian yang selamat seperti yang disyorkan oleh peniaga yang sah. Sila ambil perhatian tentang nasihat kepada pengguna oleh Web Browser atau pengimbas web tentang bahaya melayari sesuatu laman. Anda boleh juga menggunakan kemudahan mengubah aturan pengimbas web supaya ia membantu anda dengan memberi nasihat sebelum anda melayari sesuatu halaman web yang dianggap kurang selamat. 133 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer & x Warming ‘The nfomnaonyouhaveerkedis to beset ove an unencped conneaion and coud easiybe ready atid pty ‘Ne ya sue you want conirue send tis romain? ewherore subi emaion bat a ered, Rajah 41: Antara muka Amaran Keselamatan ‘Anda perlu juga berhati-hati menerima ‘cookies’, dari mana-mana satu laman web yang anda lawat. Cookies — sebenarnya merupakan sejenis perisian pengesan yang dihantar oleh pembekal laman web. Kerap kali, cookies digunakan untuk mengintip kegiatan layaran anda dan menghantar maklumat kepada pembekal laman tadi. Anda boleh mengubah aturan pengimbas web anda untuk menghalang cookies daripada melekat atau tersimpan dalam komputer anda. Pengguna juga harus membersihkan komputernya daripada cookies dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini Untuk memastikan sesuatu pengguna tidak mempunyai perisian pengintip, ia boleh menggunakan perisian Anti Spyware, untuk mengimbas komputernya agar ia tidak mempunyai perisian tersebut. Perisian tersebut boleh diperoleh secara percuma dari Internet. 134 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh [Cougle Fone ae | web Faget 4.1 9 soo BASIN fr Spare 05 foe Spyware Scon ‘An-Spyware Renee 2004 ‘eer rtesersees om Spyware mor tend Inde dey ie conpasne Nowe resus for Spyware ce : Midas 0 si see Toes ap 92 ich Spa Boman? | TDsespace corsair le mae pg re fr Po Shows go Spyware erent posse ESSLARESS eet anc 2Me! ious eo 'SGc1 zaman z heck unosepeanate snl, FE Maas Spar Mab Tone capywate Page. Erie! ere sn th fis ava Serre Mara ‘Spmmae 2 Atwee aon: ‘Soycracker- commload spyware removal anditenet pavaty FRO Sunes amt Pega foals Pret re Pe Donat No SG G0 mms Bij! A GAD | BUTCH nenenw [Fiat to Pte [SFHS sam Rajah 42: Antaramuka Engine Pencari Google Yang Menunjuk Halaman Web Perisian Anti Spyware Menggunakan Sijil Digital — terdapat banyak laman-laman web yang menghadkan orang mengakseskannya. Laman web tersebut mungkin memerlukan anda membayar yuran untuk mendapatkan kemudahan atau mengehendaki anda mendaftar diri dengannya. Selepas mendaftar anda akan diberikan satu sijil digital - yang mengandungi_nama pengguna dan kata kunci (user name dan password). Seterusnya, server laman web akan menghantar sijil digital kepada komputer pengguna, dan sijil tersebut akan diletakkan di dalam web browser atau pengimbas web, seperti Netscape atau Internet Explorer. Seterusnya, apabila pengguna mengakses lawan web tersebut, pengimbas web akan mengenalkan anda kepada laman web berkenaan dan pengguna tersebut bebas menggunakan laman web tersebut. 135 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer MASALAH VIRUS KOMPUTER Masalah virus komputer adalah masalah yang teruk yang dihadapi olen semua pengguna komputer terutamanya pengguna Internet. Setiap hari, berjuta-juta orang diserang virus komputer dan kerugian di anggarkan berjuta-juta ringgit. Serangan virus komputer boleh menghapuskan semua data yang tersimpan di dalam komputer pengguna, dan ia juga boleh mengakibatkan kerosakan perkakasan dan perisian komputer. Bagaimana mengatasi masalah ini? t Elakkan berkongsi komputer dengan orang lain atau memastikan semua data dan maklumat sama ada dari disket atau Intemet yang diturunkan ke komputer anda bersih. Untuk memastikan maklumat yang diturunkan itu bersih - sebenarnya kebanyakan laman web mudah sahaja diserang oleh virus yang disediakan oleh penjahat siber. Oleh yang demikian, pengguna harus memastikan ia tiada menurunkan virus komputer. Pengguna perlu kerap menggunakan Utiliti Anti Virus ~seperti Symantec Norton Anti Virus, McAfee Anti Virus, Trend Micro Anti Virus, Avg Anti Virus, Grisoft Anti Virus, dan sebagainya untuk membersihkan komputer pengguna. Antara utiliti-utiliti anti-virus di atas terdapat i tersebut boleh di dapati secara percuma dari laman web, manakala yang lain periu dibeli. Utiliti Anti Virus perlu kerap digunakan untuk mengimbas fail-fail anda dan ia perlu dikemaskinikan (updated) — ini adalah perlu untuk meningkatkan daya memerangi virus yang baru yang mungkin menyerang komputer pengguna. Mengambil berat tentang amaran serangan virus yang datang daripada rakan-rakan sekerja atau pengguna lain. 136 Komputer Dalam Pembolajaran Jarak Jauh Pengguna juga harus kerap membuat salinan pendua (Backup) semua maklumat dan data di dalam komputer. Ini adalah amat perlu dilakukan oleh Pengguna sekira berlaku sebarang kecelakaan ~ misalannya kerosakan cakera liat, serangan virus yang teruk, kemalangan dan sebagainya, Pengguna boleh menggunakan pelbagai alat storan luaran untuk melakukan kerja membuat salinan pendua cakera liat. MASALAH LAMAN LUCAH Terdapat banyak laman web yang bertujuan merosakkan nilai muri masyarakat, Sehubungan dengan ini, terdapat banyak laman web yang mengiklankan pelbagai perkhidmatan seks, jenayah dan yang menggunakan bahasa yang kurang sopan, Juga terdapat laman web yang menghina kebudayaan, agama dan bangsa tertentu. Tentu sekali gejala ini membimbangkan semua lapisan masyarakat terutamanya ibu- bapa atau pendidik. Terdapat beberapa cara yang dapat digunakan oleh pengguna untuk menghalang anak atau pelanggan mereka dari melayari halaman tersebut. © Kebanyakan pengimbas web (browsers) mempunyai kemudahan penapisan yang siap disediakan untuk pengguna. la mudah sahaja diubahsuaikan oleh pengguna dengan menggunakan kata kunci (oleh pengguna). Namun demikian, pengguna harus menggunakan kata kunci yang tidak mudah dikesan oleh pengguna seterusnya. © Pengguna harus juga mengimbas penggunaan perkakas komputemya — caranya adalah dengan merujuk kepada bahagian “History” pengimbas web. la akan menunjukkan semua laman web yang dilayari oleh pengguna sesebuah komputer. 137 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer RUMUSAN > Semua pengguna harus berhati-hati semasa mengakses laman web: terdapat pelbagai bahaya antaranya: virus komputer, serangan dari laman web lucah dan sebagainya. > Semua pengguna juga perlu berhati-hati dalam hal menyediakan maklumat peribadi kepada individu atau syarikat perniagaan maya yang mereka tidak kenali. Nombor kad kredit, telefon, kad pengenalan dan pasport dan sebagainya tidak patut disebarkan melalui alam Internet. > Pengguna komputer harus juga menyelia orang di bawah jagaan mereka yang juga menggunakan komputer agar mereka tidak menyalahgunakan alat komputer. Mereka juga perlu dijaga agar mereka tidak ditipu oleh orang perseorangan, sindiket penipuan dan sebagainya. > Sentiasa menggunakan bahasa yang sopan semasa menggunakan kemudahan e-mel. > Sentiasa menggunakan perisian anti-virus, dan anti-spyware untuk memastikan mereka tidak menjadi mangsa. > Namun demikian, semua pengguna boleh mendapat banyak manfaat dan hiburan daripada penggunaan komputer secara bertanggungjawab dan berdisiplin. 138 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh RINGKASAN 1 Perisian Pengendalian Sistem menyediakan antara muka untuk pengguna, perisian, perkakas komputer dan pengurusan fail-fail komputer. O_ Kebanyakan Perisian Pengendalian Sistem masa kini menggunakan antara muka pengguna grafik yang digunakan untuk menunjuk dan mengklik grafik yang dipaparkan di skrin monitor. 1 Perisian Pengendalian Sistem mengurus dan mengawal semua perisian yang lain dalam sebuah komputer. 1 Perisian Pengendalian Sistem juga menyelia semua fail di dalam alat penyimpan maklumat dan ia sentiasa mengemaskinikan maklumat yang di input ke komputer. 1 Perisian pemprosesan perkataan antara lain boleh melakukan kerja-kerja menaip, mengedit, memformatkan, dan mencetak dokumen. O Perisian Hamparan elektronik digunakan untuk memasukan, mengira, memanipulasikan dan menganalisis sekumpulan data yang input. 1 Perisian Pengurusan Pangkalan Data digunakan untuk menyimpan dan menyusun himpunan data supaya ia mudah diakses dan digunakan. C1 Perisian Grafik dan Penerbitan Meja boleh digunakan untuk mengindahkan lagi persembahan dokumen yang dihasilkan. Perisian persembahan multi media dapat digunakan untuk melakukan kegiatan mempersembahkan atau menjual satu idea, barangan dan sebagainya kepada penonton dan pelanggan 1 internet pada hari ini merupakan alat penghubung yang utama antarabangsa. la juga memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan ilmu. 139 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer SOALAN PENILAIAN KENDIRI 10. Mengapa Perisian Pengendalian Sistem dianggap perisian yang menguasai perkakasan komputer? Senaraikan fungsi-fungsi utama yang dilakukan oleh perisian pengendalian sistem, Nyatakan tugasan yang dilakukan oleh perisian utili sistem yang disediakan bersama perisian pengendalian sistem. Bincangkan beberapa cara yang anda dapat gunakan untuk memindahkan dan mengedit dokumen dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan. Nyatakan beberapa cara yang anda dapat gunakan untuk menukarkan rupa bentuk sesuatu dokumen yang anda menghasilkan. Huraikan bagaimana Internet beroperasi. ‘Apakah yang dimaksudkan dengan protokol Internet? Nyatakan fungsi utama semua perisian e-mel Terangkan bagaimana seorang pelajar dapat menggunakan Internet untuk kegiatan penyelidikan. Nyatakan kelebihan dan keburukan kegiatan penggunaan Internet. 140 BAB4 PETUA UNTUK MEMBELI PERKAKASAN KOMPUTER ATAU UNTUK MENINGKATKAN KEUPAYAAN KOMPUTER YANG SEDIA ADA OBJEKTIF BAB Objektif bahagian ini adalah untuk menyediakan beberapa petua 1. mengenali faktor yang boleh menjadikan sebuah komputer ketinggalan masa 2. untuk memperoleh perkakasan komputer yang dapat digunakan untuk beberapa tahun ndapatkan komponen komputer yang memadai keperluan pengguna 5. untuk memastikan semua bahagian perkakasan komputer beroperasi dengan baik. 144 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer PETUA UNTUK PENGGUNA PERKAKASAN KOMPUTER Teknologi komputer sentiasa berubah, dan apa yang merupakan komputer canggih akan menjadi model ketinggalan zaman. Apa yang perlu di sedari oleh pengguna ialah bahawa mereka perlu memiliki komputer yang akan memenuhi kehendak pada masa kini dan pada masa akan datang — iaitu dua atau tiga tahun ke hadapan. Pengguna perlu juga sedar bahawa perisian juga sedang berubah dengan pesatnya, dan apa yang dianggap sebagai canggih juga akan menjadi ketinggalan zaman tidak lama lagi. Di bawah ini disediakan satu senarai komponen utama bagi sebuah komputer yang sederhana harga dan kuasa pemprosesan serta spesifikasi minimum seperti yang terdapat di pasaran Rajah 2: Senarai Keperluan Minimum Komponen Utama Komputer ; = Komponen Keperluan Minimum CATATAN Pemproses Intel Celeron 2.8 GHz, atau | Sistem komputer yang dipasang (CPU) Intel Pentium 2.0 GHz atau | dengan salah satu jenis cip Athlon XP3000 atau jenama | dianggarkan berharga RM 2500 dan pemproses yang lain yang | kuasa pemprosesannya memadai sama kuasa bagi pengguna biasa RAM 512 MB DDR RAM- Cip ingatan 512 MB berharga RM 300 dan tidak terlalu mahal. Cip gatan akan meningkatkan kelajuan pemprosesan 142 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Ingatan Cache | 2 MB Ingatan Cache Ingatan ini sedia dipasang di papan | litar utama — ia merupakan ingatan | perantara di antara CPU dan Ingatan RAM BIOS Jenama AMI, Pheonix atau | BIOS — Basic Input/Output System, Award. iaitu perisian yang disediakan | bersama papan litar yang dipasang dengan cip BIOS — ia mengarahkan dan mengawal fungsian komputer. BIOS harus mempunyai kemudahan untuk dikemaskinikan (updating) | Cakera Liat Di antara 80 GB hingga 120 | Kelajuan Cakera Liat akan (Hard Disk) GB, Kelajuan 5,400 RPM —_| menentukan kadar pengaksesan | atau lebih data dari cakera liat — jaitu lagi laju ~ lagi cepat data di pindah untuk diproses oleh komputer. Harganya di antara RM250 ~ 360. Monitor 17 Inci CRT atauLCD 15 | CRT berharga RM 300 dan LCD inci berharga RM 1200 | Pemacu DVD dan | Sama ada pemacu DVD- | Mengadakan dua pemacu, iaitu DVD CD-RW | RW atau pemacu CD- RW. | dan CD-RW secara berasingan akan Pengguna boleh juga memudahkan kerja penyimpanan memilih pemacu kombo makiumat dalam CD serta menonton jaitu CD-RW dan DVD read _| atau menggunakan pelbagai format only | DVD dan CD. Cakera Liut Cakera liut 3 1/2 inci Pemacu ini tidak mustahak memandang kebanyakan fail | | masakini melebihi 1.4 MB. Lebih baik jika pengguna menggunakan pemacu kilat (flash drive) dengan penghubung USB Kad Bunyian’ —_| Disediakan bersama Jika perlu, pengguna boleh membeli Speaker speaker yang lebih mahal 143 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Kemudahan Disediakan bersama Jika perlu, pengguna boleh membeli Ethernet 10/100 perkakasan yang lebih canggih Perisian Microsoft | Biasanya disediakan Penjual komputer mungkin akan | Window XP_ bersama dengan mengenakan wang tambahan (RM. perkakasan komputer 300) daripada pelanggan untuk _ membekalkan perisian tersebut. | Perisian Microsoft | Pengguna perlu Pengguna boleh memilih untuk Office 2000 membelinya secara menggunakan Open Software — iaitu berasingan dengan harga _| bungkusan perisian terbuka RM 1500, dengan harga yang jauh lebih murah Di samping seorang memberi perhatian kepada perkakasan komputer, terdapat beberapa alat tambahan yang perlu dibeli. Justeru itu, terpulang kepada pengguna untuk memastikan keperluannya. Pencetak: Pada masa ini, pencetak ink jet adalah paling popular di kalangan pengguna, terutamanya kerana alat tersebut agak murah dibeli Bagaimanapun, pengguna harus ingat bahawa barang-barang guna- habis seperti kartrij dakwat — warna hitam putih atau berwarna, dan kertas khas adalah mahal. Dianggarkan harga penggunaan pencetak ink jet di antara 12 hingga 50 sen untuk menghasilkan se keping dokumen. Justeru itu, pengguna boleh juga memilih pencetak laser yang semakin lama semakin murah. Harga untuk menghasilkan pencetakan sekeping dianggarkan 5 sen. Pencetak Laser Pencetak Pelbagai Fungsi (Boleh Faks, Skan dan Bercetak) 144 Papan Kekunci Alat Storan ‘Sandaran Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Terdapat pelbagal jenis papan kekunci tetikus yang lebih canggih di pasaran, misalannya yang menggunakan gelombang inframerah, dan ia tidak memerlukan wayar untuk menghubunginya dengan komputer. ‘Antara Komponen komputer yang paling giat bekerja ialah cakera liat. la merupakan alat yang sering menghadapi _masalah kemungkinan kerosakan. Di samping itu, maklumat yang tersimpan juga sentiasa diancam oleh virus komputer. Oleh yang demikian, ia memang menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyimpan salinan pendua semua fail yang penting di tempat yang lain. Ramai pakar penggunaan komputer mencadangkan di simpan tiga salinan semua fail penting di tiga tempat yang berasingan. Pada masa dahulu, ramai pengguna mengharapkan cakera liut untuk menyimpan maklumat — pada hari ini alat storan ini tidak memadai. Antara alat storan sandaran yang paling biasa digunakan oleh pengguna hari ini ialah: pemacu dan kad ingatan kilat (RM 250) atau alat batang ingatan (RM 150) atau ia boleh membeli alat storan cakera fiat mini mudah alih (RM 500). a juga boleh membeli dan menggunakan pemacu zip (RM 500). 145 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer E Se Alat Batang Ingatan Pemacu Pembaca Kad Ingatan Kad Ingatan Kilat Sistem Bunyi Pada hari ini, semua papan litar mempunyai kad bunyi (sound card) yang lebih tersendiri yang siap dipasang. Mungkin bunyi yang dihasilkan oleh canggih kad tersebut kurang memuaskan dan pengguna dapat meningkatkan mutu sistem bunyi secara berasingan. la memerlukan kad bunyi yang baru (berharga di antara RM 75 hingga RM 1000) dan juga sistem peti suara yang lebih baik (RM 50 - RM 1000). Se Kotak Bunyi Buatan Syarikat Ying Bao Kotak Bunyi Buatan Syarikat Creative Labs Monitor LCD —Seperti alat-alat utama komputer yang lain, harga monitor LCD semakin lama semakin menjunam. Monitor LCD 17 inci boleh dibeli dengan harga RM 1200 pada har ini 146 Komputor Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Perisian Terdapat beberapa komputer jenama yang menyediakan perisian Tambahan pengendalian sistem (Windows XP atau sejenisnya) dan bungkusan perisian sepadu (Microsoft Works atau Microsoft Office 2003 atau sejenisnya) semasa komputer dibeli, la akan menjimatkan pengguna, kalau perisian tersebut dibeli secara berasingan harganya jalah RM 2000. Pengguna juga boleh membeli perisian seperti Adobe Photoshop, Nero Bumer dan sebagainya seperti yang diperlukan oleh pengguna. Pengguna kerap kali juga memilih untuk membeli komputer laptop atau yang mudah alin, kerana ia mudah di bawa ke mana-mana (2 - 6 kilogram). Pada hari ini, harga komputer jenis ini juga semakin lama semakin murah. ta banyak dibeli oleh peniaga- peniaga, pendidik, dan pelajar universiti. Selain mempunyai ciri-ciri mudah alin seperti komponen dalaman yang lebih kecil dan canggih, perkara yang menjadikan komputer jenis tersebut mahal ialah Komponen alat pemproses yang khas yang dikenali sebagai “mobile technology”. Namun demikian, oleh kerana kebanyakan pengguna melakukan kerja yang melibatkan penggunaan komputer di beberapa tempat yang khas, misalannya di bilik rumah dan di pejabat, memang wajar untuk memilin komputer mudah ali jenis yang menggunakan pemproses pusat biasa. Sebenarnya, jenis pemproses pusat biasa adalah sama seperti yang dibekalkan di dalam komputer meja (desktop). Di bawah ini disediakan beberapa unsur Komponen utama komputer mudah alih betharga sederhana (RM 5000) dan kuasa pemprosesan yang terkini yang terdapat di pasaran: 147 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Komputer Mudah Alih atau Laptop (Jenis PC) Laptop Jenis Apple Pemproses pusat Intel Pentium 4: 2.00 - 3.00 GHz, Intel Celeron: 2.00 — 3.00 GHz, atau Athlon 64, 2:00 - 3:00 GHz RAM 256 - 512 MB DDR RAM Monitor XGA TFT LCD 14.1" Cakera Liat 60 GB Pemacu CakeraPadat —_Jenis DVD/CD-RW — Kelajuan 24 Sistem Bunyi Siap dipasang Alat Kuasa Bateri Lithium lon Perisian Microsoft Windows XP dan bungkusan perisian sepadu (Microsoft Works atau Microsoft Office 2003) Petua Untuk Meningkatkan Daya Kuasa Alat Komputer Yang Sedia Ada Seperti yang dimaklumi, perubahan teknologi komputer yang pesat, lambat laun sememangnya akan menjadikan semua komputer ketinggalan teknologi dan zaman. Sebagai orang awam, seorang pengguna harus memastikan mengapa ia perlu meningkatkan komputer. Justeru itu, ia juga periu membuat sedikit penyelidikan tentang perkara-perkara yang mengakibatkan komputernya beroperasi perlahan. Kerap kali pengguna tidak sedar dia sudah membiasakan diri dengan komputer yang lama dan 148, Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh mungkin kemahiran menaip dan sebagainya sudah meningkat. Kerap kali juga komputer berkenaan didapati sedikit lambat kerana pengguna tidak melakukan kerja- kerja asas pembiayaan komputer seperti: menghapuskan fail-fail lama dan fail-fail pendua dengan menggunakan utiliti Disk Cleanup yang disediakan di kebanyakan perisian pengendalian sistem komputer. Pengguna juga harus melakukan kerja menyusunatur data (defragmentation) cakera liat dengan menggunakan utiliti atau perisisan Disk Defragmenter." Kedua-dua tugasan sememangnya akan mempercepatkan pemprosesan data oleh komputer. Justeru itu, kelambatan pemprosesan oleh komputer juga kerap berlaku kerana kekotoran yang selimuti papan litar. Di samping, kekotoran di alat input seperti tetikus dan papan kekunci juga boleh mengakibatkan kelambatan dan kesilapan dalam hal memasukan maklumat ke komputer. Satu lagi punca kelambatan pemprosesan data oleh komputer ialah kerosakan Komponen seperti cip ingatan, pembekal kuasa elektrik serta komponen-komponen lain yang lambat laun akan mengalami kerosakan, Pendek kata, sebelum perkakas komputer di hantar ke kedai komputer untuk diservis, pengguna harus mengetahui dalam keadaan apa komputernya mengalami kerosakan. Pengguna mesti kerap membersihkan komputernya, terutamanya alat-alat input komputer. la juga peru mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi komponen-komponen komputer supaya ia tidak mudah ditipu oleh orang yang melakukan tindakan membaik pulih komputernya. Seterusnya disediakan beberapa pelua untuk memudahkan proses meningkatkan komputer pengguna agar ia tidak terlalu ketinggalan teknologi dan masa. * Untuk mengakses perisian tersebut pengguna periu pergi ke skrin Perisian Pengendalian Sistem (Microsoft 98 dan sebagainya). Pergi ke tingkap Program, buka tingkap Accessories, dan seterusnya buka tingkap System Tools - anda akan melinat Disc Cleanup dan Disk Defragmenter. Sila ikut alahan yang dipaparkan untuk melakukan kerja-kerja pembersinan dan menyusunatur data. 149 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Pemproses cpu Beberapa Jenama Cip cPu Pemproses merupakan komponen utama komputer. Sering kali ia di anggap sebagai komponen yang jika diubah akan mendatangkan perubahan kepada daya proses sebuah komputer. Pada hakikatnya, penukaran CPU generasi lama agak mahal — misalannya CPU jenis Pentium Ill -100 Mhz ke Pentium - 800 Mhz lebih mahal daripada CPU Pentium 4 - 1 GHz. Justeru itu, kebanyakan komputer jenis lama yang menggunakan Cip Pentium Ill, atau Celeron 500 tidak boleh ditingkatkan tanpa menukarkan papan litar yang sedia ada. Kerja-kerja selenggaraan memang mahal dan lebih baik dibeli sistem komputer yang terkini. ween 160 Papan Litar Jenis RAM SD dan RAM DDR Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Sebenamya, penukaran papan litar pasti_ akan meningkatkan daya pemprosesan sebuah komputer. Oleh yang demikian, pengguna harus memilih (dari awal lagi) papan litar yang mempunys Namun demikian, ia juga akan memerlukan penukaran CPU dan ri yang canggin. komponen yang lain. Penambahan RAM akan meningkatkan sedikit daya pemprosesan komputer. Pengguna harus memastikan ia mendapatkan jenis RAM yang sama — iaity RAM SD atau RAM DDR. Misalnya, kalau komputermya mempunyai RAM SD - 64 MB, ia mesti mendapatkan RAM SD - 128 MB atau lebih dan ia tidak boleh dicampur aduk dengan jenis RAM DDR. ‘SD RAM DDR RAM 154 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer Cakera Liat Monitor Kad Bunyi Cakera liat merupakan komponen yang paling bergiat kerja di dalam sebuah komputer. Oleh yang demikian, ia juga kemungkinan rosak lebih cepat daripada komponen yang lain. Komponen ini boleh ditingkatkan dengan kos yang rendah memandangkan, harga pengilangan dan penjualan komponen ini semakin lama menjadi semakin murah. Pengguna harus sedar, bahawa mereka perlu memastikan cakera liat baru sepadan dengan komponen lain komputer berkenaan. Alat ini juga merupakan komponen komputer yang paling giat digunakan. Lambat aun, gambar yang dipaparkan di skrin nampak pudar atau bergoyang. Pengguna harus menukarkan monitornya bila keadaan sedemikian dan membeli monitor yang lebih besar urkurannya dan yang terkini dan terpulang kepada kemampuan pengguna sama ada ia hendak membeli monitor jenis LCD atau CRT. Monitor Jenis CRT 17 inci Monitor Jenis LCD 17 inci Kebanyakan komputer lama (3 tahun dahulu) tidak mempunyai kad bunyi yang siap dipasang di papan litar. Kad bunyi terpaksa di pasang secara berasingan, dan ia juga kerap mengalami kerosakan kerana beberapa sebab yang tertentu. Papan litar yang baru mempunyai kad bunyi siap dipasang, dan ia jarang-jarang rosak. Namun demikian, bunyi yang dihasilkan kerap kali dianggap kurang memuaskan oleh pengguna, dan ia boleh ditingkatkan dengan tambahan kad bunyi yang lebih canggih dengan harga yang sederhana. 152 Komputer Dalam Pembelajaran Jarak Jauh Peti Peti komputer merupakan satu komponen penting komputer. Pengguna Komputer boleh membeli pelbagai corak peti komputer dan harganya pun murah (Casing) Namun demikian, pengguna perlu memastikan unit bekalan kuasa elektrik di komputernya sentiasa dalam keadaan baik dan jika periu ia harus diperbaharui. Harga komponen ini murah. Sebenamya, kerja-kerja meningkatkan sebuah komputer tidak begitu mahal. Namun demikian, pengguna harus menyedari hakikat bahawa ia tidak boleh menjadikan komputernya canggih seperti komputer yang terkini yang terdapat di pasaran. Justeru itu, seperti mana seorang pengguna kereta harus membaca manual kereta dan membiasakan diri dengan komponen kereta, seorang pengguna komputer juga perlu membaca semua manual yang disediakan dengan komputer. Tambahan pula, semua pengguna harus juga memiliki buku-buku yang menerangkan fungsi komponen komputer serta buku-buku yang menunjukkan bagaimana perisian tertentu beroperasi dan sebagainya. Pengguna juga boleh mengakseskan berapa banyak laman Web, TechTV dan sebagainya yang memaparkan maklumat untuk membaiki pulih komputer. Hanya dengan membuat kerja rujukan yang lebih sahaja seorang pengguna dapat memanfaatkan diri dengan komputer serta menikmati penciptaan yang ajaib yang memudahkan pembelajaran dan keselesaan hidup manusia. 153 Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer RINGKASAN 1 Semua model komputer lambat laun akan menjadi model ketinggalan zaman, 1 Sebuah komputer boleh ditingkatkan kuasa pemprosesan dengan cara menukar. papan litar, CPU dan cip Ingatan. Cakera liat kerap mengalami kerosakan kerana ia merupakan komponen yang paling giat beroperasi di dalam sebuah komputer. 1 Pengguna boleh menukar komponen utama komputer mengikut keperluan dan kemampuannya. es SOALAN PENILAIAN KENDIRI 4. Anda mendapat komputer anda selalu lambat dalam hal memproses data. Apakah kerja yang anda akan melakukan untuk mempercepatkan daya pemprosesan komputer anda? 2. Nyatakan beberapa masalah utama yang anda kerap menghadapi semasa menggunakan alat komputer. 3. Senaraikan tindakan-tindakan yang anda akan ambi! untuk memastikan anda tidak diserang virus komputer. 154

You might also like